.
Secara jujurnya, saya bukan jenis orang yang suka menulis atau membaca. Kalau di sekolah dulu, saya memang tidak suka subjek bahasa melayu, bahasa inggeris dan sejarah. Tapi dah ada blog ini, kenalah menulis juga kan. Tak sangka, lebih setahun saya menulis di blog ini. Lebih setahun jugalah saya menggagahkan diri menulis artikel menarik di dalam blog ini. :D. Walaupun seminggu sekali. Kira OK la tu. Kadang-kadang dua minggu sekali. he.he.he.
Di dalam artikel ini saya berkongsi sedikit tips dalam menulis artikel blog yang menarik. Tips pertama, cuba menulis ayat yang lebih pendek dan tidak meleret-leret. Ayat pendek-pendek, mudah dibaca dan mudah diproses olah otak pembaca. Tips ini saya perolehi semasa membaca sebuah buku cerpen di bilik abang saya dulu.
.
.
Cerpen tersebut mengandungi koleksi cerpen yang memenangi pertandingan cerpen. Saya dapati, cerpen yang menjadi juara ialah cerpen yang menggunakan ayat pendek-pendek. Disitu saya mula mengkaji. Memang benar, ayat yang pendek-pendek mudah diproses oleh otak kita. Seterusnya menggelak otak dari cepat keletihan. Tambahan lagi fullstop atau titik ini merupakan tempat otak berehat sebelum membaca ayat seterusnya.
Daripada konsep pertama tadi, datangnya tips yg kedua. Iaitu gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami. Tujuannya untuk mengelakkan otak pembaca keletihan. Kita perlu membuat otak pembaca terus segar membaca artikel menarik kita. Janganlah peningkan mereka dengan perkataan yang canggih2 ini. Kesian pembaca, berkerut dahi mereka nanti. 😛
Saya sendiri tidak suka gunakan ayat yang cangih2 nie. Lebih lagi dalam bisnes online ini. Banyak sangat perkataan yang pelik-pelik tapi maksudnya simple sahaja. Kenapa tidak gunakan word yang simple sahaja. Bukankah yang penting memahami konsepnya dan terus mempraktikkannya untuk kejayaan bisnes kita. Ini bukan dewan peperiksaan yang memerlukan anda menghafal word-word special ini.
.
.
Tips yang seterusnya ialah bagaimana anda menceriakan semula emosi dan otak pembaca. Humor atau lawak jenaka sangat membantu menceriakan otak pembaca. Lawak bodoh pun tak mengapa :D. Selain itu gambar-gambar sangat berkesan meningkatkan mood pembaca. Oleh itu jangan lupa untuk selang selikan text anda dengan gambar-gambar yang menarik dan relevan dengan artikel anda.
Selain itu timbulkan perasaan ingin tahu pembaca dipermulaan artikel. Ini sangat berkesan dalam menarik minat pembaca untuk terus membaca dan mencari jawapannya. Cuba timbulkan persoalan dan pertanyaan di awal artikel atau pada tajuk artikel menarik anda. Dengan ini pembaca akan mula membaca setiap inci artikel anda untuk mencari jawapannya.
Ini sahaja tips yang ingin saya kongsi. Dua sahaja konsepnya iaitu bagaimana mengelakkan otak pembaca keletihan dan merangsang semula emosi dan otak pembaca. Semoga bermanfaat. Mungkin anda mempunyai tips-tips tambahan yang menarik ingin dikongsi bersama pembaca blog ini. Sudilah kongsi melalui komen dibawah. Amatlah dihargai 😀
———–
Berita baik. Kini anda boleh membina forum dengan mudah menggunakan wordpress. Lebih mudah membina forum dengan wordpress. Anda boleh belajar dari sahabat saya Imabiz. Klik banner dibawah:
Mama Murai says
Assalaamu`alaikum saudara,
saya bersetuju kalau penggunaan perkataan yang mudah difahami adalah salah satu cara untuk menulis artikel blog yang menarik seperti yang telah saudara hurai di atas. tetapi saya cukup keliru dengan tips yang pertama kerana pada pendapat saya penggunaan tanda baca tidak mampu dan cukup kukuh untuk menjadikan sesuatu bahan bacaan menjadi lebih menarik.
Penggunaan tanda baca sebenarnya tidak lebih daripada sekadar merehatkan seketika minda kita daripada keletihan dan mempercepatkan pemahaman kita kepada sesuatu bahan bacaan. Pendek kata sebagai ‘rasuah kecil’ kepada mata dan fikiran kita untuk terus menghabiskan bacaan yang tidak kita gemari.
Saudara lupa bahawa, untuk menjadikan sesuatu artikel menarik dan tidak membosankan faktor penggunaan ‘DIKSI’ amat dituntut oleh seorang penulis. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan Diksi?
Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk mengungkapkan idea secara bertulis ataupun lisan. Dalam konteks ini, penulis yakni kita perlulah sentiasa memberi perhatian kepada pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah semasa menulis agar memberi nikmat kepada pembaca. Ini bererti hal-hal yang ingin disampaikan mestilah disusun dengan bahasa yang terpilih bertujuan memberikan keindahan kepada hasil tulisan masing-masing.
Semakin lembut dan gemalai penggunaan bahasa sesuai dengan topik perbincangan, maka semakin menariklah kesan artikel itu kepada pembaca. Dan begitu jugalah sebaliknya.
Selain itu, artikel juga perlulah ditulis secara gramatis dan mempunyai tarikan kuat di antara satu sama yang lain. Pastikan kesinambungan di antara satu perenggan dengan perenggan yang lain terjaga dan tidak mempunyai lompang di dalamnya. Apa yang lebih penting pastikan kesatuan buah fikiran dan cerita anda. Sekiranya perlu, cuba elakkan penulisan yang terlalu singkat dan tersendat-sendat. Kadang-kadang huraian amat diperlukan untuk memberi pemahaman yang lebih kepada pembaca anda.
Sebenarnya tanpa penggunaan ayat yang lawak pun artikel kita mampu menarik perhatian pembaca sekiranya kita mahir mengaplikasikan faktor penggunaan Diksi dan laras bahasa yang betul seperti yang telah saya hurai di atas.
Hairul Hissam says
Memang benar tu cik mama murai… kesinambungan ayat mengelakkan minda pembaca dari bercelaru. seterusnya pembacaan mencari smooth dan lancar. Ayat lebih pendek dan mempunyai kesinambungan tentu lebih mudah dibaca. Terima kasih banyak cik mama murai atas tips tersebut. Tentunya dari org berpengalaman dalam bab menulis artikel ini.. tq ya 😀
nizamghazi says
Nice tips Hairul
Suka part yang cakap bagaimana kita boleh menceriakan
emosi dan otak pembaca. I take noted dat part 😉
Dan sy juga guna word yg sng orang nak faham
Dan sy rasa ayat hairul lebih kurang cara sy olah.
Cuma sy nye word terlebih funky sikit. hehehe ;p tersasar lebih
Hairul Hissam says
Mmg seronok menggunakan ayat dengan gaya tersendiri.
menjadikan blog kita lebih unik kan en. nizam.. 😀
akubiomed says
Bagi saya menulis blog jangan takut hendak menulis kerana bimbang tatabahasa yang tidak betul kerana ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Penulisan yang ringkas dan bersahaja memudahkan untuk pengunjungnya membacanya.
Hairul Hissam says
Benar tu bro. jangan takut menulis. semua orang bermula dari kesilapan. Yg penting kita perbaiki dari semasa ke semasa. tq bro 😀
MEKAR says
Tips yang menarik utk dimanfaatkan. Memandangkan penulisan sya di blog masih kurang mantap, jadi sya suka letak gambar2.Biarlah gambar2 itu lebih berbicara. Tp ada masalah pula bila letak byk gambar krn blog akan cepat kehabisan bandwidth..huhu
Hairul Hissam says
Bersama-sama kita terus memperbaik blog dan artikel kita. cik mekar 😀
Cik mekar boleh guna images hosting spt http://www.flickr.com atau imageshack.us
untuk mengurangkan bandwith…. 😀
bEe says
Betul tu kak mekar…
Walau dulu bEe ni seorg penulis tp sejak meninggalkan dunia penulisan, sprt ‘anak ayam kehilangan mak ayam’ skang ni 😉
bEe says
Hurrrmmm….
entri yg baik utk diikuti 🙂
Hairul Hissam says
Tima kasih cik bee. semoga memberi manfaat bersama 😀
adele says
tips yang menarik. saya suka menulis blog dalam bahasa saya sendiri dalam entri yang ringkas. kalau orang tak suka boleh lah blah. haha
saya punyai bakat menulis penulisan kreatif. banyak cerpen yang saya hasilkan dan ada beberapa yang tersiar di majalah. saya harap pembaca sukakannya. hehehe
Hairul Hissam says
hebat juga ya cik adele… karya cik adele tersiar dimajalah…
p/s: bagus betul ayat dia “tak suka boleh lah blah” ha.ha.ha
suri says
saya suka menulis enti yg bgtu pjng tak tahu mengapa.namun secara amnya ada juga d selitkan gelak tawa d situ…
btw tak semua entri perlu muka ketat klu tak jemu plk mmbacanya heee
Hairul Hissam says
benar tu… gelak tawa sebagai penyeri artikel kita…
kalo serious je.. tension pembaca kan cik suri 😀
cik tom says
bagus jugak tips ni..tp cik tom xberapa pandai buat humor dlm entry..heee…tips utk ayat pendek insyaAllah akan cuba amalkan pasni…
Hairul Hissam says
saya pun buat humor syok sendiri je cik tom.. he.he.he..
ayat yg lebih pendek dan mempunyai kesinambungan lebih mudah dibaca cik tom.. 😀
DARUSSALAM says
Tips yang bagus untuk penulis pemula seperti saya..salam kenal saudaraku…
Hairul Hissam says
tima kasih kerana sudi melawat blog ini. salam perkenalan dari saya hairul hissam…
lepakk.com says
Thanks berkongsi teknik yg baik ni.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga bermanfaat 😀