Tentu rasa malu melihat panau pada badan anda Ini sudah tentu menjadikan anda rasa rendah diri dan mengasingkan diri dari kawan dan orang ramai. Lebih-lebih lagi jika panau kelihatan pada muka atau lengan tangan. Panau merupakan penyakit kulit yang kelihatan seperti tompok putih pada kulit anda. Ada juga panau yang menyebabkan kegatalan seperti kurap. Untuk menghilangkannya boleh cuba petua dibawah:
Petua Cara Menghilangkan Panau Yang Mujarab
1. CAra dari orang tua kita ialah menggunakan daun gelenggang. Dapatkan dalam 5 helai daun gelenggang. Gulung kelima-lima daun gelenggang itu bersama-sama seperti mengulung rokok daun. Seterusnya ikat dengan getah. Seterusnya gosok pada kawasan yang ada panau.
2. Selain dari cara diatas anda boleh menggunakan bawang putih. Potong dua bawang putih dan gosok pada kawasan panau. Dan sebelum gosok bawang putih pada kulit berpanau, elok kikis terlebih dahulu kulit dengan pembaris untuk lebih mujarab. TApi jangan lah kikis kuat sangat.
Cara di atas perlu dilakukan setiap hari berulang kali selama seminggu untuk melihat hasilnya. Mungkin anda mempunyai petua yang lebih berkesan dan mujarab. Cubalah Petua Cara Menghilangkan Panau Yang Mujarab ini.
Adif Fida says
tak tau plak bawang putih boleh menghilangkan panau…
boleh cuba..
selalu guna lengkuas…tapi leceh lah nak kena cabut dulu kat belakang rumah…heheh
Petua Emak says
insyaAllah sebab bawang putih ada bahan pembunuh kuman..
Mohd Rujhan says
erm…baru je tau yang bawang putih boleh hilang kan panau… senang pulak tu nk cari..tapi daun gelenggang x pernah dngr pulak…kat mne daun selalu ade?ermm
Petua Emak says
mmg susah nak cari daun gelengan nie.. kena rajin tanya org… 😀
gloryatie says
salah satu cara lagi guna belerang mancis. gosok belerang mancis, ambil debunya dan gosok pada tempat berpanau. selamat mencuba 🙂
Petua Emak says
belerang mmg bagus membunuh kulat panau…
'Izzah says
b0leh juga menggunakn tips ini!
1. Dapatkan 2 helai daun gelenggang dan basuhlah supaya ia bersih.
2. Kemudian, letakkan daun gelenggang tu kat tapak tangan. Putar-putarkan daun tersebut sampai lumat.
3. Bila dah lumat,sapukanlah pada kawasan kulit yang ada panau itu.
4. Buatlah petua ni 2 kali sehari sehingga panau tersebut hilang.
>>Selamat Mencuba!
choco nila says
mak saye penah gak bgitau cmne nak hilangkan panau .. x silap camni lah petuanye ….tumbuk beberapa ketul lengkuas sampai lumat .. lepas itu .. perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau… Ketika mengamalkan petua ini mak saya ade pesan tidak boleh makan sebarang lengkuas…. tpi x pasti lah berkesan x
Petua Emak says
tqvm cik choco atas petua tersebut… saya pun pernah dengar gak…:D
ibudhira says
bawang putih mmg boleh hilangkan panau..pernah cuba petua ni dulu..
Petua Emak says
bawang putih mmg power bunuh kuman dan kulat… 😀
nuna says
kene basuh ke selepas sapu bawang putih?
Hairul Hissam says
Dari pengalaman saya sendiri, yg paling mujarab beli ubat pil panau dari kedai ubat cina. Lepas seminggu makan pil, panau hilang dan tak tumbuh semula. Kalau ubat sapu nie samada tradisional atau moden, lepas guna je panau hilang. Tapi akan naik balik.
azrie amriey says
Ambil 1 inci lengkuas, ditumbuk pecah dan dititiskan dengan beberapa titik minyak tanah dan bunjutkan dalam kain kecil. Kemudian gosok pada panau. Kulit mungkin akan pedih sedikit dan berwarna kemerah-merahan tapi keberkesanannya dapat dilihat dengan cepat. Harus diulang selang sehari jika masih ada.
LangkawiHomestay says
bawang putih??wah pedihnya..
Petua Emak says
tapi bagus kan..
users says
Salam, saya mempunyai panau yg setompok dipipi saya.. pelbagai ubat dari doktor saya gunakan tetapi tidak berkesan.. Saya cuba menggunakan air lengkuas yg sye baca di blog petua tersebut..Kulit saya berasa pedih dan kemerah merahan, adakah itu kebiasaan? Saya berharap sangat petua tersebut dpt membantu menghilangkan panau. InsyaAllah..
Taufik says
Senanglah saya, ada daun gelenggang blakang rumah…
Bleh buat niaga ni..
Hahaha..
iza maisara says
salam, sy akan cuba petua akak ni.. sebab muka sy dh tumbuh panau pd muka malu pd kwn2…
Ptrizlika says
Bawang putih tu kena buat setiap hari smpi hilang ka atau sekali buat je
Hairul Hissam says
elok makan setiap hari walaupun dah baik..