Petua ini kiriman Cik Noor ‘Izzah (‘Izzah) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Bibir yang merah membuat seseorang itu kelihatan cantik dan manis bila tersenyum. Tetapi tidak semua orang mempunyai bibir yang indah kemerahan. Diantara faktor bibir menjadi gelap ialah penggunaan lipstik dengan bahan yg tidak disyorkan, meminum teh atau kopi dan merokok. Jadi,bagaimanakah memerahkan bibir yang kehitaman sehingga kelihatan lebih indah dipandang mata?
.
Petua Cara Memerahkan dan Mencantikkan Bibir
1. Sebelum tidur, sapu beberapa titis jus lemon dan madu pada bibir.Jus lemon merupakan pemutih alami yang mengandungi gilserin yang baik untuk meningkatkan kesihatan kulit.Sedangkn madu,bermanfaat untuk melembabkan kulit.Amalkan selalu. Insyaallah bibir kelihatan merah seperti memakai gincu.
2. Belah tomato menjadi 2 bahagian.Sapukan hirisan tomato ke bibir anda selama 10-15 minit. Lakukan rutin 2-3 kali sehari selama seminggu.Insyaallah,bibir anda menjadi halus dan bebas dari pecah-pecah.
Selalulah mengambil buah-buahan segar,terutamanye jeruk.Bibir akan kelihatan segar tanpa perlu memakai pelembab.
Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda semua….Assalammualaikum~~
Admin: Tima kasih Cik ‘Izzah atas kiriman Petua Cara Memerahkan dan Mencantikkan Bibir ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan bau badan. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
gloryatie says
selain itu terdapat petua tambahan yang boleh saya kongsikan disini. tumbuk halia, dan perah airnya. kemudian gosok hampas halia pada bibir berulang-kali. atau boleh juga sapu minyak zaitun sebelum tidur. paling mudah, just sapu ubat gigi.
Petua Emak says
hampas halia dan minyak zaitan.. byk kegunaannya. tqvm cik yatie.
minah says
ye ke petua ni?
Petua Emak says
I ye lah… 😀
titan says
bila ada orang perempuan kata bibir aku seksi. terus aku mengigil. gila apa perempuan ni…
kena bawa parang la lepas ni kalau jalan-jalan kat luar. huhu.
Petua Emak says
Baik2 tu bro.. perempuan zaman skrg lain sikit… 😀
ciksembang says
boleh cuba petua ni..dah meningkat umur ni bibir dah tak merah lagi macam zaman dulu..
p/s kesian titan
Petua Emak says
Jom kita cuba ramai2 cik sembang.. 😀
akubiomed says
Dari kecil lagi selalu mengalami masalah bibir kering nak bubuh produk yang dipasaran bimbang pula.
Petua Emak says
Kalo guna petua tradisional.. tiada kesan sampingan.. cubalah..
cah says
semoga bermanfaat 🙂 teruskan teruskan.. melayu kaya dengan ilmu tradisional.
Petua Emak says
benar tu.. melayu kaya dgn petua…
azrie amriey says
Kalau bibir merekah, cuba minum air kelapa muda yg dicampur dgn kuning telur dan sedikit madu lebah.. amalkan sekali sehari.. klau nk bg bibir merah, boleh juga sapu hirisan halia kt bibir.. tp kna amalkn selalu.. bru berhasil…
Petua Emak says
mcm mana rasanya air kelapa muda campur kuning telur dan madu ya. nak kena try nie.. sedap la 😀
Adif Fida says
kdg2 utk mendptkan bibir yg merah tanpa calitan lipstik…saya sapi ubat gigi di sekitar bibir…biarkan kering bbrp minit…dan cuci hingga bersih…insyaAllah….kan kelihatan merah 🙂
Petua Emak says
Lagi mudah cara cik fida….
bangun pagi.. sambil gosok gigi, sapukan colgate pada bibir… yeahhh 😀
chii says
jeruk? biar betul?
Petua Emak says
pelik tapi benar cik chii… 😀
nooraini says
kita boleh juga guna mentega untuk mencantikkan bibir.
caranya mudah ambil sedikit mentega sapukan pada bibir,
amalkan selalu pada sebelah malam Insya-Allah bibir akan kembali segar.
Petua Emak says
Guna mentega… tqvm cik nooraini.. tentu bibir lebih cantik nanti…
Mohd Rujhan says
boleh juga menggunakan halia atau bawang putih yang dihiris,gosokkan pada bibir berulang kali…boleh diamalkan selalu untuk kelihatan mujarab…
Petua Emak says
Tqvm cik rujhan atas petua tu.. 😀
tips says
jeruk tu buah segar ke??
Petua Emak says
bukanlah bro… tapi Jeruk mmg sedap dimakan… 😀
'Izzah says
Cara laen..
>>Kalau ingin letak madu shaja pun x pe.
sbnarnye,madu shaja pun sudah cukup.
Ttpi,jika anda inginkan hasil yg lebih infektif
letaklah madu+lemon..:)
>>Bleh jugak guna majerin.mudah didapati+asli.:D
Petua Emak says
Yap madu dan lemon.. tentu lebih power hasilnya 😀
choco nila says
kalau bibir merekah boleh cuba yg ni >>minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah…Minum jgn sapu .. tapi dgr mcm x lalu plak nak minum.. ahaks..
ohcikgu says
hehe..cikgu pempuan mesti suka baca nih..
copee_o says
take note : nak guna ubat gigi boleh tapi jgn obses guna hari2 sbb ubat gigi ni tajam (pengalaman guna fomula ni buat bibir ambo jadi terlebih mekar kemerah-merahan pada hari kedua….hari ketiga jadi super mekar a.k.a Angelina Jolie -stgh hari seksi red….-stgh hari lagi seksa coklat…..bibir start bengkak n menggelupas macam luka yang mengering dalam keadaan bengkak….hari keempat bibir kering keitam-itaman……lepas seminggu kulit kering gelap tadi menggelupas habis dan bertukar kulit)…..>.<"
memang la bertambah baik kulit bibir lepas sminggu menderita gi kerja ngan bibir seksi ala seksa…..but gitu lah cerita nya harap diambil pengajaran…nak buat tu boleh but jgn obses….seminggu tu wat sekali cukup…
ubat gigi sama ngan asid…so letak lama2 dia hakis la kulit bibir tu….kalau pasang ari2 mau tak jahanam -_-" …mesti korang nak tanya camne bibir ambo kini….."sikit ok je dari dulu sbb ambo da benti merokok" jadi pengajarannya….jgn merokok…..ok
munah says
apa susah sgt, pkai ubat gigi. tiap2 mlm sapu kat bibir 🙂 tp akan rasa teganglah. lama2, sure bibir korang merah. comel jer. hahah. aku dah cuba n bekesanlah 😀