.
Artikel ini merupakan kiriman Cik Azrie Amrie. Di dalam Islam amat digalakkan untuk bersifat malu kerana dapat mengelak diri dari banyak pekara yang tidak di sukai Allah s.w.t. Jom kita baca artikel yang sangat bermanfaat ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: βSifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.β
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Penerangan:
Sifat malu adalah salah satu sifat mahmudah yang perlu ada dalam diri setiap muslim. Sifat malu dan silu Rasulullah S.A.W mengatasi sifat seorang gadis sunti yang berada di sebalik purdah, “Jika Baginda S.A.W tidak menyukai sesuatu kami dapat mengenalinya melalui wajahnya : disebabkan sifat pemalunya yang bersangatan, Baginda S.A.W tidak suka menyatakan sesuatu yang Baginda S.A.W tidak suka.
Sebahagian Ulama berkata bahawa ini dimaksudkan bahawa gadis sunti yang berpurdah biasanya mempunyai perasaan malu lebih daripada seorang gadis yang berpeleseran ke sana ke sini tanpa berpurdah walaupun setiap anak dara sunti lebih atau kurang mempunyai sifat malu. Dengan sebab inilah Syariat mensyaratkan bahawa hanya cukup seorang gadis menyatakan diamnya sebagai persetujuan nikah.
Begitu juga perasaan malu dalam berbuat perkara-perkara yang ditegah. Yang lebih utama perasaan malu kita terhadap Allah.. meski kita tidak melihat kita, yakinilah bahawa Allah melihat kita sepanjang masa..
Namun begitu, dalam persoalan malu, jangan pula kita rasa malu untuk bertanya tentang perkara yang kita tidak tahu. Juga dalam soal menuntut ilmu. Kata orang, malu bertanya sesat jalan.
Hairul.com: Terima kasih cik Azriey Amrie di atas artikel yang bermanfaat ini. Semoga kita dapat membina perasaaan malu yang membawa kepada kebaikan.
UmmiKami says
Salam manis limau mandarin.. π
Palu banyak perkara palu,
Palu rebana karang seloka;
Malu banyak perkara malu,
Malu kerana orang tak suka.
Hairul Hissam says
wsalam…. manis lagi limau kantonis…..
Mercun papan di raya cina
mercun buluh di raya puasa
Jika malu kerana manusia
Hidup rungsing hati kecewa.
TehR says
Bermain mercun itu bahaya,
Lebih baik bermain congkak;
Sifat malu dituntut agama,
Samada anak, ayah atau emak.
Hairul Hissam says
Org melayu byk permainannya
dari congkak hingga ke wau nya
Ibu Bapa contoh tauladannya
barulah anak baik sejahtera
puteri kasih says
memang penting memiliki sifat pemalu namun biar bertempat juga. Kalau nak buat perkara baik pun malu..satu kerja pun tak jalan nanti kan..hehe
Hairul Hissam says
Kalau semuanya malu termasuk perkara baik…. mmg parah tu spt kata cik puteri….. heeee..
riza says
Sifat ‘malu’ ni kalau ada pada seseorang, akan menambahkan lagi ‘nilai’ pada seseorang tu (added value)…Seseorang itu akan lebih dihormati berbanding orang yang kurang menjaga ‘malu’nya…
Hairul Hissam says
Kalau org yg kurang menjaga sifat malu ini, kita nak dekat pun risau. π
riza says
Maknanya kita ‘dimuliakan’ kerana itu kita tak boleh bersama-sama dengan orang yang kurang menjaga malunya…
Hairul Hissam says
dan bersama2 menasihati mereka agar berubah.. π
riza says
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk menyampaikan nasihat yang berupaya mengubah kepada kebaikan…InsyaAllah.