Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Popia Udang Kering ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Popia Udang Kering:
= 5 keping kulit popia saiz kecil (potong 4)
= 1 biji telur / bancuhan tepung jagung (utk melekatkan hujung kulit popia)
= sambal rangup udang kering DELIMAS (saya guna yg ready made,bli kat pasaraya) – secukup kegunaan
= minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Resepi Popia Udang Kering :
1) ambil 1 bahagian kulit popia yg tlh dipotong 4,sudukan sedikit sambal rangup udang kering delimas – lipat tepi dan gulung.lekatkan
hujung kulit popia dgn telur/bancuhan tepung jagung.buat smpai hbs.
2) biarkan lebih kurang 6jam atau sehingga kulit popia telah mengeras ( supaya rangup selepas di goreng).
3) goreng sehingga kuning keemasan dlm minyak yang banyak.
4) angkat dan letak atas pinggan beralas paper towel (supaya tidak terlalu berminyak)
5) sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi popia udang kering
Leave a Reply