Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi tips untuk mengurangkan rasa gementar bagi mereka yang mempunyai masalah darah gemuruh atau gementar. Sebenarnya perasaan gementar itu sesuatu yang normal. Semua orang pasti akan rasa gementar ketika melakukan sesuatu yang baru. Dari sudut positif, ia membuatkan kita lebih bersedia.
Namun tahap gementar atau kebimbangan yang tinggi mampu menjejaskan kesihatan dan kehidupan anda. Ia menyebabkan perjalanan peredaran darah terganggu dan kelenjar akan menghasilkan toksik yang boleh merbahayakan kesihatan anda. Sama seperti seekor landak yang disergah, duri-durinya akan mula mengembang secara spontan apabila diancam. Begitu juga dengan tubuh kita.
Sebelum mencari apa jua penyelesaian, kita perlu kaji puncanya. Salah satu puncanya ialah kita takut melakukan kesilapan. Bagaimana kita dibesarkan membentuk pemikiran dan perasaan dalaman yang amat kuat takut melakukan kesilapan. Mungkin ketika kecil anda sering dimarah jika tersilap atau sering diburuk-burukkan apabila tersilap. Samaada di rumah, di sekolah atau sebagainya. Inilah sebenarnya telah membentuk pemikiran dan perasaaan dalaman yang kuat untuk takut, segan dan malu melakukan kesilapan.
Inilah yang menyebabkan kita rasa gemuruh, bimbang, rasa cemas dan takut untuk melakukan sesuatu. Kerana pemikiran dan perasaan kita telah membayangkan pelbagai kesilapan yang menakutkan. Ia sesuatu pemikiran dan perasaan spontan, tanpa kita sedari. Bertahun-tahun anda membentuk pemikiran ini tanpa disedari dan sudah tentu ia memerlukan masa untuk memperbetulkannya semula. Kerana ia bukan sahaja melibatkan pemikiran malah perasaan dalaman kita.
Memang ia memakan masa, namun jika kita tahu punca sebenarnya, lebih memudahkan dan membantu kita memperbaikinya di arah tuju yang betul. Saya yakin semua orang yang mengalami masalah gementar akan berkerja keras mencari jalan penyelesaiannya. Namun kesilapan memahaminya dan cara penyelesaian akan memburukkan lagi masalahnya. Dan menjadikan keadaan jauh lebih teruk dari sebelumnya. Dan menyebabkan anda jauh lebih gementar dari sebelumnya.
Jadi mulakan mendidik diri anda untuk tidak takut, tidak malu, tidak segan untuk melakukan kesilapan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Percayalah, masalah ini datang bukannya dari pandangan orang lain tapi dari pemikiran dan perasaan dalaman kita sendiri. Perlahan-lahan mengubatinya, jangan terlalu menekan diri sendiri dan tidak terlalu memikirkan kesilapan yang dilakukan.
Satu lagi tips yang cukup berharga ialah jangan terlalu fikir untuk melakukan sesuatu dan jangan terlalu memikir selepas melakukan sesuatu. DAn jangan terlalu memikirkan reaksi orang disekeliling terhadap tindakan anda. Ia akan mengurangkan perasaan gementar anda. Dan anda kena belajar menerima kelemahan diri anda iaitu mudah gementar. Kena benar-benar menerimanya dan tidak merasa malu akan kelemahan tersebut. Dan biarlah diri kita seorang sahaja yang memahami dan memaafkan kekurangan dan kesilapan kita.
Ini kerana jika anda terus menerus push otak anda, ia akan membawa kepada masalah mental yang lebih besar iaitu ‘Schizophrenia’. Untuk tahu lebih lanjut tentang masalah mental ini, klik sini untuk detail berkenaan schizophrenia.. Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu mereka yang mengalami masalah gementar.
macha says
boleh tak saya atasi masalah gementar saya dgn menghisap sebatang rokok?
Hairul Hissam says
keburukannya lebih byk dari kebaikannya.. elok elakkan.. 😀 tq ya…
Sang Hati says
sangat terkena batang hidung sendiri..
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat.. 😀
aza says
Saya setuju dengan apa yang diperkatakan.Saya boleh dikatakan mengalami masalah gugup yang terok.Jantung berdebar2,rasa nk termuntah dan kaki menggigil.Yang paling teruk sekali saya hilang selera makan dan x boleh tido kerana memikirkan kesilapan yang telah saya buat akibat gugup.Seperti kegagalan saya dalam ujuan jpj baru2 ini.saya rasa saya gagal sebab gugup yang terlampau.Sekarang saya tak tahu macam mana nak menghadapi ujian jpj kali kedua.
Hairul Hissam says
Alhamdulillah cik aza dah tahu cara menyelesaiannya. Semoga tips ini membantu cik aza mengurangkan rasa gemuruh… :D.
jess says
sya klo selalu tgk gmbr ngeri2 trus rasa takut bgegar n terbayang2 benda tu..sehingga mengangu fikiran. dulu masa bujang x ada anak tak la takut smpi mcm ni..
Lieza says
As salam, anak buah saya berusia 4 tahun, cepat gemuruh biarpun sekadar memanggil nama beliau dengan suara sedikit tinggi. Beliau mula memberi reaksi panik, kaki sebelah kanan bergoyang laju, mengaru-garu kepala, muka cuak, dada berombak kencang. Ada tips untuk mengatasi masalah ini. terima kasih.
Hairul Hissam says
wslam.. pada saya ibu bapa mereka perlu mengubah cara mereka mendidik anak terlebih dahulu.. kerana masalah nie bukan masalah semulajadi.. masalah nie disebabkan ibu bapa dan juga persekirannya..
hidayah says
Sy ada intrview imigresen 25/11 ni.sy ada mslh drh gemuruh yg teruk dan plg menakutkn sy akan gagap bla terlalu takut.mudah2an info ni dpt membantu.doakn sy smoga brjaya 🙂
Hairul Hissam says
Saya doakan cik hidayah berjaya temuduga nanti.. amin..
Hazarull Amin says
Nasihat sy…bila dalam hati kita ada kebesaran Allah..In shaa Allah..perasaan yang negative tu akan hilang. Cuba kita bertenang banyakkan berselawat..ingatkan Allah..dan berdoa dalam hati sebelum sesuatu urusan minta bantuannya In shaa Allah kita akan di tolong. Yakinlah.
Hairul Hissam says
Benar tu, kalau kita sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah tanpa putus asa, insyaAllah, Allah akan makbulkan 😀
hanina says
saya suka sangat dgn cara ni…saya selalu gugup…gementar gila…saya harap dgn cara ni tak delah dah rasa gugup
Hairul Hissam says
InsyaAllah.. semoga masalah gementar dapat dikurangkan..
Azri says
Saya pn mengalami masalah yg sama sampai sy nak makan kat kedai pn ikut mood kalau rasa mcm x blh sy mkn kt rumah saja…kadang2 seluruh angkota badan mengigil sampai perimpunan bulanan kt tempat kerja pn sy x masuk… dulu sy ok xda masalah mcm dlm 3 4 thun ni ja tiba2 bnda ni trjadi..tlg. doakan sy kmbali normal. Trima kasih.
Hairul Hissam says
Kemungkinan besar en azri mengalami masalah mental Schizophrenia dimana otak berfikir tanpa henti dan tidak dpt dikawal terutama pada waktu atau keadaaan tertentu. Kemungkina ada aktiviti harian kita yg tanpa kita sedari menyebabkan atau melatih otak asyik berfikir tanpa henti. So penyelesaiannya, kena relakkan otak dgn aktiviti sosial atau mendengar radio IKIM dan sebagainya. Belajar berfikiran positif menjadikan otak kita lebih relak dari aktiviti berfikir yg keterlaluan. Aktiviti berfikir yg keterlaluan tu yg mencederakan otak kita tanpa kita sedari.
Azri says
Trima kasih atas nasihat
Nor says
Terima kasih atas nasihat dan pandangan..sangat berguna utk saya dan masa depan sy yg amat berharga..insyaAllah sy juga akan berjaya mengatasi masalah ini..
Hairul Hissam says
Semoga berjaya mengatasi masalah tersebut..