Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Bahan-Bahan Resepi Rasam:
3 ulas bawang putih – ( x buang kulit..cuci dan ditumbuk kasar)
1 sudu besar biji jintan putih (cumin seeds) – kisar halus
1 sudu besar biji lada hitam – kisar halus
4 tangkai cili kering – potong dua
1 bawang besar – hiris
2 biji tomato – potong empat
2 tangkai daun kari
Sedikit biji sawi
Sedikit biji halba
2 sudu besar asam jawa – ambil jusnye
1/3 sk serbuk kunyit
Garam
3 gelas air
Daun ketumbar
Garam secukupnye
Minyak masak
Cara-Cara Membuat Resepi Rasam:
1. Panaskan minyak dlm kuali.
2. Tumis biji sawi, biji halba, bawang besar, cili kering dan daun kari.
3. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk tadi. Kacau2 sebentar.
4. Masukkan jintan putih dan lada hitam yang telah dikisar, kacau rata. Masukkan tomato.
5. Tambahkan air, jus asam jawa dan serbuk kunyit.
6. Perisakan dgn garam.
7. Biar mendidih seketika. Pastikan rasanye masam2 pedas gitu.
8. Padamkan api dan tabur daun ketumbar di atas rasam dan tutup kuali.
Sedap di makan dengan nasi putih. Boleh diminum begitu jugak.
Selamat mencuba….
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resepi