Cara Memulakan Perniagaan Bisnes Makanan

kedai-makan

Ramai yang bertanya “Macam mana nak mulakan perniagaan makanan, hairul”. So tergerak hati saya berkongsi tips tentang cara memulakan bisnes makanan ini. Saya tumpukan pada bisnes makanan kerana ia mudah dimulakan dengan peralatan yang sedia ada di rumah. Manakala modalnya sangat rendah dibandingkan perniagaan lain. Yang bestnya keuntungannya berganda.

Kalau nak mula bisnes makanan, anda kenalah belajar memasak terlebih dahulu. Dan anda kena belajar masakan yang sedap dari mereka yang berpengalaman. Barulah menjadi. Lepas belajar anda kena selalu pratikkan dan biasakan diri dengan memasak. Sebab bila selalu memasak, akan timbul rasa minat dan seronok. Memang seronok memasak nie sebenarnya. Ini satu permulaan yang baik untuk cara anda memulakan perniagaan makanan anda sendiri.

Langkah seterusnya ialah berkongsi masakan anda dengan orang disekeliling anda. Dapatkan feedback dan pandangan mereka terhadapa masakan anda. Dengar feedback mereka dengan hati yang terbuka. Seterusnya memperbaiki lagi masakan anda. Bila masakan dah perfect, baru anda akan bersemangat untuk memulakan bisnes makanan. Manakala kawan-kawan anda pasti akan memberi sokongan dan memberi pelbagai idea untuk cara memulakan bisnes.

Saya teringat pula dengan makcik perniaga nasi berlauk yang mencuba putu saya dulu. Ada saya tulis dalam artikel penemuan resepi ubi kayu dulu. Nak tahu apa berlaku pada hari seterusnya. Makcik tu tanya saya “Dik, kalau adik letak putu tu kat kedai makcik, berapa harga adik boleh tolak kat makcik”. Terperanjat saya. Sebelum ini saya tak terfikir pun putu bambu boleh di supply kat kedai makan.

Disini saya belajar satu perkara penting untuk memulakan perniagaan. Jika anda ingin mula berniaga, anda kena rapat dan berbaik-baik dengan peniaga-peniaga makanan di sekeliling anda. Ini bukan sahaja menambah minat anda dalam bisnes makanan. Malah memberi peluang perniagaan tanpa diduga. So bila anda ke kedai makanan, cubalah tegur mereka dengan soalan yang mudah. “Makcik tinggal kat mana” atau “Dah lama ke makcik berniaga kat sini”. Bertegur sapa dengan wajah yang senyum dan ceria. Kerana hubungan baik dengan mereka, ada ganjarannya nanti.

Seterusnya beri peniaga makanan tersebut mencuba masakan anda. Macam yang saya buat pada makcik kedai nasi berlauk tadi. Jika masakan anda sedap, saya pasti mereka akan menawarkan diri untuk menjualnya. Sebab dalam perniagaan makanan ini, perkara pertama yang penting ialah sedap dan kena dengan citarasa pembeli. Oleh itu anda perlu terus berusaha memperbaiki masakan anda untuk sesuai dengan citarasa masyarakat di tempat anda.

Percayalah, apabila anda rapat dengan peniaga makanan, ia akan memudahkan anda memulakan perniagaan makanan anda. Soalan-soalan seperti nak cari tapak niaga, nak cari alat berniaga dan sebagainya akan terjawab dan dibantu oleh kawan-kawan peniaga di tempat anda. Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memulakan perniagaan makanan. Atau anda ada tips tambahan yang ingin dikongsi untuk membantu pembaca blog ini mula berniaga. Jom kongsi dalam komen di bawah.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan

Anda dialu-alukan :D

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda suka.
2. Anda dialu-alukan kongsi artikel ini dgn klik button di bawah artikel sahaja.
3. Anda boleh share url link atau nama laman web artikel di mana sahaja.
4. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
5. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Lagi Artikel MENARIK Blog Ini:


Facebook Comments

comments

Comments

  1. says

    Adik ipar saya pernah berniaga makanan. Beliau hanya jual pisang goreng dan cucur udang di waktu petang manakala waktu pagi beliau ambil komisen jual kuih dan nasi lemak orang letak digerai beliau.

    • Hairul Hissam says

      Kalau ada keluarga yg berniaga makanan, mmg mudah utk dapatkan nasihat dan bantuan memulakan bisnes makanan ini. Tapi masakan kena sedap baru bisnes boleh jalan.. :D

    • Hairul Hissam says

      Kebanyakkan org berniaga makanan nie mmg baik2 dan suka membantu.. Untung berkawan dgn mereka.. :D

  2. says

    Assalamu’alaikum nantu terpilih.. :D

    Kelapa bakar pandan dan nona,
    Mengapa cuma ada dijamu;
    Apakhabar badan di sana,
    Mengapa lama tiada bertamu.

    • Hairul Hissam says

      oh. Yg putu tu, saya bagi makcik kedai makan tu test.. ada diceritakan dlm artikel sebelum ini.

  3. says

    Hehe..bab berniaga makanan ni saya rasa tak susah nak maju kan?pandai masak, pandai layan cut, semuanya akan berjalan lanacar..kat mana-mana kita berniaga pun, bila masak sedap, orang akan cari..hehe

  4. says

    tips yang bagus,,, cam sy nie tak pernah ada ilmu tentang ini sekurang2nya tahu bagaimana mereka yang melakukan perniagaan makanan ini punya latar belakang

    • Hairul Hissam says

      BIsnes makanan mmg mudah dimulakan walaupu org tu tiada pengalaman.. Yg penting ada kemahuan.. org tua kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan. heee :D

  5. says

    bab meniaga makanan ni kalau masakan kita tu sedap memang menguntungkan. Menarik tips-tips untuk mulakan perniagaan bisnes makanan ni untuk mereka yang berminat nak mula berniaga :)

  6. says

    kalau sebagai pelanggan memang kita mahu makanan yang sedap,harga berpatutan,mesra pelanggan dan lokasi yang mudah dikunjungi termasuk tempat letak kenderaan..pelanggan ini dah beri tip kepada bakal tauke bisnes makanan..

    artikel terbaru : 7 sebab blog tidak didatangi para pelawat

    • Hairul Hissam says

      TApi jgn terlampau peramah dan tanya yg hal2 peribadi, nanti org takut pula pada kita.. heee :D

    • Hairul Hissam says

      Bila pemikiran kita lebih kepada keuntungan.. tu yg boleh membawa kpg cantas mencantas..
      so kena ubah pemikiran berniaga kpd saling bantu membantu.. :D

  7. says

    Betul2 kata hairul tu. Mak saya meniaga makanan kat kantin sekolah. Sya tukang supply kuih frozen kat kantin tu. Tapi bukan letak selalu sbb kantin tu di Ipoh (kalu nak blk kg je akan letak kuih). Kalu dekat sini agaknya lagi sibuk la sya..heh

    • Hairul Hissam says

      kalau ada saudara mara yg berniaga spt cik mekar lagi mudah utk buat bisnes supply makanan nie… :D

  8. says

    sy sebenarnya tgh mncari2 perniagaan apa yg sesuai utk bt bisnes nie.. tapi tak pernah terpikir nk mulakan perniagaan makanan. yelahh.. sbb bukannya pandai masak pon.. haha

  9. azzels says

    dahulu saya pernah sewa gerai makan nasi campur. oleh kerana bekerja, saya cuma membeli & menyediakan bahan2 dan mengharapkan ibu untuk menjadi tukang masak bergaji harian & di bantu seorang pekerja. Namun bisnes tak berkembang seperti yang diharapkan. makanan sering habis tetapi hasil tidak begitu memuaskan. ibu menyalahkan pekerja meletak makanan terlalu banyak tetapi bila saya lihat apa yang pekerja itu buat adalah betul kerana telah dilatih awal2. dan saya mendapat jawapan apabila melihat ibu menjamu saudara maranya makan secara percuma. belum lagi memberi hutang kepada salah seorang saudara utk tender makanana bungkus yg bayaran terakhir sebanyak lebih rm1000 tidak dibayar langsung. itulah org tua, nak ditegur hanya dia yg saya dapat harap untuk menjaga gerai makanan. maka akhirnya cuma bertahan selama 3 bulan dan tutup.
    kini saya bercadang untuk mengambil peluang menyewa gerai di tempat baru yg punya potensi. kali ini saya akan mengupah tukang masak & pekerja yg tiada pertalian keluarga tetapi boleh dipercayai. ada tips tak?

    • Hairul Hissam says

      Memang sangat penting dalam bisnes nie utk tidak berputus asa dan sentiasa memperbaiki kesilapan…
      Dalam apa jua bisnes, kita kena cipta prosedur dan kawalan dalaman sendiri untuk mengelak kecuaian, kesilapan dan penipuan dari pekerja. Ini sgt penting.

      dan berkenaan ibu bapa, jika kita buat mereka penat, letih dan susah hati, nanti kita pun akan dpt mcm tu..
      sepatutnya kita berikan ibu bapa rehat dan bantu kewangan mereka.. insyaAllah kehidupan kita akan lebih baik.

  10. am langkawi says

    tq bro untk info nie,sy mnt dlm pernigaan mknan putu nie tp xtau mcm mna nk mulakn blh bg tips sikit x?

    • Hairul Hissam says

      Cara mulakan semua saya dah terangkan dalam artikel ini. Cuma tinggal nak buat atau tak nak buat ajeee :D

  11. ain zahar says

    assalam En hairul. terima kasih atas motivasi2/cadangan2 perniagaan yang di berikan. boleh bagi saya number phone utk di hubungi? ade beberapa pertanyaan

    • Hairul Hissam says

      wsalam.. semoga membantu en zahar.. Maafkan saya. No telefon hanya utk pertanyaan produk sahaja.. Saya mmg tak terlayan dgn ramai sgt call dan disamping dan siapkan pakej terbaru.. :D

  12. zulhakimi says

    saya bercadang nak berniaga makanan tapi takde pengalaman dan tak tahu langsung memasak .macam mana yeh nak start tanpa basic ne

    • Hairul Hissam says

      Video ebook saya semua ajar dari asas sehingga pandai…. RAmai sgt yg dah berjaya walaupun langsung tak reti masak.. :D

  13. hayrin says

    Assalamualaikum en :)

    Asalnyer saya ni jalan2 nak cari tips beli umah utk aset… tetiba lak leh sesat smpai ke tips memulakan perniagaan… Alhamdulillah… suka baca tips2 ni…moga encik terus berjaya :)

  14. Fadzilah says

    Salam Hairul, akak ni baru saje bercadang nak berniaga makanan. Tentang masak tu adalah cube2 masak dan bagi orang rase. Respon boleh tahan la. Tapi bab pengalaman mmg zero. Boleh Hairul bg tips. TQ

    • Hairul Hissam says

      Bisnes makanan nie tak perlu pengalaman kak mcm kerja engineer atau akauntan…. Jangan banyak fikir kak.. terus jeee buat bisnes… nanti bila akak dah start, tentu akak rasa… oh senang rupanya buat bisnes makanan nie…

  15. Mazrah says

    Best blog encik Hairul ni. Byk ilmu bermanfaat yang dikongsikan. Ikhlas dn sgt membantu. Saya pasti akan beli e-book encik hairul dan mulakan perniagaan sendiri nnt. Selamat maju jaya ye encik Hairul!

    • Hairul Hissam says

      Terima kasih kerana sudi membaca.. semoga bermanfaat dan berjaya memulakan bisnes makanan. di mana ada kemahuan.. disitu ada jalan.. :D

  16. says

    saya seorang kakitangan kerajaan, tetapi suami saya berniaga dan memerlukan bantuan saya,saya ingin meminta pendapat encik, perlukah saya berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *