
Saya memang minat kuih seri muka ini. So timbullah idea membuat panduan resepi kuih seri muka. “Mak, macam mana nak buat kueh seri muka nie”. Nasib baiklah emak masih ada dan sudi memberi tunjuk ajar. Terus terang saya belum pernah membuatnya sebelum ini. Sebab di hotel dulu kuih muih di order dari pihak luar. Yelah kalau buat sendiri memang tak laratlah. Dengan bermacam-macam desert, bun dan kek yang nak disiapkan.
Menurut emak saya, arwah ayah yang selalu buat untuk jualan di pasar malam. Alhamdulillah first trial saya buat, berjaya. Senang je rupanya. he.he.he.. Langkah-langkahnya pun simple sahaja. Ok jom kita belajar membuatnya. Tapi resepi ini telah saya ubah suai supaya mudah, sedap dan senang disiapkan. Semua nak senang kan.
.
Inilah di antara bahan-bahan yang akan digunakan dalam membuat resepi kuih seri muka. Beras pulut, santan, tepung gandum, tepung ubi, gula dan telur. Semuanya mudah dibeli di hypermarket. Dalam tutorial ini saya akan menggunakan santan kotak. Tapi kalau nak lebih sedap, gunakanlah santan fresh yang diperah.
Bahan-Bahan dan Cara Membuat Lapisan Bawah (Pulut)

Bahan-bahan Lapisan Bawah (pulut)
500gm Beras Pulut
300gm Air
150gm santan pekat
3/4 sudu besar garam (garam memang guna satu sudu besar ya)
4 sudu besar minyak
Langkah 1: Basuh beras pulut terlebih dahulu. Kemudian campur semua bahan-bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan kacau hingga sama rata dengan sudu. Seterusnya masuk ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 30 minit. Gunakan api yang sederhana. Biasanya untuk penutup pengukus, kita balut dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam loyang.
.
Bahan-Bahan dan Cara Membuat Lapisan Atas

Bahan-Bahan Lapisan Atas
150gm Tepung Gandum
4 Sudu Besar Tepung Ubi
4 Biji Telur
180gm Gula Pasir
450gm Santan Pekat
350gm Air Paip
2 cubit garam
Pewarna Hijau
Langkah 2: Sementara menunggu lapisan bawah (pulut) masak. Campur kesemua bahan-bahan lapisan atas ke dalam bekas dan pukul sehingga gula hancur sahaja. Boleh guna mixer atau whisk atau senduk sahaja. Yang penting kacau hingga sebati dan gula hancur. Untuk pewarna, anda boleh letak seberapa banyak yang anda mahukan. Letak sikit-sikit pewarnanya sehingga warnanya menarik. Nak lagi bagus guna pes pandan.
.

Langkah 3: Apabila lapisan bawah (pulut) masak dalam lebih kurang 30 minit. Keluarkan loyang dan tekan pulut dengan belakang sudu atau senduk sehingga ia mampat dan padat. Kena betul-betul padat ya. Kalau lapisan bawah pulutnya kurang masak pun tidak mengapa kerana akan dikukus lagi.
.

Langkah 4: Tuang adunan lapisan atas ke dalam loyang yang berisi pulut yang telah dipadatkan. Kemudian kukus sekali lagi dalam masa 1 jam.
.

Langkah 5: Selepas 1 jam masak, bolehlah dikeluarkan. Ok gambar disebelah kiri tu, kuih seri muka yang baru masak. Ia kelihatan seperti lembik dan berair sedikit. Jangan risau kerana selepas dibiarkan sejuk, ia akan keras seperti gambar di sebelah kanan tu. Ada sedikit gelembung pada permukaan kueh seri muka kerana pulut kurang dipadatkan atau dimampatkan. So udara di dalam pulut akan naik ke atas.

Inilah kuih seri muka yang siap untuk dihidangkan. Mudah bukan cara membuat resepi kuih seri muka ini. Kalau nak lebih sedap gunakanlah santan fresh. Nak senang macam saya, gunakan santan kotak, sedap juga sebenarnya. Selamat mencuba. Jika suka artikel ini, kliklah button LIKE. Barulah bersemangat nak beri kan lagi resepi dengan tutorial step by step. TQVM ya
















Errr…maaf bertanya…bro Hairul ni seorang chef ke?? Banyak gak entri pasal makanan nih…siap ada ebook lagi…:)
Tak mengapa bro Yas

Kalo nak jadik chef kena kerja bertahun2 dihotel..
saya kerja di kitchen hotel tak sampai setahun. so Saya bukan chef..
Tapi alhamdulillah banyak juga belajar di sana…
bacalah artikel sejarah hidup saya dibawah:
http://hairul.com/blog/sejarah-hidup-hairul-hissam/
dulu pernah buat..sekarang dah malas buat. hehe..
Nie mesti rajin beli je. he.he.he..
org ada duit blh ar hik..hik..
Yelah.. hari2 duit dia masyuk…
tq2 banyak info dr blog en. insya Allah saya nak cuma… good luck… smoga murah rezeki n hidup diberkati….
Amin tima kasih en sam.. dan Selamat mencuba ..
semoga mencerikan keluarga en. sam..
terima kasih bagi resepi nie..nanti nak try buat..
Selamat mencuba Wira Chomel
Suami sya mmg suks kuih,saya selalu buat,cara saudara buat sama cam sya.kadang-kadang sya suka campurkan dgn beras pulut hitam,sedap tak caya cubalah.caranya 1 pulut putih 3 pulut hitam yang smua sama.
Tima kasih atas tips tambahan tu.. boleh cuba nie letak pulut hitam.. tentu lebih sedap kan..tqvm Puan Rosnah…
Salam Hairul, Kalau ditempat saya, kuih ni namanya Pulut Salat. Dulu mak saya memang suka buat kuih2 melayu ni; buat kuih minum petang. Skrg dah uzur, kita mcm kawan kat atas tu….. beli aje. Mungkin nak cuba buat juga, lepas tengok tunjukcara Hairul yg agak mudah tu… InsyaAllah. Terima kasih Hairul.
First tima saya dengar Pulut Salat. tqvm cik mahani atas info tu…
mmg mudah sebenarnya.. cubalah buat cik mahani..
semoga ibu cik mahani cepat sembuh ya..tqvm..
kuih kegemaran saya..suka letak macam2 warna ibarat pelangi..mak saya ckp ini kuih bukan pelangi warna eeee..
Nie lagi hebat… tentu lebih menarik dan menyelerakan dengan pelangi pelbagai warna kan….
Thank you bro
terima kasih kembali..
tu adunan untuk dulang besar mana? berapa cm?
tq
yg saya guna tu lebih kurang 28cm.diameter loyangnya…
sorry, bukan dulang, tapi Loyang besar mana?
lebih kurang 28cm cik zurina…
saya suke makan kuih ni…sedap…selalu beli je kat kedai…heee
Lepas nie boleh lah buat sendiri En Rujhan..
ye lah,tapi takut tak jadi je…hee
Kena berani En rujhan.. Cubalah dulu..
InsyaAllah confirm jadi punya la..he.he.he
nk resepi yg guna sukatan cwn blh x?
Beli la penimbang cik zila.. byk kegunaanya…
Terima kasih kepada En. Hairul kerana tidak putus-putus menghantar resepi kepada saya disini.Saya dah cuba resepi kek batik yang En.Hairul bagi sedap dan mudah utk membuatnya.Nanti nak cuba pula kuih seri muka untuk minum petang sekeluarga pulalah. Semoga En.Hairul berjaya di dalam apa jua bidang.
Terima kasih kembali cik nazariah kerana masih setia membaca dan mencuba resepi dari saya.. Begitu juga buat cik nazariah.. semoga berjaya ya..
nampak menarik dan sedap…
memang lain dr yg wife sy buat…selalunya tk menjadi…lembik sesangat..
nnt nk suruh dia try wat cam bro has punya cara plak..
tq bro
Resepi saya nie guna tepung ubi. tu yg buat keras sikit….
selamat mencuba ya En Mskdon…
aku biasa je dengan seri muka ni
biasa beli, bias makan
nak buat tak reti
Cubalah buat En Tehr..
nanti boleh makan sepuas2nya….
serius aku nak buat la mcam yg ko buat hairul, tp masa x mengizinkan, tahniah pada ko hairul
Nanti kalo dah ada org rumah.. boleh minta tolong dia buat kan En juan…
bab makan tu aku suka tapi kalau nak buat kuih seri muka nie aku macam malas sikit,,,
Bab makan mmg paling best kan
sy nak cuba resepi ni lagi satu knpe guna minyak ? kalau kite nak sukat bahan2 guna cawan mcam ne? tq
Biasa kalo kita makan makanan berpulut mesti rasa berminyak kan… mungkin supaya tidak mudah melekat…
beli lah alat penimbang.. byk kegunaanya…
saya lagi suka tepung talam.. ada resepi tak? hari tu dah try, tapi sebab pakai susu jadi lain sikit rasa die..
soklan, apa jadi lau kita terlebih waktu mengukus?
SAya pun belum pernah buat kuih talam
. Bergantung juga apa yg kita kukus.. Kalau seri muka rasanya tiada masalah…
Assalamualaikum… saudara hairul
terima kasih banyak2 jujur nyer saya memang pernah cuba wat kuih ne tapikan x jadi berapa sedap ler…dengan cara2 yg d berikan pasti boleh wat lg..
terima kasih yer.
InsyaAllah dengan cara nie lebih mudah menjadik Cik Resyah.. selamat mencuba…tqvm
sngt menarik.kuih nie jarang sesekali dibuat mahupn dibeli melainkan pada zaman sekolah2 dlu… mak sngt rajin buat kuih nie, n seingt saya, saya cuma akan makan pulutnyer sahaja dan bhagian atasnyer akan dibuang, mak saya selalu marah. pernh sekali mak masak kuih seri muka nie tapi tanpa bahagian atas tu, memandangkan anak nyer sorg nie xmakan… tp malang nyer kuih tu xdisentuh kerana atasnyer tiade,agaknyer kurang menarik kot… akhirnyer tpaksela mak masak smula kuih tu n redho jer bler bhagian atas nyer dibuang… heheheee…
. terima hasih atas resepinyer, next time nk mencuba buat jak untuk emak…
Dari mata datang ke hati…. kalau tak de atasnya… tak berserilah kan……
jadi kuih pulut la..ha.ha.ha…. Selamat mencuba Kd
salam dek hairul, akak mmg minat sgt kuih ni, dan satu lagi kuih ni yg atasnya warna coklat, org pangil kuih seri ape ye? yg tu pun sedap gak, lapisan atasnya dibuat dgn gula melaka+gula merah… boleh tlg bagi akak resepinya.? atau sama je cara dgn buat kuih seri muka hijau ni?
Wsalam cik fitrah.. tak silap saya kuih talam tu…
dan kalau tak silap saya lebih kurang sama je cuma ada yg menggunakan tepung beras
Wow…terima kasih diatas sharing…tak pernah terfikir plak nak bungkus penutup periuk dengan kain….patutlah serimuka yang saya buat selama ini bahagian atasnya tak berapa cantik..he he he he…nanti saya akan cuba teknik ni plak..
Kalo tak bungkus cik ina.. bertakung lah air dalam loyang… jadi la tiga lapisan…..selamat mencuba…
salam,sya dh cuba resepi ni…alhmdulillah mnjadi…kwn2 pun kata sedap, x terlalu manis. tp sya nk syer ptua d cni…selain membungkus tutup pengukus tu, ble gak guna aluminium foil, tutup kt atas loyang tu, cnfirm air xkan msuk dlm loyang. tkasih tuan punya resepi.
wsalam….tima kasih cik Irma atas tips tersebut…
tak terfikir saya guna aluminium foil.. mmg confirm tak masuk air… tqvm ya
Satu usaha yang baik… Keep up the good job.
Tqvm cik shasha
aslm hairuk,TQ kongsi tip kuih seri muka.jika nak buat kuih2 talam yg beranika,boleh x ikut mcm bahan2 lapisan atas seri muka ni?
Tak silap saya lebih kurang sama je.
cuma ada yg menggunakan tepung beras dan pes perasa tiruan
Salam Hairul.
Mudah je cara nak buat seri muka ni ya. Sya xberapa suka makan sebab ada pulut kt bawah tu. Kadang2 makan yg hijau saje..hehe. Tapi kalu buat jamuan makan2 pun sesuai jugakan buat hidangan ni. Tq krn kongsi resepi dan cara mbuatnya.
wsalam cik mekar… kalo buat jamuan.. mmg bertambah serilah jamuan dgn kuih serimuka ini… tq kembali cik mekar….
Hairul klau x nak pakai telur blh ke?saya x tahan bau telur yg d campur dlm kuih muih ni,
Kalu tak tahan baunya.. gunakan perisa vanilla utk kurangkan baunya…
terima kasih atas resepinya. ini memang kuih kegemaran keluarga saya.. lain kali bolehlah saya cuba. kalau ada lagi resepi yang menarik bolehlah dikongsikan lagi.
InsyaAllah, kalo ada resepi lagi..nanti saya masukkan.. selalulah masuk ke blog ini ya..tqvm..
Hairul,
keliru la, santan kotak tu 200ml, tp resepi atas pakai gram. mcam mana nak kira tuh?? Sbb saya ingat nak pakai santan segar beli timbang 1 kg.
Rasanya tak jauh beza gm dan ml utk santan.. lagipun kalo terlebih atau terkurang sikit santan tidak menjejaskan sangat kuih serimukanya.. selamat mencuba ya..
wah nampak sedappp!!
ciktom mmg suka kuih seri muka.
fevret tp xpenah plk cuba…
maybe blh cuba nanti..
kt umah sewa ni mmg xdpt la byk menda xde..
Mmg kena cuba nie cik tom.. barulah puas makan kan..
Oh kesian cik tom.. brg2 rumah sewa semua kena angkut..
salam,
dah buat kuih ni semalam..jadi!!
sedap & senang je nk buat..
kek batik pun sedap!
Tahniah kerana berjaya buat cik Mila
p/s: org baca diblog nie sudah la…he.he.he
nmpk mudah dan sedap..tp org2 kt umh..x mkn sgt kuih ni…
tak berserilah muka kalo cam tu cik chi..
TQVM ATAS SUMBANGAN ANDA MOGA MDAPT DRP ALLAH
Tq kembali En Isyak. Selamat mencuba
sy dh buat..alhmdulillah jadi..famili komen,sedap…waaa suke sgt! tqvm bro hairul..
Saya pun tumpang gembira. Tahniah cik Mai
Bila tgk cara dalam ni… macam mudah jer nak buat. Banyaknya resepi dalam ni yg mudah2 nak buat. Just perlukan sedikit kerajinan utk laksanakannya. Buat la resepi kek coklat sama yer…. Reaaly love it!
Selamat mencuba cik jie….. insyaAllah berbaloi. Kena rajin sikit je.
Bro Hairul jangan lupa letak resepi kek coklat kukus dan bakar sama yer….
tak janji ya..
Thank bg resipi kuih srimuka ni…mmg kegemaran saya sekeluarga…mmg kena buat ni… Resipi kuih lain ada x?
Oh… resepi kuih lain kena tunggu turn cik tina… selamat mencuba ya..
saya suka setiap resepi yng dipaparkan senang dan mudah,…. Kalo ada lg resepi yng best2 boleh ler brkongsi.
InsyaAllah kalo ada resepi best2.. akan di share disini..
…
Assalamualaikum,
Ada tak resipi kuih talam nyonya, atas lapisan hijau n bawah putih..
terima kasih
wsalam.. tak pernah pula saya buat lagi cik siti
Thanks for sharing. You made it look soooo easy:)
u welcome cik salma. Not only easy but so delicious
Nmpk mcm senang kan…. Saya pun suka Mkn kuih ni. Lagi satu favorite saya cucur badak Dan kuih koci. Ada resepi tk?
InsyaAllah mmg mudah dan sedap… selamat mencuba…
Nampak macam senang je nak buat, Inshaallah nanti K Rem cuba, En. Hairul ada tak resepi kuih talam yang coklat atas dan putih lemak di bawah, kalau ada boleh lah share… tk
Selamat mencuba kak rem.. tentu keluarga kak rem sukakanya
salam, thank you for the sharing the recipe and step-by-step pictures! pernah cuba buat sebelum tapi recipe lain. Nanti nak try your recipe pulak.
Cubalah resepi ini pula Cik Farina.. ramai yg dah buat dan menjadik
blh tk klau kita gunakn gula tepung daripada gula pasir?klau tk ade mixer blh guna kn pengisaar utk lapisan atas
Kalau tiada pengisar, guna senduk pun boleh.. Yg penting kacau hingga sebati. Boleh kot guna icing sugar tu.. gula juga kan
Dah makan seri muka ini yg dibuat oleh adik lelaki saya ternyata sedap. tp rasanya garam patut dikurengkan skit.
Tahniah cik badariah kerana berjaya buat serimuka…
mungkin cik badariah guna sudu besar yang melengkung kebawah kot.. tu yg byk masuk garamnya..
tapi elok juga saya kurangkan resepi dari 1 sudu besar ke 3/4 sudu besar… tq atas feedback nie ya
Pulut mmg perlukan byk garam.. kalo tak .. tak terasa…
dah lama tak buat resepi kuih ini, biasanya saya beli aje tapi kalau buat sendiri rasanya lebih sedap dari dibeli dikedai.
Benar tu cik balgis.. buat sendiri lebih sedap
dah cuba,..sedap macam yg aruah atuk buat.Saya guna santan fresh,s
lebih ori…hehe.Saya memang penggemar kuih-muih asli.Aruah atuk memang pakar buat kuih tapi,..x sempat nak belajar ngan dia.Harap chef sudi kongsi resepi yg lain2 ya.TQVM.
Tahniah cik june kerana berjaya.. bila dengar pembaca berjaya membuatnya.. bersemangat saya nak buat lagi tutorialnya.. tapi skrg nie sgt sibuk siapkan pakej aneka cakoi dan aneka pau le..
A’kum, alhamdulillah… saya dh try kuih seri muka ni… kali ni yang terbaik pernah saya cuba, terima kasih…. macam mana nk dapatkan rasepi cakoi ek…?
wsalam…tahniah kerana berjaya membuat kuih serimuka..
ramai juga yg bertanya resepi cakoi… saya tengah tambah lagi modul resepi donut..
akan dilancarkan akhir bulan nie.. sorry buat menunggu
Akak bukan kaki buat kuih tp dgn resepi ni pertama kali buat dan jadik!!! Sgt sedap..cuma if x kuat masin kurangkan grm pd pulut tu..tq dik bg resepi..apa lg yg best? Share yea..
tqvm puan Azi krn sudi mencuba resepi di sini..
……skrg tengah busy buat http://www.resepicakoi.com
Berkenaan sudu garam tu.. mungkin saya guna sudu besar jenis yg rata…
tapi saya dah tukar pada resepi pada 3/4 sudu besar….
insyaAllah nanti saya bagi lagi
nk tyr la.. air dgn santan tu kena timbang ke? kalau dlm ml brpa ml??
Santan, terlebih atau terkurang, tidak mengapa. Boleh guna sukatan yg sama utk ml atau gm..
p/s: saya lebih suka timbang bahan cecair:D