Hampir setengah tahun gak, tak menulis artikel di blog ini. Perghhh lamee giler. Tapi kalau dapat sambung lagi setahun kan best. Boleh berehat sakan. heeeee. Tapi ada produk baru laaa.. Tak best pulak tak menulis artikel mengenainya. Yesss. siap juga pakej resepi bisnes air balang, dadih dan mousse in the cup. Tiramisu style hotel pun ada beb. Barulah gempak……
Terima kasih laaa kepada ramai bekas pembeli yang memberi cadangan pakej bisnes air balang nie. Di atas cadangan merekalah, pakej ini dihasilkan. Tidak lupa juga kepada peniaga air di tempat saya yang memberi tunjuk ajar dalam bisnes air balang untuk pasar malam dan bazar. Memang baik betul laaa diaorang niee. Manakala untuk aneka mousse in the cup adalah dari pengalaman saya bekerja dihotel. Dan aneka dadih pula hasil dari olahan saya sendiri. Memang lain dari yang lain. Tak caya, jom tonton videonya terlebih dahulu.
Jom Tonton Video Bisnes Air Balang, Dadih & Mousse Niee
Ada rasa terliur tak??? atau terasa nak jilat screen monitor??? Kalau ada terasa macam tu, elok sangat laa baca detail pakej nie di laman web utamanya di www.bisnesair.com. Ada 6 modul menarik di dalamnya beb. Rugi kalau tak baca modul-modulnya di www.bisnesair.com. Ia bukan sekadar resepi, tapi panduan perniagaan bisnes air balang, dadih dan dessert style hotel yang paling mengancam setakat ini.Cara jual air balang di pasar malam pun diajar.. laaa….
Apa yang menarik, bisnes air balang, dadih dan dessert nie memberi keuntungan yang tinggi dibandingkan bisnes makanan yang lain. Namun ia memerlukan rasa yang sedap dan menepati citarasa pelangan. Barulah boleh untung giler-giler beb. Nak yang sedap dan power, kenalah belajar dari mereka yang berpengalaman. Semuanya ada di www.bisnesair.com. JOm ke sana sekarang juga tawww.
Hero Borneo says
kalau dah rasa jilat skrin..memang kes naya juga bro.
Hairul Hissam says
Jilat screen dlm bilik sorang2 tak ape lagi bro. heee
Hero Borneo says
he..he..kalau ada orang terjumpa mesti dia menjerit macam histeria nanti.
Hairul Hissam says
kalau dia snap, masuk fb, lagi naya bro, malu satu kampung. heeee
Puteri Kasih says
perghh lamanya bercuti dari blog…hehehe. Musim cuaca panas, memang laku kalau buat bisness air kan
Hairul Hissam says
Mmg kena tu puteri.. Dgn Musim panas nie mmg sesuai jual air tepi jalan.. Inilah masa buat duitttt..
Past: kalau dapat sambung bercuti lagi setahun kan best.. ha.ha.ha…
Puteri Kasih says
cuti lama-lama pun takpe, trafik maintain je nampak….hehehe. Tapi pastikan lepas bercuti tu ada produk baru plak ye… 😀
Hairul Hissam says
Alhamdulillah puteri, rezeki anak ikan kot… heee
insyaAllah kalau ada kesempatan, ada lagi produk barunya….
Dja@Sishaza says
Mousse tu yang macam best tu… pheww tak sabar nak promote tapi sis masih kat ‘laut’ lagi …. entah bila nak balik ke darat …huhuhu
Hairul Hissam says
Saya bagi mousse tu kat kedai kek makcik saya, dia kata sedap dan terus kata nak jual. Peniaga makanan ditempat saya pun suka mousse tu.. lain dari yg lain sis.
eh.. sis dah jadi org ‘laut’ keee. Jgn duduk lama2 dlm laut tu.. heee
akubiomed says
Bisnes air menguntungkan kerana adik ipar pernah ada pengalaman berniaga nasi campur dan air sekali.
Hairul Hissam says
Memang benar tu bro kerana kosnya sangat rendah dan keuntungannya berlipat kali ganda…
Sani Sini Sana says
Bulan puasa memang top lah kalau jual air balang ni…Pakej yang menarik untuk jadi ushawan air yang berjaya…
Hairul Hissam says
Lagi2 kalau jual air special spt air katira, mesti laku sampai tak cukup balang dan tangan. heee
nazimah wan long says
maaf,hairul,k mah baru bank in pg ,untuk beli tauhufah,ni berminat pula hendak beli bisnes dadih dn air,,k mah kene bayar rm 60 ke rm 50.
Hairul Hissam says
Boleh kak nazimah jika dibayar hari nie dan diposkan bersama dgn pakej taufufah esok. Diskaun rm10 kerana penjimatan kos penghantaran utk penghantaran bersama dgn pakej lain.. tqvm..
Oja Samid says
macam2 ada..all the best ya..moga berkah segala usaha. 😉
Hairul Hissam says
Terima kasih kak oja, semoga kita sama2 berjaya di dunia dan akhirat…. amin.. 😀
myrujukan says
terbaiklah hairul, saya terus promosiiiii.. 🙂
Hairul Hissam says
Terima kasih bro juan..