Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kepak Ayam Madu ini kiriman Kak Raja. Kepak ayam madu ini memang banyak dijual di pasar malam. Tentu puas dan sedap jika anda buat sendiri di rumah. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kepak Ayam Madu
10 ketul kepak ayam
6 ulas bawang putih
3 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk memanggang
Cara Membuat Resepi Kepak Ayam Madu
1. Memang mudah resepi kepak ayam madu ini. Anda hanya perlu gaulkan ayam dengan kesemua bahan-bahan resepi kepak ayam sehingga sebati dan perap semalaman dalam peti sejuk.
2. Biarkan atau perap kepak ayam selbih kurang 30 minit.
2. Seterusnya panggang kepak ayam di atas bara api.
3. Renjis-renjiskan minyak dan lebihan perapan pada atas kepak
4. Panggang biar sekata. Anda kena terbalik-terbalikkan kepak ayam.
5. Angkat dan hidang kepak ayam dengan sos cili.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi kepak ayam madu
akubiomed says
Selalu juga beli Kepak Ayam Madu di Pasar Malam.
Hairul Hissam says
Lepas nie bro boleh lah jual pula kepak ayam madu… lumayan tu.. 😀
Ann says
Rasa ya reserpine ini tak lengkap. Macammana ayam boleh warna merah?
Hairul Hissam says
Ayam tu tak berwarna merah laa.. lampu cahaya yg warna merah..
tapi kalau nak merah, letak jee la pewarna merah makanan.. biasa org guna pewarna serbuk… 😀
puteh says
Berapa banyak nak letak pewarna serbuk tu?
Hairul Hissam says
Ikut suka. elok letak sikit2 sehingga warna yg dimahukan 😀
zainudin says
kuah kicap ke? Bukan sos.
Hairul Hissam says
mana2 boleh.. janji sedap. 😀
Ponnoy Samz says
Saya nak beli stall lupat area Sabah berapa ???
Hairul Hissam says
maaf, ini artikel resepi kepak ayam madu dan bukan stall lupat. hee