Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi laksa kedah ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya..
Bahan-Bahan Resepi Laksa Kedah
1 paket laksa
Bahan Kuah Resepi Laksa Kedah
6 ekor ikan sardin
10 tangkai cili kering
2 bj bwg besar
2 Asam keping
2 bunga kantan
Daun kesom
Belacan
garam
Bahan Tabur Resepi Laksa Kedah
Timun
Salad
Daun janggus
Nenas
Bawang besar
Cili kecik, merah
3 bj telur
Cara-Cara Membuat Resepi Laksa Kedah
1. Tuang air panas atas laksa dan tos
2. Rebus ikan dan blend
3. Masukkan ikan yg dah blend dlm periuk dan masak
4. Cili kering, bawang di blend dan masukkan dlm periuk tadi
5. Masukkan asam keping dan sedikit belacan
6. Masuk pula daun kesom n bunga kantan
7. Masak sampai mendidih dan kuah jadi agak pekat dan ketepikan
8. Timun, cili api, salad, bawang, daun selom, daun janggus, nenas semua di racik kasar
9. Limau nipis dan telur rebus di potong 4
Hidang
Masukkan laksa dalam mangkok. Letak sayur2, cili, telur, limau
Masa nak makan baru tuang kuah
Jk nak sedap lg, tuang sedikit kicap atau petis (otak udang)
Siap
Anak2 mkn laksa dgn kuah n kicap saja. Sayur hanya hiasan tuk foto
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resepi laksa kedah
SALIZA says
terima kasih admin, resepi ringkas, nampak sedap…
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan semoga menceriakan keluarga nanti..