Puas tak makan sagun dalam artikel resepi sagun sebelum ini? 😀 . Ok semua orang pasti pernah mengalami sakit perut. Perut memulas. Terbaring kesakitan. Memang menyeksakan. Tak kan la asyik telan ubat jeeee 😛 . Jom try perubatan reflexology dari negara cina ini. Ia menggunakan picitan kaki dalam mengubati sakit perut. Macam tak percaya kan… Picit kaki, perut boleh baik. ish.. ish.. ish..
Sebelum itu elok saya terangkan konsep refexology. Perubatan ini menggunakan picitan kaki dalam merangsangkan sistem saraf kita. Seterusnya mengerakkan atau melancarkan peredaran darah pada kawasan yang mengalami kesakitan. Peredaran darah yang baik membantu mengeluarkan toksik pada organ bermasalah dan membawa oksigen dan makanan kepada organ tersebut. Inilah cara penyembuhannya.
Tapi jangan suka-suka picit kaki ya. Nanti lain jadinya. he.he.he. Setiap organ ada tempat picitannya tersendiri. Jom kita cuba picitan kaki untuk bahagian perut. Apa juga masalah perut, boleh picit pada bahagian ini. Jom lihat gambarnya untuk lebih jelas
.
.
Itulah kawasannya untuk masalah pada perut. Anda hanya perlu picit dari atas ke bawah. Elok sapukan minyak urut supaya jari anda tidak melecet. Guna minyak masak pun boleh. Kalau malas sangat nak picit macam tu. Boleh juga gosokkan kaki anda pada tepi meja. Gosok dari atas ke bawah pada kawasan yang sama.
Berkesan ke picitan kaki nie….
Boleh baik ke nie. InsyaAllah mujarab dengan izinNya. Perubatan ini lebih menggunakan sistem saraf dan peredaran darah secara semulajadi. Oleh itu ia memerlukan masa bergantung pada diri anda. Jika anda kerap makan ubat yang melemahkan sistem saraf anda. Maka masa yang lebih diperlukan. Dan elakkan buat picitan, sejam sebelum atau selepas makan untuk keberkesanan yang terbaik.
Pantang larang perubatan ini ialah ia tidak boleh dibuat ketika hamil kerana boleh menyebabkan keguguran. Sebenarnya tidak boleh picit tapak kaki pada bahagian rahim kerana ia boleh menyebabkan keguguran. Saya telah amalkan perubatan ini sejak dari Universiti lagi. Saya dapati ia sangat berkesan memberi penyembuhan secara semulajadi tanpa kesan sampingan.
titan says
hoho..aku suruh orang je urutkan. hehe..
Hairul Hissam says
Mmg syok kalo org lain urutkan sambil sandar di atas kerusi.. 😀
chii says
heheh..sama la..kalau sendiri urut..mmg x terasa :p
Hairul Hissam says
Kalau sakit.. mmg lemah nak urut sendiri kan cik chii…
So cara gosok kat tepi meja tu pun bagus juga.. 😀
akubiomed says
Boleh diamalkan nanti. Terima kasih kerana berkongsi tip ini.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga bermanfaat ya bro.. 😀
fiezaradzi says
nanti leh try.. biasa tahu urut kat betis jer.. kat anak2 buat macam tu la kalau dorang sakit perut.. pas ni leh try kat area macam gambar, biasa satu tapak kaki letak minyak.. haha
Hairul Hissam says
Kalo dibuat pada anak-anak lagi cepat baik. sebab kanak-kanak ni sistem saraf mereka lebih baik. semoga bermanfaat ya 😀
chii says
chii ada beli buku titik2 ref ni.tp x pernah amalkan..ekekek
Hairul Hissam says
Mmg rugi tu cik chii. cuba pelan2 amalkan.. mmg banyak khasiatnya termasuk awet muda.. 😀
azriey amrie says
salam… boleh cuba ni… agak2 klau gastrik, brkesan x?
Hairul Hissam says
InsyaAllah dengan IzinNya. 😀
azriey amrie says
yg sy tau, kalau xbak urat kaki timbul, (biasa kalau org yg berbadan besar mcm sy, urat kaki timbul), urut kt tumit… sambil2 duduk tgk tv 2… rajin x rajin je….
Hairul Hissam says
Kalo dah sakit, mmg susah nak picit sendiri 😀
azriey amrie says
bkn urut kuat2… urut pelan2 kt tumit 2.. tp kna berterusan lah… Insya Allah. hilang urat2 timbul 2.. kawan sy, anak 5, badan besar, xde urat timbul pun… sbb dia amalkann petua ni
Hairul Hissam says
Oh macam tu rupanya.. tima kasih cik azriey di atas tips tersebut.. 😀
Aku budak Sini says
Masa study dulu, aku pernah bengkak kat pergelangan kaki. So, aku gi jumpa sorang kawan aku di rumah sewanya. Dia tekan perut aku utk rawatan tersebut & peliknya, ada kesan positif & aku boleh main bola semula esoknya. Kawan aku tu namanya Hairul Hissam, asal Johor. Aku harap, blogger ni kawan aku yg dah lama x jumpa sejak abis belajar.
Hairul Hissam says
Betul la tu bro.. lama juga tak jumpa semenjak saya picit kaki bro di ukm dulu. 😀