Sebelum kita ke panduan mengecat cat rumah. Saya nak tunjuk dulu satu testimonial pakej www.rahsiaputu.com yang dilancarkan pada bulan ini. Testimonialnya ini dari en Shah Mansor yang merupakan bekas pembeli pakej taufufah saya. Dan syukur, saya telah menjumpai orang yang boleh supply buluh dan alat mengukus putu bambu dan piring secara pos ke rumah pembeli. Semuanya ada dimuatkan di dalam pakej www.rahsiaputu.com
Kembali kepada tajuk artikel ini iaitu cara mengecat cat rumah. Tentu ramai dah bersiap sedia untuk mengecat rumah sempena hari raya puasa nie. Yelah, mesti nak rumah kelihatan menyerlah dan bargaya kan. Kalau boleh, bersinar-sinar kan. Baru syok beraya sakan. heee. Cuma letih sikit la mengecat rumah ni. So elok cat sebelum puasa. Jom kita ke panduan mengecat cat rumah yang mudah ini.
.
Persediaan Sebelum Mengecat Rumah
Ok. Sebelum mengecat, pastikan dinding tersebut bersih dan licin. So gosoklah sikit dengan kain untuk menghilangkan debu atau kotoran pada dinding. Manakala untuk bahagian dinding yang timbul atau berbonjol, kena ratakan dulu dengan scrapper. Untuk gambar di sebelah kanan sekali itu ialah filler untuk menutup lubang-lubang pada dinding jika ada. Caranya mudah je. Tampal je adunan filler tu ke dalam lubang dan biarkan kering semalaman.
.
Peralatan Panduan Mengecat Cat Rumah
Peralatan mengecat ialah roller, brush, bekas cat dan alas plastik atau surat khabar. Gambar cat di sebelah kiri tu ialah Sealer dan gambar di sebelah kanan ialah cat jenis Acrylic. Untuk permulaan, elok cat dengan sealer terlebih dahulu. Sealer ini seperti gam antara cat acrylic dengan dinding untuk cat tahan lebih lama. Sealer perlu disapu terlebih dahulu sebelum cat acrylic disapukan.
.
Cara Mengecat Cat Rumah
Kita mulakan dengan menyapukan sealer pada dinding rumah. Elok sapukan pada bahagian tepi-tepi dinding terlebih dahulu menggunakan brush. Untuk bahagian bawah lantai, elok tampal dengan masking tape untuk mengelak kotoran pada lantai. Setelah siap, barulah sapukan dengan roller pada kesemua bahagian dinding seperti gambar di sebelah kanan. Untuk bahagian atas yang tinggi tu, elok gunakan tangga.
.
Selepas sealer siap disapukan, barulah kita mengecat menggunakan cat jenis matex (kapur) atau cat jenis Acrylic. Elok gunakan cat jenis acrylic kerana ia lebih tahan lama dan menjadikan dinding anda mudah dicuci. Dah untuk dalam rumah, pilih cat jenis indoor. Manakala untuk luar rumah yang terdedah dengan matahari dan hujan, pilih cat jenis outdoor. Ok cara mengecatnya sama sahaja seperti mengecat sealer sebelum ini.
.
Inilah hasilnya. Rumah saya yang telah siap dicat dengan sealer dan acrylic. Penat juga sebenarnya mengecat rumah nie. Kena tolak ke atas. Kena tolak ke bawah sambil menekannya. Kena buat berulang kali pulak tu sehingga siap. Memang letih. Tapi bila dah siap, rasa seronok pula tengok rumah kelihatan menyerlah dan menawan. Hilang rasa penatnya.
.
Pembersihan Lantai Selepas Mengecat
Biasanya lepas siap cat, pasti ada tompokan kecil cat pada lantai rumah. Jika tompokan cat tersebut belum kering, gosok sahaja dengan kain basah dan ia akan hilang. Tapi bila cat telah kering, elok tolak dengan scrapper yang dialas dengan kain untuk menanggalkannya. Semoga artikel panduan mengecat rumah ini memberi manfaat kepada anda. Elok juga klik button share dibawah untuk rakan-rakan anda belajar cara mengecat rumah dengan lebih mudah. 😀
suri says
wah sudah beraya awal rumah kawan kita ini heee
Hairul Hissam says
hari2 saya beraya kat rumah nie.. heee
suri says
raya sakan tak..raya makan hari2 hari2 mau raya hee..
Hairul Hissam says
Islam mangajar kita bersederhana.. chewahhh.. he.he.he.. 😀
Hafizul says
Hehe..betul tu bro..
Joe says
Perlu buat coating tak?
Hairul Hissam says
Sealer tu kira mcm coating kot.. 😀 .. Kalau ikut kedai cat dan kontraktor rumah, guna sealer dan cat acrylic dah cukup.. Cuma kalau nak lebih elok cat dua kali utk cat acrylic tu.. 😀
Joe says
Orait… hujung tahun nie aku try…
Hairul Hissam says
lama lagi tu.. 😀
Anuar says
Tips yang sangat berguna… Lepas ni bolehlah kita mengecat rumah secara beramai-ramai…
Hairul Hissam says
Jom ramai2 kita mengecat.. heee
puteri kasih says
wah dah siap cat rumah yer..makin berseri la sekarang 🙂
Hairul Hissam says
tinggal menanti penyeri shj.. heee
ciknor says
komen ni paling best, huhu…cepat2 tau
oo…filler namanya ye..tu le yang saya pikir selama ni nak cari.
info yg bagus, tkasih
terselit pulak takasima ye
Hairul Hissam says
he.he.he…. dah letih asyik kena sound dgn jiran2 heee..
Filler tu boleh di beli di kedai hardware cik nor 😀
puteri kasih says
kalau camtu..cepat cepatlah cari penyerinyer..hehehe
Hairul Hissam says
TAk de dlm azam tahun nie la cik puteri. ha.ha.ha..
puteri kasih says
jadikan azam tahun depan la camtu…hehehe
Hairul Hissam says
tak pe la, jadikan asam garam kehidupan. heeee 😀
TehR says
tugas terakhir tu yang malas nak buat
bersihkan lantai
haha
Hairul Hissam says
kalau guna alas surat khabar, lagi la bersepahnya…
nasib baik terfikir guna alas meja pastik yg panjang.. kurang sikit kotornya.. 😀
TehR says
tukang cat rumah aku dulu guna tikar getah
nampak bersih juga
Hairul Hissam says
first saya guna suratkhabar, mmg sakit jiwa… suratkhabar skrg pulak kecik2..
bila tukar guna plastik, baru rasa seronok mengecat..
onlajer says
paling tak suka ngecat maleh betui hehe
Hairul Hissam says
nak senang, upah org.. he.he.he..
kakiblog says
perkongsian ini benar2 baguslah bro..
Hairul Hissam says
semoga memberi manfaat buat bro dan pembaca blog 😀
wazy says
baru terfikir nak mengecat rumah,bro plak dah sediakan panduan mengecat ni,memang terbaik la,mari lah mari kita mengecat rumah..hehe
Hairul Hissam says
dah mcm kempen mengecat rumah nie.. he.he.he
Hafizul says
Hehe..memang seronk kan produk kita dapat kepuasan di hati pembeli..emm bab mengecat ni memang malas..malas bila nak kemaskan..hehe
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. Bila ada pembeli yg sudi beri testimonial, rasa lega hati… Risau juga kalau-kalau buat produk syok sendiri. heee. Pembeli tu pun bekas pembeli pakej taufufah saya.
biasanya saya lepas cat.. saya tinggal dulu.. bila otak dan tenaga dah fresh semula, baru kemas… 😀
Hafizul says
Emm saya biasa wak kerja kemas selalu..bila tinggal dulu, makin lambat lah nak simpan..haha..emm tu lah kan..kalau syok sendiri memang sakit jiwa dan raga..haha..semoga bro maju selalu…aminnnn
Hairul Hissam says
kena pula ada anak2.. tinggal sekejap, habis diaorg buat lukisan.. heee..
terima kasih bro hafizul.. 😀
encikarman says
uish.. dah nak beraya kita nih. bulan puasa kan letih plak nak mengecat rumah nih.
Hairul Hissam says
bila puasa confirm, malas giler nak mengecat. hee 😀
waiman takwa says
Assalamualaikum.. Saya memang nak cat rumah tak lama lagi. Nak hari raya. Mungkin nak jual rumah saya
Hairul Hissam says
wsalam.. nie mesti dah beli rumah baru yg lebih selesa.. tahniah.. 😀
mancai says
kena merajinkan diri sendiri nie…
Hairul Hissam says
Kena push diri gak sebenarnya 😀
akubiomed says
Cara bro laksanakan adalah yang terbaik. Hasilnya lebih kemas.
Hairul Hissam says
Hasil tunjuk ajar kontraktor rumah juga.. heee 😀
ProfHariz says
Lengkap bro ! Dah boleh ikut ni. Hehehe
Hairul Hissam says
Selamat mengecat rumah.. 😀
suri says
untungnya kwn saya ini dah ada rumah sendri 🙂 hasil usaha sndri pula tu.skr ini semua dinding rumah dah di catlah yer?
Hairul Hissam says
baru cat luar rumah, ruang tamu dan dapur.. lain2 tu mcm malas nak cat.heee 😀
fyna says
bagus panduan nih ^_^
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat cik fyna.. 😀
ema says
walaupun penat tapi puas hati dgn kerja sendiri kan
Hairul Hissam says
Betul kata cik ema.. mmg rasa puas hati dari hasil tangan sendiri…
suri says
semua benda ada dalam rumah ini 🙂
Hairul Hissam says
sumbat selagi muat.. heee 😀
hafizmd says
Patutlah cat rumah ambe tak berapa nak cantik, sbb tak letak sealer dulu…huhu
thanks bro berkongsi…ambe main redah jer cat sebiji rumah masa masuk rumah dulu…hehehe
dah ade panduan ni, lehlah cat baru…
Hairul Hissam says
Kalau nak cantik guna cat jenis arcylic dan cat dua kali utk cat arcylick tu.. tapi mahal sikit la.. heee.
selamat mengecat bro.. 😀
Azie says
Macam2 kena ada untuk mengecat ye, pernah mengecat rumah mak dulu, habis bersepah satu rumah. Lantai pun kena cat. hahhaah!! Nak dekat Raya ni ramai la orang tukar warna cat rumah kan. Apa-apa pun entri ni boleh dihadikan rujukan nanti.
Hairul Hissam says
kalau guna surat khabar sbg alas, biasanya mmg bersepah.
cuba guna alas plastik, kurang sikit bersepahnya.. 😀
Juan says
ni tgk gaya kaedah professional yg buat ni Hairul, hehhe, saya kalau cat, terus cat jer, hehehe
Hairul Hissam says
Kalau guna cara yg betul, catnya akan tahan lebih lama….. 😀
suri says
salam ramadhan..
sudah bersiap sedia nampak gaya ni..
kemasa dalam rumah cantik
Hairul Hissam says
wsalam ramadhan, saya buat semua nie utk keselesaan sbnrnya… 😀
pahan says
best je nak raya . semangat.heh
Hairul Hissam says
He.he.he.. semangat nak raya haji pula.. ha.ha.ha.
Nani shuhada says
Tips yg berguna.. Baru ade mood nk mengecat walaupn dh abis raya. Klu boleh share cara nk cat grill pn bagus jgk.
Hairul Hissam says
Cat pagar biasanya kita guna cat minyak. Bersihkan dulu pagar tu dgn gosok dengan kertas pasir. Lepas tu baru cat… 😀
evnu says
makasih untuk infonya ,agar kita lebih baik untuk mengecat yang bagus
Hairul Hissam says
semoga panduan cara mengecat ini membantu pembaca blog ini..tqvm.
razman zainal abidin says
As salam..info yg sgt2 berguna..saya memang bercadang nak mengecat rumah ni..boleh bagitahu tak cat kaler ape yang sesuai untuk rumah yang kecik mcm rumah flat..
Hairul Hissam says
Wslm, elok guna color yg terang.. ia akan menjadikan rumah kelihatan lebih luas…..
asyraf says
tumpang tanya… lpas cat sealer tu nk tunggu brapa lama sbelum cat acrilic? ke lpas sealer terus cat acrilic je?
Hairul Hissam says
Kena tunggu sampai ia benar2 kering….
hilmi says
sealer tu sbgai under coat kn?
dan acrylic tu cat color2 utk indoor or outdoor kn?
Hairul Hissam says
Yup.. sealer tu lebih kurang sbg gam antara dinding dan cat acrylic. Selamat menge cat rumah.
badrul says
asslm tuan saya nk mntak pencerahan kenapa setiap kali saya sapu cat pada dinding dan selepas kerin dinding sya akan keluar kulat..
sekian terima kasih tuan..
Hairul Hissam says
Kalau di luar rumah, elok guna cat out door yg tahan kulat… sebab bahagian luar mudah kena hujan dan menyebabkan berkulat…
diana says
oke tipsnya ,, thanks
Hairul Hissam says
selamat mengecat rumah….
Noriza Rahman says
MV pun baru mengecat rumah sendiri hari ni, memang sukar juga bila buat sendiri kan, tapi puas hati la…
Hairul Hissam says
wahh.. cat utk raya cina keee. heee
betul tu.. kalau buat sendiri.. baru puas hati..
jue says
Nk kna tggu sealer kering dulu atau boleh terus cat acrylic ketika sealer masih lembap?
Hairul Hissam says
Elok tunggu sealer kering dulu..
Ammar says
Apakah bahan2 yg mahu d campurkan
Ammar says
Di dalam cat
Hairul Hissam says
tak pasti pula saya..