Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda cara merawat migrain atau sakit kepala dari pengalaman saya sendiri. Mungkin anda tidak akan menemui teknik rawatan ini di tempat lain kerana saya menjumpainya secara tidak sengaja. Mungkin rawatan ini berkesan kepada anda atau mungkin juga sebaliknya. Namun ia telah membantu saya merawat migrain yang saya alami sebelum ini.
Memang menyakitkan, kepala tiba-tiba berdenyut-denyut kesakitan. Membuatkan kita hilang fokus dan terduduk atau terbaring menahan kesakitan. Itulah yang saya alami beberapa tahun yang lepas. Namun saya tidak berputus asa mencari cara untuk merawatnya. Dan akhirnya saya menjumpai satu cara yang mudah dan tidak perlu menghabiskan wang ringgit. Cara ini telah membantu saya mengatasi masalah migrain yang saya alami beberapa tahun yang lepas.
–
–
Caranya memang mudah. Ketika baring di atas katil, turunkan kepala anda hingga mencecah lantai. Dengan kata lain letakkan kaki anda di atas katil dan kepala anda mencecah lantai. Dan biarkan beberapa minit. Elok buat secara berperingkat dan tidak terlalu lama. Terkejut pula nanti otak anda. Rasionalnya teknik ini ialah ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala. Kerana salah satu punca migrain ialah kekurangan darah dan oksigen pada bahagian kepala.
Ia berkesan pada saya dan mungkin sebaliknya pada anda. Namun tidak salah jika anda mencubanya kerana tidak memerlukan sebarang kos. Perkara yang paling penting anda perlu mencari puncanya dan tidak berputus asa mencari jalan penyelesaiannya. Saya nasihatkan anda untuk tidak bergantung kepada ubat-ubatan. Tahukah anda industri ubat-ubatan mengaut keuntungan yang sangat lumayan. Mereka bukannya menghasilkan penawar tetapi mereka menjadikan kita bergantung dan terus mengkayakan mereka. Fikirkanlah…..
Hairul Hissam says
just nak tambah info..
salah satu sebab migrain ialah radiasi dari handphone anda..
So dengan mengetahui puncanya memudahkan anda mengatasinya…
dadash says
setuju… sbb setiap kali migrain dtg.. kalau cakap telefon ..mesti bertambah sakit
Hairul Hissam says
Benar tu.. sebenarnya brg elektronik spt h/p.. monitor.. pda dan sebagainya..
mempunyai gelombang radiasi yg tidak mesra dgn tubuh kita..
terutamanya otak…. dan ia merosakkannya secara perlahan-lahan….
bila dah sampai tahap kritikal.. tu yg kena migrain…
Deloren says
ya sy sokong .. bila d fikir2 , mmg itu yg myebabkan migrain . bila berjam2 depan laptop , smbil sms lg , kepala jdi sakit , mcm mau pecah .. =( ..
Hairul Hissam says
Memang benar tu en Deloren. barang elektronik nie mempunyai radiasi yang kurang elok pada kesihatan kita. Dan ia merosakkan secara perlahan-lahan. So cara terbaik tidak terus menerus mengunakannya dlm masa yg lama…
iqa says
setuju..
mrokok jgk slh satu sbb,
dn bila kita rabun,tp xpakai cermin mata or lens..kita paksa mata kita utk fokus pd satu benda,mata akan penat n otak pn akan penat,,so jd la sakit kpala 2
Hairul Hissam says
tq atas tips tambahan dari cik iqa…
memang benar, keletihan mata juga menyebabkan otak kita letih dan pening… tq ya.. 😀
iza says
assalam…sy sebelum ni adalah migrain tegar..seminggu hampir 3 kali….minyak angin mmg sentiasa ada…ubat migrain tak pernah putus…dan sy punya cara yang hampir sama…cuma bezanya cara….mcm awak awak turunkan kepala dr katil…tapi saya…bila migrain dtg…kalau belum solat fardu…terus ambil wudhu…dn solat…dlm sujud…itulah ubatnyer…lamakan sujud…sambil berdoa…insha Allah… sekrg sebulan dlm sekali shj…alhamdulillah…
Hairul Hissam says
Mmg bagus memperbanyakkan solat sunat dan sujud lama utk mengurangkan migrain… 😀
Hairul Hissam says
tambahan info..
salah satu lagi punca sakit kepala ialah sistem penghadaman yang bermasalah..
ini menyebabkan gas-gas toksik di dalam usus naik ke atas kepala…
Untuk mengelakkan sistem penghadaman anda bermasalah, pastikan anda mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur sebelum ditelan dan kerap memakan sayuran dan buah-buahan. dan jangan makan terlalu kenyang….
Darina says
sebenarnya saya bila baring samada guna bantal atau x, tetap sakit. bila saya tinggikan bantal baru la kurang sakit tu…mcm ne ek?
Hairul Hissam says
Sebenarnya cik Darina,
kita perlu mengesan punca migrain kita terlebih dahulu…
kerana migrain ini banyak sebab-sebabnya…
salah satu sebabnya ialah pengambilan kafein yg berlebihan…
Dengan kata lain, jika kita berubat dan pada masa yg
sama kita mengambil kafein yg berlebihan…
So ubat itu sebenarnya tidak berguna…
ini sebagai contoh sahaja…
so cik Darina kena cari puncanya terlebih dahulu…
semoga tips ini membantu….
sakit kepala says
ada pendapat mengatakan kafein bole kurangkan migrain…mana 1 betul
Hairul Hissam says
Cik boleh baca buku kecil yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
tentang keburukan kafein.
Kafein menyebabkan ketagihan dan digunakan oleh banyak industri minuman untuk
melariskan produk mereka. Berhati-hatilah ya….
hazizah says
saya sering didatangi migerin. salah satu punca bila sya terdedah kpd matahari/minum ais(spt ais blended/banyak pikir. bila ia dtg sakit nya amat melampau…..hingga kesejukan dan muntah2…..tak boleh betul dgr org bercakap…so duduk dlm bilik gelap dan dlm kesunyian. sy pergi kelinik dan ambil jep penahan sakit juga pil migerin….alhamdullillah bangkit dari tidur lega…
Hairul Hissam says
Saya simpati dgn masalah cik hazizah. cuba cik azizah amalkan reply saya pada komen cik azizah di dalam artikel masalah susah tidur.
nisa95 says
kalau sakit yg teramat sangat…sampai trasa nk pitam…dan muntah…???
Hairul Hissam says
tak pernah pula saya mengalaminya..
tapi pada pandangan saya ia berpunca dari perut dan usus yg bermasalah..
bawang putih bakar juga boleh membantu mengurangkan masalah usus dan perut…
Elok jumpa doktor 😀
Hanya aL says
thanks 4 sharing …. mmg saya pun lau sakit kepala semasa tdo pun sy akan tersedar … n teros sakit yang amat sangat dgn tiba2 … sampai skrang sy tak tau apa puncanya .. adakah stress atau apa pun x tau … tp mmg sy rasa pelik sbb sblom tdo ok jek .. tp semasa tdo leh tersedar sbb kesakitan … insyaallah next time nk cuba cara awk ni ..
Hairul Hissam says
Pelik juga masalah Cik Hanya Al. Boleh cuba juga cara saya diatas. Dan jangan lupa berdoa akan diberi petunjuk dalam mencari penawarnya… 😀
afieda says
sy sering sakit kpla.nk dikata kn hari2 la.da mcm2 cra sy buat,chek di hsptl,dktr ckp tiada sbrg pnykit..rasa2 nya ape la penyakit sy ni skrg.
Hairul Hissam says
Mmg byk sebab sakit kepala ini cik afieda…..
yg penting kena mengenal pasti punca….
dari segi pemakanan kita dan juga aktiviti harian kita….
Cuba cik aifeda baca komen2 sebelum ini.. semoga membantu…
nazri says
saya dh beberapa tahun mengalami masalah migrain..tp agak pelik skit migrain saya ni.rasa panas di kepala,mata menjadi kelabu ,sakit leher.berasa terketar2 di lutut seperti nk jatuh, dan fobia pd cahaya..ada tak cara untuk saya mengatasi masalah ni.
Hairul Hissam says
Saya pun kurang pasti dengan masalah en. nazri nie…
tak pernah pula saya mengalami spt ini.
elok dapatkan nasihat doktor..
tapi kalo masalah ganguan mahkluk halus..
cuba amalkan surah albaqarah ayat kedua terakhir yg bermula amana rasulu bima …………. bacalah setiap masa spt zikir…
sue says
saya pun ada migrain tapi lepas ubah gaya hidup dan pemakanan ALhamdulillah under control.
1-bykkan minum air kosong terutama mineral water coz air paip ni sbnrnya tak sihat
2-ambil supplement(vit c n b complex) tapi saya amalkan spirulinna -wlpun kita mkn brg berhasiat tapi cara penyediaan yg slh buat zat semua hilang
3-avoid kaffein :kopi biasa saya tukar kopi habbatussauda
: teh biasa gantikan teh hijau
: nescafe( saya ambil sesekali lepas ngidam je)
: bhn perasa spt ajinomoto (lbhkan bwg dlm masakan insyaallah sedap)
: bagi yg kronik kurangkan juga milo,coklat,maggi mee n instant food yg lain
4-ada pendpt suruh amalkan baca Surah Alwakiah ayat 19 … baca 7x lps solat(doa n berserah)
dulu bila nak kena mata saya berair dan rasa mcm nak terkeluar, kepala sakit sebelah je dan panadol dah mcm kwn baik , risiko nye telinga kita rasa berdengung mcm nak pekak tp lps saya ubah gaya hidup yg lbh sihat alhamdulillah sepanjang saya hamilkan anak saya sebiji panadol pun saya tak ambil bahkan vit dr dr juga saya reject sbb ubat dr juga ada drug- siankanlah buah pinggang kita) huallahhualam….
Hairul Hissam says
Tima kasih cik sue kerana sudi berkongsi pengalaman disini.
Benat tu, pemakanan yg kurang sihat antara penyebab migrain…..
memang best tips yg cik sue berikan…
semoga dapat dimanfaatkan pembaca….. tima kasih ya 😀
nizamghazi says
Okay tengs! dgn petua ni.
Sy akan cuba amalkan, harap okay lepas ni 🙂
Hairul Hissam says
Semoga masalah migrain en nizam sembuh ya..
yg penting kenal pasti punca…
salah satu puncanya barang elektronik nie spt yg diberitahu dlm komen2 sebelum nie.. 😀
Ah Nony Mus says
Salam. Rasanya lebih baik kalau buat solat sunat. Sujud akan menghasilkan kesan yg sama… darah turun ke otak. Sambil sujud tu doa la agar cepat sembuh. Pahala pun dapat seh! =)
Hairul Hissam says
Wsalam.. Mmg bagus cara tu cik Nony.. dapat juga pahala…
selain itu banyak memohon pada petunjuk Ilahi…
Sujud terakhir dalam solat antara tempat yg makbul dalam berdoa…. selamat beramal… 😀
nor hidayah says
sebelum nie penh cube la..tp wse kepale cam nak meletop..
Hairul Hissam says
Mungkin cara tu tak sesuai ngan cik hidayah kot… 😀
tapi buatnya kena berperingkat.. kalo tak kepala kita terperanjat….
hairudin says
migrain vertigo lagi teruk , dunia berpusing lepas tu muntah tak berhenti , kena enjet baru ok
Hairul Hissam says
First time dengar.. 😀 … semoga kita semua dijauhkan… 😀
napy says
adakah amalan minum teh tarik juga boleh menyebabkan migrain?
Hairul Hissam says
Saya tidak pasti pula en napy…..
tapi kalo minum, jgn berlebihan 😀
rozi ali says
dah lama jugak batuk ni, nak try petua en. hairul ni, tq
Hairul Hissam says
Cubalah insyaallah baik hanya dengan Izin Allah s.w.t. 😀
Eita says
salam…
sy baru jer di serang migrain 4 hr yg lepas.. sakit kepala dr dahi bahagian depan smpi atas kepala tu mmg x thn lah.. leher n bahu pun kdg2 rase lenguh2… loya2 n muntah2 segala ape yg dimkn sblm tu..
sakit start ptg smpi lah ke mlm.. lepas mkn ubt thn sakit, aotomatik muntah balik.. sampaikan kene amik inject utk elakkan muntah kt klinik.. doc x galakkan minum or makan bersumberkan tenusu, kafien..
lepas 2 hr sakit tu elok, tp.. hr nie, 16/2/2012 sakit tu menyerang semula, tp x seteruk yg awal tu.. lpas mkn ubt, still rase sakit n berdenyut2 kepala tu..
bile sakit tu menyerang balik, mmg x blh nk fokus kt kerja, mkn x ade selera, & sampi kan x nak dgr org bercakap kt sekeliling kite… sbb bile ader bunyi bising jer, kepala akn berdenyut2 sakit..
skrg, tbggl nk g buat full check up kat klinik jer, tanye pasal penyakit nie,. hopefully x ader lah penyakit yg lain plak…
Hairul Hissam says
saya doakan cik eita cepat sembuh ya… elok baca komen2 sebelum ini utk tips tambahan.. 😀
masnah says
salam..saya pn jenis salu skit kepala..kalu kepala dh skit mmg tak bo nk buat keja mata rs mcm nk terjembul kuar..sy x amalkan mkn pil2 pain killer ni..sy tidur n rehat je..pas tu bgun bru lega..itupun mau ny berjam2..sabar je lah..sy nk cub tip en hairul ni lah..tqvm
Hairul Hissam says
Wsalam… semoga masalah migrain cik masnah cepat sembuh..
yg penting jangan berputus asa dalam mencari penawarnya… 😀
Nirwani says
Saya tertarik dengan cara En hairul mengatasi migrain.Sewaktu membaca blog ni saya mmg sedang mengalami migrain.
Saya terpaksa telan pil caffox utk kurangkan rasa sakit. Tapi selpas migrain hilang..badan pula terasa bisa disana sini..saya ingat nak cuba cara yg en hairul ideakan…tips cara simpan ribuan rggit tu pun menarik..mmg kalau dihitung jajan saja beratus2 setiap bulan..mcm saya ni lglah..ramai anak…sbb tulah tak juga dpt menyimpan..jajan, makan luar, yg delivery lg..spttnya dah beribu dah saya simpan tp tak juga……tips mengatasi gastrik ada tak….
Hairul Hissam says
Saya doakan semoga penyakit migrain Puan nirwani cepat sembuh.
Utk masalah gastrik, saya kurang pasti sebab saya tak pernah kena..
mungkin saya jarang dan kurang suka minum air gas kot krn itulah salah satu puncanya.. 😀
ayien says
dlm erti kata lain, solat 5 waktu krn dlm solat itu tersembunyi hikmah tanpa kita sedari..cth…SUJUD kepadaNya salah satu cara utk menghilangkan sakit kepala..x perlu nk baring2 kat atas katil..letak kaki di atas… 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu, banyak manfaat sujud kepada kesihatan minda kita.. ada juga terbaca artikel menarik ttgnya sebelum ini..
p/s: solat sudah semestinya wajib dilaksanakan.. tapi bila sakit juga kepalanya, meletakkan kepala dibawah dengan lebih kebawah dan lebih lama dapat mengurangkannya.. insyaAllah…
naza says
ada kemungkinan tak migrain bawa maut?Dalam berapa peratus?ada kemungkinan sembuh?
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula. elok tanya ngan doktor 😀
SAHARUDIN says
UBAT MIGRAIN SEBENARNYA ADALAH SEMBAHYANG. KERANA DALAM SEMBAHYANG ITU ADA RUKUK DAN SUJUD.
Hairul Hissam says
Tepat sekali. Elok lama kan sikit pada sujud terakhir dengan doa. tqvm en Saharudin.
awan says
thanks for info! lpas ni nk try la klu pening kpala. xnk bergantung pd ubat 100% lg
Hairul Hissam says
Nasihat saya kurangkan bergantung kepada ubat.. nanti boleh menjejaskan kesihatan organ dalaman… 😀
riza says
Kak Riza setuju kalau Hairul kata kita kena rendahkan kepala kita supaya darah dapat turun ke otak. Selama ni, kepala asyik kat atas je, jadi sekali-sekala kena turunkan ‘ego’nya!…Kita kena solat 5 waktu tu hanya keperluan minimum untuk darah/oksigen sampai ke otak. Jadi untuk melebihi keperluan minimum ni, kita disunatkan mengerjakan solat-solat sunat yang lain. Kak Riza nampak sendiri kesan ni pada sorang kawan kak Riza. Bila dia balik dari mengerjakan Haji, migrainnya dah berkurangan, mungkin di Tanah Haram dia banyak melakukan solat, lebih daripada biasa. Itulah kelebihan ‘merendahkan’ diri kepada Allah S.W.T.
Hairul Hissam says
Banyak hikmah bersolat. spt kata kak raja. Jika ditambah lagi dengan solat2 sunat, tentu lebih banyak lagi manfaatnya.. Tak hairanlah byk sarjana Islam bijak pandai spt Ibnu Sina kerana mereka mengamalkan islam sebenar… 😀
riza says
Hairul, ni kak Riza bukan kak Raja..Ya lah Hairul, kita sekarang begitu kagum dengan orang Barat, tapi Islam yang kita anuti tidak kita hayati sepenuhnya. What a waste?!
Hairul Hissam says
Sorry.. tersilap tulis Kak Riza… Org barat bijak menggunakan media yg membuatkan kita pandang tinggi pada mereka. 😀
Hafizul says
Harap saya tak kena migrain..rasa jugak kadang-kadang tu..hehe
Hairul Hissam says
semoga kita bersama dijauhkan 😀
Hasliza Rafee says
Terima Kasih atas segala tips2 yang berguna..
http://vitaminibu.blogspot.com/
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat 😀
syida says
Bagus jugak cara ni ye, sekarang ni pun sya sering sakit kepala..
lagi satu nak tambah, pemakanan kena jaga jugak tau, makan la makanan yg kaya vitamin B dan magnesium.
Hairul Hissam says
Betul tu Cik syida.. pamakanan dan penghadaman perut tu penting..Jika tidak gas dari perut naik ke kepala dan menyebabkan migrain bertambah teruk 😀
Emi says
Thanks for the info. Skrang ni kna migrain tp bole tahan lg lpas ambil ubat. Lpas ni bole cuba di rumah if migrain ni xilang2…lagi2 bulan puasa ni,susah sikit nk ambil pemakanan yg sihat.
Hairul Hissam says
Saya doakan masalah cik emi berkurangan… kalau berpunca gas dari perut, elok makan bawang putih bakar setiap hari… 😀
Siti Rope'ah says
Memang kalau pening atau sakit kepala, kita kena sujud lama sikit waktu solat.
Nanti akan terasa darah tu turun.
Tapi ada juga wanita yang diserang migrain pada waktu ‘Allah Bagi Cuti’.
maka mustahillah jika dia hendak menunaikan solat. Berdosa pula bagi mereka.
Jadi tips ini mungkin boleh diamalkan.
Terima kasih kerana berkongsi.
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat tu.. Sebenarnya kalau tahap migrain teruk .. mungkin kena perbanyakkan lagi sujud atau dengan cara ini.. 😀
ainnajwahashim says
betul tu migrain menyebabkan saya tidak dapat fokus pada pelajaran ketika guru mengajar
Hairul Hissam says
Elok kurangkan atau jauhkan alat eletronic spt handphone dan sbgnya. Kerana ia mengeluarkan radiasi yg merosakkan bahagian otak kita.. 😀
onesoul says
saya mengalami migrain sejak saya dari umur 6 tahun sehingga skrg, 18 thun. dulu migrain saya tak seteruk sekarang. kalau dulu, cara saya nk ‘lepaskan diri’ dari migrain, saya akan tidur, tapi sekarang, tidur pn dah tak boleh, kepala xboleh sentuh dgn apa2 objek walaupn skdr tersentuh sikit. bila migrain, tekak sy jadi kering, tapi tak boleh minum air dan segla simpton migrain yg lain akn sy alami selama satu hari. mmg seksa lebih2 lg terpaksa jugak minum air. dan skrg sy dah dpt ‘pakej’ migrain yg bru, sekali dengan muntah2, tubuh jd tak seimbang dan berlarutan hingga 2 hari. sejak kecil smpai skrg sy masih tak jumpa penawarnya, walaupun dah bnyak tips yg sy cuba, tp tak berkesan. tapi sy tetap harap satu hari nnti sy pn boleh hidup dgn nomal, nk gnti dgn zaman kanak2 sy yg murung dsebabkan migrain…
Hairul Hissam says
Kita berusaha, Allah s.w.t jua lah yg menyembuhkan penyakit kita. Yang penting kita terus berusaha tanpa mengenal putus asa spt nabi Ayub yg berdoa pada Allah tanpa putus asa dlm menyembuhkan penyakitnya.. 😀
Nur Azmanie says
saya pernah jgk sakit kepala cam nak muntah,, tapi xteruk sgt..saya cuba zikir dgn mnggeleng-gelengkan kpala..terus hilang rasa sakit tu..ataupun cuba sujud lama sikit(sujud dlm solat)trutama waktu subuh.
Hairul Hissam says
Mmg bagus sujud lama sikit ketika solat 😀
norma says
salam, saya dulu mmg selalu kena terutama sekali bila datang bulan… apa yg saya buat.. saya kena tahu tarikh bila dan stanby mood.. jgan terlalu stress dan kalau boleh makan ais krim atau coklat utk kasi relaks.. kedua time kena tu..tarik nafas dalam-dalam biar kita rasa oksigen smpai kat otak.. atau picit celah jari antara ibu jari dengan jari telunjuk…boleh rasa ada biji2..bila ditekan akan rasa sakit… urut perlahan-lahan sampai rasa sakit tu hilang… sujud lama pon boleh jadi terapi dengan zikir Nabi Yunus…. dan yg terakhir saya amalkan suplemen tambahan sebab badan saya kurang nutrisi seperti saranan doktor.
Hairul Hissam says
wslm.. bagus tips dgn picitan kaki reflexology tu.. Bahagian tu merupakan bahagian kelenjar pituitary di pusat otak. Mmg bagus dipicit untuk ia merangsang peredaran darah yg lebih baik di bahagian tersebut. Tapi bab suplement tambah elok digantikan dengan buah-buahan semulajadi yg tiada kesan sampingan dan mudah diproses oleh tubuh badan kita. 😀
Ejan says
Baru malam tadi kena serangan migrain…tgh tidur…migrain awal pagi…masa kena mmg tak leh nak kata apa..tangkap mata sebelah berdenyut…mcm kena cucuk jarum…sampai level hantok kepala kedinding…panadol xtra jadi ulam…minum dgn livita nak bg cepat hadam..huhu…tp 2jam juga dok tahan skit sampai tertidur…bila kena serangan tu simptom sampingan pun ada…
1) Muntah teruk
2) badan berpeluh dan kebas walaupun dalam aircond.
3) Sensitif cahaya dan bunyi.( perasaan nak marah bila dengar bunyi n ada cahaya)
4) Mata sebelah merah,sangat sakit dan berair.
Saya pun tak pasti adakah ini simpton migrain atau sakit mata…sbb yang paling sakit adalah bahagian urat mata belakang.
Hairul Hissam says
Elok check dgn doktor, saya pun tak berani nak beri komen.. tqvm..
Aini says
….tidak salah untuk mencoba…sy kadng kala menhadapi situasi ini…thanks fr infor yg berguna…i will try..
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan semoga berjaya.. 😀
nasharuddin mat saari says
Hentikan migrain anda dengan kaedah urutan di kepala hingga ke leher.
Ubatan tidak mampu untuk membetul urat2 yang mengalami masalah.
Hanya kaedah urutan yang mampu membetulkan urat saraf yang ada masalah itu.
ubatan hanya mampu memberi kelegaan yang sementara sahaja.
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas info dan nasihat tu.. 😀
Nurul Huda says
bab ubat di pasaran tu tak boleh ubati tu sgt2 stuju. Ia just hilangkan rasa sakit skejap je. Tp sbenarnya akan mudarat diri sendiri utk kesan jangka panjang
Hairul Hissam says
semoga kita lebih berhati2 dalam mengunakan apa jua jenis ubat…
liah says
sy tertarik dgn topik ni,migrin…sy sendiri ni skrg tgh migrin,tp dlm keadaan terkwl lg.rsny dr punca pns matahari yg terik dn kurg tido…klu da pns sgt cuaca bermula la episod migrin…
Hairul Hissam says
MUngkin kena pasang aircond kat rumah kot..
ayu says
sy pun bru disahkan menghidap migrain harini..patutlah kepala selalu pening2 ..sedih sgt..harap petua ni dpt membantu
Hairul Hissam says
Semoga migrain cik cepat sembuh.. tqvm..
QinHartini says
Good Info ^_^
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat.. tqvm
Kamaluddin says
sya dah 2 blan kna migrain .. punca die sbb sya kna resdung and radiasi dri henpon.
Mmng ssah nak bljar kat skolah .. bile kpala berdnyut-dnyut konfem hilang fokus. Lpas tu sya pkai songkok spaya dpat krangkn skit kpala.
Hrap info awak berkesan bruhh.
Hairul Hissam says
Handphone nie mmg ada kesan pada sakit kepala kerana radiasi.. elok jauhkan..
saya pakai oppo model yg paling rendah, baru kurang sikit kesannya..
Ashed says
Assalam. Sy mengalami migrain dah 3bulan. Dalam 3bulan tu hari2 migrain datang. Kdg2 kuat. Sy ada resdung slalu bersin dan hidung berair di wktu pg. mcm mana perlu sy lakukan untuk hilangkan migrain ni.
Hairul Hissam says
Wslm. cuba baca artikel dgn teliti dan juga tips tambahan dalam komen artikel.. insyaAllah membantu mengurangkan migrain tu.
hanimie says
sama mcm kes saya. boleh kongsikan tak model apa?
Hairul Hissam says
Yg saya pakai ok, Oppo Joy model lama…
capital A says
ni penyakit migrain juga ke ? ‘sakit kepala yg teruk dan badan berpeluh/cecair yg keluar dr anggota tubuh badan dgn byk seperti di muka ,badan, tangan, kaki .. sehingga seluar dan baju habis basah seperti main bola .. n nk tidur pun pyah sbb sakit kepala yg teramat’
harap dapat membantu..
Hairul Hissam says
saya pun tak pernah kena migrain spt tu.. so elok check dengan doktror
hanimie says
Saya kerap kena migrain. boleh katakan hari2 selepas gunakan h/p utk wassap/facebook/telegram. Kadang tu tengok kejap tak sampai 5 minit pun, kepala ni dah rasa kembang/bengkak. Pastu nak redakan saya akan picikt2 kepala dan muntah. Tapi sakit tu masih ada sikit2.
Ada tak kawan2 lain yg alami macam saya ni?
Hairul Hissam says
Saya pun kena… nanti salur darah kat kepala rasa macam berdenyut atau kembang..
Banyak juga hp saya beli dan terpaksa jual kerana tak sesuai.
Skrg pakai handphone Oppo joy model lama,, baru ok sikit…..