Pos barang dengan Pos Ekspres, Panduan Perkhidmatan Pos Malaysia


smile kid

Akhirnya berjaya juga saya menyiapkan video menggunakan pos ekspres ini. Saya harap video ini dapat memudahkan anda menggunakan Pos Ekspres dengan lebih mudah. Terus terang saya katakan Pos Ekspres amat mudah digunakan. Anda tidak perlu beratur panjang di kaunter Pejabat Pos dan tidak perlu bersesak-sesak untuk datang pada waktu pejabat. Kerana anda hanya perlu memasukkan pos ekspres ini ke dalam peti surat berwarna kuning di luar pejabat pos. Mudah bukan.

Inilah perkhidmatan pos yang paling sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan internet secara sampingan walaupun bekerja. Dengan ini, anda boleh poskan sebelum datang ke pejabat atau selepas balik kerja. Tambahan lagi penghantaran dijamin sampai 1-3 hari bergantung kepada lokasi penerima. Apa yang menarik anda dan penerima boleh melihat perjalanan Pos Ekspres secara online menggunakan nombor tracking yang tercetak pada Pos Ekspress.

Terdapat 5 Saiz Pos Express. Anda boleh membelinya di kuanter Pejabat Pos Malaysia, di bahagian kuanter pembelian setem. Jom Kita lihat dengan lebih terperinci kelima-lima saiz pos express.
~

smile kid

1: Saiz Sampul Surat Paling Kecil
Panjang: 220mm Lebar: 110mm Ketebalan: 3mm
Harga Sekarang: RM3.00
Berat Maksimum: 100gm
Kegunaan: Untuk penghantaran dokuman sahaja

~

smile kid

2: Saiz Sampul Surat Sedang
Saiz: Panjang: 229mm Lebar: 162mm Ketebalan: 5mm
Harga Sekarang: RM3.50
Berat Maksimum: 250gm
Kegunaan: Untuk penghantaran dokumen lebih besar

~

smile kid

3: Saiz Sampul Surat A4
Saiz: Panjang: 353mm Lebar: 250mm Ketebalan: 10mm
Harga Sekarang: RM4.50
Berat Maksimum: 500gm
Kegunaan: Untuk penghantaran dokumen saiz A4

~

smile kid

4: Saiz Kotak Kecil
Saiz: Panjang: 250mm Lebar: 210mm Ketebalan: 25mm
Harga Sekarang: RM6.00
Berat Maksimum: 750gm
Kegunaan: Untuk penghantaran dokumen ketebalan tidak melebihi 25mm

~

smile kid

5: Saiz Kotak A4
Saiz: Panjang: 340mm Lebar: 250mm Ketebalan: 25mm
Harga Sekarang: RM7.00
Berat Maksimum: 1,000gm
Kegunaan: Untuk penghantaran dokumen lebih besar dan ketebalan tidak melebihi 25mm

~
Video Menggunakan Pos Ekpress
Manakala untuk mengisi Pos Express dan melihat trackingnya melalui Online. Saya telah menyediakan videonya untuk memudahkan anda. Jom Kita Lihat Videonya.

~


~

JIka internet connection anda slow, klik play terlebih dahulu, tinggalkan dan mainkan semula kemudian. Artikel ini hanya mendedahkan perkhidmatan Pos Ekspres sahaja. JIka anda ingin mengetahui perkhidmatan-perkhidmatan jenis lain, anda boleh mendapatkan maklumatnya di www.pos.com.my

Pos Ekspres Untuk Dokumen Sahaja

Untuk makluman anda, pos ekspress hanya untuk penghantaran dokuman sahaja. Jika penghantaran selain dokumen, posmen akan pulangkan balik pos ekspres anda.

Maklumat Tambahan

Saya ada menerima pertanyaan, pos eksprs yang dihantar tidak sampai. Sebenarnya anda perlu memahami bagaimana pos ekspres beroperasi untuk mengelakkan kehilangan dokumen atau barang yang dihantar.

Pos Ekspres tidak memerlukan penerima tandatangan untuk mengesahkan penerimaan. Jadi posmen tidak akan memberi ke tangan penerima. Jika anda menggunakan Pos Ekspres saiz kecil, tiada masalah. Kerana pos ekspres akan di masukkan ke dalam peti surat penerima.

Masalah yang berlaku jika anda menggunakan pos ekspress saiz kotak atau saiz sampul surat besar (A4). Posmen akan meletakkan ia berhampiran dengan peti surat penerima. Jika alamat penerima menggunakan blok atau apartment. Posmen tidak akan naik ke atas, mereka hanya akan meletakkan di kawasan peti surat sahaja. Ini boleh menyebabkan document atau barang anda diambil oleh budak-budak yang tidak bertanggungjawab.

Nasihat saya, barang berharga janganlah guna pos ekspress. Elok guna pos laju.
.

PENIPUAN INTERNET MELALUI POS BARANG DARI LUAR NEGARA

Banyak sangat saya terima komen berkenaan penipuan internet menerusi pos barang dari luar negara. Ia memang penipuan internet. Ramai yang dah kena. Elok baca artikel saya dibawah:

http://hairul.com/blog/penipuan-internet-kisah-benar-hampir-ditipu-12-ribu-ringgit/

p/s: Sebelum ke link diatas, klik lah button Like jika anda sukakan artikel ini



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 30 Aug 2010 - Visited 120988 times, 120 so far today    344 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

344 Responses to "Pos barang dengan Pos Ekspres, Panduan Perkhidmatan Pos Malaysia"

  1. imabiz says:

    wah… ade video… memang admin nie suke berikan informasi bergunalah.. terima kasih.

  2. Gee says:

    saya nak tau perkhidmatan ni hanya terdapat dalam Malaysia sahaja ye? Pada pendapat Hairul, perkhidmatan pos yang bagaimana ye kalau kita nak pos barang ke luar negara selain PosLaju?

    • Hairul Hissam says:

      ya betul tu Gee, perkhidmatan pos express hanya untuk di M’sia sahaja. Untuk luar negara, selain dari pos laju, boleh gunakan pos berdaftar. Jika tak silap saya, tambahan bayaran RM3.90 dikenakan. :) .

  3. faezil says:

    bro…. kalau produk2 yang besau (takde la besau sangat) camna pulak tu ?

    cthnya sekotak kopi radix ke…hehehe

    • Hairul Hissam says:

      Kalo produknya beso sgt, kena kecik-kecik kan la bro faezil..he.he.he
      maksudnya, mcm kotak kopi radix kan tinggi, so keluarkan sacket2 nyer
      dan masukkan ke dalam pos ekspress.
      Sebab ketinggian kotak pos express tak bleh melebih 25mm..
      kalo lebih kena guna pos laju atau pos berdaftar…

  4. safwan says:

    bagaimana cara untuk pos ke uar negara?

  5. Hanif says:

    Jika berat item trsebut melebihi had yg ditetapkn adakh item trsbut akn dipulangkn smula? TQ

    • Hairul Hissam says:

      Yap sepatutnya begitu la hanif :)
      tapi kalo beratnya melebihi had, tak jauh ketara, tiada masalah..
      lagipun posmen tak kan rajin nak check sgt….

  6. Jamal says:

    saya hantar gne pos ekspres dr kajang ke jln imbi pd 8/11/2011,ble trace diorg tulis mcm ni:
    8/12/2010 pusat mel bangi posting
    8/12/2010 pusat mel KL receive from domestic location
    9/12/2010 pudu final delivery
    9/12/2010 pudu receive from domestic location
    9/12/2010 pudu attempted delivery

    so,adakah surat saya sampai atau tidak?klau tidak sampai,surat tu dipulangkan balik atau tidak?

  7. Syahela says:

    Salam..Thanks a lot….Good information…Good job…

    Tapi…Post Malaysia dah tak produce envelope utk Pos Laju ke?
    Semua contoh yg Ekspress je…

    • Hairul Hissam says:

      wsalam Syahela,

      Tq kembali. setahu saya tiada untuk pos laju..
      envelope dan kotak hanya untuk pos ekspress sahaja..
      kalo pos laju kena beratur dan menggunakan kotak sendiri… :D

      • edith says:

        hai…sorry kalau saya menyampuk ya hehee..

        pos laju ada jual kotak..kalau x silap yg kecik rm2.50 then yg besar skit rm3-4 kot…tp kena guna borang pos laju jg utk timbang berat…so, double laa kena byr hohoh.. :D

        • Hairul Hissam says:

          Saya tak pernah pulak beli kotak utk penghantaran pos laju.
          Mesti pos laju buat kotak yg berat2.. tambahlah untung diaorg :D

          • edith says:

            saya pernah beli sekali shj, itupun sebab bungkusan yg saya gunakan tdk menepati piawaian pos laju haha..so terpaksa laa beli..tp kotak tu tdk laa berat sgt…tak lebih pun 100g :)

            • Hairul Hissam says:

              tima kasih en edith atas info tu.. Baru saya tahu :D .
              Dulu, saya pernah tanya di satu cawangan pos office tentang beli kotak…
              dia kata tak ada.. mungkin cawang tu tak simpan stok kotak kot..

            • edith says:

              sama-sama..saya pun baru juga tahu, boleh beli kotak kat kaunter pos laju/pos bungkusan. :)

            • Hairul Hissam says:

              Mmg memudahkan dgn adanya kotak nie.. tqvm en edith.. :D

  8. nana says:

    salam hairul…….
    macam mana dengan kotak yg besar2? kalau nak pos barangan mudah pecah, charge lain pulak ker?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam nana,

      Pos Ekspres had ketinggian kotaknya ialah lebih kurang 2.5cm sahaja…
      pos ekspres memang tidak sesuai untuk barang mudah pecah…

      Untuk barang mudah pecah, saya tiada pengalaman menghantarnya.
      Elok nana bertanya sendiri dengan Pejabat Pos.
      Atau boleh juga bertanyakan dengan perkhidmatan courier yg lain spt skynet, gdex dan sebagainya.

      Call dulu 103 – operator dan minta no telefon pejabat pos atau skynet yg berdekatan..
      semoga tips ini membantu… tq… :D

  9. atiqah aisyah says:

    saya nak tanya , kalau saya nak hantar baju untuk sehelai.mana yang lebih sesuai untuk digunakan ?

  10. yuni says:

    kalau nak hantar barang ke luar negara berapa?
    dan berapa hari sampai?

    terima kasih…

  11. Arepz says:

    wah sungguh berguna informasi ini^_^

  12. Arepz says:

    bro nak tanya sikit,kalu kita beli pos express saiz kotak A4,selepas sudah isi semua borang,kotak tersebut hendak hantar kepada kaunter ke atau ke peti kuning di luar pejabat pos?

    • Hairul Hissam says:

      don’t worry.. tanyer je bro :D
      Pos express hanya boleh di masukkan dalam peti surat warna kuning diluar pejabat pos sahaja…
      Kuanter tidak akan menerimanya.. tq bro :D

  13. Arepz says:

    bro adakah pos express memerlukan sebarang setem?

    • Hairul Hissam says:

      Tidak bro Arepz.. Pos express tidak memerlukan setem..
      hanya beli kotak atau sampul suratnya dari kaunter pejabat pos.. :D

  14. lilz says:

    nk tnye lh…rate2 pos xpress yg u ltak tu mmg rate skrg la ek..x tukar?

  15. ct says:

    rate prices pos express utk sabah & sarawak sma ke ngn harga utk semenanjung???

    • Hairul Hissam says:

      Sama Cik Ct…itulah kelebihan pos ekspres.. :D
      Harganya sama untuk seluruh M’sia termasuk sabah serawak…
      Banyak juga saya dah poskan pakej saya ke sana menggunakan pos ekspress.. tq..

  16. myra says:

    Salam..
    saya nak tanya..sekiranya barang itu telah dip0s dari Terengganu ke Kuala Lumpur,kebiasaanya berapa lama masa yang diambil?
    satu lagi pertanyaan saya adalah sekiranya barang p0s tersebut tidak b0leh dimasukkan ke dalam peti surat penerima dan p0smen telah meletakkannya di mana-mana tempat yang dia suka,sekiranya barang itu didapati hilang,adakah ia akan diganti dengan barang yang sama atau macam mana?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam…
      Kalo dari Kl ke terengganu dalam 1-3 hari sampai la bergantung kepada tempat…
      Kalo hilang atau diambil orang, langkah pertama cik perlu hubungi pihak pejabat pos
      Ada kemungkinan juga mereka tersalah letak.

      Namun kalo barang hilang tapi bukti penghantaran anda, itu bergantung budi bicara dan pihak penjual..:D

  17. hada says:

    en.hairul mcmna plak kalau brg 2 berat dia lebih dri 1kg ,….contoh mcm botol minyak angin,bum….
    ad cra pos laen yg jgk leh jimatkan kos pos?sb brg 2 murah xberbaloi kalau nk cas kos postage samapia rm7 kn?

  18. cda says:

    kalau dea tulis NOT EXISTED, bermakna brg sy hilang atau pun x diproses lg?

    • Hairul Hissam says:

      Kalo pos express, kemungkinan besar belum lagi di collect atau belum update systemnya…
      biasanya mereka update systemnya lepas pukul 6.30….

  19. nawi ali says:

    Salam Nak tanya ,ada jual ke?sbb nak beli skli banyak klu beli satu 4.50…klu beli sekali 50 tk kan hg sama kot….bg thu klu ada harga diskaun ke promosi ke?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam, nak beli apa nie en Nawi :D ..
      kalo pos ekspres, memang kena beli kat pejabat pos…
      saya pun selalu beli pos ekspres saiz kotak dalam 50pcs..
      memang tak de diskaun…. bleh gak kalo en nawi nak try mintak diskaun :D

  20. tuberose78 says:

    mcm mana kalau masa track item online dia keluar ‘Record Not Found’? padahal item telah pun dihantar pada khamis, 5/5 yg lepas? kemungkinan hilang tak atau sistem pos mmg belum capture lagi..?? harini dah selasa… ermmm..

    • Hairul Hissam says:

      Kalau record not found, maksudnya pihak pejabat pos tidak scan pos ekspress tersebut….
      ada kemungkinan gak barang hilang atau pihak pos terlupa scan atau kita tersalah salin nombor tracking….
      apa2 pown cuba contact pejabat pos.. tq ya :D

  21. tyrah says:

    salam..en hairul…kat mane saya boleh dapatkan pos berdaftar 2?

    • Hairul Hissam says:

      semuanya boleh didapati di kaunter pejabat pos cik tyrah :D ..
      kalo pos ekpress kena beli kotaknya dan masukkan ke dalam peti kuning..
      kalo pos berdaftar kena bawak dokumen atau barangnya ke kaunter..
      semoga tips ini membantu…

  22. suzuran says:

    hairul,,,ni nk tnya..sya nk pos kain telekung,hairul rsa sya nk kna gna pos yg na??,,

  23. momoe says:

    lau pos ke sandakan sabah mengambil masa brapa hari?

  24. emi says:

    barang besar cmne??

  25. anonymous says:

    kat mana na beli sampul pos ekspress nie?
    dalam pjabat pos ada kaunter khas jual mnde nie ke?

  26. kiTz Aretul says:

    sampul surat tu kene beli d pjabat pos ke?

  27. malik says:

    oh rupanya begini rupanya pos express berfungsi, tak faham sangat pasal services pos express lagi. saya baru nak start perniagaan kecil-kecil, tak tahu apa nak buat produk untuk jual. tapi sebelum tu, kena le faham pasal pos express dulu cara diorang berjalan.

    terima kasih

    • Hairul Hissam says:

      benar tu en. malik. :D .. kalo paham pos ekpress ini, senanglah pos barang….
      saya dah email kat en Malik. tq ya.. :D

  28. hanieqha says:

    naseb baek ade artikel ni.. bleh la paham sket2.. hehe

    tapi saya konfius 1 perkara.
    kira nya, kita x payah bawak semua brg niaga ni terus pg ke kaunter diorg la untuk beli sampul surat tu?
    just pg beli sampul tuh then bawak blek rumah then packing?
    mcm tu ke? :D

    harap soalan saya x konfiuskan bro hairul. :D

    • Hairul Hissam says:

      Semoga artike lini memberi manfaat pada cik hanieqha,

      cik hanya perlu membeli kotak atau sampul pos ekspress dikaunter.
      dan membawa baliknya ke rumah. dan bila ada penghantaran barulah pack dan
      dimasukkan ke peti surat warna kuning diluar pejabat pos. memang menjimatkan masa. tq. :D

  29. ain says:

    Salam,

    saya nak tanya soalan, xde kaitanlah pasal pos ekspress cuma saya nak bertanyakan kalau saya nak hantar surat pakai envelope besar besar sikit dari size A4 , hantar dalam daerah negeri yang sama, harga setem berapa yang sesuai? kalau nak hantar dari KL ke jb pulak berapa?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam Ain,
      Harga setem biasnya mengikut berat….
      cuba cik check harga beratnya di http://www.pos.com.my
      biasanya saya bawa je ke kaunter pejabat pos dan minta diaorang timbang dan beli sekali setemnya…

  30. nurul says:

    saya nk tnye..kalo nk pos balang kuih kena guna kotak sndiri ke??
    pjbt pos xde sediakn kotak ke??

    • Hairul Hissam says:

      Kalo balang kuih memang tak muat kotak pos ekspres.
      so kena guna kotak sendiri. Pejabat pos ada jual kotak juga..
      tapi tak pasti samada ada saiz balang kuih. Cuba check ngan pejabat pos yg berhampiran..

      • zara says:

        sya dh pos 4/7 bila track and trace record not found…dah 3 hari ni padahal pos kat dalam kuala lumpur cuma daerah lain-lain.sya pos baju guna yg RM6..knp yer boleh bantu sy tak…:)

        • Hairul Hissam says:

          biasanya kalo masalah macam nie…
          1. KIta tersalah taip nombor trackingnya.
          2. pihak pos malaysia terlupa scan kotak pos ekspres..
          3. Kotak tu hilang dalam perjalanan kutipan dari tong kuning..
          elok cik zara telefon pejabat pos berdekatan…

  31. o.z says:

    saya dah guna khidmat nie,malangnya dah 1 minggu tak sampai surat pun,alih2 pos suruh saya pi ambik surat tu kat pejabat pos ,saya lak nak kena p bertungkus lumus..sapa posmen..janji esok sampai..hampeh..pada semua hati2 dgn janji manis pos malaysia…..hampeh

    • Hairul Hissam says:

      Saya simpati ngan nasib en. O.Z. :D
      tapi saya dah guna khidmat pos ekspress nie semenjak tahun 2009
      beratus2 kotak dan sampul surat dihantar ke seluruh malaysia termasuk sabah serawak..
      semuanya sampai dgn baik kecuali dua kali tak silap saya. Itupun sebab rumah flat…..

      p/s: ada juga tempat yg posmen tak jumpa tempat.. atau alamat tak lengkap…so kena ambil kat pejabat pos..

  32. kak gcssb says:

    hai bro….lama x jmpa…x sngka tiba2 je trmasuk dlm bro nya blog

    • Hairul Hissam says:

      Assalamualaikum big madam gcssb.. ye la lama tak jumpa… semoga sihat ye..
      nie mesti nak pos barang guna pos ekspress…. tq ya :D

  33. md azhar says:

    salam..
    kalo nak post barang mcm mana ya”?

    kalo dari sabah pg perak berapa lama bole sampai??

  34. Aina says:

    Salam. Saya nk tanya, kalau nak hantar buku yg sebesar buku tulis sekolah, tapi jenis kertas berat, lbih kurang 440 muka surat. Sesuai ke hantar gune pos Express je? tp saya nk pos ke office kawan. Atau better gune PosLaju? Pos Laju diorg akan hantar sampai ke atas office utk amik tandatangan ke?

  35. dilla says:

    nak tanya…kalau nak pos ke indonesia..macam mana ya..pos malaysia adabuat tak.. atau pos apa ya yg boleh pos barang ke indonesia..

  36. Syafizas says:

    Salam,

    Klu nak guna pos express mmg kena guna box dier ekk? Takleh pkai box sendiri? Apa kata awak bg info lak box2 yg disediakan untuk Pos Laju pula..Apa2 pun info yg awak bg nie..mmg amat berguna tuk saya..Thanks..

  37. jejaka_jambu says:

    salam tuan tanah..sye nak tanye..sye ade buat bisnes on9..
    sye guna poslaju..then barang yg sye bungkus tu sye letak dalm sampul surat mcm pos ekspress tu yg kecik sekali..tp harga timbang tu lebih mahal dari barang sye..kirenye mcm xberbaloi sye wat bisnes..
    ade cara len x..nak kurangkan poslaju punye harga pos??
    atau guna perkhidmatan pos len??
    tq..
    :)

  38. QeeN says:

    cm mna Law kita nk send kad ke luar ngra??
    nk wat cm mna??

  39. fitri... says:

    kalau nak post ke sarawak brapa hari baru sampai..dan boleh ke pos kan binatang…pasti boleh bagai mana cara nya..

  40. Adam says:

    kalau semenajung malaysia hantar ke sarawak harga sama ?

  41. ina says:

    salam..saya nak bungkusan makanan ke lubnan,klu guna pos laju bleh smpaiker?dan kastam lps tak?

  42. tyqa says:

    pos express n pos laju same? ape beza? then let say kite nk pos brooch,, kn ke kecik2.. pkai pos express ni bole ke?? but then thickness jd 5-10 cm..

    • Hairul Hissam says:

      pos laju dan ekspres berbeza cik tyqa…
      dan barang yg dihantar mesti mengikut ketebalan yg ditentukan..
      dalam artikel diatas ada saiz dan ketebalannya… :D

  43. razman says:

    Terima kasih! Walaupun tak ada orang lain terpikir nak tulis benda remeh macam ni, saudara buat ini dapat membantu ramai orang.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih kembali en razman…. benar tu.. penting sebenarnya maklumat pos ekspres untuk memudahkan penghantaran dan jual beli… tq ya :D

  44. AZUWA says:

    SAYA NAK TAHUN HARGA POS BARANG 25KG KE INDONESIA(PADANG)….ASAP PLS…

  45. TIHA says:

    salam,, nk tanya..kalo kite beli pos ekpress kat tempat lain..then pos kat pos ekspress daerah lain takpe ke?

    • Hairul Hissam says:

      Pos ekspres mmg satu jenis dan sama untuk seluruh malaysia. so boleh beli dimana-mana dan boleh pos ke mana-mana selagi dalam M’sia.. :D

  46. mimi says:

    Salam. Adakah saya boleh post laptop? Guna perkhidmatan yg mana & bagaimana caranya?
    TQVM

    • Hairul Hissam says:

      wsalam, Elok cik minta advise dari pejabat pos… tapi better guna courier service spt dhl, skynet, abx atau sebagainya…

  47. NURIEL says:

    ASLMWKM..SY NAK TANYA NI,BAGAIMANA YA,KITA NAK TAU SAMAADA BARANG YG TELAH DIKIRIM DARI LUAR NEGARA KE MALAYSIA NI SAMPAI KE TANGAN PENERIMA?DAN ADAKAH MEREKA MENGENAKAN BAYARAN APABILA SAMAPAI KE TANGAN PENERIMA?

    • Hairul Hissam says:

      Biasanya nuriel, kalo saya membeli produk oversea. saya akan bertanya kepada penjual tersebut. Dan minta maklumat tracking penghantaran. Namun ada penghantaran menggunakan pos biasa yg tidak boleh check trackingnya.

      Biasanya bayaran penghantaran akan dikenakan semasa kita membuat pembelian. Tiada charge tambahan semasa penerimaan produk. Ini hanya dari pengalaman saya membeli produk dari oversea.

  48. din says:

    bos. boleh pos replites dr kl to sarawak ker?

  49. mira says:

    Saya nak post hadiah . Hadiah tuu saya isi dalam kotak hadiah . Perlu ker kotak hadiah tu saya bungkus pakai kertas putih sebelum saya masuk kan kat dalam sampul express tu ?
    Err sorry abg hairul , kalau saya nak post kotak kena masuk kan dekat peti surat warna kuning tuu jugak ker ?

  50. nurul says:

    saya xpaham knp pos ekspres skrg ni makin menjadi2….saya tggu surat dari suami saya yang telah diposkan kepada saya sampai sekarang masih belum sampai2. kata pos ekspres tapi xberguna langsung. knp nak kena tggu 3 or 4 surat yang mesti yang di pos ekspres baru nak dihantar. mana pergi tanggungjawab posmen? nak bayar gaji tinggi tapi kerja main2.

    • Hairul Hissam says:

      Oh maksud Puan Nurul, posmen tunggu ada penghantaran atau pos ekspres lain, baru diaorg hantar ya. Ini masalah pada posmen di kawasan tersebut yg pemalas. Elok puan nurul buat aduan ke HQ pos malaysia. Kalau tiada laporan dan aduan, nanti semakin pemalas la diaorg..

  51. paihujey says:

    salam..nk tanya..kalau untuk pos ke luar negara macam mana??nak buat macam ni jugak ke??

    • Hairul Hissam says:

      Kalau pos ke luar negara, biasa digunaka pos berdaftar dan pos laju.
      Pos ekspres ini hanya untuk dalam malaysia en. Paihujey.. semoga membantu :D

  52. aedes says:

    kalau post di buat on jumaat, ari sabtu brg sampai destinasi x? ke dorg cuti weekend n xbuat penghantaran?

    • Hairul Hissam says:

      Saya pun kurang pasti.. sebab ada juga pelangan saya terima hari sabtu.. ada yg tak….so elok tanya pejabat pos kawasan berkenaan :D

  53. farah says:

    salam..sy nak tanyer..kalau sy nak hantar tempahan makanan boleh guna kaedah pos x?
    pos ape yg sesuai?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam, boleh juga guna pos laju. Daftar atas nama syarikat. dan boleh call diaorg datang collect barang :D
      tapi kalo nak lebih bagus, gunakan skynet, gdex atau sebagainya.. tapi charge lebih mahal..

      • farah says:

        sy nak pos cupcake..nk pos takut bile sampai, xnampak rupe cupcake..:(
        sy da tanye pjbt pos, diorg ckp xleh pos makanan..:(

        • Hairul Hissam says:

          Eh ye ke… saya pernah beli kuih raya. diorg hantar guna pos laju..
          tak de masalah pun..

          cuba tanya gdex, abx atau skynet plak……
          sebab dulu ada beli mee siput. diaorg guna courier service… elok je sampai…

  54. mojie says:

    salam bro…persoalan sket mmndangkan artkel ni psl pos2 brg kan..hehe..
    ok camni..sy stdy kt slatan dan kampg kt utara..sy akn abeh bljr ujg thun nih,
    so agk bnyk kotak2 buku dan barang nk dipos kan balik ke kmpg..mybe dlm 8 kotak kertas A4..so nk mntak pndpt bro camne yer nk pos,agak2 brpe bajet smua skali…

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam Bro Mojie. Rasanya tak praktikal la bro guna pos hantar barang tu….
      Cuba bro call sendiri stesyen keretapi… tanya diaorg boleh hantar barang tu tak dan berapa kosnya.. :D
      sebelum call dapatkan angaran berat barang tu dulu.

      • mojie says:

        ooo..tenkiu bro sgt mmnbantu..dh buntu camne nk bwk balik brng bnyk sgt nih..nk bwk krta jauh sgt,bajet lg tngi kn dr pos jek brg tu..
        nway trma kasih…

  55. ajis bin fiqry says:

    bos… nk tanya betul ker cete ada ular telepas di pos laju miri… cete hangat nie… bos tau cete? share2 lah….

  56. Nora says:

    Assalam..
    Kalau nak pos botol kaca, camne cara paling selamat & tidak membebankan customer utk membayar kos pos ye?
    Packaging yg bagaimana paling sesuai supaya botol tidak pecah?
    Saya ade terfikir utk guna buble wrap.. tp kemudian saya terpaksa juga menggunakan kotak. Ini pasti akan menaikkan kos & berat brg tersebut..
    Harap dpt bagi pandangan/ cdgn.. Terima kasih.. :)

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam.. tak pernah pula saya pos barang mudah pecah nie…
      elok cik nora terus dapatkan nasihat dari courier service spt skynet atau gdex… :D

  57. ateyn says:

    assalam.nak tanya.harga sampul surat ni termasuk dengan kadar kos penghantaran ke ?
    satu lagi.saya ada mebeli secara online tiga bijik brooch.saya dikenakan caj rm6 untuk kos penghantaran sahaja.macam mana kiraan kos keseluruhan sebenarnya ?

    • Hairul Hissam says:

      wsalam. Yap, harga sampul tu termasuk penghantaran sekali untuk pos ekspress :D ..
      Untuk kiraan kos barang yg dibeli, elok tanya penjual barang tersebut…

  58. sya says:

    macam mana kalau nak hantar barang jualan ke brunei ?

  59. rin says:

    wah, sangat membantu saya, sebelum ni asyik tertanya-tanya apa itu pos ekspress…boleh tak buat artikel tentang pos laju dan pos daftar? :)

  60. Arep says:

    salam . tumpang tanya . kalau saya nak hantar motosikal. boleh gunakan perkhidmatan apa ? tq

  61. lia says:

    sy nk tanye klau nk pos motosikar pkai pos malaysia dari johor ke terengganu(tempat yg paling dekat dengan setiu) berapa kos dan berapa lama masa di ambil?

    terima kasih.

  62. Nurain Zainal says:

    salam encik, nak tanya.Kalau kita guna pos express yang rm4.50 , hantar kat kotak kuning pejabat pos taman universiti,skudai ke Batu pahat amek masa bape hari ? bukan apa, saya da hantar barang tu dari hari rabu tapi sampai hari jumaat ni tak dapat barang tu.saya hantar barang berbentuk shawl, yang tak tebal sangat lipatannya. saya check status, dia tulis -> courier is attempting delivery. apa maksudnya itu ?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam… attempt delivery maksudnya posmen tengah cuba buat penghantaran. ….. Bila keluar status final delivery barulah barang telah dihantar ke tangan pengguna… elok cik Nurain buat call 1-300-300-300 dan berikan tracking number utk buat report .. Sebab ada gak sesetengah posmen yg kumpul barang dulu baru hantar..

  63. anne says:

    kalau hari ahad bkk tk ?

  64. kiinaa says:

    salam hairul..
    saya baru nak start on9 business, saya jual handbag,,
    kalau nk pos, just balut macam balut hadiah then hantar ke pos laju ye?
    macam mana ye cara nak pos tu?

  65. Nadia says:

    assalamualaikum. 4/1/2011 (rabu) ayah saya yg tinggal kat KL ade poskan barang utk saya. saya belajar di sabak bernam. tapi smpai ke hari ni saya masih belum terima lagi barang saya yg diposkan guna POS EKSPRESS tu. puas saya pegi check kat tempat pengambilan kurier pelajar di poli saya. tapi masih gak tak ada. bila saya tanya ayah saya dia kata mmg dia dah poskan barang tu. so, mana pegi barang saya. boleh bgi pendapat? terima kasih :)

    • Hairul Hissam says:

      Salah nombor nie… saya bukan pegawai Pos ekspress la cik nadia…
      beribu2 pakej yg saya poskan guan pos ekpress.. ada juga beberapa tak sampai..
      mungkin juga silap tulis alamat atau posmen silap letak.. Wallahualam.. :D .

  66. APAN says:

    tq wat entri ni.siap ada video lagi tu…ada urusan kirim2 barang lps ni.nak tau gak serba sedikit dulu.pasal pos laju ada x?
    nak tau beza 2 ni…

  67. Muhammad Emir says:

    dari KL nak hantar ke Seksyen 18 Shah Alam RM bape ?
    ajar cara nak guna .

    hantar Simcard untuk adik !

  68. Roesnah Binti Tapah says:

    Bagaimana pula kalau kita terima kiriman barang/bungkusan sari luar negara? Siapa yang patut membuat pembayaran? Kita atau orang yang mengirim? baru-baru ini rakan saya dari UK membuat penghantaran bungkusan. Suatu hari saya terima panggilan telefon meminta saya membayar sejumlah wang RM2800 jika mahu barang itu sampai ke rumah saya. Saya keliru dan langsung tidak mahu menjawab panggilannya. Dia bercakap seleng orang putih tetapi menggunakan telefon maxis 014. Tolong saya jika anda tahu apakah itu benar atau tidak?

    • Hairul Hissam says:

      Sudah pasti ia satu penipuan. Tak kan lah penghantaran sampai RM2.800..
      skrg nie mcm2 org cuba menipu… pernah baca surat khabar, org negro jadi kaya raya krn menipu org malaysia..
      mereka mmg bijak merancang strategi utk menipu org malaysia…

      adakah kenalan cik roesnah tu.. baru dikenali di fb atau sebagainya.. jgn percayalah… :D

      • Roesnah Binti Tapah says:

        Terima kasih banyak2. Saya pun rasa macam tu juga. Selepas saya diamkan sahaja , dia tidak menghubungi saya lagi. Ekoran dari itu , rakan saya yang lain juga ingin berkunjung ke Malaysia. Hari yang dirancang dia katanya telah sampai di KLIA bersama anaknya. Kononnya anaknya hendak mendaftar di UIA. Tahu apa yang berlaku? Dia kata ada masalah di KLIA. Tidak lama kemudian seorang lelaki mengaku sebagai pegawai imegrisen menceritakan masalah rakan saya tadi mengatakan bagasinya kena tahan oleh kastam kerana membawa wang tunai berjumlah 350.000 paun steling. Oleh sebab itu dia dikenakan membayar denda sebanyak RM10,000. Lalu , rakan saya itu minta saya tolong bayarkan dan berjanji akan membayar balik 2 atau 3 kali ganda. Saya kata, saya tidak ada duit sebanyak itu. Dalam beberapa minit dia telefon lagi mengatakan bayaran boleh dijelaskan separuh iaitu RM5,000 sebelum pukul 4.30 ptg serta memberikan no akaun sekali. Saya kata nanti saya bincang dulu dengan suami. Sampai rumah saya cari no. tel kastam dan bercakap dgn bahagian operasi KLIA. Semak punya semak tidak ada pun orang bernama sekian dan masalah sekian sehingga ditahan. Itulah pengalaman saya untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang membaca mesej ini. Sekian.

        • Hairul Hissam says:

          tima kasih cik roesnah kerana sudi berkongsi… boleh saya tahu macam mana cik boleh kenal rakan-rakan yg cuba memperdayakan cik tu… :D

          • Roesnah Binti Tapah says:

            Pada mulanya saya macam terpedaya juga. Selalu berbalas mesej. Maklumlah sahabat tu dari UK,so speaking Londonlah dgn dia. Mulanya dia bagi no tel agak pelik n panjang.Dia pernah guna no tu utk tpon saya. Tapi waktu dia kata dah smpai KLIA dia guna tpon pangkal 016. Pas tu org yang mengaku pegawai imegresen tu taknak bagi no tpn pegawai dia. Dia kata nanti tak dlayan. Tapi no akaun dia bagi milik seorg lelaki India. Org tu tak guna tpn pejabat guna tpn bimbit. Bayk kali dia tpn saya suruh saya tlg settelkan bayaran yang diminta. Dari sini saya boleh agak yg dia menipu. Akaun persendirian pulak tu. Betul tak? Alhamdulilah, selamat duit saya. Kalau tidak tak tahulah . Ok terima kasih banyak kerana respon Hairul itu.

            • Hairul Hissam says:

              Tima kasih cik Roesnah kerana sudi berkingsi pengallaman.
              semoga menjadi pengajaran buat pembaca blog ini…
              InsyaAllah nanti saya masukkan dalam satu artikel khas di dalam blog ini… :D

  69. dlova says:

    salam..nak tnya..harga ni masih valid lg tk?Kalau nk buat penghantaran baju rekemen sampul yg mana?

  70. salam..nak tanya,macam mana nak pos barang guna pos laju. Mula2 kena buat apa..n kena pegi kat kaunter atau apa? tak pernah guna pos laju nie.. :D

  71. nurul says:

    salam hairul. i wanna ask u sumthing. kalau nak hantar baju sehelai guna kotak pos express saiz A4 tu muat tak? nak hantar pegi kedah. harap respon. :)

    • Hairul Hissam says:

      wsalam.. sebenarnya pos ekspress utk dokumen sahaja.. kalo posmen perasan.. dia akan return balik pada pengirim.. so elok guna pos laju… :D

      • nurul says:

        tak bleh??? alamak….. dah terpos laa.mse sy trace tu dia asyik kt processing cnter jek.. tk delivery kt mne2 pon… alamak ai..

  72. ezan says:

    Assalamualaikum ..nak tanya lah prosedur penerimaan barang dari luar negar sekiranya nilai barang bawah RM 500.kene caj tax ke?

  73. yaya says:

    pos laju akan mengepos tak pd hari ahad?(kerja hari ahad)

  74. semut api says:

    wahh,,sangat bergune blog anda,,,tapi saye nak tanye,kalau nak hantar buku dari pahang nak ke bangi,,3@4 buku jugakla,,macam mane erk?? harge timbang jugak kew??tupon macam mane?? lbih kurang brape charge harge nak hantar tu??

  75. headayah says:

    terima kasih..saya baru nak buat perniagaan online .Entri ini sangat membantu saye :)

  76. beckhr00y says:

    info yang kucari, heh

  77. toxicgirlz says:

    nk tanye nieee macam mne nk pos buku pelajaran dalam internet

  78. sumardi says:

    saya nak tahu, bagaimana cara nak minta kirim barang dari luar negara? dan pengiring sekarang minta no.acc ekspress maksudnya…saya yang kena beli ke pejbt pos ka? n bagi no akaun kat pengiring ka?

    • Hairul Hissam says:

      Kalo ke luar negara elok guna pos berdaftar…bawa barang yg telah disampul ke kuanter pos malaysia dan bagitaw penghantaran guna pos berdaftar. Nanti dia akan bagi no tracking.. nombor tu yang perlu diberikan kepada pembeli…. :D utk maklumat yg lebih terperinci cari di http://www.pos.com.my

  79. Zurina says:

    Maklumat yg bgus. Xtahu pn psal kotak letak dkat mailbox

  80. haikal says:

    salam,kalau nk hantar novel sesuai gune post apa?

  81. nitha says:

    saya dah hntr poslaju semalam pgi dlm pkl 11 tetapi belum sampai lagi agaknya apekahmasalahnya

    • nitha says:

      sy dah tulis address betul tetapi lupa tulis nama penerima….adakah sebab ini belum dapat

      • Hairul Hissam says:

        Biasa sampai petang.. tapi elok. call hotlink pos malaysia dan tanya kat pegawainya sebab saya bukan pegawai pos malayisa :D ..

  82. daniel says:

    Sy nk try ty En Hairul jg la. Sy slalu guna PosLaju klau nk send apa2 brg yg sy jual. Tp kdg2 ada kerenah dr pembeli, xnak gune poslaju, alasan mahal. So, ada tak cara lain utk hantar parcel selain dr poslaju. mcm mane pulak rate dia. Nak gune Pos Ekspress mmg xblh, sbb sy pun prnh dpt return jg, so serik.

    Parcel yg sy nk kirim ni berat dlm 320gram. Nak call pos malaysia xtahu option mane nk tekan cz xde option utk general question.

    • Hairul Hissam says:

      kalo nak lebih murah, boleh guna pos berdaftar.. Pos berdaftar ada tracking. Kosnya sama dengan pos biasa cuma ditambah RM2.90 utk sticker pos berdaftar. Cara dan jangka masa sampai sama dengan pos biasa. Bezanya penerima kena sign dan ada tracking. Utk maklumat lanjut check dengan pejabat pos ya sebab saya bukan pegawai pejabat pos..tqvm :D

  83. el says:

    salam..nak tanya.. barang saya guna poslaju.. so jumaat dia hantar tapi saya xde kat rumah.. then dekat tracking, status die ‘ Unable To Deliver The Item Due To Addressee Not Available At Time Of Delivery’ ..so soalan saya, esok tu (sabtu) dia akan try hanta kali ke-2 ke x ek?? huhuhu…

    • Hairul Hissam says:

      Biasanya dia akan tinggal kad untuk kita collect sendiri di pejabat pos… Kalo tak terima kadnya, elok call pos malaysia berdekatan ttg barang tu… :D

    • daniel says:

      boleh call pos malaysia 1300 300 300, utk minta 2nd delivery. dorng xkn hntr kali kedua klau kite x call. klau rajin, blh ambil sendiri di pjbt pos yg dorng nyatakan.

  84. Nadiah says:

    Salaam.. saya nak tanya kalau saya terlupa nak tanda tangan & tulis tarikh kat depan sampul surat pos ekspress tu, macam mana? saya baru pos petang semalam lepas tengok video kat ats nih baru tringat yg saya tak sign kat sampul tuh adeiiii.. so, cam mana dgn delivery sy..sampai ke tak nnti dekat org yg sy kirim??

  85. cik kasih hatiku.. says:

    tahu x mcmn tuk poskan brng ke luar negara?? sy penah gune kurier tp mahal sgt.. hantar bank draf je dah RM500 yg beratnya 0.5gram.. sy nak suh fmly kirimkan ubat sy ke mesir.. tp xthu nak poskan gune apa.. i meant xdelah mahal bebenau.. terima kasih..

    • Hairul Hissam says:

      Paling murah ialah menggunakan pos berdaftar. Pack barang dan ke kaunter pejabat pos. Kata nak pos barang ke luar negara guna pos berdaftar. Pos berdaftar paling murah dan ada tracking number utk kesan penghantaran… :D

  86. firdaus says:

    salam..sori, xtau btul ke x tmpt tanya ni…nk tny, blh x kita pos baggage…i mean luggage yg kosong…

  87. boy says:

    susah gak kalau penerima dok kawasan apartment. peti surat kecik kan….

  88. na virgo says:

    asm..nak tnye..bpe harge utk penghantaran sebuah novel?

    • Hairul Hissam says:

      Elok guna pos berdaftar atau pos laju.. pack elok2 dan bawa ke pejabat pos.. tanya harga ngan mereka.. :D

  89. mary says:

    blhkah haiwan peliharaan dipos mengunakan pos malaysia .
    contohnya anjing atau kucing

  90. firdaus says:

    nk tanya..pos laju boleh hantar binatang atau x??

  91. oopet says:

    admin :) tumpang tanya, mcm mna kalau nk pos brooch? pos jenis apa y sesuai dan selamat sampai? kalau boleh minta jelaskan sikit :) ty

  92. anita sari says:

    terima kasih,,saya ingin menanyakan sesuatu,,teman saya dari uk london mengirimkan saya barang ole-oleh buat saya,,kira-kira beratnya 95 klg.dia disana sudah bayar banyak ..kenapa barang belum sampai pada saya ini uk post servies,meminta saya membayar ongkos mengambil pakage saya, sekarang saya sudah bayar lebih 6000 rm tapi sekarang dia minta lagi pada saya,3500 usd,adakah ini syarat yang harus dibayar,,,atau rasuah dari pihak dalam saya mohon beri saya jawaban yang jelas,,terimakasih.

  93. shera says:

    salam..nk tnye.. kalau hantar pos laju pack, timbang pn dikira?

    • Hairul Hissam says:

      saya tak paham soalannya… pos laju mmg akan ditimbang dan dikira mengikut itmbangan… Elok check terus dengan pegawai pejabat pos.. tqvm

  94. PR says:

    saya nak tanye…. kawan saya nak pos barang kotak saiz kotak handphone ke selangor.. berapa agaknya masa yang diambil? paling cepat boleh sampai berapa lama?Berapa harga?

    • Hairul Hissam says:

      Kalo guna pos laju dalam masa sehari dua tapi kalo guna pos berdaftar dalam4-5 hari juga.. Elok check dengan pejabat pos berdekatan utk harga dan lebih lanjut.. :D

  95. cc says:

    bolehkah saya menghantar motorsikal dari johor ke kelantan?berapa harga untuk motorsikal 150cc?berapa hari untuk sampai ke tempat yang dituju?sekian,terima kasih.

    • Hairul Hissam says:

      Dulu masa saya belajar kat U.. saya guna perkhidmatan dari keretapi. Elok tanya dengan pegawai keretapi ditempat en. cc utk harga dan caranya… :D

  96. via says:

    hye ,saya nak tanya ,saya ada kawan yg tggl di indonesia ,jika dia ingin mengirim brg kepada saya ,adakah boleh ??dan mengambil masa berapa lama ?adakah makan masa berbulan ??pls reply ,urgent

  97. uzzri says:

    Macam mana nak gunakan pos express ni? nak kena timbang dulu baru bolehbeli pos express ke atau terus beli masukkan dokumen lepas tu baru timbang? kalau timbang dulu kang nak isi alamat kena beratur balik kena ambil nombor balik leceh cam tu…

  98. farhana says:

    salam,sy nk tanya, klo nk pos brg dr malaysia ke german dgn berat y byk cnthnyer 25kg boleh ke?bpe lama nk sampai yer?kotak nk kne guna kotak pos ke atau xkisah?ade brg y dilarang utk diposkn?contohnyer?

    • Hairul Hissam says:

      wsalam. kalo berat lebih 20kg keluar negara. kena guna parcel samada udara atau laut. Dan kosnya agak mahal juga. Elok dapatkan maklumatnya di pejabat pos yg berdekatan. sebab saya bukan pegawai pejabat post la cik farhana :D

  99. mung says:

    boleh tak kalau saya terus pergi ambil barang pos dekat pejabat pos sebelum posmen hantar ke rumah.

  100. wan says:

    mcm mana cara nak bungkus frame gambar….sila emel saya seceopat mungkin ye..urgent

  101. nyna says:

    hi…. um taw tak ape jdklu abg posmen tu x jumpe cari rumah then kat kotak bungkusan tu xde nombor penerima???

    ini citer dia
    >>> suatu ari, sy beli on9, ok then pos laju tu dok lalu ;alang dekat 6 kali depan rumah mmg kompem laa dia cri umah sy, sbbye dah 2 ari org tu poskan brg tu. biasenye abg posmen tu jumpe je rumah, tp ntah nape ntah so xkan la nak g sekat tgh2 jln, mne taw bkn brg sy

    canne ni??? p/s

    • Hairul Hissam says:

      Kalau produk saya saya akan poskan semula jika tak dapat..
      Elok cik nyna tanya dengan penjual produk tersebut :D

  102. Abby says:

    Assalamualaikum , hai . nak tnya ne , klau org tu ada peti surat . jadi alamatnya camne ?

  103. LINA says:

    salam…
    nak tanya… klu nk pos motor blh x??
    klu blh leh x bgtau cranya…
    thanks…

  104. ikamohd says:

    salam, boleh terangkan macam mana penghantaran cupcake dibuat melalui pos ni? tak rosak ke cupcake tu bila dah sampai ke penerima?

  105. sarina says:

    salam…mohon dijawab dgn segera ya…saya punya sahabat Istimewa dr USA, bekerja di Terengganu….baru2 ini dia tlh balik ke USA kerana ada offshore di Alaska sehingga hujung tahun ini. Dia tlh mengirim 5 items dgn saya…disenaraikan di bhgn luar kotak, tetapi dia telah selitkan sejumlah wang di dlm kotak itu..penghantaran yg dibuat adalah melalui GIB SECURITY EXPRESS, kini barang2 itu ditahan di bhgn kastam airport Changi Singapore……..saya ada dihubungi oleh seorg wanita yg mengaku agen dr company tersebut supaya membayar RM5000 agar brg itu dpt dilepaskan dr tahanan kastam, memandangkan terdapat 20,000Dollar Us maka harus dijelaskan RM5000 tadi….pertanyaan saya, adakah benar selain dari pos malaysia terdpt juga perkhidmatan dari company seperti ini? Bagaimana saya dapat pastikan bahawa barang-barang itu betul2 ditahan di airport Singapore?….terimakasih

  106. fiona says:

    macam mana nak pos binatang peliharaan seperti sugar glider,kucing,hamster,ikan,arnab dan lain2 dari negeri perak ke sabah?

  107. tyrasz says:

    salam..sy nak tnya..kwn sy ad kirim hadiah utk sy mggu lepas..mcm mane sy nak cek hadiah tu da smpai atau belum?adakah pihak posmen akan menghantarny pd alamat yg diberikan?hadiah tu di kirim dr filipina..harap admin blh bantu sy..

    • Hairul Hissam says:

      kalau tiada tracking, mmg tak boleh check. Kena berhati2 ya… banyak sangat penipuan penghantaran hadiah dari kawan. Nanti dia kata kena tahan la, minta wang kastam la dan macam2….

  108. salmaaa says:

    kalau hantar wang pos guna pos ekspress boleh ke ? ._. ?

  109. Hafiz says:

    salam..nak tnye..klau pos pkai poslaju dari kelantan ke perak berapa hari agak2 baru sampai?barang dipos pada 22hb aritu…bile saya check tracking number..ni result yg keluar….
    Item No:EM342482695MY
    Ref No:-
    Date:25 Dec 2012
    Time:01:42:52
    Process:Consignment dispatch out from Transit Office
    Office: HUB POSLAJU PMK

  110. eda says:

    nak tanya ya brg saya dah hampir nak 2 minggu p tak sampai g kat miri sarawak ada dlm data dah masok 12 hari dah termsuk hri ni tpi brg saya msih g kat trasit opis dari 14-sekarang apa hrus saya buat brg saya hlang ka sya guna domestik pos atau brg tu mmng lmbat muskil dan tkut brg hilang lah…..

  111. zahra says:

    assalammualaikum…nak tanya, tapi soalan macam lenih kurang sama dengan y lain..kalau gelang tangan boleh pakai pos ekspress tak? sebab gelang y sya buat tu x la berat sangat,kalu guna pos ekspress murah lagi…betul ke hanya untuk dokumen je? sory bnyk tnya..harap dpt mmbntu wlaupon sedikit..salam

  112. sha says:

    kalau saya tiada di rumah pada waktu pos dihantar..dimana saya perlu ambil pos itu?

    • Hairul Hissam says:

      dapatkan dulu tracking number dari penghantar dan call pejabat pos yg berdekatan dan berikan tracking number tersebut.. Dan tanya mereka dimana utk collect barang tersebut… Biasanya posmen akan tinggal surat utk collect. Tapi kekadang mereka tak beri :D

  113. cikneto says:

    salam. nk tnye. kalau tracing number dye “consignment posted over the counter” pe maksud dye erk ? sbb sy order brg dah dekat semingu. xsmpai2 lg :(

  114. fea says:

    salam…sye naa tnyew,kalau sye naa pos brang yg rngan sngat,
    rngan nyew mcam paper jew,boleyh x sye gnew kan pos ekspress?

    • Hairul Hissam says:

      Mmg boleh guna pos ekspress utk dokumen atau kertas…

      • Ashraf Fareeq says:

        Salam, saya nak tanya. Saya ada beli kasut online. Seller kata dia dah poskan guna Pos Express, which is saya pun pelik sebab maximum height utk Pos Express kan 2.5cm. So, if seller betul hantar guna Pos Express, posmen akan return kotak tu balikkan? Terima kasih.

        • Hairul Hissam says:

          Tak tahu pula saya kalau ada saiz pos ekspress yg lebih besar…. cuba minta trackingnya.. kalau trackingnya start dengan LE baru pos ekspress.. Tak mungkinlah hantar kasut dgn pos ekspress. :D

  115. Amal Asyura says:

    Salam wbt,
    Terima kasih atas post yg sgt bermanfaat :) Sy baru nak cuba business on9 so nak tanye beberapa soalan.
    1. apa beza antara pos express n pos berdaftar
    2. kalau nak hantar satu button badge, better guna post express @ daftar?
    3. kalau order melibatkan pertambahan jumlah barang, biasanya berat kita timbang sendiri ek?

    Maaf kalau byk tanya. sgt perlukan guideline utk start business ni….

  116. yanie says:

    salam sy nk tanya nie dh seminngu kakak sy pos surat guna pos express guna yg saiz kck je 2,tp xsampai2 pn lg…knpa yer?pdhal dr kedah ke upsi perak je…..huhuhu…mcm mana sy nk dptkn surat 2?kakak sy xamik no kt sampul 2..so sy xleh nk semak dgn pjbt pos…

    • Hairul Hissam says:

      Itu kena tanya dgn pejabat pos sebab saya bukan pengawai pejabat pos.. Pos ekspres tidak memerlukan tandatangan penerima. So posmen akan letak sahaja di tempat alamat tersebut. Kalau tiada no tracking, mmg susahlah nak check… :D

  117. aliya says:

    harga sampul surat tu termasuk postage ke?
    Kalau saya nak hantar barang guna sampul paling kecik tu berapa ringgit ye postage dia?

    • Hairul Hissam says:

      Pos ekspress hanya untuk dokumen sahaja. Jika pos barang, jika mereka detect, mereka akan pulangkan semula pada pengirim… :D

  118. syahira says:

    salam akhi..nk tanya … kalau antar wang pos bley ke dgn smpul rm3 tu ? pos express trima tak wang pos ? terima kasih :)

  119. fyerah says:

    1 sampul kotak hanya boleh gunakan 1 alamat jak ka? :)

  120. yung88 says:

    salam..sy nak tny,brapa hari paling lama pos expres boleh smpai kpd penerima?

  121. yung88 says:

    kalau guna pos laju, mesti bgtau track num kpd penerima x?

  122. azimah says:

    salam..nak tanya..tentang pos ke pilipina. ada ke buka post ke pilipina..dimana sya nak rujuk harga post setiap kg?..please reply fast

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.