Petua ini kiriman En Mohd Rujhan (Mohd Rujhan) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Setiap orang semestinya pernah mengalami gejala selsema, barangkali disebabkan cuaca yang tidak menentu ataupun virus yang berjangkit. Sudah pasti kita tidak berasa selesa dan tidak senang duduk apabila kena selsema. Ini akan mengganggu aktiviti harian kita yang sudah dirancang. Di sini ada beberapa petua yang boleh menghilangkan selsema.
.
Petua Cara Menghilangkan Selsema
1. Mandilah pada waktu petang dengan air suam elakkan mandi pada waktu malam.
2. Jika selsema pada waktu hujan atau panas boleh dikurangkan dengan membasahi ubun-ubun.
3. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih diatas sehiris limau dan perahkan airnya.Kemudian minum sekali sehari sehingga sembuh.
4. Sediakan susu panas dan kemudian campurkan sedikit sebuk kayu manis kedalam minuman tersebut dan minum semasa air tersebut bersuhu panas. Ia membantu menghangatkan badan segera.
5. Basuh kulit kayu manis dan kunyahkan ia sedikit. Ia membantu menghilangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan.
Semoga petua di atas dapat kita semua amalkan apabila terkena selsema ini…
Admin: Terima kasih En Rujhan di atas kiriman petua cara menghilangkan selsema ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara untuk suara merdu. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
gloryatie says
untuk mengurangkan selsema boleh amik halia dan cium baunya. dan untuk mengurangkan kahak selsema boleh minum air didihan beras setiap hari hingga selsema hilang. (*,~)
Mohd Rujhan says
hee…memang tak senang dduk punye…jadi amalkan petua ini selalu sehingga sembuh…:-)
tehr says
cara tradisi ni belum pernah dicuba
Adif Fida says
tak sanggup nak gigit kulit kayu manis tu…