Program Kongsi Resepi Kuih Raya Dan Juadah Berbuka Puasa Tajaan Blog Hairul.Com
Resepi Bubur Kacang Hijau ini kiriman Puan Rikis. Bubur kacang hijau boleh dinikmati pada bila-bila masa. Jika dimasukkan ke dalam peti beku, ia boleh menjadi aiskrim yang sungguh sedap. Jom kita cuba resepinya seperti dibawah.
Resepi Bubur Kacang Hijau
Bahan-Bahan Resepi Bubur Kacang Hijau:
1/2 cawan kacang hijau
4 sudu makan black pearl
2 sudu makan sagu
gula melaka/gula biasa secukupnya
air secukupnya untuk merebus/memasak bubur
1/2 cawan santan
1 helai daun pandan
Cara Membuat Resepi Bubur Kacang Hijau:
1) didihkan air secukupnya.masukkan kacang hijau.masak sehingga kacang hijau separuh empuk.
2) masukkan daun pandan dan sagu.teruskan masak untuk beberapa minit lagi.
3) kemudian tambahkan black pearl dan gula.masak sehingga semua bahan sudah empuk/lembut.
4) cuba rasa.kalau gula dah sesuai dengan kemanisannya bolehlah masukkan santan.
5) masak sekejap lagi dan bolehlah matikan api.
Terima kasih kepada Puan Rikis kerana sudi mengirimkan resepi bubur kacang hijau ini. Jom kita klik like tanda terima kasih kepada pengirimnya.