Ramai yang tidak menyedari bahaya telefon bimbit pada kesihatan otak mereka. Tahukah anda, gelombang elektromagnatik dari telefon bimbit mampu menembusi otak anda. Seterusnya merosakkan sel di dalam otak anda. Tidak hairanlah ramai yang mengalami masalah sakit kepala, pening kepala atau migrain. Inilah salah satu puncanya. Dan mungkin juga ia merupakan tanda-tanda awal kepada masalah yang lebih besar iaitu tumor otak atau kanser otak
Disini saya berkongsi info menarik dari Akhbar Utusan Consumer Bulan Sept-Oct 2011 yang dikeluarkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Menurutnya, Agensi Alam Sekitar Eropah mendedahkan terdapat bukti yang menunjukkan penggunaan telefon bimbit lebih 10 tahun boleh menyebabkan risiko tumor otak atau kanser otak. Manakala World Health Organisation mengesahkan Radiofrequency Electromagnetic Fields dari telefon bimbit merbahayakan kesihatan manusia. Itupun selepas sedekad menafikan sebelum ini. Kesimpulannya handphone merbahaya kesihatan.
Namun sukar mengelakkan penggunaan telefon bimbit di dalam kehidupan ini. Setiap orang pasti memiliki telefon bimbit. Dan ia seolah-olah menjadi keperluan di dalam kehidupan ini. Oleh itu Utusan Consumer telah memberi beberapa langkah pencegahan mengurangkan kesan buruk telefon bimbit. Antaranya:
1. Gunakan earphone semasa berbual menggunakan telefon bimbit.
2. Sebelum membeli handphone, buat research di internet dan cari handphone yang rendah radiasinya
3. Jauhkan telefon bimbit dari tubuh anda sekiranya tidak menggunakannnya
4. Elakkan menggunakan handphone di tempat yang signal bar rendah. Kerana telefon bimbit akan mengeluarkan radiasi yang lebih tinggi untuk mendapatkan signal.
5. Lebih banyak menggunakan text message kerana ia kurang mengeluarkan radiasi.
6. Elakkan menggunakan handphone di dalam kereta. Kerana handphone akan mengeluarkan radiasi lebih tinggi di dalam kereta (metallic cage) untuk mengekalkan signalnya.
Masih ingat artikel berkenaan Senarai Makanan Bahaya Kesihatan yang saya tulis sebelum ini. Sebenarnya tubuh kita mempunyai sistem imun yang mampu memulihkan tubuh kita kepada keadaan asalnya. Namun pengambilan atau pendedahan yang berlebihan barulah merbahaya kepada kesihatan kita. Oleh itu, amat bijak berusaha mengurangkan penggunaan telefon bimbit di dalam kehidupan kita. Itupun untuk kesihatan anda jangka panjang.
Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. Sebenarnya banyak lagi info menarik tentang kesihatan yang didedahkan di dalam Akhbar utusan Pengguna Pulau Pinang. Elok anda mendapatkannya di kedai buku berdekatan. Jika di Johor Bahru, anda boleh mendapatkannya di kedai Buku Badan di Angsana Mall. Utusan Consumer dikeluarkan dua bulan sekali dan sangat bermanfaat.
midi says
Salam. Sy letakan hp yg on di sisi sy pd waktu tdo mlm. Sy on juga jam penggera. Adakh ini bayakan otak? Atau hp hnya bahayakan otak ktika meletakaany dekat telinga tika berbual? Jika ltak di sisi kepala sdang tdo tak bahaya??
Hairul Hissam says
Wsalam En. Midi, jika berbual di handphone, kadar radiasinya lebih tinggi. Jika tidak berbual kadar radiasinya lebih rendah. Namun ia tetap bahaya pada kesihatan untuk jangka panjang. Lebih bijak jauhkan dari tubuh kita. 😀
Juan says
aku memang banyak guna text message dari buat calling, hehe
Hairul Hissam says
Mmg bagus guna text message.. duit pun lebih jimat. kan en. Juan 😀
suri says
type sms seringkas blh jimt gak krdt heeee
Hairul Hissam says
Tangan pun tak letih 😀
Mekar says
Merujuk point yg nombor dua tu.
Org sekarang kalu nak beli HP mesti yg ada pelbagai fungsi di dalamnya. Model yg popular itulah direbut2 orang. Jarang sgt org nak check yg rendah radiasinya..huhu…
pst : sya nk join kuiz kt sebelah tu. Tp sya xde FB. Memang xnak buka akaunnya sbb bimbang terleka. Kalu xde FB x buleh ker cik hairul
Hairul Hissam says
Benar kata cik mekar.sebabnya org ramai kurang kesedaran dan pengetahuan tentang radiasi telefon bimbit ini. Semoga artikel ini membuatkan kita lebih berwaspada.
p/s: Oh kuiz warming up khas hanya guna komen fb sahaja. cik mekar gunalah husband punya FB :D. Tapi nanti kuiz sebenar akan menggunakan komen fb dan komen di blog. Komen di blog akan dibuka bila kuiz sebenar bermula. Itu pun jika kuiz warming up mendapat sambutan.. tima kasih cik mekar kerana sudi menyertai 😀
Mekar says
Radiasi ni orang tahu tapi tak berapa ambil berat. Asal dapat bergaya dengan HP canggih, perkara yg utama ditolak ketepi 🙂
pst: oh..kena ada FB juga ya. Mr suami lagi la tak tahu apa2 pasal FB ni..huhu (sama mcm bini dia juga !). Tak pa lah. Sya sertai yg guna blog saje lah nnti. TQ
Hairul Hissam says
Benar tu cik mekar. Kita mudah terpengaruh dgn iklan dan trend tanpa memikirkan kesan jangka panjang.. Oh tak mengapa cik suri.. guna komen blog dan submit artikel pun boleh menang.. tunggu esok utk detail di blog petuaemak.com..
shila says
tq…for information ni
Hairul Hissam says
Tq kembali cik Shifa 😀
shraqs says
Apa kata kita guna public phone je semula. Ahaks….
Hairul Hissam says
he.he.he.. bagus gak cadangan tu 😀
chii says
yang chii pernah tau…time tdo kalo boleh..jauhkan telefon dari sisi…sebab membahayakan kesihatan…
@shraqs: hurm..susah gak..sebab banyak sgt telefon awam yg rosak..akibat vandalisme
@juan: chii pun prefer sms berbanding call..nnt telinga lekas merah..pastu x leh nak fokus..eheh
Hairul Hissam says
Benar tu cik chii, elok jauhkan dari tubuh kita especially masa tidur… bahaya sebenarnya tu 😀
p/s: mmg susah sebenarnya nak cari telefon awam sekarang nie.. yg ada kebanyakkan rosak. so mmg kena pakai juga la handphone kan 😀
Dulu Lain Sekarang Lain says
diam-diam kawe rupanya ada simpan barang yg beradiasi dan boleh merbahayakan dalam poket selama ini… erkkk…
Hairul Hissam says
Ramai yg menyimpan barang beradiasi nie di poket.. Risau jugak kesan sampingan jangka panjang pada organ sulit kita bro 😀
suri says
skr ada hp jarang guna sb jarang muat naik kredit heeee..
tak pakai blh buang kan ada tempat khas dia nak buang huhu..
Hairul Hissam says
Bagus tu cik suri. kalo jarang pakai, jimat duit… 😀
selain berjimat dapat mengelak risiko kanser lagi..
suri says
ya,benar jimat2 tpi klu terdesak baru isi hee…
guna kena hati2 klu sllu bt tak elok mau gak dtg bhya pd kesihatan huhu..
Hairul Hissam says
Betul tu… sayangilah diri kita… 😀
amirulfaiz says
Saya akan praktiskan tips menjauhi radiasi itu. 🙂
Hairul Hissam says
Bagus tu En. Amirul…. untuk kesihatan jangka panjang diri sendiri gak… 😀
fiezaradzi says
bagus ni.. de tips yg menarik utk dibuat.. selalu dulu letak hp dkt2 time tidur, spya dgr bunyi jam.. pas ni letak jauh sikit la..
Hairul Hissam says
Bahaya sebenarnya tu letak di tepi kepala….lepas nie kenalah berhati-hatinya 😀
ila says
nanti nk suh babah beli public fon laa…heheh
Hairul Hissam says
Nak pacak kat mana tu cik ila… he.he.he
kalo kat rumah lebih selamat pakai telefon telekom tu.. 😀 ..
kyrul says
ni buat aku takut ni .adoiiii .bahaya tumor ni
Hairul Hissam says
kalo dah kena tumor en. kyrul… duit berjuta2 pun tak guna.. 😀
Mohd Rujhan says
huh,sangat merbahaya…boleh dapat pnyakit kt kwsan pnting plk tu…sebaik la saya selalu guna sms…jimat sikit.Call pon kalau ade urusan pnting atau kecemasan…tapi masa tidur selalu jgk letak kat sisi…hehe…kalau walki-talki ade radiasi jgk ke? ermm…
Hairul Hissam says
Walkie talkie nie guna frekuensi radio.. kalo tak silap saya…
mmg jauh lebih baik dari handphone…
p/s: kena cari walkie talkie nie…
scootster says
Kena upgrade henpon setiap tahun huhu =)
Hairul Hissam says
saya guna handphone lama je..:D
azzahra says
bermanfaat… terima kasih sudh share. this post very interesting and important. we must be carefull when use a gadget and keep attent for our health..
great post. i like this 😀
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali cik azzahra.. Banyak lagi yg didedahkan oleh persatuan pengguna pulau pinang. 😀
Dila says
Berapa kuat radiasi tuh ? Kesan jangka panjang tentu boleh rosakkan otak, mungkin buat kita jadi pelupa atau kurang fokus
Hairul Hissam says
benar tu, ianyalah yg membuatkan fungsi otak kita berkurangan… 😀
Amrin says
Adoyai!!! Macam ni pakai public phone la senang.
Apapun terima kasih atas maklumat yang berguna ini.
Hairul Hissam says
Elok guna earphone utk kurangkan risikonya.. 😀
nurul says
Knp bila sy tngok handfone sy jd pning? Adakah perlu sy mnbuat kca mata? Atau trus mminta nasihat doktor?
Hairul Hissam says
Elok jauhkan handphone kerana sesetengah kepala tak tahan radiasinya….