Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Panduan ini merupakan pendaftaran secara offline di kuanter atau di pejabat SSM untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal atau perseorangan. Apa yang boleh saya katakan, ia terlalu mudah.
Kepada yang mempunyai perniagaan samada online atau offline, anda dinasihatkan untuk membuat pendaftaran perniagaan. Kenapa? Jawapannya ada di keratan akhbar online dibawah:

Inilah sebab utama anda perlu mendaftar peniagaan. Lagipun senang je mendaftarnya. Bayarannya pula tidak sampai RM100. Nama perniagaan juga amat penting meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pelangan terhadap perniagaan anda. Jadi mulakan tindakan yang bijak dengan mendaftar perniagaan anda di SSM.
Sebelum mendaftar, anda perlu mencari alamat pejabat SSM. Ok ini dia link alamat pejabat SSM di seluruh Malaysia. http://www.ssm.com.my/hubungikami.php. Anda boleh menelefon mereka untuk apa jua pertanyaan berkenaan pendaftaran. Seelok-eloknya call terlebih dahulu, confirm kan semula. Pastikan semuanya betul sebelum datang ke pejabat SSM. Mana lah tahu ada perubahan pendaftaran oleh SSM.
Seterusnya tentu anda perlu mencari lokasi atau tempat pejabat SSM tersebut. Jika anda tidak arif dengan kawasan tersebut, anda boleh menggunakan perkhidmatan maps percuma yang disediakan oleh google. Lawati laman web ini iaitu : http://maps.google.com.my/ dan taipkan nama kawasan atau alamat yang ingin di cari. Mudah bukan.
Untuk pendaftaran SSM, anda tidak perlu datang pakai coat .. tidak perlu pakai tie… Sebab kita bukan nak pergi interview
he.he.he.. Apa yang perlu anda bawa ialah satu salinan photostat I/C dan wang tunai dalam RM70.00 sahaja. Pastikan anda bawa salinan photostat kad pengenalan. Kalau tidak, terpaksa lah turun balik pejabat SSM mencari kedai photostat. Ke hulu hilir nanti dibuatnya.
Bila sudah sampai di pejabat SSM. Pergi ke kuanter pertanyaan. Kuanter ini biasanya tiada nombor giliran dan perlu beratur. “Salam Kak, bagi saya borang pendaftaran perniagaan milikan tunggal”. Jangan lupa ucapkan terima kasih pada pegawai tu kerana ada senyuman bonus menanti anda.
Biasanya ada lima helai borang yang akan anda terima. Borang-borangnya ada dibawah berserta penerangan cara mengisinya. Anda perlu menggunakan semua huruf besar semasa mengisi borang tersebut.

Dalam helaian pertama ini anda perlu mengisi 3 nama perniagaan pilihan anda. Anda dinasihatkan untuk turut membawa tambahan 5 atau lebih nama perniagaan. Manalah tahu ketiga-tiga nama pilihan perniagaan anda telah digunakan. Tiga nama perniagaan yang saya berikan semasa membuat pendaftaran dulu ialah:
1. Star Creative Center
2. Hairul Creative Center
3. MHH Creative Center
Saya memang bernasib baik kerna nama pertama iaitu Star Creative Center belum lagi digunakan oleh mana-mana perniagaan di seluruh Malaysia dan diterima. Seterusnya isikan nama, alamat dan no kad pengenalan anda. Jenis Perniagaan yang dijalankan tersebut ialah penerangan tentang perniagaan anda.
Semasa saya mengisi Jenis Perniagaan, saya menulis menjual Ebook dan Video secara Online. Saya di soal oleh pegawai SSM kerana mereka menyangka saya menjual CD pirate. Setelah menerangkannya, ia diterima. Dan yang terakhir untuk helaian pertama ini, jangan lupa memberikan tandatangan anda.

Untuk helaian kedua ini, cara mengisinya sama seperti anda mengisi mana-mana borang. Ia terlalu mudah. Cuma tinggalkan kosong pada ruangan No Kelulusan Nama dan Nama Perniagaan. Kerana pihak SSM perlu memeriksa terlebih dahulu nama perniagaan yang anda pilih sama ada telah digunakan atau belum.

Ruangan ini boleh ditinggalkan kosong melainkan anda mempunyai cawangan perniagaan.

Bahagian ini juga mudah diisi. Cuma dibahagian pemilikan, anda perlu tick atau tanda kotak Pemilikan Tunggal

Ini merupakan helaian terakhir. Tinggalkan sahaja kosong untuk No Kod Jenis Perniagaan. Anda hanya perlu isikan nama anda, no kad pengenalan dan tandatangan anda.
Setelah siap mengisi, anda serahkan kepada pegawai di kuanter pertanyaan bersama-sama salinan photostat I/C. Pegawai tersebut akan memeriksa terlebih dahulu. Sekiranya semua lengkap, pengawai tersebut akan memberikan anda 2 nombor giliran yang sama. Nombor ini di staple ke borang pendaftaran yang anda isi
Anda dapat dua nombor giliran. Tetapi ambil atau koyakkan satu nombor giliran dan kemudian letakkan borang pendaftaran perniagaan di atas meja di kuanter pemprosesan pendaftaran. Jangan risau kerana pegawai tersebut akan memberitahu anda di mana perlu meletakkan borang perniagaan tersebut. Biasanya tempatnya jauh dari kuanter pertanyaan.

Setelah itu anda perlu menunggu sehingga nombor giliran anda panggil. Biasanya memakan masa dalam 15 minit untuk pegawai SSM memeriksa nama perniagaan anda samada telah digunakan atau belum. Ada juga nama-nama yang tidak dibenarkan digunakan seperti warisan dan sebagainya.
Satu.. Satu… Lima… Tiga… Itu dia nombor giliran anda dipanggil. Sekiranya nama perniagaan yang anda berikan tiada masalah, anda perlu membuat pembayaran RM60+10= RM70 untuk nama perniagaan menggunakan nama selain nama sendiri. Manakala untuk nama sendiri seperti Mohd Hairul Hisam harganya lebih murah iaitu RM30+10. Namun sekiranya nama perniagaan yang anda pilih telah digunakan atau tidak diterima, anda perlu memberikan nama yang lain.
Setelah selesai, pegawai SSM akan memberitahu anda untuk menunggu dalam masa 1 jam sebelum sijil perniagaan anda disiapkan. kalau tidak ramai orang, mungkin lebih cepat sijil perniagaan anda disiapkan. So bawa la apa-apa yang patut seperti surat khabar atau sebagainya untuk mengisi masa menunggu anda.
Setelah siap sijilnya, biasanya mereka akan memanggil nama anda atau nama syarikat anda untuk memberikan sijil perniagaan anda. Mereka akan menjerit “Star Creative Center”. Kira dah boleh dah gantung atau tayang sijil perniagaan anda.
Mudah bukan. Pendaftaran perniagaan atau Sijil Perniagaan anda disiapkan dalam masa 1 hari sahaja.
Anda juga boleh merujuk laman web SSM untuk membaca pertanyaan lazim terhadap pendaftaran perniagaan di sini http://www.ssm.com.my/faq.php
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh lah terus merujuk kepada SSM. Harap janganlah tanya saya bermacam-macam pasal SSM, kerana saya bukannya pegawai SSM
. Sekali lagi inilah laman web untuk alamat dan nombor telefon SSM: http://www.ssm.com.my/hubungikami.php
———————————————————–
PENDAFTARAN ONLINE SSM
Oleh kerana ramai yang bertanya tentang pendaftaran online. Anda boleh rujuk panduannya di laman web SSM disini
http://www.ssm.com.my/docs/brochure/bagaimana.pdf
LInk pendaftaran http://www.ssm.com.my/perkhidmatan_eLodgement.php
Namun sebelum mendaftar perniagaan secara online dengan SSM anda perlu terlebih dahulu mendaftar dengan mygovernment dibawah:
http://www.malaysia.gov.my/EN/myPortal/Pages/myPortal.aspx
Dan bagi pertanyaan lazim berkenaan pendaftaran perniagaan online dengan SSM, ini linknya
http://www.ssm.com.my/docs/FAQ%20BUSINESS.pdf
————————————————————-
Ok diingatkan, saya bukannya pegawai SSM. Jadi jika ada pertanyaan tambahan, elok tanya terus ke pegawai ssm di tempat anda. tqvm
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, klik lah button like dibawah. Atau kongsilah bersama rakan-rakan menggunakan button share dibawah.
.


















Salam bro Hairul..Bagaimana sekiranya saya hendak register secara online?Boleh kongsikan x?
Wassalam
Wsalam Bro Nizam,
Maafkan saya Nizam.. saya tiada pengalaman mendaftar secara online.
…
so kurang arif.
nice info… hhehehhe
thanks alot~
thanks kembali
dah daftar….
bagus2 tu bro
salam….tumpang tanya,ada beza x mendaftar milikan tunggal dgn partnership
wsalam Nad…
perbezaan ketara, milikan tunggul untuk nama perniagaan yang dimiliki oleh seorang owner,
manakala perkongsian untuk nama perniagaan yang dimiliki oleh lebih dari seorang ownernya…
Kalo nad seorang je yang mendaftar, semestinya kena daftar sebagai milikan tunggal..
Utk maklumat yg lebih jelas dan tepat, eloklah Nad call SSM
saya daftar secara online dapat sijil pada hari yg sama juga…
Oh ye ke … saya baru je tahu..
tq fadzli atas info tersebut…
cmne dftr on9?
link?
Salam uNcl3,
Saya dah masukkan panduannya di dalam artikel di atas.. tq..
Hebat panduan ini. Orang lain mungkin membuat buku menerangkannya, tapi bro boleh post dalam blog je. Tahniah!
Tq bro, Serba sedikit pengalaman dikongsi bersama
Hi Hairul,
Mesti sibuk bisnes taufufah? Singgah sini ingat ada artikel terbaru. ok, goodluck 2 you.
yap busy ckit la Mekar..
…
.. tq..
ada la artikel terbaru… coklat ganache….
blog nie diupdate seminggu sekali je…
salam sejahtera, bleh terangkan mcam mana nak buat pemilihan nama pendaftaran supaya x bertindih ngan orang lain?
Masa saya mendaftar dulu secara offline saya bawa lebih 3 nama untuk elak bertindih..
kalo check secara online.. not sure la plak…
tapi sepatutnya semasa pendaftaran online mesti disediakan…
Apa2 pun elok zul daftar dulu link yg diberikan..tq…..
kalau nak berniaga pasar malam kena apply lesen kat SSM atau terus apply lesen pasar malam kat DBKL saja?
Untuk perniagaan pasar malam tak perlu apply lesen perniagaan kat SSM..
hanya perlu memohon lesen atau tapak pasar malam di Majlis Perbandaran di kawasan En. Kahkeng.. tq ya..
salam…
thnx sgt2 kat hairul coz lps baca ni br sy fhm….ye ye je cari kod perniagaan n mcm2 plak yg jmp smp xtau mane…so sy dh fhm2 sgt n rabu ni sy akn trus ke ssm…! tqvm
Wsalam…
tima kasih kembali Cik Zetty.
Semoga berjaya mendaftar perniagaan nanti
Penerangan hairul sgt mantap. mudah difahami. Tqvvvm. Saya ada 2 kemusykilan:
1) pekerja kerajaan boleh ke daftar syarikat guna nama sendiri?
2) saya baru nak mula perniagaan kecil2an dirumah je ( buat roti dan kek ). Pd pandangan hairul perlukah saya daftar perniagaan
Dibawah ini jawapan saya…
1. Saya ada terbaca di forum tentang pekerja kerajaan yg ingin mendaftar nama perniagaan.
kata mereka perlu dapatkan sokongan bertulis dari ketua jabatan masing2..
2. Biasanya kalau berniaga pasar malam, tidak perlukan mendaftar nama perniagaan.
So, pada pandangan saya untuk permulaan, tak perlu dulu. Lepas dah maju, baru daftar..
semoga info ini membantu….
Ctsham,
Untuk pengetahuan sedara, yang bekerja kerajaan xboleh ade syarikat/ perniagaan lain.kalau nk juga, perlu berhenti dari kerja (Kena pk masak2 ni..)
boleh gna nama adik Atau isteri yang BUKAN KERJA KERAJAAN..
tq atas info tu En. Sofeami…
kerja kerajaan xboleh buat perniagaan?? patot lah cikgu2 saya berhenti kerja untuk buat bisnes dulu. sekarang baru tau. kenapa yer??
Kalo incomenya bagus, mmg berbaloi cikgu2 berhenti kerja… tak de la tension lagi ngan anak murid..
tips yang sangat baik. Memang tengah cari panduan ni.
tima kasih kembali cikgu
Thanks bro untuk panduan SSM ni..
Agak pening jugak nak daftar ek?
Nak test daftar online lah kalau xboleh baru pegi pejabat diorang..
tima kasih kembali bro…
kalo online.. mungkin kot pening ckit…
tapi kalo offline.. mmg mudah… just ge kaunter..isi borang.. dan submit…
apa2 masalah boleh tanya kat kaunter…. tq ya..
saya mahu apply iesen kedai liquar.pls can help me?
Sorry nogeles.. kalo lesen arak.. saya mmg tak tahu…
Assalamualaikum…
En Hairul, dalam pendaftaran nama syarikat adakah sesuai jika beri nama sama seperti blog atau nama khas lain…saya berhajat untuk daftarkan nama syarikat melalui jualan telekung Jessy secara online..So, syarikat saya terdiri milikan tunggal kan? boleh cadangkan nama syarikat?
1. Damai Creative Collections
2. Telekung Jessy’s Marketing
3. Nur Kasih Global Marketing
Terima kasih yer..
Wsalam,
wah bagus tu…… nie mesti bisnes online cik dah mula maju…
berkenaan nama tu.. untuk bisnes pakaian, mmg bagus dibelakangnya menggunakan nama “collections”.
Tapi saya tak sarankan cik menggunakan perkataan telekung.. sebab biasanya bila bisnes dah berkembang kita akan menjual benda lain..
Dan kalo cik menjual produk islamic, rasa saya tak sesuai nama jessy.. mcm org putih..he.he.he
nama kena mudah disebut dan mudah org ingat.. kerana itulah logo perniagaan kita.. membuatkan org ingat pada bisnes kita…
saya suka kalau namanya: Nur Kasih Collections
itu hanya pandangan saya sahaja.
Assalamualaikum w.b.t
Saya setuju cadangan tersebut. Terima kasih byk En. Hairulatas info yang amat berguna.
Namapak bersemangat saya nak mulakan bisnes nie..Cayok2…
wsalam.. saya doakan cik Adahsyahda terus berjaya…
Assalamualaikum Mr.Hairul
untuk perniagaan online macam en.hairul, macam mana nak isikan “ALAMAT TEMPAT UTAMA PERNIAGAAN” ?? boleh ke guna alamat rumah?? timekasih jazakallohu khoir en,khairul.
Wsalam en. Omar, saya gunakan alamat rumah sahaja. Tiada masalah tq
saya nak tanya…macam mana nak dapatkan lesen perniagaan
…sebab setahu saya apa yang tertera di atas tu bukan ke cara mendaftar nama syarikat ????
selepas kita mendaftar nama perniagaan milikan tunggal, kita diberikan nombor pendaftaran dan sijil lesen perniagaan kita.
tapi Elok en hairul ..bertanya ngan pegawai SSM untuk maklumat yg lebih tepat. tq ya.
Saya Ingin Membuka Stall Burger. Tetapi Tiada Tapak Tetap. Boleh Ker Saya Daftar Menggunakan alamat rumah? Boreng Yang Ditunjukkan Diatas adalah dafter enterprise ker? ker bukan or sama jer
Setahu saya, stall yang buka ditepi jalan tidak memiliki lesen perniagaan…
elok en Ruzzi hubungi pihak SSM untuk lebih lanjut. tq ya
Utk pengetahuan Hairul dan Ruzzi..kalau buka stall burger biasanya sama macam jual nasi lemak tepi jalan.
Dulu mak saya jual nasi lemak, kena daftar under perniagaan bergerak…stall pun syaratnya kena ada roda….wallahua’lam..
Sila betulkan saya kalau salah =)
Tima kasih en. hafizan atas info tu.. baru saya tahu. tqvm ya..
assalamualaikum Hairul, saya dah mendaftar perniagaan sebentar tadi, semudah ABC. Terimakasih atas Entri ini, banyak membantu saya.
Wsalam en. dandon…. tahniah kerana berjaya mendaftar perniagaan..
saya doakan bisnes en. dandon maju jaya… tq ya
salam bro…tq info yg sgt berguna…
skunk ney sume on9 shop pn kne mndftar ssm kn…
better daftar cik elly untuk lebih selamat..tq
Salam Sejahtera bro….
gua nak tanya ckit…gua nak mulakan perniagaan kolam ikan…mcmaner nak dptkan lesen tu??
Saya pun tak tahu lah en. Ndeq…. cuba tanya ngan pegawai SSM.. tq ya..
salam en..tertarik sy membaca artikal en,same mcm sy g daftar dulu…sy sekrg nk tahu mcm mane syrikat enterprise tukar kepada sdn.bhd…..berapakah bayaran dan modal yg sy perlukan
wsalam en wan, Lebih elok en. wan bertanyakan sendiri dengan pegawai SSM.. tq ya
kalo nak mohon lesen untuk buka gerai kat sini ke?
Kalo gerai, biasanya kat MPJB…
mane nk dapat kod jenis perniagaan
Untuk bahagian kod perniagaan tu tak perlu diisi en bro
Bagaimana untuk saya membuat pembaharuan SSM secara online?
Maaf cik ima… saya kurang pasti. sebelum ini saya renew kat pejabat SSM.. Cepat je siap..
salam hairul..
saya dah 14 bulan x renew ssm.adakah saya dikenakan denda?berapa kadar denda tu?adakah terbatal ssm saya?
Second time saya renew kat SSM pun kena denda gak.. tapi lupalah kadar bayarannya… elok en. din check ngan SSM sebab saya bukan pegawai SSM
.. Renew sekejap je siap…
terima kasih atas info diatas. sgt2 membantu sy
terima kasih kembali… semoga bermanfaat
En Hairul
Boleh saya say mengunakan nama seperti berikut.
Timur Events Sdn.Bhd.
adakah nama di atas di anggap dwibahasa. Adakah SSM melarang mengunakan nama syarikat dwi bahasa.
salam
Maafkan saya en. Mikael.. saya bukannya pegawai SSM.. Elok en. call pejabat SSM yg berdekatan.. sory ya
terima kasih atas info. i memang zero..tenat cari keje..ingat nak start bisness jual makanan jer
mmg bagus tu usahakan bisnes makanan…
pendapatannya stabil. Semoga berjaya cik Lia..
haritu saya tgk canteen sekolah rasa macam nak beniaga la.. mcmana step2 nyer wahai en hairul.
Kalau nak citer pasal bisnes, setahun pun tak cukup..he.he.he..
elok cik lia mulakan kecilan seperti dipasar malam untuk menimba pengalaman..
sambil2 tu dapatkan info dari peniaga lain… semoga berjaya…
ASSALAMUALAIKUM….tumpang tanya…emm,klau kita x de kedai pun x pe la ye sbb biz on9 je
Wsalam.. saya buat bisnes online nie pun tak de kedai.. cuma daftar nama perniagaan di SSM sahaja…..
Tapi elok puan tanya terus ngan SSM, baru puas
saya baru nak mulakan perniagaan online (guna produk dropship). adakah saya perlu daftarkan perniagaan saya ini dgn SSM?
Elok cik Haizan call dan tanya ngan SSM utk jawapan yg lebih tepat…..
terima kasih.. info yg berguna, dalam proses utk daftar..huhu
Semoga berjaya daftar…..
alhhamdulillah, dah berjaya, pd 11/11/11…
mmg pandai bro pilih tarikh.. tarikh bersejarah tu
salam..
sy dh ada ssm dh,leh x kalu kita nk tukar nama syarikat kite tu? cemana?
wsalam… itu kena tanya ngan pegawai SSM en. Abe…
Salam En.Hairul , saya nak tanya . kalau saya nak berniaga shisha , boleh ke saya daftar ssm ni ? kalau encik tahu sila bantu ye
Wsalam.. maafkan saya en. tembam.. soalan nie kena tanya ngan pegawai SSM….
oh ye ? takpe takpe , terima kasih
tima kasih kembali
Assalam encik hairul, saya ingin bertanya. Dalam helaian pertama, ada menyatakan “Jenis perniagaan dijalankan”. Bolehkah saya meletakkan lebih dari satu perniagaan? Seperti 3 atau 4 jenis perniagaan . Contoh menjual aksesori kereta, menjual pakaian lelaki, menjual perkakas rumah dan barangan dapur? Atau hanya satu perniagaan saja yang dibenarkan? Terima Kasih
Setahu saya tiada masalah en. aji.. tapi lebih baik rujuk pada pegawai ssm untuk kepastian
Asalam encik Hairul , saya ingin bertanya . Dalam helaian pertama ada menyatakan “Jenis perniagaan dijalankah” . Bolehkah saya meletak lebih dari satu perniagaan , atau hanya satu sahaja yang dibenarkan ? Terima kasih
Setahu saya tiada masalah.. apa2 pun elok tanya ngan pegawai SSM untuk kepastian yg lebih pasti
sye nak tnya kalo nak mulakan perniagaan kecil-kecilan ,cth warung mkn.cr pemohonan sme ker or len..? kn daftar kat majlis perbndran kan?…
Biasanya tapak berniaga kena dapatkan lesen dari majlis perbandaraan. Elok cik tanya terus ke pihak majlis..
Kami Yayasan Manan Amir akan mengadakan mesyuarat tahunan. Saya selaku setiausaha perlu membuat minit mesyuarat agung tahunan untuk diserahkan kepada SSM. Tolong berikan saya format minit mesyuarat agung tahunan sebagai panduan
Maaf Puan Sharifah.. Saya bukan pegawai SSM…
1. Perlukah saya mempunyai lesen untuk menjalankan home tuition center ?
2. Jika perlu, bagaimana cara untuk memohon lesen tersebut.
Elok Puan Rahimah bertanya terus ke pegawai SSM..
Artikel ini sekadar berkongsi pengalaman saya mendaftar SSM sahaja
salam bro… nk tanya cikit ni….aku nk register Partnership Bisnes, lau takde partnership agreement takpe ke??
Maaf bro, saya tiada pengalaman daftar partnetship.. elok tanya direct ngan SSM…
nak tanya?
kalau i tengah kerja dalam syarikat swasta tapi i nak buka enterprise untuk buat bisnes sampingan boleh tak?
No problem kalo syarikat swasta cik Jaz…
salam, en.harul. saya nak tanya.. saya nak mulakan perniagaan. apa yang perlu saya buat. samaada daftar syarikat dahulu, beli stok dahulu ataupon cari kedai dahulu, aya bercadang nak buka dekat pasaraya.seperti giant, tesco.. minta bantuan en.hairul.
Pada pandangan sayalah.. elok cari kedai yg lokasinya menjadi tumpuan ramai dulu, Seterusnya survey pembekal dan stok…..Daftar perniagaan nie confirm lulus punya. so bila semua dah ready, daftarlah perniagaan… dan kemudian buat pembelian stok menggunakan nama perniagaan… sekadar pandangan saya sahaja…
terima kasih en hairul atas pandangan yang diberikan. saya ada satu persoalan lagi. kalau saya hendak sewa kedai di pasaraya, seperti jusco.. macam mana prosedurnya ya dan satu lagi bolehkan kita menyewa kedai dalam pasaraya tersebut sekiranya kita masih belum mendaftarkan syarikat??..terima kasih kerana sudi berkongsi dan membantu.
Elok en. Ejan bertanya terus dengan pihak syarikat Juxco. Semoga berjaya ya en ejan
nak tanya.. kalau orang tu baruu sangat nak memulakan perniagaan (kecil2lan) boleh ke? perlu ke dilampirkan dgn financial statement atau apa2 lampiran keewangan?
Mmg tidak perlu lampirkan financial statement.
Mudah sahaja mendaftar perniagaan.
Pengawai SSM pun tak akan tanya banyak soalan.
Mereka akan proseskan sahaja
sy xpernah ad pngalaman dlm bidang perniagaan tp sy berminat sgt utk menceburi dlm bidang perniagaan..kalau abg xkesah..leh xnk terangkn mcm mane nk memulakan perniagaan klu seseorang itu takde premis..lesen…modal..n pengalaman…sy nk tw prosedure…
Mmg panjang kalo nak citer.. Dalam bisnes ini, kita kena berani mencubanya tanpa rasa malu. Tidak hairanlah, ramai yg berjaya dlm bisnes bermula dari kehidupan terdesak. Ini membuatkan mereka berani mencuba.
As salam…nk tanya ape beza guna nama company bayar 60+10=70 dn nama sendiri bayar 30+10=40..klu meniaga kecil-kecilan perusahaan kg cam tu bole la daftar atas nama sendiri murah ckit…bole ke cam tu? ataspilihan sendiri atau cam ne?
Besanya hanya pada nama sahaja. Terpulang pada kita untuk memilih mana yg kita suka apa jua bisnes kita…
.
cuma pada pendapat saya la.. kalo guna nama sendiri.. nanti sesetengah org bukan melayu susah sikit nak beli produk kita. tapi tak semua…
SALAM EN HAIROL…sorry ganggu…….saya nak buka syarikat enterprise berhad……..semasa nak isi borang di helaian lima KOD PERNIAGAAN..adakah 10 skop perniagaan pertama diberi percuma dan mcm nak tambah 10 skop lagi…….harap membantu………TQVM
Wsalam En Zack, saya kurang pasti.
Setahu saya, ia sememangnya percuma
Muka surat lima boleh tulis bidang melebihi 10 bidang asalkan bidang yang ditulis muat dalam column yang disediakan.
Tambah bidang boleh sehingga 30-40 bidang kos SSM RM30 borang B2.Peringatan, semasa tambahan bidang isi semula bidang yang lama dan yang baru. Kalau tak tulis bidang lama, nanti sijil baru tiada tertera bdg lama.
Tima kasih bro di atas info tu
salam,…
tumpang tanya ye,…
kalau saya buat perniagaan online untuk barang yang boleh di jadikan hadiah seperti coklat,teddy bear,shawl dan macam2 lagi,…
jenis perniagaan ape yang harus ditulis?…
bukan itu sahaja,…boleh bagi cadangan x untuk nama perniagaan saya?…saya nak daftar online..mungkin en.hairul ade jawapan..
maaf,..bnyak bertanya,..saya budak baru belajar,..:)
terima kasih,..
wsalam Cik intan..
Saya sendiri mengambil masa yg lama utk mencari nama bisnes…
mungkin boleh kot kalo guna “Intan Gift Solution”
utk jenis perniagaan, letak je apa2 yg sesuai… don’t worry…
thanks en,hairul,…saya try mendaftar secara online tetapi tidak dapat apa2 respon,..adakah ini bermakna permohonan saya tidak layak atau procedure untuk mendaftar online agak lambat?
Lebih mudah daftar di pejabat SSM.. gerenti berjaya
asmlkm saudara Hairul. Saya berminat untuk memulakan perniagaan makanan menggunakan lori kecil yg ditempatkan dibahu2 jalan…adakah memerlukan pendaftaran syarikat atau cuma dapatkan permit dari majlis perbandaran?
Elok En khairul call dan dapatkan nasihat dari pegawai SSM.yg berdekatan…
Saya pun kurang pasti. semoga en khairul berjaya ya..
info percuma yang sangat berguna…semoga allah tambahkan lagi ilmu en hasrul..nk tanya kalau saya nak berniaga tanpa kedai(sbb takde modal nak buka kedai..hehehe)cth spt barang perhiasan atau makanan ke dan saya cuma buat promosi jual guna leaflet,flyer dan internet perlu apply lesen perniagaan di SSM ke?terima kasih..
setahu saya kedai2 yg dibuka diluar sememangnya tiada lesen perniagaan..
apa-apa pun elok en shah rujuk dengna pegawai SSM berdekatan utk kepastian..
tqvm ya
ok..terima kasih
tq kembali…
bolehkah saya menyemak status syarikat ini.adakah kewujudannya SNOWCREST ENTERPRISE ATAU SNOWCREST COMPANY
saya bukan pegawai ssm la cik azlina
salam…thnkz for the information..x de la tertany tanya..memandangkan saye bru 19..so x de pngalaman..time ksih bro..
assalam…
en.hairul sy confiuse laa..nama perniagaan kita tuh nama yg terpampang pada papan premis kita ke atau yang tertulis “dimiliki oleh ..”…bkn paa…saya neh pengedar tudung cawangan je…tapi saya nk da lesen perniagaan saya sendiri dalam masa yang sama saya nak kekalkan nama pemilik asal tudung tersebut..ke sy xpyh dftar perniagaan dh cuma minta lesen premis dr majlis perbandaran jee…
Setahu saya sama. tapi elok tanyakan pada pegawai SSM untuk info yg lebih tepat…
Salam.. Apa pros n cons ‘Milikan Tunggal’ & ‘Perkongsian’
wsalam… ada belajar dulu… dah tak ingatlah en sto…
Salam,
Terima kasih atas ilmu yg dikongsikn bersama… Sgt membantu…
tq kembali.. semoga bermanfaat…
salam en. hairul.
terima ksh krna sudi brkongsi mklumat brkaitan pnduan utk pndftran prniagaan di SSM.
harap dpt dikemaskini dr masa ke semasa.
tima kasih kembali… artikel ini lebih kepada pengalaman saya ketika mendaftar SSM
salam….saya farah berusia 23 tahun…sy bercadang nak mulakan perniagaan perseorangan….sy nak tanya adakah saya layak utk reg di syarikat anda????…
plz help me…!!!!
Wsalam.. sudah tentu cik farah layak untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal di SSM. Hanya perlu pergi ke cawangan SSM yang berdekatan sahaja…
Lepas register ssm , lesen permis DBKL macam mana? lesen DBKL untuk signboard dan apa lagi kegunnaan?? Hairul ada apply tak?
Saya tak pernah pula apply permis dbkl.. .. tapi caranya mudah sahaja.. call atau pergi sahaja ke pejabat DBKl dan tanya mereka..
salam…
en hairul sy nk tnya klau kite baru nk bisnes n xde tapak prniagaan boleh ke kite daftar ssm dulu? ke kalau dah ade bisnes baru bleh daftar ssm?
wsalam.. Boleh tiada masalah… daftar je terlebih dahulu di SSM…
Assalamualaikumsalam En. Hairul.. sy nk tanya sikit..
1. sy student IPTA, boleh ke dftr syarikat?
2. sy buat online biz, kalo guna alamat rumah boleh x?
3. brg yg sy jual x tetap. actually sy jd org tengah untuk import brg dr US ke Malaysia. itu kira business jugak ke?
tq en. hairul.. info yg sgt berguna pd sy yg newbie dlm biz ni. HOPE YOU IN SUCCESS!! =)
Wsalam… tiada masalah En Firdaus, boleh daftar bisnes utk IPTA, utk alamat rumah, utk jualan tak tetap. Masa daftar nanti, diaorg tak tanya apa.. Diaorg approve je..
tq En. Hairul!!
tqvm kembali..
Salam, kita kena daftar perniagaan dulu atau berniaga dulu pun boleh?
saya dulu.. berniaga dulu…. dah confident.. baru daftar.. tapi terpulang pada cik zareena…tqvm ya..
Salam, terima kasih untuk info ini. Kalau ingin mendaftar peniagaan jenis kontraktor(membuat rumah, renovation etc…) pun bole kat ssm jugak ke Encik Hairul.
Setahu saya semua perniagaan samada kecil atau besar perlu didaftar di SSM
hi en.Hairul
leh x saya tahu jika saya ingin memuka cawangan pada masa akan datang, boleh x saya isikan kertas ketiga ( MAKLUMAT CAWANGAN ) sekali. jika boleh , perlu x saya bayar juga keatas bahagian tersebut , kalau ya , berapa bayarannya?
Maaflah cik winnie.. saya hanya ada pengalaman buka satu perniagaan milikan tunggal sahaja. Elok cik winnie tanya dengan pegawai ssm..