Masa kerja hotel dulu selalu juga buat bread butter pudding ni. Cara buatnya senang dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Sesuai untuk minum petang atau sarapan.
Sebelum saya bagi resepinya, jom tongok dulu testimonial kek butter super moist dan gebu ini.
Masa mula2 cipta kek butter ni, seratus kali fikir samaada nak ajar resepi nya atau nak buat bisnes kek butter sendiri. Sebab saya sendiri terperanjat bila kek butter ciptaan sendiri nie lebih moist dan gebu dari kedai dan masa kerja hotel.
Nasib baiklah Allah s.w.t. tetapkan hati untuk ajar juga. Tak pe la. Dapat juga membantu ramai orang berniaga kek buter super gebu dan moist ini. Anda juga boleh belajar di www.bisneskek.com <<< Klik linknya.
Resepi Bread Butter Pudding
Bahan-bahan Resepi Bread Butter Pudding
800ml Susu Segar
10 biji Telur
220gm Gula pasir
1 sudu besar Perisa Vanilla – Optional.
1-2 Buku Roti
1 buku Butter
Kismis atau kurma
Jangan guna roti yang terlalu lembut ya. Nanti bread butter puddingnya jadi terlalu lembut.
Cara Membuat Resepi Bread Butter Pudding
Langkah 1: Campurkan 800gm susu segar, 10 biji telur, 220gm gula pasir dan 1 sudu perisa vanilla ke dalam bekas.
Pukul sehingga sebati dan gulanya hancur. Anda boleh celup dengan tangan untuk check samada gulanya telah hancur. Kemudian ketepikan adunan tersebut dulu..
Langkah 2: Ambil satu loyang bersaiz 8inci X 12inci dan sapukan dengan butter pada bawah loyang tersebut. Kemudian susun roti di dalamnya dan sapukan butter pada atas roti.
Setelah siap, taburkan kismis atau kurma di atasnya. Anda juga boleh tabur coklat chip, badam/walnut bakar, corn flake atau serial.
Langkah 3: Sekarang kita buat lapisan yang kedua. . Letakkan satu lagi lapisan roti di atasnya dan sapukan dengan butter pada atas roti.
Setelah siap, taburkan kismis atau kurma di atasnya. Anda juga boleh tabur coklat chip, badam/walnut bakar, corn flake atau serial.
Langkah 4: Sekarang kita buat lapisan yang ketiga. Untuk membuat lapisan terakhir ini, anda potong roti kepada dua telebih dahulu. Seterusnya sapukan butter pada atas roti dan susun roti seperti gambar di atas. Setelah siap, taburkan kismis atau kurma di atasnya..
Langkah 5: Curah adunan yang kita buat pada langkah 1 tadi ke dalam loyang yang berisi roti yang disusun.
Langkah 6: Bakar di dalam oven pada suhu 150 darjah lebih kurang 45-60 minit bergantung pada oven anda. Untuk pastikan masak, cucuk tengah roti dengan lidi. Jika lidi tidak basah, bolehlah angkat.
Semasa bakar, saya letakkan loyang bread butter pudding di atas tray yang berisi air paip. Ini untuk menjadikan bread butter pudding lebih moist..
Langkah 7: Inilah hasil resepi bread butter pudding yang lembut didalam, rangup diatas. Hidangan dessert ini boleh dinikmati bersama sauce breaad pudding. Dan boleh dimakan panas-panas atau sejuk-sejuk dari dalam peti sejuk.
Resepi Sauce Bread Pudding
Bahannya:
200gm susu segar
35gm gula pasir
15gm Tepung Custard dibancuh dgn 30gm air paip.
25gm Butter
1 sudu teh perisa vanilla – Optional.
Langkahnya:
1. Masak 200gm susu segar dengan 35gm gula di dalam periuk hingga mendidih
2. Selepas mendidih, matikan api. Masukkan 25gm butter dan 15gm tepung custard yg dibancuh dgn 30gm air. Kacau hingga pekat. Kacau dgn whisk jika nak halus.
Nota: Nak lagi sedap, tambah 1 biji kuning telur. Masuk selepas matikan api.
Anda boleh tambah atau kurangkan sukatan gula ikut citarasa anda. Yelah, ada orang suka manis-manis dan ada yang sebaliknya.
Selamat mencuba. Kalau suka kliklah button share untuk kawan-kawan anda baca resepi di blog ini juga 😀
adele says
wah..ini sangat sedap dan harus dicuba reseipi ni..biasa roti butter ni ada kat hotel kan? tp kadang2 ia jadi tak sedap bila ada rasa pahit kt roti tu..agknya gula hangus terlebih kot? huhu
Hairul Hissam says
Benar tu cik adele.. dessert ini antara hidangan di hotel.. resepi di atas tak guna gula hangus.. insyaAllah mudah disediakan… 😀
MEKAR says
Salam Hairul.
Kalau pegi hotel, sya mesti akan ambil bread puding yg disediakan. Pernah sekali tu krn terlalu sedap, sya minta mereka tapau kan utk saya (xsemua hotel boleh buat cmni).
Skrg sya dah dapat resepi dan teknik mbuatnya yg amat mudah terutama nk buat vanila sos tu. Sungguh myelerakan. Terima kasih hairul atas panduannya. Semoga sukses.
Hairul Hissam says
Wah.. siap minta tapaw lagi ya cik mekar..masa saya kat hotel dulu..
ada juga curi2 tapau guna tisu je bawak ke bilik hotel..
selamat mencuba cik mekar…
MEKAR says
Eh..baru perasan. Banyak juga ya guna telur utk resepi ni.
Hairul Hissam says
Yap.. benar tu, banyak guna telur.. tentu lebih berkhasiat 😀
Mekar says
Kalau kita kukus atas dapur pun boleh juga kan?
Hairul Hissam says
Boleh, tiada masalah cik mekar. selamat mencuba 😀
Safwan Seth says
perghh meleleh la saya tengok,
Hairul Hissam says
cublah en. safwan.. insyaAllah mudah dan sedap… 😀
Naza says
Thank you Hairul Kerana memberi resepi bread butter pudding nampak macam sedap je.saya akan mencubanya…Nanti bolehlah buka kedai bakrey pula.(semoga maju jaya ya).
Hairul Hissam says
Tima kasih cik Naza. Semoga berjaya membuatnya ya.. 😀
chii says
wahh..nampak mcm menyelerakan je..tp kalo nak tuka kismis ..buh buah strawberi atau lain2 pun boleh juga kan..chii terpikir cam nak buh buah aprikot dlm tin dengan strawberi…yummyyy..ehehe
Hairul Hissam says
Saya terfikir jugak letak pisang, mangga dan buah-buahan lain.. tentu lebih sedap kan.. yelah.. kalo ada manis, masam tentu lebih menyelerakan. selamat mencuba cik chii…. 😀
chii says
hurm..tah bila la berkesempatan nak wat menda ni semua..umah tade oven lg..=( nampak gaya kena tumpang umah makcik kejap ke…ehehe..serius nampak sgt menyelerakan
Hairul Hissam says
Sebenarnya cik chii, apa sahaja yg dibakar boleh dikukus.. cuma hasilnya akan berbeza sikit la…. kalo kukus bread pudding nie , tak dapat ranggup pada bahagian atas je la…
ieza_beledza says
kalau kukus macam mana ye?
iva saionji says
kalau kukus hasilnya lebih moist…dan takde bahagian hangus atau tiada kerangupan.. 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu, kalo kukus tiada keranggupan pada atas bread butter pudding 😀
nida says
sedapnya.. ada banyak butter kat dalam roti
Hairul Hissam says
Tiada masalah cik nida..
boleh sapu seberapa byk butter yg cik nida suka…
selamat mencuba 😀
erica says
tq abg hairul balik rumah nanti confirm try make your resepi….once ok i tell u ok…..much2 like it
Hairul Hissam says
Nanti dah cuba.. bagitawlah hasilnya ya cik Erica… 😀
zaty says
wah mcm sedap je…nanti saya cuba…
Hairul Hissam says
selamat mencuba cik zaty 😀
Mohd. Noor says
…saya sangat sangat lah menghargai pada en.mohd. hairul kerana sudi berkongsi kan
pengalaman dan kini saya berminat untuk menyimpan nya di pendrive, setiap resepi
resepi dan petua petua yang di hantar kan.
Sekali lagi saya berterima kaseh banyak banyak dan terus setia membaca di
blog hairul.com
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali.. semoga hidangan ini menceriakan keluarga en. Md Noor
Rasanya tak perlulah simpan di pendrive. kerana boleh masuk ke laman web nie bila-bila masa je…. 😀
tapi mmg kena buat note juga untuk mencuba di dapur… selamat mencuba ya..
titan says
hoho..memang kacak la..orang lelaki yang pandai memasak..memang kacak. hoho.. 🙂
Hairul Hissam says
Kalo boleh memasak.. boleh juga membantu isteri di dapur kan en. titan… 😀
arissa sofia says
terima kasih diatas perkongsian ilmu… nampak sedap, kena cuba ni…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik arissa… 😀
Nozie says
nampak sedap jer… kena cuba ni…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik Nozie… 😀
Kak Mala says
Nampak mcm sedap.Dah pasti sedap.Bahannya pun mudah didapati.Insyallah ada masa nanti Kak Mala cuba.Terima kasih Hisyam.
Hairul Hissam says
Memang mudah membuatnya kerana bahan2 mudah dibeli.. selamat mencuba kak mala… 😀
Kak Noor says
Seronok kalau pernah bekerja di hotel atau mana-mana restoran yang menjual makanan. Sambil kita bekerja, kita dapat pengalaman. Teruja nak cuba buat sebab ada langkah-langkah yang diberi. Terima kasih.
Hairul Hissam says
Mmg seronok bekerja dibidang masakan nie.. selamat mencuba Kak Noor… 😀
aini says
nak tanya.. roti tu kalau guna 1 pek yang panjang (besar) terus boleh ke? macam contoh dalam gambar tu.
Hairul Hissam says
Bergantung pada size loyang gak cik aini..
mcm loyang saya tu, saya guna 1 + 1/4 roti pek panjang. 😀
Isu Panas says
fuh sedapnyer…
Hairul Hissam says
Cubalah bro.. panas2 😀
suri says
HA LAPAR ..
tapi rumah tak der plk pemutar bancuhan ni.klu pakai senduk kahs takut tak sebati penuh plk huuuu
resepi klu ada minat mmg menjadi heee
Hairul Hissam says
Kalo pakai senduk kena kacau lama-lama la sampai sebati dan gula hancur…
p/s: kalo nak gula cepat hancur belilah caster sugar yg lebih halus….. 😀
rohaya says
salam ukhwah khairul,t/kaseh lah khairul banyak membantu menambah ilmu2 yg bermenfaat,nampak sedap nya dan mudah di buat,nanti akak nk cuba ….
Hairul Hissam says
Wsalam cik rohaya, semoga resepi ini menceriakan lagi keluarga cik rohaya.. 😀
syimma says
terimakasih berkOngsi resipi .. ^_^
Hairul Hissam says
terima kasih kembali.. 😀
shyarihan says
sedap2..like
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik shyarihan 😀
Mejuez says
Aduh sedap nya… nak tanya… bro chef ke??
saya baru abis belaja dari jurusan culinary ni.. masih menganggur… hoho
Hairul Hissam says
Kalo nak jadik chef nie.. kena kerja hotel bertahun2 walaupun ada sijil atau diploma…
saya bekerja di kitchen hotel tak sampai setahun… so saya bukan chef… 😀 ….
cuma bernasib baik dapat belajar byk di kitchen sebab kekurangan pekerja…
sebenarnya kalo kita duduk di pastry kitchen atau cold kitchen, kita akan buat semua benda…..
tapi kalo di malay kitchen, jgn haraplah dpt pegang senduk kalo baru kerja… 😀
Juan says
baca tajuk pon aku dah tau sedap, hehe
Hairul Hissam says
Lps tu… kena buat En. Juan.. baru taw sedap ke tak.. 😀
Misz S says
my feveret…aritu ade jgak crik resepi ni, tpi mcm sush je or lebih kpd mlas..hehe..tpi sye ske resepi yg dlam blog ni sbb encik hairul tnjuk step by step..x sbar nk buat..hihi
Hairul Hissam says
Selamat mencuba Misz. S.. semoga menceriakan lagi keluarga cik 😀
fiezaradzi says
siap dgn gambar lagi kan.. so mmg lebih mudah rasanya…
Hairul Hissam says
semoga ramai lah yg boleh buat sendiri…
aini says
salam. encik hairul,saya dah cuba.mula2 buat mcm cara encik hairul tu. letak air paip kat dulang oven. tapi bila dah cukup 45 minit, mcm tak masak. lembik je. sy buang air tu,naikkan suhu, bakar lg 30 minit. baru lah kering sikit. tp susah la nak potong. mungkin sebab loyang sy kecik.
saya pakai loyang bulat 20cm. sebab oven pon kecik je.
cane nak kurangkan bahan2 ikut saiz loyang ye?
tak pandai la nak agak..
Hairul Hissam says
Jangka masa masak nie bergantung pada oven juga dan ketebalan bread butter pudding
kalo oven kurang baik kena masak lama sikit, kalo guna loyang kecil tentu lebih tebal kan…
Bread pudding mmg lembut dan lembik sedikit tetapi tidak berair.
sebab tu dipanggil bread butter pudding bukannya bread butter cake..
kalo nak ia keras sedikit kena biarkan atau sejukkan terlebih dahulu.. 😀
kalo guna loyang kecil, tak perlulah tuang semua adunan…
so lebihannya buat second round dgn satu lapisan roti sahaja..
dah masak nanti, lipatlah dua.. 😀
aini says
mula2 tu macam tak masak sangat sebab berair..
bila bakar balik kali kedua, baru jadi..
atas rangup.. isinya lembut.
alhamdulillah, sedap.
nak cuba lagi lain kali insyaALLAh..
terima kasih kongsi resepi..
Hairul Hissam says
Lepas nie cubalah cik aini letak hirisan mangga pada lapisan-lapisannya. tentu lebih sedap mempelbagaikan hidangannya. Terima kasih cik aini kerana sudi berkongsi pengalaman membuat bread butter pudding 😀
Hairul Hissam says
lupa nak bagitaw.. kalo suhu oven tinggi, nanti bahagian atas dah garing tapi dalam belum masak 😀
Nazmi Datu Awang says
hm…..ni mesti nak cuba buat ni, mesit lazat tentu anak -anak suka.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba en. Nazmi :D. Benar tu anak2 mmg suka.
Hazmin Hamudin says
fuh… nampak sedap dan menarik ni… yang penting senang untuk dibuat oleh golongan lelaki…hehe
Hairul Hissam says
Mmg mudah en hazmin.. cubalah.. 😀
Dulu Lain Sekarang Lain says
Wah, boleh tahan.. boleh masuk MasterChef Malaysia nie…
Nampak mcm simple, cuma kawe bab pakai oven nie mmg bengap ckit. Tapi bahan2 yg digunakan tu sentiasa ada di rumah.. cuma tunggu seru jer 😀
Btw, itu butter bagus pakai salted ke unsalted?
Hairul Hissam says
elok gunakan sahaja butter yg mudah dibeli. saya guna salted je bro….
p/s: segan la bro kalo masuk master chef… sebab byk lagi org lain yg power… 😀
fiezaradzi says
kalu msuk masterchef, mesti kita tgk hairul kan.. support.. support..
Hairul Hissam says
tq cik fiezradzi…. 😀
suri says
pagi2 perut lapar huhu.
Hairul Hissam says
saya pagi2 tidur 😀
aina says
woww.. mengancam abes nie…
mesti try wat nie..hehe
Hairul Hissam says
dah buat nanti.. jgn lupa hantar report ya…he.he.he
fadzila khan says
marvellous!!! txs hairul. I really like ur recipes. pls don’t stop sending me more recipes.. TQ so much. Pls don’t get me wrong bila I don’t respond immediately…
Hairul Hissam says
Tq kembali 😀 .. Don’t worry.. all my email send via auto responder service.. no need to reply ya 😀
cik tom says
nampak sedap n mudah..good2…
Hairul Hissam says
Cubalah cik tom 😀
~Zara Nadira~ says
Thanks En. Hairul kerana sudi berkongsi resepi yg best ni…mmang kna try bwt sendiri la lps nie..siap ada step by step dia lagi…memang mudah la..tambah pula bahan dia simple2 je…and wish you always success !
Hairul Hissam says
InsyaAllah mudah disediakan en Zara dan terima kasih atas wish tu ya amin 😀
nizamghazi says
Salam Hairul (:
Lama tak singgah sini kan.
Nampaknya resepi hairul begitu menyelerakan. (sy terliur melihatnya) (:
Okay, sy akan suruh my sister cuba resipi ni. Kalau menjadi n sedap
sy akan inform di sini semula.
Nak makan kat hotel mahal, suruh je lah my sister buat. lagi senang.
Psst. Sy baru thu cara nak buat Vanilla Sauce. Tengs Hairul
Hairul Hissam says
Wah.. ada tukang masak peribadi ya… 😀 …
Sebenarnya mudah dan murah kos membuatnya…
Tentu keluarga en. Nizam sukakannya.. selamat mencuba 😀
Nurseda Julaksa says
Nampak je dah tau memang sedap…tq sdr hairul atas perkongsian resepi yang enak ini…
Hairul Hissam says
tima kasih kembali cik Nurseda.. selamat mencuba ya 😀
hanizah says
alhamdulillah, sy dh cuba & sgt sedap!! tq en hairul..sy dh pernah cuba buat puding yg sama mengikut resepi & cara yg berbeza..ternyata resepi ni mmg terbaik!!.lps ni, cnfirm nak buat lagi..:))
Hairul Hissam says
Tahniah cik hanizah kerna berjaya membuat bread butter pudding..
Mungkin resepi saya ini lebih sedap kerana lebih banyak menggunakan telur pada bread butter pudding…
begitu juga dgn vanilla sauce.. jika nak lebih sedap, tambah byk lagi kuning telur…. tq ya 😀
lavendar says
sedap nye..
nk tnya kalo kukus bleh x?nk kena bape lame kna kukus..tq 🙂
Hairul Hissam says
Kukus pun boleh.. tiada masalah cik lavendar. tapi kukus nie lama sikit…
saya pun kurang pasti berapa lamanya, so kena selalu check dengan cucuk pakai lidi..
kalo lidi tak basah atau melekat, dah masak lah tu.. selamat mencuba. 😀
ros says
saya dah cuba tapi tak sempat nak tunggu masak. tinggal cam tu je kat oven tadi nak gi kerja nanti lambat punchcad. ape rasa agaknye tak sabar. harap2 menjadi.
Hairul Hissam says
Rajin cik ros, pagi-pagi buatnya. Nanti balik kerja bolehlah sambung memasaknya. 😀 ….
fiezaradzi says
menarik resepi ni.. leh try la.. tima kasih.. nak cuba nnti.. tapi lau kurangkan bilangan telur, tak pe ke? rasa ada efek tak nnti?
Hairul Hissam says
Boleh.. tapi kalo kurangkan telur cik fiezaradzi, kuranglah rasa keenakkannya. selamat mencuba 😀
wandisini says
salam.
dah bookmark page ni untuk rujukan isteri aku.hehe…
Hairul Hissam says
Wsalam. bagus tu en. wan.. Bini try masak.. suami try rasa.. he.he.he
Fhanim says
Macam puding roti yg biasa saya buat, tp ia lebih beraroma..thanxs hairul.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik Fhanim 😀
ella says
Salam..kali pertama saya termasuk ke web ni..alahmadulillah nampak sedap dan membuatkan saya teruja untuk mencubanya. Ingin saya ucapkan tahniah kepada HH kerana amat bermurah hati untuk memberikan resepi2 kepada kami. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya…
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi menjejakan mouse ke blog saya. Semoga memberi manfaat bersama.. 😀
wawa says
sy dh buat td..sedapp! terima kasih share resepi.. ^_^
Hairul Hissam says
Tq kembali…. bolehlah buat selalu nanti 😀
iman says
salam..tq coz sudi share resepi..wah mesti sedap ni x sbr nk try..nyum3..
Hairul Hissam says
InsyaAllah Selamat Mencuba… 😀
Aliana says
Assalammualaikum. Cuma nak tanya kalau kita tak ada oven, macam mana kita nak buat resipi ini?
Hairul Hissam says
Boleh juga kukus tapi lama sikit la cik Aliana. Selamat mencuba :D..
Aliana says
Tq
Hairul Hissam says
tq kembali 😀
erica says
thanks i try to make already its so easy…n delicious…thanks abg hairul…
gee nana says
Salam buat En Hairul dan semua peminat blog ni
Resepi nih mmg sedap tp setakat ni reti makan jer
lepas ni pasti nk cuba jugak sbb nampak mudah dan bhn pun sentiasa ada kat dapur kita.
TK en hairul kalau ada resipi yg lain tu share lah yerkk.
Wassalam
Hairul Hissam says
InsyaAllah cik nana, akan kongsi lagi nanti.. selamat mencuba ya 😀
iva saionji says
wahhh pepagi dah hadap resepi baikkk punya…nyumnyum….mohon share ek…tambah koleksi..hehehehe butdaway belum buat dah nampak selera..nomnomnom
Hairul Hissam says
Dialu-alukan share menggunakan url link atau button share yg disediakan dibawah artikel sahaja ..tqvm.. 😀
saputri says
salam… sedaaap sgt… TQ
Hairul Hissam says
tq cik saputri
p/s: check email ya..
mai says
Boleh saya tau nak bakar tu guna api atas je kan?by the way..thanks for the recipe…teruja nak buat..=)
Hairul Hissam says
Boleh guna atas dan bawah Cik mai. Cuma jangka masa masak tu agak lama juga bergantung pada oven kita. 😀
Nur Syahidah Selamat says
wah cam sedap jerk resipi ni
nk suroh ibu wat lh nnti…
Hairul Hissam says
Buatlah sama2 ngan ibu cik syahidah… tentu meriah kan.. 😀
ieeda says
Thanks..Barulah boleh dapat gambaran sebenar macamana nak buat..cara membuat berserta gambar sekali..memang mudah faham. anak2 saya memang suka puding roti. Selama ni order aje. Lepas ni boleh la try kat rumah. thanks skali lagi..Ada resepi istimewa yang mudah dan membuka selera lagi x?..
Hairul Hissam says
InsyaAllah mudah dan senang dibuat. Cubalah cik Ieeda. Boleh makan sepuas2nya 😀
Jie Halim says
Sedappp…. Esok leh try. kalau butter tu guna planta Pelangi je bleh ke? Then kismis guna buah campuran??
Hairul Hissam says
Saya tak pernah juga pula guna marjerin.
Tak salah utk cuba cuma hasilnya tentulah berbeza nanti 😀
sofea says
as salam sdra Hairul
Tkasih sudi sharing bersama bread butter pudding ni..ni yg mmbuatkan saya berkobar2 kena beli jugakla oven..tgk cara hairul buat macam senang jew..hehe tk sabar nk buat kena tggu la oven smpai dulu..ok hairul smga success..
Hairul Hissam says
Mmg bagus beli oven cik sofea, banyak kegunaanya.. 😀
ani says
salam en hairul..
tq for sharing recipe yg menarik ni..tp confius sikit la.. 1 sudu perisa vanilla tu sudu kecil ya?
then kat recipe vanilla sauce tu pun gula, custard powder tu sudu kecil atau besar?
Hairul Hissam says
wsalam cik ani… oh semua guna sudu besar.. saya dah edit betulkan..tqvm kerna bagitaw….. 😀
Akma says
Salam.Nak tanya masa nak buat vanilla sauce tu…masa bila nak tambah kuning telur dan butter tu…masa dah habis masak hingga pekat atau pun masa panaskan bahan?
Hairul Hissam says
Wsalam.. kuning telur boleh dimasukkan sebelum masukkan custard powder dengan api kecil…kuning telur pun akan memekatkan vanilla sauce… dan butter diletakkan di akhir sekali… selamat mencuba.. 😀
Hasnah says
Salam…
Suami saya mmg favorit pudding ni. Melihat resipi Hairul yang mudah dan ringkas, saya telah pun mencuba membuatnya hari ini dan hasilnya amat memuaskan. Terimakasih.
Hairul Hissam says
wsalam.. tahniah puan kerana berjaya membuat puding nie… semoga ia menceriakan keluarga cik Hasnah… 😀
Izuwati says
salam,
mmg nmpk sedap n simple…sy mesti try msk sbb ank2 sy n suami mmg suka mkn roti…ni idea terbaik utk sesuatu yg br bt penambah selera..tq hairul…
Hairul Hissam says
Wsalam, kalo ada roti2, bun atau donut yg tak abis dimakan.. mmg sesuai dibuat bread butter pudding. selamat mencuba Puan Izuwati..
Izuwati says
salam…
nk tanye skt…whppng cream,butter ke pape la bhn utk bt kek jenama ANCHOR….halalan toyyiba ke??
Hairul Hissam says
Ada cop Jakim…. Halal la ….. mereka ada teknologi utk check kehalalan makanan……. Kita bergantung pada mereka je la…..:D
erin says
sedapnya.. nyum2.. nak tryla. tapi nak tanya la kalo api oven tu guna api atas bawah nak guna atas ke bawah atau kedua2nya sekali?
Hairul Hissam says
Saya gunakan api atas bawah cik erin… selamat mencuba 😀
erin says
ok terima kasih.
erin says
salam, terima kasih resepi. da buat da.. alhamdulilla jadi.. 🙂
cuma nak tanya la. rasa kat atas puding atas ni mmg macam biskut lemau mcm tu ke. dan bagaimana nak lembutkan lg rase puding nya. dan utk sos vanila tu kuning telur di masukkan time bila ya? dan butter pulak time bila. TQ
Hairul Hissam says
tahniah kerana berjaya… kalo tak nak atasnya keras, boleh kukus :D..
Kalo nak masuk kuning telur, masukkan bersama susu segar dan gula sebelum dipanaskan… semoga membantu… 😀
Nor says
em..resepi ni memang sedap dan mudah untuk disediakan..tq Hairul..1st time buat dah jadi..ikut step by step..dan hasilnyer memuaskan..
Hairul Hissam says
Tahniah kak nor kerana berjaya membuat resepi bread butter pudding nie. mmg mudah sebenarnya membuatnya… 😀
misslyn hudson says
saya xde oven biasa tapi ada microwave oven panasonic (normally org suka panaskan lauk je )… klau sya nk buat puding roti ni, bukan aje puding malah kek..bolehke saya gunakan microwave tu dan suhu yg macam mana perlu saya gunakan…? pohon bantuan jika en. hairul boleh membantu.
Hairul Hissam says
Saya tak pernah pula guna microwave.. so tak pasti cara guna dan hasilnya macam mana… tapi elok kukus je…tqvm ya..
ibnu muhamady says
Semua sedap yang dari mr. Hairul…. Udah coba mie Goreng mamak, sedaap pula tu… Thanks selalu mr. Hairul…..
Hairul Hissam says
Tima kasih kerna sudi mencuba resepi di blog ini…. bertambah gemuk nanti Ibnu Muhamady. tqvm 😀
Thakib bt jamaludin says
Salam..chef hairul!!
Saya dan anak saya br sudah buat resepi nii..memang ssseeeeeeeddaaaaappp!! (:
Terima kasih byk2 ya chef!hopefully more sukses afta this..
Suggestion anak saya if letak vanilla ice cream okay juga kan ?
yus says
200g gula = berapa cawan.? Susah la sukat pki g ni
Hairul Hissam says
Senang je nak sukat 200gm.. beli penimbang dan sukat… elok dapatkan penimbang kerana byk kegunaan dan lebih tepat.. kalo cawan nie.. ada yg guna cawan besar.. ada yg kecil.. nanti kurang manis, mesti komplen..he.he.he.. tqvm ya 😀
farah says
salam…saya dah try 2 kali..cubaan ke 2 buat utk majlis berendoi anak sulung saya..
semua org cakap sedap..
Hairul Hissam says
Wsalam Puan Farah.. Tentu meriah majlis anak sulung puan kan.. Tima kasih di atas maklum balas nie ya.. 😀
siti says
Waaa resepi baru.. Mesti nk cuba ni.. Trima kasih kerana brkongsi resepi..
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali.. semoga bermanfaat ya.. 😀
syira says
salam,
mesti beli produk dulu ke baru boleh iklan dekat blog sendiri? nampak menarik je banner makanan3 yang ada tu 😉
Hairul Hissam says
wsalam.. email saya cik syira untuk detail ke kincin85@hotmail.com
Mmg sedap dan menyelerakan 😀
angah says
thanks sy dh cube resepi ni sedap sgt!!family pun ckp good..huhu…so sy dh dpt dessert sbg hidangan buat family bakal mertua tuk raye ni….yeah!!
Hairul Hissam says
Mesti mak mertua sukakannya.. 😀
nurul says
yess…da bleh bt dessert utk raye ni..sy slalu bt kek coklat jer utk dessert ari rye..now, dh ade resepi pudding roti en.hairul..hurmm mst ank2 sdre suka mkn puding roti nie..nk2 lg tmbh buah2an lam tin tu..lg cpat la dorg habiskan..huhuhu
Hairul Hissam says
ada pudding, tentu lebih meriah kan.. 😀
nurul says
btol3…mst lg meriah..huhu tak sabar nyer nk tgk suasana tu..huhu pape pon thanks en.hairul..blog ni slalu jd kunjungan sy…:)
Hairul Hissam says
terharu saya lagi. ha.ha.ha.. tima kasih cik nurul.. dan sleamat hari raya.. 😀
nurul says
huhuhu..sama2..selamat hari raya jugak en.hairul..:D
ierasya syahirah says
assalam.terima kasih ya, mohon share di fb.heee. Resepi inilh y sy cari2 selama ini, love this recipe veru much!!!
Hairul Hissam says
Wsalam.. sangat di alu-alukan share di fb Cik Ierasya. Semoga resepi ini menceriakan keluarga cik ya… 😀
nurmisnan says
baru nak terasa buat bread butter puding. dapat resipi ni
sure nak cuba.. look sodap n superb.. thanks brother
Hairul Hissam says
saya pun nak buat ahad nie utk diberikan pada jiran disini…
last week bagi jiran puding kek.. diaorg siap mintak resepi… 😀
nurmisnan says
wahhh… boleh kongsikan nanti resipinya..
Hairul Hissam says
Maaf bebanyak cik nurmisnan.. mmg tak dapat nak kongsi sebab resepinya ada dalam pakej taufufah yg saya jual… 😀
MrsBariah says
Salam,hello there..thanx for sharing d simplest way to make bread n butter pudding..this is my 1st time buat,exactly 100% follow ur recipe..thanx so muc!
Hairul Hissam says
Wsalam. its easy to make butter pudding and its delicious. Sure your family will like it 😀
katmina says
Bestnye resipi nie……thks Hairul for sharing…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik katmina.. 😀
Jie Halim says
Apa size loyang yg digunakan?
Hairul Hissam says
saya pun dah tak ingat.. loyang tu kat rumah mak saya di JB…
eunice says
very nice
Hairul Hissam says
thanks 😀
eunice says
hi khai…u r a chef is it? ok im very motivated dengan ur blog, im planning nak jual sandwich sardine kat foodcourt….kind of a indian style sambal dan baru nak mula…can u help me dengan macamana nak buat coast calculating, pls share kalau ada idea…
thanks,
appreciate….
Hairul Hissam says
Hi eunice.. dalam pakej dvd saya semua ada ditunjukkan cara pengiraan kos guna excell dan secara manual. Ia boleh dipraktik kan dalam apa jua bisnes.. 😀
miez says
hai.. nk tanya, telur tuh guna size apa erkk? 🙂 tq..
Hairul Hissam says
Boleh guna size A
iskandar says
air dlm loyang tu bila masa nk letak?masa mula panaskn oven atau masa nk stat bakar puding tu?terima kasih
Hairul Hissam says
Biasanya masuk masa nak bakar puding… tapi kalau nak masukkan awal sbb guna oven biasa…. pun boleh.. 😀
iskandar says
salam…en.hairul
puding ni boleh bertahan berapa lama (luar dn dalam peti ais)?kalau untuk berniaga boleh dibuat sehari lebih awal tak?terima kasih
Hairul Hissam says
Wsalam… kat hotel dulu, saya buat hari yg sama utk buffet dan biasanya habis terus..
tak pasti pula ketahanannya.. Elok buat test sendiri 😀
jihan says
Salam, hairul. Saya nak tanya, awak guna salted/unsalted butter untuk resepi ni & resepi coklat ganache?
Hairul Hissam says
Saya biasa guna salted jeee.. sbb tu yg byk dijual di kedai 😀
raqinah says
Saya nak cuba try wat sos vanilla en hairul..kalo sedap mgkin kawan saya nak order dkt saya nanti..hehe
Hairul Hissam says
Selamat mencuba.. nak sedap tambah kuning telur jeee 😀
una says
Salam.
En khairul, roti jenama mighty white ni kurang bahan kimia ke dari gardenia?
En mmg makan roti jenama ni ke?
Hairul Hissam says
Wsalam, saya biasa makan roti gardenia…
tapi utk butter pudding tidak sesuai dgn roti yg lembut sgt 😀
nor says
salam.kalu guna blender untuk bancuhan tu buleh ke
Hairul Hissam says
Tiada masalah.. boleh digunakan.. 😀
Nina Mof says
Salam encik Hairul. Terima kasih diatas resepi ni, sungguh lazat sampai suami saya minta dibuat lagi. Saya masak pakai happy call, hasilnya sungguh memuaskan! Terima kasih sekali lagi.
Hairul Hissam says
Wsalam.. tahniah kerana berjaya buat..
elok puan baca link artikel dibawah utk risiko menggunakan non-stick pan
http://www.mercola.com/Downloads/bonus/dangers-of-nonstick-cookware/report.htm
Azyyati Liah says
Salam. Dah cuba memang seeedap! ;D
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat… 😀
Mummy Dina says
menu favourite ni..nak cuba la nanti coz nampak cam senang je..:)
Hairul Hissam says
Selamat mencuba mummy dina.. tentu anak2 sukakannya… 😀
Teratai Mass says
Salam Saudara Hairul,
Saya perasan, saudara gunakan butter (brand butterlite) untuk membuat bread pudding. Untuk kek batik express pula, (brand buttercup). Ada apa2 perbezaan di antara kedua2 butter ni ke atau saudara guna apa-apa butter yang kebetulan ada di rumah saudara pada masa tu?
Hairul Hissam says
wslm. betul tu, saya guna apa yg ada di rumah shj. tapi masa saya kerja di hotel dulu guna buttercup…
Aiza says
Salam.utk vanilla sauce tu guna whipping cream atau susu segar?
Hairul Hissam says
nak sedap.. whiping cream non dairy..
Aiza says
Terima kasih Hairul. Saya dah cuba buat untuk jamuan raya anak saya hari ni, alhamdulillah memang sgt sedap resipi hairul. terima kasih.
Hairul Hissam says
alhamdulillah. semoga menceriakan jamuan hari raya puan..
Kalau sudi, rekomenlah artikel blog ini kepada kawan2 dan saudara.. tqvm.