Petua Mata, cara mengembalikan kesegaran mata anda

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB

smile kid

Seharian kita mengadap pc. Tak jemu-jemu ker… he.he.he.. seronok ada la kan.. Namun tanpa kita sedari aktiviti ini amat meletihkan mata kita. Menjadikan mata kita sembam, kuyu, kurang bertenaga dan pucat. Petua yang ingin saya kongsikan mampu mengembalikan kesegaran mata anda. Rasionalnya, petua ini mengembangkan salur darah pada mata dan meningkatkan perjalanan darah dan oksigen pada mata.

Petua ini menggunakan kain basah yang telah diperah. Dan kain ini dibasahkan dengan air suam yang agak panas. Tetapi jangan terlampau panas sehingga boleh mencederakan anda.

Langkah 1: Dapatkan sehelai tuala kecil seperti dibawah. Jika tiada, boleh didapati dari supermarket.

tuala

Langkah 2: Rendam atau basahkan tuala kecil tersebut dengan air suam yang agak panas. Dan perah tuala tersebut hingga keluar airnya. Perah dengan tangan la. So airnya jangan terlalu panas sangat.

air

Langkah 3: Lipat tiga kain tersebut dan biarkan ia memanjang. Anda baring dengan mata tertutup. Dan letakkan kain tersebut di atas mata anda. Seperti dibawah.

mata

Langkah 4: Semasa kain di atas mata. Cuba lihat sejauh yang mungkin dalam keadaan mata tertutup. Ini akan merehatkan mata anda. Selepas kain tersebut sejuk, anda boleh mengulang langkah 1-3 beberapa kali. 2-3 kali sudah cukup. Sekali pun dah ok.

Peringatan. Jangan gunakan air terlampau panas. Ini membahayakan mata dan juga tangan anda ketika memerah kain tersebut. Daripada pengalaman saya, semakin panas kain tersebut, samakin segar mata anda. Tapi jangan terlalu panas ya. Hilang mata, saya tak bertanggungjawab.

Anda akan rasa kesegarannya bukan semasa kain di atas mata tetapi selepas 2-3 minit selepas itu. Kerana salur darah pada mata akan mengembang dan peredaran darah dan oksigen pada mata lebih lancar. Cubalah baru taw.

Jika dah cuba, bagilah komen dibawah nie ya. Dan jika berkesan, share la ngan kawan-kawan menggunakan button share dibawah. Agar manfaatnya dikongsi bersama.

Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan Kongsi artikel ini di FB


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalo nak share kat blog anda, video dan gambar boleh la. Text buatlah sendiri. Baru syok :D








Posted on 22 Aug 2010 - Visited 12855 times, 3 so far today    5 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Komen & Pertanyaan Anda:

 

5 Responses to "Petua Mata, cara mengembalikan kesegaran mata anda"

  1. redfar says:

    Macam mane nak lihat sejauh mungkin? hurmm..

  2. nihashim says:

    t kasih. memang berkesan . saya ajarkan juga pada anak-anak saya.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.