Jiran ada tanya “Bang. Macam mana abang buat bisnes online? Ajar laaa”.
Ramai lah saudara mara dan kawan lama tanya. Kalau boleh, semua nak buat bisnes online. Mereka pun baca blog saya ni.
Tapi korang sedar tak?
Kalau bisnes online ni mudah diajar dan mudah berjaya. Habis laaa kilang-kilang tak de pekerja. Habislah sekolah tak de guru. Semua pakat buat bisnes online di rumah.
Sebenarnya lebih 95% orang buat bisnes online berakhir kegagalan. Terlalu ramai yang gagal. Kalau jiran saya tahu lebih 95% gagal, dia pun tak berani nak tanya. Nak cari penyakit. Silap langkah, boleh huru hara rumah tangga dibuatnya.
Betul ke 95% seller online berakhir kegagalan?
Saya bagi dua sebab utamanya.
Sebab Utama 1: Terlalu Ramai Seller Berniaga Di Tempat Yang Sama.
Masalah bisnes online ialah terlalu ramai seller dari seluruh Malaysia akibat mudah dijalankan. Bila terlalu ramai yang bersaing sesama sendiri, maka ramai lah yang gagal.
Ramai tak sedar dalam bisnes online, mereka berniaga di tempat yang sama. Lebih ribuan seller berniaga di tempat yang sama. Memang laa ramai lingkup.
Nak bagi anda paham, katakan 1000 seller barang hardware (dari seluruh Malaysia) jual online di shoppee. Tentulah top 20-50 seller sahaja yang berjaya. Sebab customer akan beli dari top 20 listing barang di online shopping
Itu contoh kedai hardware yang perlukan modal besar. Kalau bisnes online yang modalnya kecil, tentulah lagi ramai seller dari seluruh Malaysia yang nak buat.
Macam bisnes online jual video panduan. Bila mudah dijalankan, maka ramai nak buat. Lepas tu, anak murid, cucu murid, cicit murid pun nak mengajar benda yang sama. Last2 bersaing dengan anak murid, cucu murid dan cicit murid sendiri. Memang letih bersaing dengan ramai seller.
Sebab Utama 2: Jumlah Seller Online Bertambah Tiada limit
Masalah bisnes online kedua ialah seller baru muncul tak henti-henti dari seluruh Malaysia. Hari ini muncul 10 seller baru. Esok muncul 50 seller baru. Minggu depan muncul 100 seller baru. Bulan depan muncul 1000 seller baru dari seluruh Malaysia.
Kemunculan seller baru pasti menjejaskan seller online lama. Sebab tempat niaga sama.
So bisnes online nie tak menjamin masa depan yang baik. Kalau tahun ni bisnes anda bagus. Tahun depan belum tentu lagi akibat kemunculan ramai seller baru yang lebih bersemangat. Lepas tu, bersaing dengan harga tak masuk akal.
Letih kak/bang oiiii nak bersaing dengan ramai sangat seller.
Cuba tanya pada diri anda. Anda mahu ke, buka kedai yang di depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah pesaing anda. Lepas tu, pesaing baru bertambah tak henti-henti. Mau sesak nafas anda. Tak lama kiok la anda.
Macam jual mee sup laa. Kiri, kanan, belakang, depan pun jual mee sup. Nak ke, berniaga di situ?
Bisnes Kedai Offline Yg melahirkan Ramai Usahawan Berjaya.
Berbeza bisnes kedai offline yang jumlah kedai terhad. Bila semua lot kedai telah disewa, maka tiada lagi pesaing baru akan muncul. Lagipun jumlah peniaga offline di taman takdelah seramai peniaga online dari seluruh Malaysia.
Sebab itu, bisnes kedai offline melahirkan ramai usahawan yang berjaya.
Contohnya, satu taman ada 5 kedai hardware yang berjaya. Kalau ada 1,000 taman di seluruh Malaysia. Tentulah melahirkan 5,000 usahawan hardware yang berjaya.
Itu belum campur usahawan kedai lain seperti kedai runcit, kedai elektrik, kedai makan, kedai akuarium dan lain-lain. Bermakna ratusan ribu usahawan dilahirkan dari bisnes kedai offline. Bukan online.
Kalau anda buka kedai offline dan gagal di taman A. Anda masih boleh pindah kedai ke taman baru dan akhirnya berjaya. Tapi kalau anda buat bisnes online dan gagal. Anda nak berpindah ke mana lagi?
Sebab itu bisnes kedai offline lebih selamat untuk jangka masa panjang. So jika anda ingin berniaga, bisnes kedai offline adalah pilihan yang terbaik dan selamat.
Kalau anda guna pemasaran online untuk membantu bisnes kedai offline anda. Ia sangat bagus. Tapi kalau anda buat semata2 bisnes online. Risiko kegagalan di masa hadapan agak besar. Tunggu masa tersungkur, akibat persaingan yang terlalu ramai dan terus bertambah.
Nasihat saya fokus pada kerja dan keluarga anda.
Nasihat saya, kalau anda sudah ada kerja, fokus pada kerja. Guna masa dan wang anda untuk family anda. Itu yang terbaik.
Sebab buat bisnes nie akan banyak mencuri masa dan tenaga anda. Kan lebih indah, masa tu digunakan untuk keluarga. Lebih 20 jam masa digunakan untuk kerja, mengemas dan tidur. Hanya tinggal berapa jam sahaja untuk keluarga
Masalah kerja, keluarga, sekolah anak pun dah agak membebankan. Nak tambah lagi dengan masalah bisnes. Takut yang dikejar tak kesampaian. Yang dikendung keciciran.
Buat bisnes utk kejar kemewahan hanya beri kehampaan dlm hidup anda
Percaya laa, harta dunia hanya beri kepuasan sebentar sahaja. So sangat merugikan masa dan tenaga yang dikorbankan untuk mengejarnya. Sangat rugi.
Kereta mewah.. Rumah Besar… Kemewahan… Lepas sebulan anda nikmati, ia akan jadi benda biasa yang tiada apa yang istimewa lagi.
Nak mudah paham. Cuba anda ingat semula jam mahal atau kasut mahal yang pernah anda beli. Masa mula-mula beli dan pakai memang syok dan teruja. Tapi lepas sebulan, ia jadi barang biasa. Dah tak rasa apa-apa syok lagi.
Sama konsepnya dengan rumah besar dan kereta besar.
Macam brother Aeril ni. Lepas sebulan pakai Lamborghini, dah tak de rasa apa-apa syok lagi. Dari membazir duit, bayar bulanan kereta yang mahal. Lebih baik guna duit tu untuk benda lain yang lebih bermakna.
Sebab tu orang kaya ada banyak kereta mewah. Mula-mula pakai memang syok. Tapi lepas sebulan, dah tak rasa syok lagi. Kemudian beli kereta mewah jenis lain untuk mencari kepuasan. Lepas sebulan pun sama dan cari lagi kereta jenis yang lain. Last2 semua kereta tersadai di garaj. Nak cover, cakap kononnya buat koleksi.
Percaya laa, apa jua harta dunia, hanya beri kepuasan sebentar sahaja. Sebentar sahaja. So sangat merugikan masa dan tenaga yang dikorbankan untuk mengejarnya. Sangat rugi.
Nasihat saya fokus pada kerja dan keluarga anda.
Nasihat saya, kalau anda sudah ada kerja, fokus pada kerja. Guna masa dan wang anda untuk family anda. Itu yang terbaik.
Mungkin artikel ini agak mengecewakan bagi yang nak buat bisnes online. Tapi saya tulis untuk kebaikan anda. Saya tak mahu laa anda sampai terhantuk berbenjol-benjol, baru nak terngadah.
Akhir kata. Kalau anda belajar memasak untuk persediaan dibuang kerja. Itu yang terbaik.
Kalau anda tetap nak buat bisnes juga, buat bisnes kedai offline kerana lebih menjamin masa depan anda. Dan jika anda tiada modal untuk buka kedai. Boleh mulakan dengan jual makanan dari rumah untuk kumpul modal, pelangan dan pengalaman.
Leave a Reply