Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Laksa Johor ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Laksa Johor:
1 paket Spaghetti
Sekeping ikan tenggiri
2 ekor ikan kembung putih
3 sb kerisik
2 sb rempah kari ikan
10 cili kering
2 asam keping
3 sb udang kering
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bj bawang besar
halia, lengkuas
1 batang serai
1 st ketumbar biji
1 c santan pekat
daun kesum
1 sb air asam jawa
1 sb gula
Cara Membuat Resepi Laksa Johor:
1. Dlm air mendidih, masukkan spaghetti, letak sikit butter, bl blh putus ngan jari, angkat, jirus air sejuk, tos n ketepikan
2. Rebus ikan bersama asam keping hingga empuk. Tos ikan dan asingkan isinya. Jgn buang air rebusan
3. Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan. Ketepikan
4. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas.
5. Masukkan cili kering (kisar dulu), rempah kari dan kerisik. Tumis hingga pecah
5.Tambah air rebusan jk nmpk kering
6. Masuk isi ikan, ketumbar dan udang kering .
7. Masuk semua air rebusan n santan dan biar mendidih.
8. Masuk serai, daun kesum, bunga kantan dan air asam jawa.
9. Masuk garam dan gula. Biar kuah mendidih n makin pekat
10. Masa nak hidang, ltk spagetti, lepas tu tuang kuah. Taburkan hirisan sayur (bunga kantan, timun, kacang panjang, bawang besar) n tauge segar (jgn celup air panas), belah limau kasturi.
11. Letak sesudu sambal belacan di tepi pinggan (ini kemestian bg laksa Johor) …. Sambal belacan tersembunyi di balik jari
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak RAja kerana sudi berkongsi resipi laksa johor
Nurimah Nuri says
Terbaik
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. 😀
faizal says
dah lama teringin makan laksa johor
Hairul Hissam says
cubalah resepi nie bro ..