Petua ini kiriman Aina Fakhira (Aina Eira) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Kedutan dibawah mata menjadikan kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Tentu ini sangat merisaukan terutama bagi golongan wanita. Lebih-lebih lagi yang belum berkahwin. Disini saya ingin berkongsi satu petua yang boleh membantu menghilangkan kedut dibawah mata:
.
Petua Cara Menghilangkan Kedut Di Bawah Mata
1. hiris sedikit daun lidah buaya (aloevera) secara melebar, disejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit. Selepas tu, letakkan atas mata, tekap kat dua-dua belah mata.
Cubalah buat tiga kali seminggu..insyaAllah eye bag tu akan melicin dan tak berkedut. Saya amalkan, rasa best dan mata rasa fresh.
Admin: Terima kasih Cik Aina atas kiriman Petua Cara Menghilangkan Kedut Di Bawah Mata ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Ubat tradisional merawat kencing manis. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
memang untuk wanita
kalau lelaki tak kisah dengan semua ni
Petua Emak says
Wanita yg selalu mengutamakan kecantikkan…
lelaki… hentam sahaja la.. ha.ha.ha 😀
faizul says
kalau lelakilah, berkedut ni tak membawa apa-apa makna rasanya. Sebab nya kecantikan fizikal ni tidak diutamakan sangat kan, yang penting fitness dan kesihatan tubuh badan.
Tapi bagi yang merokok tu tak tahu la nak cakap apa.
Petua Emak says
Yap.. lelaki tak kisah sangat.. kerana yg penting sentiasa macho.. 😀
Mohd Rujhan says
cara lain ialah dengan gunakan timun atau tomato yang dihiris lekapkan pada mata dan juga makan sayur-sayuran…
Petua Emak says
tqvm cik rujhan atas petua tambahan ini.. tqvm 😀
yas says
Acik x kisah…kodot pun kodot laa…hehehe tapi takat ni okey lagi…mantopss…he3x!!!
faizul says
hahahaha… kedut pun kedut la… (ayat femes orang lelaki)
Petua Emak says
ha.ha.ha 😀
Petua Emak says
he.he.he.. mesti licin dan mantoppps betul mata dia. 😀
gloryatie says
boleh lekatkan teh uncang pada kedua2 belah mata. lebih elok kalau teh uncang tu diletakkan dalam peti sejuk dahulu untuk rasa yang lebih menyegarkan (*,~)
Petua Emak says
tqvm cik yatie.. mmg bagus guna teh uncang tu..
tapi bila saya terbaca buku persatuan pengguna..
kebanyakkan teh masih menggandungi racun seranga pada nya…
risau plak…
bukit gambang says
kalau yang asyik tido lewat je memanjang, boleh guna tak petua ni?
Petua Emak says
kena cuba baru taw… 😀