Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Petua cara melawaskan kencing ini senagat berguna untuk mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas. Ok, jom kita baca artikel yang bermanfaat ini.
.
Petua Cara Melawaskan Kencing
Kali ni Cik Tie nak kongsi artikel petua cara untuk melawaskan kencing. Kadang2 ramai diantara kita menghadapi masalah kencing tidak lawas. Masalah ini biasanya dihadapi golongan yang berumur. Namun ada juga orang muda yang mengalami masalah seperti ini. Cara melawaskan kencing mudah sahaja.
1. Amalkan minum jus mengkudu 2 kali sehari. Tapi tak ramai boleh minum jus mengkudu sebab rasanya pahit, so bolehla tambah perisa oren atau ape2 perisa dalam jus mengkudu untuk hilangkan rasa pahit tu. Selain tu boleh juga guna santan kelapa. Caranya, parut sebelah kelapa dan perah untuk dapatkan pati santan. Sekali perah je supaya pati santan betul2 pekat. Then bolehla minum pati tu atau buat cicah dengan roti. InsyaAllah petua cara ini sangat membantu anda melawaskan kencing
2. Boleh juga kisar 2 potong nenas muda dengan 2 gelas air. Tapis dan minum airnya setiap hari hingga masalah kencing berkurangan. Kalau susah nak lakukan semua petua di atas, boleh amalkan petua mudah ni, dengan meminum air basuhan beras yang sudah bersih sebanyak segelas sehari selepas makan tengahari atau minum air barli. Caranya basuh secawan barli dan rebus hingga kembang, masukkan garam dan gula, bolehla diminum setiap hari. Cara ini pun bagus dalam melawaskan kencing. Selamat mencuba.
Hairul.com: Terima kasih Cik Tie diatas kiriman artikel petua cara melawaskan kencing ini. Tentu sengat membantu mereka-mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas.
akubiomed says
Bagus tip ini. Alhamdulillah tidak ada masalah membuang air kecil.
Hairul Hissam says
Itu menunjukkan tahap kesihatan bro masih bagus…. 😀
nurmisnan says
Neber say neber to mengkudu.. pahit tuh…
sanggup minum air barli lagi.. thanks brother
Hairul Hissam says
Pahit tu yg berkhasiat….. Air barli lagi mudah diminum… 😀
etuza says
petua yang sangat berguna..manfaatkan apa yang baik.
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat… 😀
TehR says
setakat ni masih ok je
cuma aku memang tak tahan sejuk
mesti rasa nak gi kencing
hehe
Hairul Hissam says
Jarang dengar kes alergik pada sejuk mcm bro tehr….
dulu masa saya sekolah, kalau nak naik pentas, mesti terasa nak kencing..heee
puteri kasih says
petua yang memang berguna. Selalunya bila ada masalah kencing, ada juga masalah kesihatan yang lain kan 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu… biasanya ia petanda kpd penyakit yg lebih besar… 😀
puteri kasih says
sebab tu masalah kencing tidak boleh dipandang remeh kan
Hairul Hissam says
dan elok diubati segera sebelum lebih teruk 😀 …
suri says
minum air suam banyk2 kurnagkan minuman manis huhu…terutama air gas
Hairul Hissam says
Minum air masak byk2 mmg byk khasiatnya utk pembersihan dlm bdn spt kata cik suri… 😀
Azeni Ahmad says
Memang tak selesa sungguh kalau asyik nak terkencing je.
Jadi malas nak kuar rumah kan.
Tapi kencing tak lawas bagi wanita memang banyak faktor.
Kena peka dengan badan.
Hairul Hissam says
Semoga kita menjaga kesihatan badan kita..