Petua ini kiriman Cik Norhayati (gloryatie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah.
Penggunaan periuk atau cerek berulang kali menyebabkan mendapan dibawanya. warna keperang-perangan kadang menjadi semakin hitam boleh mencacatkan penglihatan. walau berkali2 menggunakan dawai besi termasuklah bermacam jenis pencuci, kotoran tetap tidak dapat dihilangkan.
Antara petua yang boleh kita amalkan untuk menghilangkan mendapan dan menghasilkan periuk atau cerek yang bersih berkilau ialah :
.
Petua Cara Menghilangkan Mendap Pada Periuk atau Cerek
1) didihkan air bersama cuka didalam cerek atau periuk yang terdapat mendapan mengikut paras mendapan.
2) ambil sebiji lemon, kemudian belah 4. rebus lemon didalam cerek atau periuk bermendapan mengikut parasnya hingga mendidih. kemudiam biarkan suam. ambil lemon tadi dan gosokkan kesemua tempat mendapan. biarkan 15 minit. kemudian bersihkan. anda akan lihat perbezaannya.
selamat mencuba petua menghilangkan mendap periuk atau cerek(*,^)
Admin: Terima kasih Cik Gloryatie atas kiriman petua cara menghilangkan mendap pada periukini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengurangkan stress dengan tangisan. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
Choco Nila says
Baca tajuk je.. teringat lemon ..
gloryatie says
mudah dan senang kan (*,*)
Adif Fida says
sonang baitu….
'Izzah says
wahhh,,,perk0ngsian yg best la~~!
tulaa,,,kkdang gune sabun pun x brpe berkesan.
nnt bleh cube nie~~ 🙂
gloryatie says
cuba jangan tak cuba, paling famousla lemon, confirm berkilau2
cerek elektrik pun boleh jadi baru balik (*,~)
tehr says
aku jarang ambil bahagian basuh periuk ni
selalu cuci cawan atau pinggan mangkuk je
gloryatie says
lain kali che tehr cuba rajin2 cuci periuk pula….tentu bangga orang rumah (*,~)
azrie amriey says
Sbb 2 lah, masa masak, seelok2nya, jgn tinggalkan periuk atas dapur.. lebih2 lg kalau masak lemak, mmg santan akan mendap ke dasar periuk… kalau taknak bg bahagian luar periuk jd hitam, sapu minak masak pd bahagian luar periuk… terutama masa kenduri, sayang je kuali dan periuk2 besar yg jarang kita gunakan, hitam dibahagian luarnya…