Teringat masa di tingkatan 4 dulu, rumah keluarga saya terbakar. Habis melecur teruk emak dan seorang adik lelaki. Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa. Syukur semuanya selamat. Sebelum saya teruskan cerita ini, jom baca dulu kisah ‘Thumb Up’ dari pembeli pakej roti canai seperti di bawah.
Tips Keselamatan Hadapi Kebakaran
Tak takut ke jika kebakaran berlaku di rumah anda. Yelah, malang tidak berbau kan. So eloklah anda bersiap sedia dengan langkah keselamatan sebelum kebakaran berlaku. Manalah tahu jika berlaku pada keluarga anda nanti. Ok, jom baca tips-tips keselamatan ini:
Tips 1. Pastikan rumah anda memilki dua pintu keluar. Dan laluan ke arah pintu keluar mestilah mudah dilalui dan tidak terhalang dengan barang atau perabut. Yelah bila dalam keaadan cemas atau kebakaran, mau terlangar dan tersungkur nanti.
Tips 2. Buat 2-3 duplicate kunci pintu rumah dan letakkan di tempat yang mudah diambil dan di tempat yang berbeza. Jika kebakaran berlaku pada waktu tidur, tentulah pintu rumah anda telah dikunci atau dimangga. Oleh itu kunci mestilah di tempat yang mudah diambil.
Tips 3. Jika blackout, berhati-hati menggunakan lilin. Elok letakkan lilin di tengah dan jauh dari barang yang mudah terbakar. Pastikan api lilin dimatikan sebelum tidur dan jangan tinggalkan lilin tanpa pengawasan. Kalau nak lagi selamat, gunakan mentol yang disambungkan dengan bateri kareta seperti peniaga pasar malam.
Tips 5. Beli alat pengesan asap kebakaran atau smokes detector fire safety. Alat ini akan mengeluarkan bunyi siren jika mengesan kehadiran asap. Ia memberi amaran awal sebelum api lebih marak. Boleh beli dari Ane Engineering dengan harga RM85 termasuk kos penghantaran (No telefon: 06-8500330 email: ane.engineering.my@gmail.com)
Tips 6. Elok juga beli fire blanket. Ia dapat mengelak kulit anda melecur semasa menyelamatkan diri akibat kebakaran. Atau boleh juga guna fire blanket untuk memadam api yang kecil. Boleh dibeli dengan Ane Engineering juga.
Tips 7. Perlu melatih anak, isteri dan keluarga tentang tindakan dan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa kebakaran. Kena buat latihan kebakaran untuk mengelak keluarga anda panik ketika berlaku kebakaran. Sebab kebanyakkan kemalangan semasa kebakaran adalah disebabkan panik.
Kisah Kebakaran Di Rumah Dulu
Sekarang nie, saya sendiri tak berani nak kunci pintu bila berada di dalam rumah. Sekadar guna selak pintu yang mudah dibuka dari dalam. Bila pernah kena, memang fobia laa sikit. Tapi semasa kebakaran di rumah saya dulu, saya dan arwah ayah berniaga di pasar malam. Tingallah emak dan adik-adik yang masih kecil. Kebetulan malam tu blackout dan lilin punca kebakaran tu.
Yang teruknya emak dan adik lelaki melecur teruk di muka dan tangan. Lama juga terlantar di hospital. Abang dan kakak pula belajar jauh di universiti. So saya dan arwah ayahlah bergilir-gilir menjaga adik kecil di wad kecemasan. Emak pula di wad perempuan. Memang sedihlah jika mengingat kembali peristiwa tu. Semoga tips keselamatan ini membantu anda dalam menghadapi kebakaran di rumah agar semua keluarga anda selamat.
akubiomed says
Testimoni pelanggan yang berpuas hati. Smoke detector sangat digalakkan untuk dipasang. Jika berlaku kebakaran perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyelamatkan diri. Smoke detector dapat memberi amaran awal.
Hairul Hissam says
Benar tu bro.. bila ada siren amaran awal.. tentu lebih mudah memadamkan kebakaran tersebut jika masih kecil atau menyelamat diri jika api dah besar.. yg penting keselamatan diri spt kata bro..
puteri kasih says
api bila kecil menjadi kawan..bila besar menjadi lawan..mujurlah mak dan adik Hairul selamat biarpun melecur teruk.
Hairul Hissam says
Syukurlah semua selamat.
Dulu masa saya kecik suka gak main api yg kecik2 siap buat silap mata:D
puteri kasih says
berangan jadi ahli silap mata ke tu? hehe
Hairul Hissam says
dah lama tak buat silap mata bakar kertas jadi duit
kalau betul2 jadi duit, mmg kayoo laaa saya 😀
puteri kasih says
jangan silap bakar duit jadi kertas pula..hehe 🙂
Hairul Hissam says
Kalau bakar duit jadi abu laa puteri. heee
Hazmin Hamudin says
Wah.. Mendapat pujian resepi roti canai tu.
Bagus jugak tips keselamatan hadapi kebakaran yang dikongsi ni. Moga menjadi panduan semua orang.
Hairul Hissam says
Semoga dapat membantu keluarga lain mengelak kemalangan semasa kebakaran 😀
Hero Borneo says
saya bersimpati dengan tragedi yang pernah menimpa bro suatu ketika dulu..apa-apapun lebih baik berjaga-jaga sebelum kena!
Hairul Hissam says
Terima kasih bro.. bila dah pernah kena, fobia dan kerisauan tu masih ada 😀
Hero Borneo says
bro perlukan rawatan secara hipnosis untuk menghilang fobia..insya Allah berkesan!
Hairul Hissam says
Byk betul fobia dalam pemikiran saya nie. mmg sukar dikawal. boleh juga saya try cari buku2 hipnosis di perpustakaan.. terima kasih bro atas info tu 😀
Hafizul says
Huhu..gerun rsanya bila bab kebakaran macam ni..lagi satu tips keselamatan, kalau pasang penghadang besi tu, jangan dimatikan terus pada dinding..susah dan ambik masa kalau dalam keadaan yang sangat terdesak..
Hairul Hissam says
Saya pun tak berani nak kunci terus penghadang besi tu jika di dalam rumah. Sangat bahaya jika berlaku kebakaran 😀
Hafizul says
Yup…betul tu bro..tapi org kg banyak yang tak sedar akan menda niii…emmm
Hairul Hissam says
Biasanya kena tunggu ada kebakaran, barulah mereka akan serik dan berjaga 😀
ema says
terima kasih atas tips keselamatan yang diberikan…kadang-kdang nak tidur malam tidur lena pun tak berani lebih-lebih lagi rumah bersebelahan dengan kedai makan…. risau tetap ada…Alhamdulillah, mak dan adik selamat.
Hairul Hissam says
Tentu riuh rumah kak ema jika bersebelahan dgn kedai makan.. Elok sangat pasang smoke detector untuk memberi amaran awal jika ada kebakaran. Harganya pun ok dalam rm85 termasuk kos penghantaran. 😀 .
Myra Jay says
Pedih kenangan lalu, kena pulak pada insan tersayang.
Apapun kita semua kena sentiasa berhati2 kan..
Fire Extinguisher tu antara wajib berada dalam rumah.
Hairul Hissam says
Mmg pedh kak myra bila melalui..
Namun ketentuan Ilahi tentu ada hikmah dan pengajarannya 😀
Myra Jay says
Ye betul tu, ada hikmah semua tu..
Oh ya, Tak perlu la nak berkak2 ha, rasa sedih plak..hehee
Panggil je Myra or MJ ye Bro..
Peace 🙂
Hairul Hissam says
Oh sorry la adik manis Myra J.. heee
psst: glamor nama tu sbb dekat2 dgn nama Mary Jane dlm citer spiderman..
Myra Jay says
Hahahaa..
Mary Jane tu yg tiru nama ai..muehehee 😀
Hairul Hissam says
oh ye ke.. baru saya dan rakyat malaysia tahu. heee
titan says
wahh..
tips keselamatan kebakaran pun ada. hoho
Hairul Hissam says
Macam-macam ada bro.. heee
ahmadyani says
Ada juga terdengar rumah batu hangus terbakar. Kalau duduk rumah kayu kena lebih berhati-hati…..
Hairul Hissam says
Kalau rumah kayu lagi kena berhati-hati sebab lagi mudah terbakar bro 😀
hanari says
Tips keselamatan yang sangat berharga, terimakasih
Hairul Hissam says
Semoga tips keselamatan ini bermanfaat dan mambantu menghadapi kebakaran…
Kamil Salleh says
Api ketika kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Tip yang diberikan cukup mantap. Berhati-hati ketika di rumah… elakkan kanak-kanak daripada bermain mancis, lighter atau bunga api.
Hairul Hissam says
Benar kata bro.. kanak2 yg bermain api pun boleh menyebab kebakaran 😀
ciknor says
rasanya kalau saya fobia jugalah…
syukur semuanya selamat
Hairul Hissam says
Alhamdulillah semua selamat dlm kebakaran tu..syukur sgt 😀
onlajer says
Syukur bro tiada kemalangan jiwa bro,
Nampak gaya kena juga lah beli Tong ABC itu
Hairul Hissam says
Elok sangat tu bro sbg langkah berjaga2 😀 .. yg siren tu pun penting gak tu.. 😀
zool says
tips yang baik ni.. kadang2 kita terlupa dengan keselamatan dirumah
Hairul Hissam says
semoga artikel tis keselamatan ini membantu kita semua menghadapi kebakaran sekiranya berlaku 😀
azimah mohd zainuddin says
Terima kasih untuk tips kebakaran tu. Yang kelakar pasag smoke detector di rumah, kalau terlebih berasap je kuali, meriahlah bunyi alarm, lama pulak tu
Hairul Hissam says
Kalau berasapa terlebih sikit tak de masalah. heee