Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi popia nestum ini kiriman Cik Aina Eira. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Popia Nestum:
1 bungkus kulit popia saiz kecil (50 helai)
1 1/2 cawan Nestum *
1/2 cawan susu tepung *
1/2 cawan gula (boleh tambah ikut suka) *
sedikit bancuhan tepung untuk melekatkan kulit
minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Resepi Popia Nestum:
1. Kisar halus bahan bertanda *. Dan gaul sebati.
2. Potong kulit popia menjadi empat. Kemudian, gulung kulit popia. Lekatkan hujung kulit popia menggunakan bancuhan tepung.
3. Buat banyak-banyak. Kemudian goreng guna api sederhana sehingga garing.
4. Biarkan sejuk dahulu, baru kulit popia itu digaul dengan campuran Nestum, susu tepung dan gula yang dikisar tadi. Siap.
Selamat mencuba! 🙂
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Aina Eira kerana sudi berkongsi Resepi Popia Nestum
Halina says
Nmpk sedap cik Hairul..nnt sy cuba buat tuk family…
Hairul Hissam says
Semoga berjaya buat….