Siswazah menganggur, cari kerja kosong dengan cara saya

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

Tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan sekarang. Mana tak nya, ribuan siswazah graduate setiap tahun. Sedangkan kekosongan atau peluang pekerjaan semakin hari semakin berkurangan. Penat je belajar bertahun-tahun akhirnya duduk dirumah termenung sana sini..he.he.he. Jika anda salah seorang darinya, jangan berputus asa. Kerana ramai yang mengalami nasib yang sama. Yang penting anda terus berfikir, macam mane aku nak dapat kerja. Percayalah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Saya juga seperti anda sebelum ini. Memang tidak mudah mencari kerja. Lebih-lebih lagi jika kita tidak tahu caranya. Memang la bertahun sampai berjanggut, pun tak dapat kerja :P . Masih ingat lagi dulu, paper menimbun kat rumah. Hari sabtu gerenti tak miss beli NSt. Hantar surat sana, hantar surat sini Namun tiada juga jawapannya. Lepas tu guna internet pula. macam-macam daftar, jobstreet la, sdb street la. apa benda street lagi la. Asal je jumpa dalam internet terus daftar. Namun hasilknya penat je. Call sana sini …. bill telefon pula naik.. mohon goverment, dapat interview, berpuluh yang datang… datang isi corum je..

Dalam artikel ini anda akan didedahkan

1. Cara mudah dan berkesan untuk cari kerja
2. Langkah demi langkah untuk cari kerja
3. Teknik fasihkan bahasa Inggeris anda
4. Memahami apakah yang bakal majikan mahukan dari anda

smile kid

1
Saya tidak nafikan ramai juga yang mendapat pekerjaan melalui akhbar dan internet. Namun lebih dan lebih ramai yang tidak mendapat pekerjaan dengan cara ini. Arrr disini saya ingin berkongsi dengan anda satu cara yang telah membantu saya mendapat kerja. Sebenarnya banyak juga kerja yang saya dapat dengan cara ini. Dan caranya lebih mudah, tidak perlu menghabiskan banyak duit.

Caranya mudah. Hanya mendaftar dengan agensi pekerjaan swasta. Untuk maklumat anda, syarikat sekarang lebih berminat menggunakan agensi pekerjaan. Kerana agensi ini akan membantu menapis candidate dan menghantar 3-4 orang calon untuk di temuduga. Ini banyak memudahkan kerja syarikat. Bayangkan la kalau guna akhbar atau internet, beratus orang hantar resume. Dah satu kerja nak baca beratus-ratus resume. Mau pitam HR department. Kerja atas meja siapa nak siapkan.

Ok sekarang anda dah tahu caranya, tapi bagaimana nak tahu dimana agensi pekerjaan ini. Tak kan nak ronda satu kampung cari agensi pekerjaan ini. Kena pula kampung ulu. memang la tak jumpa.he.he.he. Anda boleh cari menggunakan internet sahaja. Anda boleh lawati laman web ini http://www.yellowpages.com.my/ dan taipkan employment agencies atau taipkan sahaja agensi pekerjaan dan taipkan juga lokasi atau tempat yang ingin dicari.

Ini satu contoh agensi pekerjaan di johor bahru http://www.yellowpages.com.my/search.jsp?sfor=all&name=agensi+pekerjaan&w=johor+bahru Kalo tidak tahu tempatnya, boleh gunakan map atau peta yang disediakan google. Taip je peta johor bahru kat search engine google. Dengan rumah-rumah nampak sekali. Dalam rumah tak nampak ler :P . .. Mudah bukan dunia sekarang. Semuanya dihujung jari.

Anda akan lihat senarai agensi yang menimbun. Jangan terlampau excited ya dan terus pergi ke agensi tersebut. Silap-silap kena halau. Kerana ada banyak jenis agensi pekerjaan, ada yang untuk cari pekerja asing, ada yang untuk pembantu rumah, untuk kerja kontrak dan bermacam lagi. Anda perlu call mereka terlebih dahulu. Bagitahu mereka pekerjaan yang ingin anda cari. Dan tanya juga apakah yang perlu anda bawa. Selepas itu barulah datang ke agensi pekerjaan untuk mendaftar. Biasanya tiada bayaran untuk mendaftar agensi pekerjan. Dari pengalaman saya semuanya free, cuma satu sahaja yang perlu membayar wang pendaftaran iaitu RM10.00. So jangan tertipu dengan agensi yang meminta bayaran beratus ringgit tu. Mengarut je tu.

Ketika mendaftar, pastikan anda berpakaian kemas kerana anda akan di temuduga terlebih dahulu. So bawa resume, dokumen dan apa sahaja yang diperlukan semasa interview. Pihak agensi perlu memastikan anda layak sebelum dihantar ke mana-mana syarikat yang memerlukan. Kalau tak, jatuh la kredibiliti diaorang hantar sebarang je. Dan selepas mendaftar, mereka akan menghubungi anda jika ada temuduga untuk anda. Biasanya makan masa juga bergantung pada nasib anda.

Mungkin ada yang kate, guna agensi nanti gaji kena tolak gaji. Saya sering dengar sebelum ini. Tetapi setakat ini tiada satu company yang saya kerja mengunakan agensi yang menolak gaji saya.

Anda dinasihatkan mendaftar lebih dari satu. Dan jangan terlampau banyak. Yelah kalo semua call, ada interview dan semua dapat. Dah terpaksa reject. Esok nak guna semula agensi tersebut dah susah. Cara saya, saya daftar satu, lepas seminggu dua tiada response, saya daftar lagi tempat lain dan seterusnya. Ada kemungkinan juga pihak agensi mendapati anda tidak berkelayakan.

So anda perlu lakukan yang terbaik semasa interview dengan pihak agensi. Komunikasi amat penting dan perlu dalam bahasa Inggeris. JIka tidak fasih berbahasa Inggeris. Jangan risau, saya juga tidak lah sehebat mana. Hanya hebat maser interview je. he.he.he. Ada caranya. Cara ini saya peroleh ketika berfikir macam mana aku fasih berbahasa melayu dulu masa kecik. Ya bagaimana anda belajar bahasa ibunda anda di masa kecil. Pada masa itu kita belajar dengan hanya mendengar, melihat dan mengulang ayat yang kita didengar. Tetapi bila besar, terbalik pula bila kita belajar bahasa Inggeris disekolah, membaca.. membaca… membaca… Akhirnya kita hanya mahir membaca dan mengingati undang-undang grammer je. Barcakap.. abis…

Dari situ, saya fasihkan bahasa Inggeris saya dengan mendengar di radio, television dan terus mengulang-ulang ayatnya. Dengar, ulang, dengar ulang. Berhari-hari juga buat. Dan bila interview, saya sendiri terperanjat. Biar betul, fasihnya aku. Confident lagi.. Dan terus dapat kerja. Ia sama seperti bermain bola. Adakah anda boleh hebat bermain bola dengan hanya membaca buku bola sepak. Sebulan baca buku bola sepak, esok turun padang. Apa jadi. Nak tendang bola pun fikir seratus kali. “Nak tendang style apa ye, style Ronaldo ke sytle itu ke style ini ke”. Last-2 bola entah ke mana.

Satu lagi kelayakan yang biasanya diperlukan ialah pengalaman atau pernah bekerja. Mesti ramai merungut. Baru graduate, maner la ade pengalaman. Terus terang saya katakan, jika saya pun saya lebih suka ambil yang berpengalaman. Bukan senang nak ajar orang baru, Lepas tu, lepas tiga bulan, berenti kerja pula. Dah satu kerja lagi nak train budak baru lagi. Sebab biasanya orang baru, mereka belum biasa bekerja.

Saya juga bermula seperti anda, bermula tiada pengalaman. Begitu juga semua orang yang telah bekerja. Start from zero knowledge. Apa yang kita belajar kat U, tidak banyak digunakan. So jika anda fresh graduate, jika anda dapat kerja sementara, ganti orang mengandung ke, apa ke. Itu peluang baik. Saya juga bermula dari situ. Ada pengalaman 2-3 bulan lebih memudahkan anda untuk mendapatkan kerja yang lebih baik.

Raser dah panjang saya tulis. Tak perlu la saya cerita cara berpakaian.. cara bercakap dan sebagainya. Kerana sudah pasti anda telah didedahkan sebelum ini. Cuma konsepnya tetap sama, jika anda ingin hebat bermain bola, anda tidak boleh hebat dengan hanya membaca buku bermain bola sahaja. Fikirkanlah.

Sebelum saya menutup tirai post ini saya berkongsi tips.. apakah yang company mahukan dari anda. Dengan memahaminya akan membantu anda mendapat kerja.

1. Anda boleh bekerja.
2. Anda boleh bekerja lama.
3. Anda tidak memilih kerja.
4. Anda merupakan pekerja yang serius.

Contohnya tips 2. Anda boleh bekerja lama. So jangan tunjukkan anda sering lompat kerja. Dan bagi alasan yang kuat kenapa anda berhenti kerja sebelum ini. Tips yang lain, fikirkan la sendiri ya. Dan walaupun bidang saya berbeza dengan anda (Perakaunan), namun pasti ada yang boleh anda pelajari disini. Semoga berjaya dapat kerja.

LIKE
Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Hanya boleh share url link artikel atau menggunakan button2 yang disediakan ya. tqvm :D
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.








Posted on 01 Sep 2010 - Visited 20598 times, 17 so far today    40 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

40 Responses to "Siswazah menganggur, cari kerja kosong dengan cara saya"

  1. Fazli says:

    agensi tu yang akan interview rupanya. saya ingatkan agensi tu cuma cadangkan calon dan di interview oleh pihak syarikat yang nak mengambil pekerja. saya dah cuba search ikut yang saudara bagi. kat area saya tak ada agensi pekerjaan.
    kena cari tempat lain lah jawabnya. terima kasih kerana kongsikan artikel ini.

    • Hairul Hissam says:

      Ya Fazli, agensi akan interview terlebih dahulu memastikan kita berkelayakkan. So pastikan kita bersiap sedia semasa mendaftar dengan agensi. Semoga dapat kerja Fazli :)

  2. shahrul says:

    artikel ini byk mmberi informasi brguna kpd sye…so thanks En. Hairul…jikalau ade mklumat ttg artikel mcm ni lg kongsi2lh yer krna sye pn kurg pngtahuan ttg haluan alam pkrjaan nie…hehehe

    • Hairul Hissam says:

      Sama-sama shahrul, Terima kasih juga kerna sudi melawat blog saya. InsyaAllah saya akan tambah lagi artikel dari semasa ke semasa. :)

  3. Hadi Rofiee says:

    Salam perkenalan.

    Memang bermanfaat artikel ni, kena kepada sy yg baru shj menamatkan pengajian.. i’Allah nak sambung lg.. pa2 pun, maklumat ni tetap akan sy ingat.

    t/kasih. :-)

    • Hairul Hissam says:

      Salam perkenalan juga buat hadi. jika hadi lupa, masih boleh kembali ke blog ini :) . InsyaAllah, blog ini terus berkekalan selagi saya masih ada :)

  4. muhafis says:

    salam hairul, nice sharing, sy tengok niche yg anda gunakan untuk tiap entry sgt berguna, mmg kalau buat entry pasal tips2 nie lebih akan menaikkan rating blog, kalau dapat benda percuma pun best, macam dpt tiket free pegi tgk maher zain punye konsert, hu hu

    • Hairul Hissam says:

      wsalam muhafis, yap post dari blog ini lebih kepada berkongsi pengalaman dan pembacaan saya untuk manfaat bersama. Semua org suka brg free kan, so sye bagi je la free..he.he.he.. Tapi kalo ada raser nak support sye, beli la produk sya..he.he.he

  5. safwan says:

    saya sekarang kerja di kompeni yg buat verification background screening utl bakal pekerja,,,client byk dr oversea..

  6. redfar says:

    tak sangka ade juga agensi macam ni yer.. kalau keje cikgu ade x? saya keluar2 jadi cikgu.. hehe..

  7. Editor says:

    ini baru postingan berkualitas namanya :)

  8. ohcikgu says:

    tips yang sangat baik. Memang patut para penganggur baca tentang ini.

  9. MUHAMMAD RAZIP says:

    ASSALAMULAIKUM…SAYA NAK TANYA KALO SAYA NAK APPLY JOB BAHAGIAN AIRPORT CONTOHNYA SEBAGAI FLIGHT OPPERATION, GROUND HANDLING SERVICES ATAU JAWATAN APE YG SESUAI DALAM BIDANG PENERBANGAN AGENSI PEKERJAAN MANA YG SAYA NAK CONTAK YE…JUST TANYA JERK..

  10. Mango Juice says:

    Salam En. Hairul,

    saya baru menamatkan pengajian di universiti dan masih belum mendapat sebarang pekerjaan. Saya berminat untuk mencari kerja sambilan di syarikat yang berkaitan dengan jurusan yang saya pelajari untuk menambah pengalaman. Oleh itu, saya nak minta pendapat dan nasihat dari En. Hairul, bagaimanakah cara yang baik untuk mencari kerja sambilan yang berkaitan. Terima kasih.

    • Hairul Hissam says:

      Kebanyakkan syarikat menggunakan agensi pekerjaan untuk mendapatkan pekerja sambilan…Antara agensi pekerjaan yg famous ialah kelly agensi… semoga dpt kerja.. :D

  11. feeqa says:

    assalamualaikumm, saya tak tahu cara nk tgk di yellowpages.. boleh terangkan dan mudahkan cara saya untu cari pekerjaan ?

  12. hafiza says:

    Salam…nasihat en amat berguna utk sy…sy bercadang nk gunakn agensi pekerjaan utk mencari kerja..just ragu2 boleh percya ke tak..dgn nasihat en sy lebih yakin untk gunakn agensi pekerjaan..insya Allah sy akn sent resume sy utk company ini….Quasar Armada Sdn. Bhd..tq yea…

  13. hafiza says:

    Salam…nasihat en amat berguna utk sy…sy bercadang nk gunakn agensi pekerjaan utk mencari kerja..just ragu2 boleh percya ke tak..dgn nasihat en sy lebih yakin untk gunakn agensi pekerjaan..insya Allah sy akn sent resume sy utk agency ini….Quasar Armada Sdn. Bhd..tq yea…

  14. aik egg says:

    boleh recommend kerja part time utk i? terima kasih byk22

  15. Asawad says:

    Salam, encik ada tips utk lepasan universiti yang kurang cemerlang dari segi keputusan akademik macam saya? Terima kasih untuk artikel ni. sangat membantu.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam.. boleh juga mulakan berniaga makanan dikawasan berdekatan rumah. Jika kita mula awal. InsyaAllah byk akan dipelajari dan membantu bisnes akan datang yg lebih cemerlang.. semoga berjaya ya en. Asawad.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.