Resepi sambal kupang dan kerang ini kiriman pembaca blog iaitu Kak Raja. Memang sedap menikmati sambal kupang dan kerang bersama nasi lemak atau nasi putih. Saya sendiri suka makan nasi lemak sambal kerang. Jom kita belajar membuatnya.
.
Resepi Sambal Kupang N Kerang Special
Bahan-Bahannya:
1 1/2 cawan isi kupang atau isi kerang
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (atau secubit serbuk perasa)
3/4 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Cara Membuat Resepi Sambal Kupang dan Kerang
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar bersama gula dan bawang putih hingga garing dan berminyak 2. Masuk air asam jawa, garam dan belacan.
3. Masukkan kupang ke dalam kuali (boleh digantikan dengan isi kerang)
4. Bila kupang dah lembut dan masak (jadi warna kuning kupang tu), masukkan bawang besar dan terus tutup api.
Nota :
Di KL ni susah cari kupang segar, jadi akak guna yang kering. Rendam dulu semalaman dengan air panas supaya lembut. Namun tak sama dengan rasa jika guna kupang segar macam di JB.
Hairul.Com: Terima kasih Kak Raja kerana sudi mengirimkan resepi sambal kupang dan kerang special ini. Kalau singah JB, bolehlah beli kupang segar di pasar borong pandan atau di pasar smart. 😀
Mus says
kelaparan pula perut tengah malam ni bia tengok gambar..
Hairul Hissam says
Malam2 masak sambal kupng pun best 😀
TehR says
nampak macam pedas je ni, bro
aku tak suka pedas
hehe
Hairul Hissam says
sambal kalau pedas, barulah sedap bro. he.he.he..
puteri kasih says
sambal kerang ni memang favourite puteri 🙂
Hairul Hissam says
Samalah saya… 😀
akubiomed says
Selalunya kupang buat goreng sahaja untuk kami.
Hairul Hissam says
lepas nie boleh lah try masak sambal pula.. 😀
Nan murad says
As,salam sy nk tanye dimana blh dpt kupang kering di area kl ..?
Hairul Hissam says
Maaf, saya tak duduk kl..