Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Cucur Badak ini kiriman Cik Azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Cucur Badak:
Bahan Doh
500 gm ubi keledek merah
1 – 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sgt boleh tambah tepung gandum)
1/4 cawan tepung ubi kayu
bahan2 untuk inti
1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili kering
sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
garam secukupnya
Cara membuatnya Resepi Cucur Badak:
1. Cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
2. Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
3. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
4. Bila dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
5. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kuih yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
6. Lepas siap, goreng kuih dengan api sederhana. selalu balik2 kan kuih agar kuih masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
Nota: Jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, .memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kuih. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung sikit. masa nak bentuk kan bulat2 tu…boleh sapu minyak kat tgn utk elakkan doh tu melekat2 kat tapak tangan. Insyaallah nanti senang la nak bentukkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi cucur badak
Leave a Reply