Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Mee Segera Hailam ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Mee Segera Hailam:
=1 peket mi segera SEDAAP(perisa asli)
=2 ekor udang
=2 biji cendawan shitake- rendam
=1 ulas bawang putih (ketuk)
=1 cawan air – nak lebih boleh tambah
=perencah mi sedaap,kicap manis,minyak dan kriuk2 bawang goreng.(guna semua kecuali cili tp kalau nak boleh guna jg)
*bahan sampingan – ikut suka nak letak apa.ikut selera masing2.
*kalau nak kuah pekat sikit,boleh tambahkan tepung jagung.
Cara-Cara Membuat Resepi Mee Segera Hailam:
1) rebus mi segera – tos – ketepikan.
2) panaskan kuali dgn sedikit minyak,tumis bawang putih hga naik bau.
3) tambahkan air.biar mendidih.
4) masukkan kesemua bahan2 yang lain(kecuali mi segera dan kriuk2 bawang goreng)
5) biarkan seketika.perasakan secukupnya.tutup api.
6) tuang kuah ke dalam mangkuk yang berisi mi segera.
7) hiaskan mengikut kreativiti masing2.taburkan kriuk2 bawang goreng.hidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resepi mee segera hailam