Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi kiriman Puan Julietta. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Bahan-Bahan Resepi Pai Epal :
(Loyang 5”x5”)
6 biji apple hijau kecil
3 biji telur ayam gred A
3/4 cawan gula merah
1 sudu teh esen vanila
1 cawan Tepung Cokodok Arzee
Cara Membuat Resepi Pai Epal :
1. Sediakan loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak atau kertas aluminium yang telah disapu dengan marjerin terlebih dahulu.
2. Buah apple dikupas, dibuang biji dan dibelah empat, kemudian dihiris melintang lebih kurang ¼ inci tebal. Asingkan.
3. Pukul telur bersama gula merah sehingga kembang dan kenyal, kemudian masukkan esen vanilla.
4. Kemudian masukkan Tepung Cokodok Arzee gaul sebati. Adunan ini memang agak pekat.
5. Seterusnya masukkan buah apple yang telah dihiris tadi gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 180’C selama 40minit atau sehingga masak. Adunan tidak melekat pada lidi.
Terima kasih kepada Puan Julietta kerana sudi mengirimkan resepi Pai Epal ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.
Leave a Reply