.
Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Memang ramai mengalami masalah rambut beruban ini. Salah satu puncanya ialah dari bahan kimia di dalam minyak rambut. Bayangkan setiap hari kita menggunakan bahan yang merosakkan rambut kita sendiri. Oleh itu, lebih baik menggunakan petua tradisional ini yang lebih sihat seperti yang dikongsi oleh Cik Tie dibawah.
.
Petua Mencegah Rambut Beruban Dan Gugur
Umie Cik Tie dah 60 tahun, tapi alhamdulillah rambut nya tetap hitam berkilat tanpa satu uban pun. Pernah juga Cik Tie intai2, apa rahsianya. Nak kata dia pergi saloon, warnakan rambut, jangan mimpilah. Syampoo kat rumah pun jarang pakai uhuhuhuh. Puas bertanya, akhirnya…..kat sini Cik Tie akan kongsikan petua senang dan mudah untuk mengelak atau mencegah rambut beruban dan gugur.
Cara paling berkesan, selain mengekalkan kehitaman rambut, ianya juga baik untuk kesihatan rambut dari akar hingga hujung rambut. Mudah je…tumbuk atau lagi senang kisar je daun inai hingga lumat, kemudian sapu diseluruh rambut hingga ke akar, biarkan beberapa minit dan bilas hingga bersih. Tapi sekarang ada siap jual kat kedai, inai dalam tiub, so bolehla cuba ye, lebih baik dari pewarna di saloon. Tapi mungkin baunya la kurang menyenangkan. Tapi takpe, baunya seketika je, tapi kesan penjagaan rambut tu yang berkekalan (*,*). ~ nasib baik kat belakang rumah Cik Tie ada pokok inai uhuhuhu.
Bagi penggemar buah betik, ini berita baik! Dah makan betik tu, bijinya simpan, jemur hingga kering. Lepas tu goreng biji betik tu tanpa minyak dan tumbuk hingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Hah! Apa lagi jadikan sebagai minyak rambut menggantikan minyak rambut lama. Lagi murah, jimat dan insyaAllah petua dapat mengelak atau mencegah rambut beruban dan gugur.
Petua tambahan, boleh juga bancuh asam jawa dengan santan dan tapis airnya. Kemudian lumur di seluruh rambut sebelum tidur. Balut dengan kain dan bilas hingga bersih keesokkan harinya. Kalau semua petua di atas tu susah nak buat, ada yang paling senang, dengan mengamalkan mencuci rambut dengan air kelapa tua. Selamat mencuba (*,~).
Selain tu Cik Tie nak bagi petua paling penting. Elakkan rambut dari bahan2 kimia seperti syampoo dan pewarna. Maklumlah sekarang semua gila fesyen, ada yang rebondingla, warnala dan tak lupa juga yang suka buat kerinting rambut (perm). So seboleh2nya elakkan dari semua ni, selain mempercepatkan uban, ia juga menyebabkan rambut cepat rosak dan reput. Atara rahsia penting yang umie Cik Tie amalkan ialah, dia jarang syampoo rambut uhuhuhu… maybe sebulan sekali je kot, penat kami adik beradik membebel. Tapi dia gantikan syampoo tu dengan menggosok kulit kepala dengan limau nipis, so tetap harum dan wangi gitu!!
Hairul.Com: Terima kasih Cik Tie kerana sudi mengirimkan petua tradisional keluarga yang bermanfaat ini. Semoga dapat membantu anda mengelak rambut dari beruban dan gugur.
etuza says
wah best tau baca info kesihatan..ok nak amalkan limau tu, …
Hairul Hissam says
Bagus tu.. berseri2 rambut nanti.. heee 😀
TehR says
macam pernah dengar je petua daun inai ni
tapi aku tak pernah pula mencubanya
Hairul Hissam says
Lepas nie bolehlah mencubanya bro tehr… 😀
puteri kasih says
bahan-bahan yang mudah didapati..senanglah kalau nak mencubanya kan 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu, cuma rajin tak rajin nak buat jeeee. 😀
puteri kasih says
kalau nak sesuatu..kena rajin..hehe
Hairul Hissam says
betul tu.. usaha tangga kejayaan.. 😀
suri says
saya tahu pasal inai sb org belakang rumah saya dia ada pakai heee… skrg tak tahu dia guna lagi ke tak kaedah ini.
ada sati lagi jual dlm kotak warna biru sy lupa jenama dia tpi mg inai dari india. dia bagus utk baikpulih rambut bercabang.
Hairul Hissam says
Ohhh.. boleh ubat rambut bercabang juga… terima kasih atas info tersebut cik suri… 😀
Laila says
Terima kasih…info yang menarik…mmg penah dgr tips psl inai sblom nie…tp xpenah lak nak try…bole la cuba kat rambut suami…hehe
Hairul Hissam says
Elok sangat tu puan laila 😀
emelda says
saya menggalami bnyak rmbut uban dan saya masi mu bru umur 15 sudah ada rmbut uban mcm mana meggataci nya
Hairul Hissam says
cuba elakkan pakai minyak rambut kerana itulah salah satu puncanya.. 😀
Syafiq says
Kalo lelaki inaikan rambut, nnti rambut akan berwarana lah kan? Susah sbgi student nak colour rambut. Camna nak buat kalo camtu?
Hairul Hissam says
Elok elakkan pakai minyak rambut kerana ia menyumbangkan kepada beruban…