
.
Goreng pisang memang cukup laris dan popular. Sehingga ada pepatah mengatakan “laku macam pisang goreng panas”. Ia memang disukai ramai. Apa kata, anda pula membuatnya sendiri di rumah. Boleh juga dijadikan juadah berbuka puasa atau hidangan minum petang. Percayalah, anda boleh membuat goreng pisang yang rangup seperti di kedai.
Disini saya ingin berkongsi pengalaman membuat resepi tepung untuk goreng pisang semasa bekerja di hotel dulu. Jangan tak percaya, hotel pun ada pisang goreng. Ia di goreng secara live di stall yang terletak berhampiran dengan buffer. Tanpa membuang masa, jom kita belajar cara membuat tepung pisang goreng yang rangup. Resepi ini berlainan kerana kita akan menggunakan baking powder bukannya air kapur. Namun ia cukup menghasilkan resepi tepung goreng pisang yang rangup.
.
.
Bahan-Bahan Resepi Tepung Pisang Goreng
.

.
Bahan-Bahannya
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)
P/s: Guna baking powder mcm gambar di atas tu. lain brand kurang power. Dan sebelum guna marjerin cair, pastikan ia tidak panas lagi ya. Resepi ini ia ranggup tapi tak tahan lama. Sebab kat hotel dulu, serve panas-panas dekat stall.
Biasanya di rumah, saya tidak pernah menyukatnya. Agak-agak je masukkan. Yang penting bahan-bahannya ada dan batternya pekat. Batter ialah adunan cecair tepung goreng pisang.
Langkah-Langkah Cara Membuat Tepung Goreng Pisang
.

Langkah 1: Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.
.
.

Langkah 2: Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu. Batter atau bancuhan tepung mesti benar-benar pekat ya.
.
.

Langkah 3: Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Dan kacau menggunakan tangan sehingga sebati. Saya buat agak kuning sedikit sebab akan dicelup dengan roti. Mudah bukan, cara membuat tepung atau batter goreng pisang.
.
.
Celup dan Goreng. Memang Rangup

Seterusnya celup pisang kepok atau pisang tanduk dengan batter tersebut dan goreng dengan minyak yang panas. Anda juga boleh menggunakan batter ini untuk resepi cendawan goreng, resepi cempedak goreng, resepi tempe goreng, resepi keledek goreng dan sebagainya. Resepi ini memang rangup. Caranya sama sahaja, celup dan goreng dengan minyak yang panas.
.
.
JOM PELBAGAIKAN HIDANGANNYA.
Ape la, asyik goreng pisang je. Tak jemu-jemu ke. Apa kata kita pelbagaikan hidangannya dengan karipap peanut butter goreng pisang. he.he.he pernah dengar? Simple je. Kita akan pelbagaikan batter ini dengan resepi karipap peanut butter dan resepi sosej gulung. Caranya amat mudah dan simple. Kita hanya menggunakan roti sandwich dan batter untuk membuat resepi karipap peanut butter dan resepi sosej gulung. Jom kita mula membuatnya.
.
.

Langkah 1: Kita buat terlebih darhulu resepi karipap peanut buat. Bukan resepi karipap pusing ya. Caranya, masukkan peanut butter ke dalam roti sandwich dan tutup roti sandwich tersebut. Anda juga boleh menggunakan kaya, kari kentang atau sambal ikan bilis.
.
.

Langkah 2: Dengan menggunakan pencetak karipap, tutup dan tekan roti sandwich yang berisi peanut butter tersebut. Kemudian buang bahagian tepi roti sandwich. Jika tiada pencetak karipap, anda boleh buat tiga segi dan tekan bahagian tepi sandwich dengan benda keras. Ok siap.
.
.

Langkah 3: Sekarang kita buat resepi sosej gulung. Ambil sebiji sosej yang telah di potong dua. Kemudian digulung di dalam roti. Dan seterusnya roti tersebut ditekan. Jangan risau, kerana rotinya akan kembang semula apabila digoreng nanti.
.
.

Langkah 4: Roti karipap peanut butter dan roti sosej gulung tersebut perlu dicelup ke dalam batter sebelum digoreng di dalam minyak panas. Celup satu-satu kerana roti tersebut mudah terbuka. Goreng sehingga betul-betul masak dan keras.
.
.

Inilah hasilnya, memang ranggup. Kalau dihidangkan, cepat je habis. Tak caya cubalah buat. he.he.he. Sebenarnya anda boleh mempelbagaikan lagi hidangannya mengikut ilmu masakan anda. Memang seronok menghasilkan sesuatu yang baru hasil daya kreativiti kita.
Namun pastikan anda menggunakan tepung beras dan santan kerana ia menjadikan tepung goreng pisang lebih rangup. Manakala marjerin cair menjadikan tepung goreng pisang rangup tahan lebih lama. Baking powder pula menjadikan batter kembang sedikit apabila digoreng. Seterusnya menjadikan tepung goreng pisang beronga dan lebih ranggup.
Semoga resepi ini menceriakan lagi juadah berbuka puasa atau hidangan minum petang anda. Selamat mencuba. Kalau suka resepi ini, kliklah button like ![]()
.
.
Banyak Lagi Resepi Best Percuma
Semua list resepi PERCUMA ada di side bar di bahagian kanan blog ini. Tapi sebelum ke sana, klik button Like dibawah. Baru saya bersemangat nak berikan resepi lagi.


















as salam encik hairul..
terima kasih sudi share resepi2 yg kelihatan sungguh menyelerakan, insyaAllah sy akan try nnt..encik hairul mmg xlokek dgn resepi, semoga Allah Taala murahkan lagi rezqi & mempermudahkan segalanya buat encik hairul, Amin
Tima kasih kembali cik watie…
semoga doa cik watie dimakbulkan.. tq ya..
selamat mencuba
p/s: tadi komen cik watie masuk spam… nasib baik perasan … tq ya
tahniah kepada encik hairul dan erima kasih banyak-banyak kerana sudi untuk berkongsi ilmu yang baik. semoga usaha sebegini berterusan dan diberkati olwh ALLAH S.W.T
Terima kasih kembali en. Roslim. Hanya sekadar sedikit ilmu dikongsi bersama….
..
selamat mencuba ya..
Macam menarik je ni.. GUna mentega?
tak pernah pula try guna mentega(butter) Jai…. biasa saya guna marjerin cair…
selamat mencuba ya
… hendak cuba juga agar ia nya menjadi.
Terima kaseh Hairul.
InsyaAllah menjadi en noor.. selamat mencuba ya
insyaallah, boleh cuba di rumah ni, aku selalu pakai tepung gandum jer, kalau nk sedap pakai tepung goreng pisang, x sangka plak boleh buat sendiri guna tepung beras, marjerin dan baking powder, nanti aku try, hehe
Try.. jgn tak try en. Juan..
… memang sedap kalo tepung goreng pisangnya ranggup…
cubalah pelbagaikan lagi resepinya.. tentu seronok kan..
time kasih bt resepiy……..petang ni nak cuba bt buka posa……..
tima kasih kembali
…. Memang meriah juadah berbuka puasa dengan resepi ini..
selamat mencuba
boleh cuba resepi ni, mesti grg yg saya buat nanti akan jadi lebih raggup.terima kasih kerana sudi share resepi ni ye..semoga mendapat keberkatan atas segala amal jariah yg dilakukan.Amin..
InsyaAllah goreng pisang cik nurqaseh akan lebih ranggup…
tima kasih kerana sudi mencuba
saya mmg gemar mkn pisang goreng, selalu mintak mak buatkn sebb buat sendiri x jadi macam yg mak buat.lepas ni boleh la cuba buat guna resepi batter yg en hairul kasi.nampak sungguh mudah x payah la saya nak susahkn mak lgi.
Benar tu en. zai.. sebenarnya mudah je membuatnya…
tentu mak zai suprise tgk pisang goreng zai yg rangup nanti..
selamat mencuba ya..tq..
salam terima kasih en Hairul dgn resipi tadi boleh tak kita simpan beter itu kalau terbuat banyak?
saya pernah juga simpan dalam peti sejuk dan buat keesokkan harinya…
masih rangup tapi kurang sikit dari yg baru buat…
boleh pula guna bekas karipap tu ye. hehe..
ha.ha.ha. dalam masakan nie en. titan, apa yg ada boleh digunakan.. janji sedap mata memandang..
wah3..dia lg pandai bab masak nih..mana belajar..
ha.ha.ha… perli ya cik adele…
tak de lah pandai sgt.. tapi boleh la cari makan..
selamat mencuba ya cik adele..
Assalamualikum en Hairul…
selamat berpuasa…Saya nk ucapkan ribuan terima kasih banyak ye kerana sudi kongsi resepi yg sangat berharga ni…dah la sedap,mudah belajar pulak….saya suka sangat…hihi..nanti kalau ada resepi lagi kongsi la lagi…semoga Allah murahkan lagi rezeki en Hairul…Amin…..
Wsalam, selamat berpuasa juga buat cik zira.
gembira saya cik zira sukakan resepi di blog nie..
InsyaAllah akan terus buat yg terbaik… tq ya
Menarik.. menarik.. Ada kepelbagaiaan dalam resepi. Boleh jadi Chef ni one day. Btw, kalu kawe dapat pujuk dinda isteri cuba resepi di atas, dapat ler tahu mcm mana rasanya. Kalu sendiri buat sure, jadi pisang hangus! erkkk…
Cuba lah dulu, yakin boleh
.. Mesti nanti isteri dan anak2 tercengang bangga ngan ayahnya….
“Ayah buat lebih sedap dari mak la” ha.ha.ha….
Terima kasih banyak2 hairul, banyak pahalanya menyalurkan ilmu pada orang lain. Saya pun dah jadi murid hairul sekarang…. Tips daripada chef2 hotel memang terbaik….
Tima kasih kembali.. hanya sedikit ilmu dikongsi bersama…
semoga resepi ini menceriakan keluarga cik fauziah ya…
assalamualaikum en hairul..thanks sudi kongsi resipi, walau simple tapi bestt..slmt menjalani ibadah puasa
wsalam, terima kasih juga kerana sudi mencuba resepi ini..
selamat berpuasa juga buat cik miza
Salam en Hairul…
Terima kasih kerana berkongsi resepi..saya selalu guna baking powder shj utk rangupkan tepung..tapi yang ini tentu lebih sedap..insyaallah saya akan cuba.. boleh tak batter itu di guna untuk goreng udang atau sotong?? batter yg tak habis boleh tak disimpan dalam freezer?? TQ..
Wsalam cik maz.. memang benar baking powder menjadikan tepung lebih ranggup.
boleh digunakan pada sotong.. tiada masalah..
saya pernah juga simpan batter keesokan hari di peti ais..
masih rangup tapi kurang sedikit dari yang baru buat…
selamat mencuba…
as salam,
wah…mmg kreatif sungguh…nampak sedap dan menarik…
akan dipraktis di dapurku nanti…
terima kasih bro
Wsalam, selamat mencuba en. hafiz. Mesti kagum org2 dirumah nanti..
terima kasih atas resepi yg diberi.Saya akan mencubanya sebagai resepi baru juadah berbuka puasa nnti.
Selamat mencuba cik junaidah.
InsyaAllah menceriakan lagi juadah berbuka puasa nanti..
wow bestnya, teruja nak mencubanya,mesti anak2 suka,raya dah nak dekat boleh hidang kepada tetamu,tq c.hairul,semoga bertambah rezeki kerana sudi berkongsi ilmu dgn kami
Amin. tq puan siti..budak2 mmg suka sebab rangup. selamat mencuba..
As-salam. terima kasih resepi tu yek. Insyaallah saya akan guna resepi tu utk goreng
cempedak utk bawa kat masjid moreh nanti. tentu best kan. biasanya mak mertua saya pakai beras yg direndam kemudian blend. he he cuba cara baru le nampaknya. harap2 menjadi.
Wsalam.. wah kalo pakai beras ori yg diblend tentu lebih keras kan..
semoga Allah memurahkan rezeki cik salbiah atas amal jariah tersebut
Alhamdulillah dah lama ,akak cari resepi ni.Inshaallah hari ni berbuka pisang n cempedak goring.Semoga allah murahkan rezeki dan sehat selalu.AMIN
Tima kasih kak rosita, semoga resepi nie menceriakan lagi keluarga kak
Macam ni boleh cuba buat kat rumah lah… mcm senang ja…
Mmg boleh dibuat dirumah cik Sue. Selamat mencuba
En. Hairul mmg Allah bg byk kelebihan,semoga berguna utk semua yg berkongsi dengannya
Sy pn sedang brainstorm utk uruskn sikit bisnes makanan, dan En.Hairul telah byk m’beri inspirasi pd sy,taufufah,tepung goreng rangup & sebagainya. Sungguh sy b’terima ksih pd En.Hairul dan semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua dlm mendapatkan keredhoanNya
Tima kasih kembali. semoga Allah s.w.t menambahkan lagi ilmu kita bersama yg bermanfaat untuk kita bersama. Saya doakan bisnes en. razif akan berjaya nanti. Yang penting, jangan berputus asa. InsyaAllah rezeki ada dimana-mana dengan keizinanNya.
sama mcm resepi mak sy…
tp mak sy dya guna marjerin letak dalam kulit karipap….
s0 karipap mak sy jd ranggup n sedap….mmg sedap giler la….
tp nie baru sy taw dlm tepung g0reng pisang p0wn b0leh letak marjerin…
nk try la….c0nfirm jd nie…n_n.
Benar tu cik shuhadah, karipap juga gunakan marjerin untuk jadikan ia lebih ranggup.
lepas ini, boleh lah cuba untuk goreng pisang pula….
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu… semoga Allah memberkati usaha En. Hairul
terima kasih kembali…. semoga Allah menambahkan lagi ilmu kita bersama
aslm en hairul.menarik buat karipap gune roti,begitu jg sosejroll.TQ so much xlokek idea n kongsi ilmu.moga melimpah rezki,sihat sejahtra n pnjng umor.wassalam.
Wsalam cik maz.. yelah dah mcm sosej roll
…
amin.. semoga dimakbulkan doa cik maz tu.. tq ya
Hairul…
Maaf tak sempat nak singgah. malam raya ni baru ada masa :-p
Terima kasih byk2 hairul atas resepi ni. baru tahu boleh letak santan dan baking powder tu. Sya memang betul2 tertarik dgn resipi ini & pasti akan mcubanya krn suami saya SANGAT menggemari pisang goreng. Tq sekali lagi sbb sertakan gambar2 yg lengkap. (mcm panduan ebook pula)
Anywy, Selamat Hari Raya buat anda sekeluarga
Selamat hari raya juga buat cik mekar….
resepi ni agak leceh sikit tapi hasilnya insyaAllah berbaloi..
selamat mencuba cik mekar….
hairul,
sya dah cuba buat. akhirnya berjaya juga sya buat pisang goreng yg rangup hasil tunjuk ajar ini. selama ni sya xpakai sukatan tepat(sbb main agak2)itu sbb pisang sya xrangup. Memang cara ni agak leceh sbb byk guna bahan dlm kuantiti kecil, ttpi hasilnya memuaskan. Ia Sedap tambahan kalu guna pisang yg manis
Tahniah cik mekar kerana berjaya membuat goreng pisang yg rangup.
Semoga menceriakan keluarga cik mekar
p/s: Saya pun tak pernah menyukat untuk buat batter goreng pisang nie.
yg penting cukup bahan-bahannya. InysaAllah rangguplah goreng pisangnya..
terima kasih bagi resepi goreng pisang rangup.Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umurnya. Amin
saya akan mencubanya. saya rasa satu hari nanti saya buat bisnes dengannya
Amin. Tq kak Latifah…
Saya doakan Kak latifah berjaya buat bisnes tu nanti..
semoga berjaya
Ooo ginih caranye nak bg rangupppp…
Mudah kan cik juanita
salam dan selamat hariraya, terimakasih atas resepi tepung goring pisang rangup tu ye
sudah lama saya mencari baru sekarang dapat , minta izin ye saya nak buat berniaga,terimakasih dan moga usaha en diberkati ALLAH…AMIN.
Wsalam dan selamat hari raya buat En Hayazi…
mmg sangat dialu-alukan untuk en. hayazi menjana pendapatan melaluinya….
saya doakan en hayazi berjaya….
Ehem…
Rajinnyer buat kuih…
hehehehe
Boleh try gak ni kan!
sekali sekala buat memang syok Puan Bee
…..
try la buat puan bee.. mmg ranggup..
saya nak tahu apekh menu yang paling menarik utk di jual di pasar malam dan menu makanan dan minuman
menu yg paling sudah tentu air soya dan taufufah…
yummy.. mmg mendapat sembutan ramai…
kalo berminat dapatkanlah pakejnya di http://www.rahsiataufufah.com
teknik pengiraan kos pun ada ditunjukkan dgn jelas.. tq…
sya blum cuba g la.. pas ni sya cuba nak rsa sndri..
selamat mencuba…
byknya resepi awak en hairul…
mana awk dpt?
mmg suka buat eksperimen kuih2 baru ke???
untung org yg dpt awk…
blh sy cubalah klu mcm ni…
mcm senang je…
Kebanyakkan dari pengalaman bekerja dibidang masakan dulu cik Mazlini
… Memang benar cik mazlini, kebanyakkan resepi yg saya beri telah diubahsuai berdasarkan percubaan yg saya buat….
assalamualaikum w.b.t.. saya berminat sgt dengan resipi En. Hairul nie.. tahniah… kerana berjaya mempelbagaikan resipi… anda salah satu idola saya.. tahniah lg sekali
Wsalam… tima cik Saadiah…
mmg seronok mempelbagaikan resepi nie..
dah cuba buat…hasilnya memang memuaskan…anak2 dan suami suka…
Tahniah Puan Beth…. semoga resepi ini menceriakan lagi keluarga Puan Beth..
wah..dah cuba. pisang2 sume jadi gumuk! huhu. tq ye kongsi resepi.
Pisang jadik gemuk tak pe cik Nisa…
jgn kita makan jadi lagi gemuk atau obesiti
~ kalu wt niaga msti laku nie .. maceh en.hairul sudi share resipi ini .. insyaallah akak akan cuba plak resipi2 en.hairul yg laen nnt ..
tima kembali Puan syiema….
.
InsyaAllah laris sebab belum ada dipasaran untuk sosej gulung tu……
selamat mencuba lagi resepi yg lain cik syiema…
Time kasih hairul..nampak nya impian saya nak jual goreng pisang ni mungkin tercapai
krana ada nya resipi yang bertuah ni….memang menarik ni..alhamdulilah le saya ucapkan moga allah memanjangkan umur dan rezekituan sekluarga
Semoga berjaya en chor membuat goreng pisang yg ranggup.. begitu juga en. chor.. semoga dimurahkan rezeki…
As-salam En Hairul… Maaflaa lambat nak reply. Minggu lepas saya dah cuba buat goreng pisang guna resepi En Hairul. Memang sedap sampai taksempat sy nak goreng dah habis. T/Kasih..sy nak cuba utk keledek pula minggu ini..
Wsalam cik meera.. tahniah kerana berjaya membuat.
suka saya mendengar pembaca mencubanya…
semoga ceria dgn resepi tepung goreng pisang ya
sedap betul rasanya sebab saya sudah cubanya…. Jazakallaahu khair…
tima kasih kembali cik linda atas maklum balas tu….
semoga keluarga cik linda bertambah ceria dgn hidangan ini..
Memang betul resipi yang Hairul hantar. Saya memang ikut langkah demi langkah. Cara macam inilah sesuai dengan jiwa saya. Anak saya sangat suka dengan batter ini. First time cuba terus jadi. SEDAP!! Terima kasih kerana share resipi yang tidak menipu semoga allah memberkati kerja saudara Hairul.
Terima kasih cik azibah.. gembira saya mendengarnya
semoga resepi ini terus membantu menceriakan keluarga cik azibah. tq ya…
dah try! jadi..alhamdullilah ,moga Allah permudahkan rezeki anda sbb sudi kongsi resepi =)
Amin…. begitu juga dgn cik Aimi semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki kita…amin
Salam en.Hairul…
Saya dah pun mencuba resepinya . Saya buat karipap sandwich goreng tepung isi mayonis telur , memang sedap . Saya buat masa rumah terbuka di blok kondominium saya .Baru saja di letak habis orang ambil , untung untuk suami dan anak2 ada di asing kan .Suami dan anak2 pun menyukainya .Terima kasih en.Hairul atas resepinya . Resepi2 yang lainpun saya ada cuba .Sedap dan mudah resepi dari en.Hairul.
Wsalam Cik Asiah.. Wah hebat cik asiah. .pelbagaikan lagi dengan inti mayonis telur.. saya pun nak cubalah.. mesti sedap tu.. tq ya cik asiah..
Tepung ni kalau wat goreng cendawan bila sejuk keras tak
Insyaalah tidak keras.. selamat mencuba cik eyna..
Assalamualaikum en.hairul.. nampak sedap resepi-resepi tu,insyaallah saya ingin mencubanya satu hari nanti.
Wsalam, Selamat mencuba cik Fidah…
T/KASIH BYK2 KRN MEMBERI INFO RESEPI BANCUHAN TEPONG UTK GORENG PISANG. NAMPAK LAIN DR YG SELALU BUAT TU. PASTI AKAN DICUBA LPS NI. T. KASIH…..
Mmg lain dari yg lain cik rusni. special utk pembaca blog ini…
selamat mencuba
nmpak cam sdap jer…akak nk try lar..klau mnjadi nk meniaga goreng pisang pn bgus gak…ok x enck hairul
Di alu-alukan kan akak ana. Nanti dah jadik tauke goreng pisang berjaya.. jgn lupa saya ya
nak resepi cup cake yang mudah dan sedap leh tak?
resepi seterusnya di blog saya akan diberikan kerabu telur thai kot.. tapi lambat lagi…
Assalam en.hairul..
hari ni kebetulan sy nak goreng pisang..cari resepi bater yg rangup..bertemu resepi di sini. sy akan cuba resepi ni sbb biasa mkn kat hotel goreng pisang ke keledek ke sedap baternya..rangup. terima kasih bnyk2 sudi kongsikan resepi..bukan senang nk dpt resepi dr hotel nih.
wsalam cik Iza…. InsyaAllah ranggup nanti goreng pisangnya. anak2 pasti sukakannya…. selamat mencuba
Terima kasih atas sumbangan ilmu yang bermanafa”at ini tambahan lagi kepada mereka yang berminat di bi dang masakan khas nya.Saya pernah menjual goreng pisang tapi belum dapat resipi dan ramuan tepong seperti diberi .InsyALLAH saya akan cuba !
Selamat mencuba en. razali…. semoga hidangan tersebut menceriakan keluarga en. Razali ya
setelah sekian lame wat pisang goreng tak penh lagy gunekn santan,telur,serbk kunyt
selameni pown jus wat yg ringkas jewk..tpung gndum,air,grm ckup rse…nak rngup..goreng lam minyk yg tol2 pans…tp rsepi ni akn ku cube..sbb lain dwi laen..hehehe
cubalah.. semoga berjaya…
mmmg nampak mudah, tapi kena cari rajin tu dulu…:D
Selamat mencuba
Salam Hairul,
Boleh tak adunan batter tu digunakan unt menggoreng kuih kacang/kasturi?
Wsalam cik minney… boleh cuba.. pastikan bancuhannya pekat ya……..
Assalamualaikum Encik Hairul….
Terima kasih sbb sudi berkongsi ilmu dgn saya…saya akan mencuba resepi ini kerana saya adalah peminat setia goreng pisang..sebelum ini telah mencuba pelbagai jenis bancuhan goreng pisang..namun masih kurang berpuas hati..mungkin resepi ini akan memuaskan hati saya…saya mesti mencubanya…
Wsalam En. Zarina. Selamat mencuba resepi ini. Pastikan bancuhan benar-benar pekat ya… tqvm..
aslm en.hairul.
saya nak tanye.. lau marjerin tu kt gantikan ngan minyak masak @myk jagung leh x?
dpt hasl yg sama atau sebaliknye..
tima kasih…
Wsalam. boleh.. tiada mslh cik ju.. tapi marjerin cair lebih sedap..
ok… tima kasih…
tq kembali
saya dah cuba… tapi knp x rangup ye? lagi satu knp lemau…
So far saya buat OK.. mungkin batternya kurang pekat…
batter nie bukan butter taw.. ia bancuhan tepung tu kena pekat..
Baking powder pun jgn guna stok yg terlalu lama…
tma kasih daun keladi ..insyALLAH nk cuba nnti pasal anak dan hubby mmg suka mkn ..nk tanya yg karipap peanut butter dan sosej gulung tu nk kena celup dgn bahan asas tpg dan butter tu ke
tq kembali.. Puan salah paham nie.. Bancuhan kesemua bahan tu dipanggil batter… bukannya butter.
Hanya perlu celup dengan batter sahaja dan goreng.. mmg ranggup dan sedap..
salam…pertama skali..t.kasih atas resepi yg nmpk sgguh sdap….
agak2 klau buat dlm kuantiti yg byk mcm mn tu…x yah pakai sukat cwn kira pakai 1bgkus mcm mn tu,,,
Boleh agak-agak je. Yang penting tapung beras lebih banyak dari tepung gandum.. Kalo nak guna tepung beras je lagi ranggup.
Terima kasih atas resepi2 yg dikongsikan di sini…
InsyaAllah saya akan cuba utk hidangan keluarga.
Smga usaha2 En. Khairul diberkati Allah Taala…
Amin.. Tqvm ya en hamdan. Semoga ceria dengan resepi disini ya
Berminat sangat bila baca resepi ni tapi saya x boleh nak copy resepi dari blog u ni la.. hurmmm… kecewa3 sgt2…
Boleh salin guna kertas dan buat.. selamat mencuba…
adoiyai… bab tu yg letih tu hehehee… selalunye sya copy & paste kat word, lebih senang & trus simpan dlm laptop. Bila2 nk wat just buka je laptop…
apa pun thanks yer sbb kongsi resepi ni…
aduhai.. lemah saya dengar… saya punya la berjam2 siapkan tutorial ngan gambar..
tak kan la nak tulis cikit pun letih..he.he.he.he… kalo lupa.. mai je ke blog saya http://www.hairul.com...
salah satu cara utk org kembali ke blog saya… next week nak bagi resepi baru la…
ehehehe.. Takpelah kan, tapi klu bleh copy paste lgi kerap sya jenguk blog u. Anyway thanks yer, resepi bru jgn lupa yer..
Ok cik ela…
Nampak sedap tu..terima kasih sebab sharing..
buleh tak campurkan kelapa yang telah dimesin..bukan santan kelapa…adakah ia akan mengubah rasanya?terima kasih..
Boleh.. tiada masalah…
saya pernah sekali makan goreng pisang guna kelapa di perak.. sedap gak…
selamat mencuba
salam en.hairul,thanks for share resepi goreng pisang.saya nak tanya bancuhan tepung tadi boleh goreng berapa banyak pisang?kalau 1 tandan pisang berapa sukatan bancuhannya….
saya pun tak pernah buat utk berniaga..
tak pasti la pulak
Salam En. Hairul,
Jutaan terima kasih kerana sudi mencurah ilmu resepi tepung goreng pisang yang ranggup ni. Saya telah mencuba dan sememangnya inilah resepi tepung goreng yang terbaik. Sedap, ranggup dan lazat. Semoga bertambah berkat hidup En Hairul.
Terima kasih kembali cik sumartini.
Semoga resepi goreng pisang ini menceriakan lagi keluarga cik ya
resepi yang mudah.. tak pernah terfikir lak.
terima kasih sebab sharing…
Tima kasih kembali en Yus
selamat mencuba…
Salam En.Khairul,
Terima kasih berkongsi resepi tu… saya dah cuba buat..Alhamdulillah memang sedap dan rangup. saya ikut sama sukatan yang ditulis. Cukup untuk goreng sebiji cempedak.lebih kurang 40 ulas isi cempedak yang bersaiz M hehehhe. Adik-adik saya semua suka. Mereka cakap” Wah bestlah bang..adik suka…nanti boleh goreng lagi”…begitulah kisahnya.
Terima kasih sekali lagi kerena berkongsi resepi.
Semoga Allah akan memberi lebih ilham pada En.hairul untuk mencipta resepi baru dan tentunya sedapppp…tq
Maizan
Tima kasih cik maizan krn berkongsi pengalaman membuat tepung goreng pisang ini.. dan tahniah
tentu keluarga cik maizan gembira menikmati pisang goreng ini.. saya pun tumpang gembira
Insyaallah…jika ada kelapangan nak cuba buat taufah dari resepi En.Hairul tu. Saya akan kongsi pengalaman buat air soya dan taufah…
Terima Kasih
Maizan
InsyaAllah sangat berbaloi ilmu membuat air soya dan taufufah dlm video ebook tersebut
tak berbahayakah pisang goreng untk owg yg gmuk???
Setahu saya tidak bahaya selagi tidak makan berlebihan cik miko
sy bru wt semlm tp tk menjadi pon.waaa:((tp sy da ikut sukatan tu btul2.tpung tu jd tebal n mcm tk rangup bila msk lama dia berubah jd coklat gelap tk kuning mcm gmbr diatas.
Saya pun heran gak.. utk resepi goreng pisang nie. ada yg buat ok.. sedap dan ada juga yg sebaliknya……
marjerin cair tu mestilah dah sejuk.. kalo panas.. mmg tak jadik… dan baking powder gunakan yg brand mcm gambar tu
mgkin jgk baking powder yg lain.tp boleh la mkn.alih2 sy nk ambik pisang tu buat cekodok jela.hihi senang skit.
Elok cari baking powder brand tu… sbb lain kilang.. lain kepowerannya..
baking powder yg wat di kembang dan ranggup………
saya dah buat seperti resipi yang diberi. memang crispy dan sedap. t kasih. semuga ilmu yang diberi menjadi amal jariah bagi tuan.
tahniah kerana berjaya membuat tepung goreng ranggup ini. Semoga mengembirakan keluarga…
Cara membuat donat dan cakoi
Maklumatnya ada di dalam laman web http://www.resepicakoi.com
sedap, dah cuba tp xder santan sesuka hati ganti ngan tepung susu formula anak (2st jer), xsuka marjerin so ganti mentega, dan tambah gula sikit. sedap, pasni xbeli dah pisang goreng, goreng sendiri lagi sedap rupanya. nak cubalah semua resepi kat sini, manalah tahu en. hairul pandai makan jd kot2 resepi semua sedap
Oh.. resepi disini khas utk mereka yg pandai makan.. he.he.he.. InsyaAllah jadi dgn panduan step by step nie.. Wah hebat cik nasuha, mempelbagaikan lagi resepinya… bagus tu..
teringin berniaga goreng pisang la secara kecil2an..blh kasi panduan motivasi??tq
Biasanya kalo kita terdesak.. motivasi tu akan datang dgn sendirinya….
sy mesti mempunyai bisnes sendiri.BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL.. KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN..tq en hairul
Bagus semangat tu.. permulaan tu penting dlm perniagaan. Kesilapan pada permulaan perniagaan sebenarnya batu loncatan untuk kejayaan dalam bisnes seterusnya. Yg penting jangan berputus asa..
salam en hairul….
resepi yang menarik….blk keje nnt blh try ni..minta halalkan resepi ni utk jualan kami dhari minggu yerk….mudh2an grg pisang kami dpt smbutan….insyaAllah…amin2…
Sudah tentu saya halalkan resepi2 di sini En. Johan. Semoga berjaya ya
bkn johan
saya jaatsiah….hehehehe….johan ayah saya….
Opppsss sory.. cik Jaafsiah… he.he.he,….. .
en hairul,sy dh cuba resepi ni…mmg rangup giler…cuma ‘sampah’ kurang kn???betul x….tuk bykkn ‘sampah’ sy asingkan bekas lain n tambah lg air suam….mmg jadi….hehehe…thank en hairul…
Semoga Allah murahkan rezki en Hairul….amin
Tima kasih Cik jaatsiah. kalo guna jenama royal.. memang ranggup.
Wah siap bagi tips tambahan guna air suam.. tqvm ya cik jaatsiah
Saya 1st time buat. Memang sedap la. Best lak.hehe. Tapi, napa time sejuk agak keras sedikit? Mungkin sy guna bp jenis lain kot.
Mungkin la tu kot
. Ada santan.. mmg sedap kan cik nani..
hehe…sedap.Kebetulan pula time tgh masak kawan dtg rumah.Langkah kanan la dia.Dia puji sedap la. Encik Hairul biasa guna pisang apa? Saya guna pisang Raja.
Saya biasa guna pisang kepuk. Pisangnya manis.. Kulitnya tebal sikit
..
time kasih en.hairul.sy dh try resepi nie,seriusly mmg cdp n ranggup..mak sy trus mintak ajarkan.hehe
Tentu emak en. azim suprise kan. Anak lelakinya masak lagi sedap..
saya suka la resipi ni
selamat mencuba..
nampak mcm sedap…….bolih try nnti.tq.
Selamat mencuba cik laila..
Terima kasih chef…..harap jadi sebab dah ada step by step
InsyaAllah. yg penting gunakan jenis baking powder yg berkualiti spt gambar diatas. semoga berjaya…
Surprise.. memang look superb..
selalunya guna tepung beras + gandum + gula + garam saja
tetap rangup dan sedap.. kena cuba.. tinkiu
Cubalah cara ini pula puan nurmisnan… rasanya lebih lemak krn ada santan..
wow thanks, memang duk wonder cemana nak bagi goreng pisang tu rangup. Tahu tak cemana nak buat cekodok bawang rangup?
boleh juga tambah sedikit baking powder yg brand kat atas tu bagi dia lebih ranggup.. kat hotel dulu guna cara inilah… dah siap adunan, tambah sikit minyak masak.
Assalamualaikum en hairul.. tumpang tanya.. berapa lama agaknya tepung g dibancuh bleh diguna?? sy peniaga so nak kena bancuh banyak la tuk memudahkan kerja…
Wsalam en fikri. sehari masih tahan lagi bergantung juga pada cuaca..
Alhamdulilah.. memang menjadi.. terima kasih sudi berkongsi ilmu..
Tahniah kerana berjaya buat cik khatizah. semoga menceriakan keluarga ya..
salam…terima kasih utk resepi tepung goreng pisang nih..saya dh cuba utk berniaga grg pisang menggunakan resepi ni…alhamdulillah blh tahan dan ramai yg komen ok ,x payah tukar tepung lain dh.asalnya saya juga guna santan..tapi satu hari tu terlupa letak…tapi masih ok …so,esoknya saya pun x letak dh la santan…hehe kurang kos…
Wsalam Puan Nurul. Tahniah kerana dah mulakan bisnes goreng pisang dgn resepi ini. Gembira saya dapat membantu puan nurul mulakan bisnes menambah pendapatan keluarga. Mmg jimat tanpa santan.. heee
saya budak baru blajar..kalau salah tolong tunjukkan…walaupun secara kecil2lan namun pengalaman yg sy dapat itu yg paling berharga…bukan semua orang berani mencuba…saya juga bukan seorang yg berani..tapi saya cuba memberanikan diri saya..alhamdulillah Allah bg saya keberanian itu.
Betul tu. .Pengalaman yg paling berharga….. Semua kejayaan bermula dgn tindakan dan usaha tanpa mengenal erti putus asa. Saya doakan Puan Nurul berjaya dalam bisnes ini. Mana taw, suatu hari nanti boleh buka francais goreng pisang
InsyaAllah…aamin semoga kita sama2 berjaya dlm apajua bidang selagi ada usaha.terima kasih banyak2…
salam….saya nak tanya kalau saya berniaga goreng pisang dan keropok lekor boleh tak saya goreng menggunakan minyak yg sama?
Mmg ada peniaga gunakan minyak terpakai dalam jualannya..
ok …saya dh cuba hari ni…nampak ok xdak memberi kesan negatif kpd grg pisang saya.alhamdulillah.terima kasih
terima kasih kembali.. semoga ceria dgn goreng pisang panas
salam…en.hairul …biasa mak2 kita masukkan kapur sirih/ makan dalam batter….en. gantikan ngn baking powder tu ehh?
Mak saya pun masukkan kapur.. cuma di hotel dulu mmg diajar gunakan baking powder