Sambil tayang gambar, saya nak bagi sekali tips atau cara mengelak kek gebu anda dari mengelembung semasa dibakar. Cara ini dari pengalaman saya bekerja di hotel dulu. Alaa senang jee caranya. Tapi sebelum tu, jom tengok dulu testimonial dari pelangan yang telah membeli 6 pakej saya.
Tips Mengelak Kek Gebu Dari Mengelembung Semasa Dibakar
Kalau di hotel dulu, biasanya kita potong slice butter kek gebu nie untuk Tea Break dan bukannya untuk Buffet. So kena potong kecil2 dan disusun cantik-cantik di dalam pingan sebelum dihantar ke mejanya. Kelebihan buat kek nie ialah kita boleh siapkan keknya sehari atau dua hari lebih awal. So tak perlulah tergesa-gesa siapkan keknya.
Ok, untuk cara mengelak kek gebu anda dari mengelembung, mudah jee. Anda hanya perlu menhentakkan loyang berisi adunan kek gebu sebelum dibakar. Secara detailnya, letakkan loyang di atas lantai. Kemudian angkat tinggi sedikit loyang tu dan hempaskan ia ke lantai. Kena buat beberapa kali. Nanti anda akan lihat buih di dalam adunan akan keluar ke atas. Buih-buih di dalam adunan inilah punca kek gebu anda mengelmbung-gelembung semasa dibakar nanti. Semoga tips ini membantu anda membuat kek gebu dengan lebih baik.
Hero Borneo says
wah..bagus juga tipsnya..kalau ada masa mahu juga cuba..tapi bila masa saya nak bakar kek..
Hairul Hissam says
InsyaAllah bro, keknya lebih rata ketika dibakar nanti…
ema says
thanks for sharing untuk elak kek menggelembung…tahniah atas kejayaan dan kepercayaan utk bro yang menghasilkan dvd yang sangat diperlukan kepada usahawan dalam memulakan perniagaan.
Hairul Hissam says
Syukur alhamdulillah. Kepercayaan pelangan tu mmg sgt penting sis untuk apa2 jua bisnes terus success. Semoga ramai lagi rakyat Malaysia memulakan bisnes makanan yg menguntungkan nie..
myrujukan says
laaa, simple nyer, kalau x tahu memang tetap x tahu, ni saya baru tahu, thanks sharing hairul
Hairul Hissam says
Betul tu bro, tekniknya mudah kalau tahu.. kalau tak tahu, walaupun kek gebu tapi atas tak cantik. heee
sharmien says
wow…simple nye teknik dan hasilnya mengagumkan. saya ni dah le memang suka makan kek. kagum ngan orang pandai buat kek.
Hairul Hissam says
Buat kek gebu tidaklah susah yg difikirkan.. cuma perlu tahu caranya sahaja… semonga info nie bermanfaat..
Puteri Kasih says
ohh camtu ye…mudah je rupanya.
p/s nampak kek yang yummy tu tetiba je rasa nak membaking. 🙂
Hairul Hissam says
Mmg mudah puteri.. selamat membuat kek gebu yg tidak mengelembung. 😀
ahmadyani says
Ilmu kita dapat membuatkan seseorang itu Berjaya dalam hidupnya. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan nilainya.
Hairul Hissam says
Mmmang betul tu bro.. Ilmu yg dimanfaatkan tentu memberi nilai yg berharga buat diri kita…
suzyla says
As-salam en hairul..nak tanya. untuk panduan buat kek en.hairul xbuat cd ker?
Hairul Hissam says
Mmg ada ciksuzyla dan baru dilancarkan spt di http://www.rahsiakek.com