“Skim cepat kaya akan terus berubah dgn wajah baru. Tipu helah lama dah kantoi, tipu helah baru tentu laa lebih licik”. Ia menjadi peringatan kepada saya untuk tidak melayan apa jua skim yang menjanjikan pulangan lumayan. Wang tidak akan datang bergolek.
Sebelum saya sambung artikel menarik nie, jom tengok dulu testimonial video bun di bawah nie:
Kisah Sendiri Diajak Sertai Skim Mecca Fund / Makkah Islamic Hotel
Beberapa tahun lepas, bapa saudara datang ke rumah saya. Dia mengajak menyertai skim mecca fund atau skim makkah islamic hotel. Katanya, duit yang dilaburkan akan dapat pulangan berlipat kali ganda dari keuntungan sewa petak-petak hotel di Mekah.
Namun dengan cara baik saya menolaknya. Alaaa ASB yang dijamin kerajaan pun saya tak berminat. Inikan pula skim lain yang tiada jaminan ni.
Bukan asb tak bagus, tapi tak mahu mendidik diri untuk dapat wang dgn mudah.
Episod meraih keuntungan mecca fund bermula…
Bila balik kampung, saudara mara asyik bercerita keuntungan dari skim mecca fund atau makkah islamic hotel. Dah bertahun-tahun skim tu berjalan, mereka masih maintain dapat dividen yang lumayan. Ada yang bakal jadi jutawan lagi tu.
Akhirnya Skim Mecca Fund Runtuh jua
Suatu hari, saya call mak dan mak terus bercerita “Kau tak tahu ke skim mecca fund tu dah tak bayar lagi. Yang kata pelaburan sewa petak hotel mekah tu, tipu”. Kesian juga saudara mara belah mak yang menyertai. Habis hangus simpanan mereka.
Fahami Bagaimana Skim Cepat Kaya Runtuh.
Sebenarnya skim cepat kaya membayar dividen/pulangan bukan dari keuntungan bisnes. Tapi mengunakan wang pelaburan ahli-ahlinya.
Selagi ada ahli baru & ahli lama melabur semula wangnya, selagi itulah skim cepat kaya terus bertahan. Tidak hairanlah skim cepat kaya bertahan bertahun-tahun lamanya.
Sebenarnya dividen yang dibayar adalah umpan untuk menarik lebih ramai orang menyertai. Sebab skim ini perlukan wang baru dari ahli baru untuk membayar dividen yang tinggi.
Namun apabila ahli baru berkurangan dan ahli lama tidak lagi melabur semula wangnya, maka skim cepat kaya mula goyang.
Sebelum skim cepat kaya runtuh, tauke sudah cabut lari dulu dengan duit berjuta-juta. Habis hangus semua wang pelaburan ahli-ahli yang menyertainya.
Macam Mana Nak Kenal Skim Cepat Kaya?
Ciri utamanya ialah mereka akan meminta anda melabur wang dan menjanjikan dividen atau pulangan yang tinggi.
Mereka akan cipta pelbagai cara, alasan dan tipu helah untuk anda percaya dan melabur wang anda.
Mereka tak akan mengaku yang mereka menjalankan skim cepat kaya.
Pada awalnya, mereka akan bayar dividen. Tapi di penghujungnya, mereka merompak duit anda.
Lepas tauke skim cabut lari, baru laa anda & kawan sedar, tertipu dengan pelaburan skim cepat kaya.
Duit hangus, baru sedar.
Nak Selamat Jangan Layan Apa jua Skim Pulangan Lumayan…
Dah terlampau ramai tertipu dengan pelbagai bentuk skim pulangan lumayan. So buat apa nak ambil risiko lagi???
Nak selamat, jangan layan dan jangan kaji apa jua skim pulangan lumayan.
Semakin anda kaji, semakin mudah anda tertipu.
Sebab skim ini dicipta oleh golongan bijak menipu. Sudah tentulah mereka tahu apa yang anda fikirkan, apa yang anda akan kaji dan apa tindakan anda seterusnya.
Mereka dah ready dengan jawapan dan step-step untuk membuatkan anda percaya dan tertipu. So semakin anda bertanya dan mengkaji, semakin mudah anda ditipu.
Mereka sudah cipta pelbagai helah buat anda percaya dan tertipu. So buat apa nak kaji lagi.
Adakah Keuntungan Skim Cepat Kaya Nie Halal?
Mungkin ada yang kata “Skim nie baru mula laa, kita masuk awal-awal. Lepas dapat untung, kita cabut cepat-cepat”. Ini pun taktik biasa penganjur.
Tapi masalahnya, adakah keuntungannya halal. Adakah wang dividen yang dibayar guna wang pelaburan ahli baru tanpa izinnya, dikira halal?. Anda sebenarnya menganiaya ahli baru yang akan kehilangan wang. Seperti anda mencuri duit mereka. Adakah ia halal? Anda sendiri tahu jawapannya.
Jika Skim Cepat Kaya Betul, Mati Kebulur Kita Semua
Jika skim pulangan lumayan ini betul, maka tiada siapa lagi nak bekerja. Dari penat bekerja, lebih baik duduk rumah tunggu duit masuk je.
Maka tiada siapa lagi nak tanam padi, ternak ayam dan tangkap ikan untuk anda makan. Tiada siapa lagi nak buat baju, kasut dan seluar untuk anda pakai. Tiada siapa lagi nak buka klinik untuk merawat anda sakit.
So tersangat mustahil skim cepat kaya adalah betul. Tersangat mustahil.
Bijak Betul Perompak Sekarang
Biasanya orang ramai simpan duit dalam bank. Lepas tu, perompak akan merompak bank dan larikan duit.
Sekarang perompak buat skim cepat kaya. Orang ramai simpan duit terus pada perompak. Lepas tu, perompak larikan duit. Ha.ha.ha.
Patut laa kes rompakan bank berkurangan, mereka dah tukar cara lebih smart.
Anak Cucu Perlu Diingatkan Supaya Tidak Terjebak Lagi.
Yang sudah tertipu dengan skim cepat kaya, jadikan ia pengajaran. Anda kena sentiasa ingatkan keluarga anda akan tipu daya skim cepat kaya ini.
Sebab skim ini pasti akan muncul lagi dengan seribu satu wajah baru dengan jurus menipu gaya dewa pulak. Tipu helah lama dah kantoi, tentulah taktik baru lebih hebat.
Bersama-samalah kita sentiasa mengingatkan keluarga kita.
Psst: Kalau orang belum terjebak, lebih mudah untuk kita nasihati. Tapi kalau dia dah join, cakap apa pun tak guna dan tak akan didengarnya.
So elok anda share artikel ini pada rakan dan group, sebelum mereka terjebak dengan skim melebur wang ringgit ini.
mrhanafi says
manusia terlalu mudah terttunduk mendapat duit dengan cara senang
Hairul Hissam says
Benar tu bro…. semua nak kaya dgn cepat dan mudah.. akhirnya lebih miskin krn wang hangus ditipu oleh skim cepat kaya…
Ato says
Pernah juga terkena sekali hanya kerana mau jaga hati kawan… pengajaran sehingga kini
Hairul Hissam says
Pengajaran tu yg sgt berharga dlm kehidupan kita…
Uncle Zuan says
orang yang nak senang dan untung cepat pasti senang senang je percaya.. sedih 🙁
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. Lagi2 bila tengok kawan dia dah dapat pulangan, tu yg terperdaya.. Tapi akhirnya segala wang hangus dilesapkan. Mcm mecca fund atau Makkah Islamic hotel.
onlajer says
Oh skim yang ini saya macam tak perasan lah bro…berapa agaknya ya minima modal yang dikenakan untuk menyertai skim ini..
Hairul Hissam says
eh bro nak masuk kee.. dah tutup dah. heee
seingat saya seribu usd satu lot.. saya pun dah tak ingat…
psst: skim nie popular juga bro sampai JAKIM siap bagi fatwa khas utk mecca fund..
fatwanya harammmm.. tapi kalau tanya ngan org mecca fund, diaorg akan kata, org majlis agama pun ada join. org bank negara pun ada join.. Semua tu taktik mereka…..
Raihanah says
takde benda yang boleh dapat dengan mudah sekarang ni, kecuali benda tu penipuan. nak duit memang kena usaha, takde yang betul kalau suruh goyang kaki tapi masuk duit. unless anda tu tailor.
Hairul Hissam says
betul tu sis…kena betul2 usaha, barulah wang masuk…
kalau goyang kaki jee. .bukan duit masuk, tapi sakit yg masuk.
termasuk sakit hati sbb kena tipu dgn skim cepat kaya. heee
raihanah says
itulah, tapi orang kita tak serik2 camni. rugi puluh ribu rm tu.
Hairul Hissam says
Semoga lepas nie, org kita lebih berwaspada…
Nur Razali says
Lumrah sebagai manusia memang sukakan cara mudah sama ada nak cepat kaya cepat nak dapat hasil. Tanpa perlu berusaha kan. Artikel ni dapat beri kesedaran pada kita terutamanya orang melayu. Skim cepat kaya ni cepat runtuh cepat jugak ganti yang baru. Kita sama2 berdoa Allah lindungi kita dari terjebak dengan perkara2 yg merugikan. In Shaa Allah
Hairul Hissam says
Betul tu sis.. yg penting selalu berdoa kpd Allah S.w.t. agar dijauhkan dari penipuan spt ini…Dengarnya mmg byk wang ditipu oleh skim mecca fund global atau makkah islamic hotel nie. Semoga menjadi pengajaran kpd kita dan generasi akan datang….
sabree hussin says
Skim-skim macam ni sebenarnya memang ada “peminatnya” yang tersendiri. Sebelum masuk lagi, diorang dah tau apa risikonya, dan apa yang perlu dibuat untuk segera balik modal dan untung cepat.
Apa pun, siapa yang dah terkena tu, belajarlah dari kesilapan. Bukannya cepat-cepat cari skim baru dan join semata-mata nak jadi yang teratas atau yang terawal.
Lagi teruk, buat skim cepat kaya sendiri. Almaklumlah, sekarang ni tak susah nak buat skim cepat kaya sendiri.
By the way, syok pulak ada testimoni pasal bun tu. Ni yang buat rasa nak join program affiliate ni
Hairul Hissam says
Ada juga yg tanya saya ttg belajar buat website multi level nie. Mmg mudah skrg nie buat sendiri skim cepat kaya. Kat FB yg buat skim cepat kaya secara manual pun banyak. Dah mcm tak terkawal benda nie kan. TApi kalau kita dapat wang yg haram, bala dan hukum karma pasti akan dapat..
Kalau berminat dgn affiliate saya, sangat dialu-alukan.. email jeee. heee
zara says
ish ish tak baiklah gitu..orang nak pegi tunaikan haji sudahnya tertipu..lagi kesian kalau kene dekat mak pak yang dah lama kumpul duit semata2 nak tunaikan rukun islam ke 5
Hairul Hissam says
Mmg kesian dgn mereka yg tertipu terutama pakcik makcik yg kumpul duit utk kehaji.. tapi itulah sasaran utama tauke skim nie. semoga kita lebih berhati2..
Oja Samid says
Ramai mangsa skim cepat kaya di kalangan orang melayu kita, agak sedih di situ. Yang menipu tu pun Melayu Muslim juga.. 🙁
Hairul Hissam says
Mmg sedih… Kan bagus jika wang2 tersebut dilaburkan atau diwakafkan utk pembangunan ekonomi ummah..
cik tom says
cantiknya bentuk bun testimoni bun tu..kalau ciktom pun nak beli…hihi..
ciktom pernah kena tipu jgk sekali dgn skim lbih krg camtu tahun 2011..nasib baik tak pujuk org lain join..smpi skang serik..huhu…
then pastu ada org lain offer lagi join skim camtu dan guna ayat cam hairul bagitau tu..kita jadi org terawal join dan dpt untung cabut..tapi sama fikir aniaya orang lain..jadi xnak..
Hairul Hissam says
Betul tu cik tom.. seperti menganiaya org lain… Org bawah yg hilang duit tu mesti menyumpah2… termakbul sumpahan mereka tu.. bala yg kita dapat…
Wan Syahida says
Saya ada perasan perang fb antara org2 mecca fund ni yg nak menegakkan benang yg basah dengan azizi ali. Selalunya golonan ni akan tetap nak pertahankan yg diorang betul. Selalu akan kata org lain dengki ngan diorang.
Sebenarnya kita nak bagi kesedaran sebelum diorang menyesal pada kemudian hari. Tak dengki pon. Huhuh
Yg selalu terpedaya tentulah pekerja kerajaan. Ada banyak gak lagi skim cam ni di luar sana. Saya tengah tengok berapa tahun lagi ia nak bertahan.
Hairul Hissam says
Biasanya macam tu laa sis. selagi tak terhantuk.. selagi tu laa mereka tak terngadah atau sedar2.
Bersama2 kita sedarkan orang ramai diperingkat awal supaya tak terjebak dgn skim bakar duit niee..
Sani says
Selagi mentaliti orang kita goyang kaki dapat duit dengan cara yg mudah, selagi tulah ada skim skim yang seumpamanya.
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. mentaliti spt nie perlu kita kikis dan hapuskan terutama dalam diri anak2 kita dan generasi masa hadapan..
Zati says
Ada rakan baik saya yang sudah 2-3 tahun menyertai skim ini bersama ibu bapanya. Tahun lepas ada mengajak saya masuk. Tapi sebelum bersetuju saya cuba buat research sendiri dulu. Dan ketika itulah saya terjumpa pelbagai artikel tentang skim ini yang mengatakan ianya semua tipu belaka dan JAKIM juga telah mengeluarkan fatwa haram baginya. Kemudian saya cuba panjangkan info tersebut kepada rakan baik saya. Namun, dia telah menolak mentah2 kesemuanya dan mengatakan itu semua hanyalah fitnah. Tapi yang paling saya sedih, rakan baik ini menyertai skim tersebut untuk membiayai kehidupannya di UK dan untuk masa depan anak kecilnya. Hingga sekarang saya tidak lagi menyentuh tentang perkara tersebut kerana khuatir hubungan baik kami terjejas. Tetapi rasa bimbang untuk dia sekeluarga masih ada. Saya hanya mampu berdoa supaya rakan baik ini akan tersedar dengan bahayanya skim ini.
Hairul Hissam says
Mecca fund atau islamic hotel nie mmg dah runtuh dah… Semoga kawan puan zati mengambil iktibar daripadanya. Kita pun kena sentiasa menasihati kawan yg lain. Sebab kalau belum masuk mmg mudah utk kita nasihatkan.. tapi kalau dah masuk.. mmg susahlah nak nasihat..
Sue says
Husband Sue hampir terjebak dengan Mecca Fund ni.
Sib baik la dia tanya dulu isteri yang bijak ni.
Isteri ini pon beri kata2 keramat dari orang kampung “There’s no such thing easy money”
mihmihhhh..
Hairul Hissam says
Nasib baik isterinya bijak. siap cakap org putih lagi. heee
Noriza Rahman says
Menipu jer diorang ni kan ,sampai nak ke Mekah pun menipu
Hairul Hissam says
Zaman skrg ramai nak kaya dgn cepat tanpa peduli halal haram.. so kita kena extra berhati2
NA says
Memang akan terpengaruh kali kata halal.
Hairul Hissam says
bila tgk ramai kawan yg dapat untung dari skim nie, lagi laa terpengaruh.. tapi tak kan lama untungnya..
abasozora says
saya bingung, tetapi tak apa lah, semoga hari libur ini menyenangkan
Hairul Hissam says
begitu juga abosozora, semoga hari libur menyenangkan juga