Petua ini kiriman Aina Fakhira (Aina Eina) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Bulu ketiak memang tak menyenangkan. tambah-tambah lagi yang jenis berpeluh ni. lagilah. Jika anda menghadapi masalah ini, petua dibawah mampu menghilangkan bulu ketiak dengan lebih berkesan…
Petua Cara Menghilangkan Bulu Ketiak
Cara 1..
Ambil pucuk jambu batu, kemudian ramaskan hingga hancur. Lepas tu, sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
Cara 2..
Tumbukkan daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Cara 3..
Hampas kelapa dilumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Cara 4..
Lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga direbuskan. Didihkan hingga airnya sampai tinggal setengah gelas. Kemudian, tapis dan campurkan dengan gula merah. Yang ni amalkan dengan meminumnya dua kali dalam seminggu.
Cara 5..
Rebuskan beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapis airnya. Amalkan meminumnya setiap hari.
Cara 6..
Tumbuk tujuh helai daun limau nipis sampai hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan kecil-kecil. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
Cara 7..
Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.
Semoga tips ini membantu menghilangkan bulu ketiak 😀
Admin: Terima kasih Cik Aina atas kiriman petua cara menghilangkan bulu ketiak ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mencantikkan kuku. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
Choco Nila says
memang berkesan cara2 ni, so boleh lah amalkan. barangnya sng je nak jumpa. Pergi luar rumah dah nmpak pokok limau kasturi …
tehr says
bau ketiak sapa tak mandi ni?
huh
Mohd Rujhan says
petua yang bagus kerana ramai golongan dewasa mempunyai masalah ini.So,boleh amalkan selalu.
azrie amriey says
Org tua2 kata, masa mandi, gosok ketiak dgn belakang tapak tgn… Amalkan tiap2 kali waktu mandi… Cubalah.. Insya Allah, mujarab sgt…
Adif Fida says
kena kurangkan bwg putih dlm masakan… 🙂
gloryatie says
petua paling senang….amalkan gosok ketiak di kepala lutut. amalkan selalu hingga ketiak hilang bau (*,~)
azrie amriey says
Selepas mencabut semua bulu ketiak, celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali sehingga masalah itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dilakukan oleh golongan remaja yang masih belum tumbuh bulu ketiak.
'Izzah says
wahh,,petua yg bergunee nie,,,Bleh amalkn nnt 😀
puteri ayu says
tq byak2.. smua tip sgt bguna