Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Memang menarik resepi kek pelangi di dalam jar. Sesuai dijadikan barang hantaran kahwin. Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana nak masukkan kek dalam jar botol tersebut. Oh tak perlu masukkan, bakar je terus dengan jar sekali. Jom kita lihat resepinya
.
Resepi Kek Pelangi Dlm Jar botol Utk Barang Hantaran Kahwin
Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar baking powder
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula castor
5 biji putih telur
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar esen vanilla
6 jenis pewarna
Cara Membuat Resepi Kek Pelangi Jar botol utk Barang Hantaran Kahwin
1. Langkah pertama pukul butter dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan telur putih dan esen, pukul lagi sehingga ia ringan.
3. Dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar dan pukul dengan perlahan sehingga ia bercampur sahaja.
4. Seterusnya bahagikan kepada 6 adunan dan setiap adunan dicampurkan dengan pewarna yang berlainan. Gunakan warna pelangi untuk resepi kek pelangi ini. Baru menarik barang hantaran kahwin anda.
5. Untuk kek rainbow dlm balang, masukkan adunan berwarna kedalam jar botol secara bertingkat.
6. Kemudian dibakar dengan meletakkan botol dlm bekas/dulang yang berisi air panas. Bakar dalam 15 minit pada suhu 180 C. Setelah masak dah sejuk, paipkan buttercream diatasnya dan tutupkan dengan penutupnya. Siap.
Hairul.com: Terima kasih Kak Raja diatas kiriman Resepi Kek Pelangi yang menarik ini. Memang sesuai dijadikan barang hantaran kahwin. Selamat mencuba.
Maimunah Binti Mohammad says
Di manakah saya boleh mendapatkan jar/botol yang tahan dibakar kerana saya berminat sangat untuk menjual kek sebegini bagi menambah produk kedai saya. Terima kasih.
Hairul Hissam says
cuba minta tolong kedai yg menjual bahan bakery utk orderkan dari suppliernya… 😀
cik tom says
wah cantiknya…mmg nmpk menarik…
Hairul Hissam says
Buat hiasan meja pun cantik tu… 😀
UmmiKami says
Rimba sepetang mentari kelam,
Kelam purnama mega terapung;
Hamba datang memberi salam,
Salam lama berhawa kampung.
Tepi tasik kerisi diperam,
Selera lokan di mana letaknya;
Resepi unik isi di dalam,
Cara makan bagaimana agaknya. 😀
Hairul Hissam says
Wsalam.. tentu seronok balik kampung berjumpa sanak saudara…
NIe kek utk hiasan je kak umi. heee.. tak lah.. kena guna sudu utk makan kak umi.. 😀
UmmiKami says
Kalau tangan dihulur ke dalam..macamanalah agaknya.. 😀
UmmiKami says
Kak Ummi memang suka baca blog Hairul…sejuk dan sentiasa terasa lapo… 😀
Hairul Hissam says
Kalau kak umi buka blog nie ngan husband,. tentu dia suruh masak itu dan ini mcm dlm blog .. heee
UmmiKami says
Mesti…. terutama bila tengok video si bunga cili..dengan suara cikgunya sekali. 😀
Hairul Hissam says
kalau tangan saya, tak muat kot.. 😀
akubiomed says
Menarik kek pelangi diletakkan didalam jar dan dijadikan sebagai barangan hantaran.
Hairul Hissam says
Selain tu, boleh juga diletakkan di dalam bekas kaca yg lain seperti cawan kaca dan lain2..