Syukur alhamdulillah, dapat juga pasang fairing R15 pada motor yamaha FZ150i saya. Barulah nampak segak bergaya. Dah macam motor berkuasa tinggi daa. Lepas nie bolehlah aku hon hon hon awek tepi jalan nie. “Dik.. dik. naik laa.. bila lagi nak rasa naik moto mcm nie dik oiii” heeeee. Ehhh.. saya gurau jeee laaa. Tersilap kena bini orang, mau lebam biji mata. hu.hu.hu.
Nampak berbeza Yamaha fz150i sebelum dan selepas pasang fairing r15. Berbeza sangat. Body nya bertambah cun melecun la. Cara bawa pun terasa berbeza sebab handle dia bengkok sikit dan rendah sikit. Mula-mula rasa kurang selesa juga. Tapi lama-lama terasa seronok pula. Dah macam racing kat litar sepang daaa. Nasib baiklah motor yamaha fz150i nie 150cc jee. So selamat la saya dari bawa motor laju-laju.
Di Johor rasanya belum nampak yamaha fz150i yang pasang fairing r15 nie. Kedai motor sendiri pun tak tahu. Siap tanya saya “Moto baru ke nie.. singapore mali ke?” Masa saya hantar fairingnya ke kedai motor, tauke motor pun takut nak terima. Yelah first time dia tengok. “Nie KL biasa pasang la.. mesti boleh pasang punya laaa” Berkali2 saya yakinkan tauke motor tu, barulah dia berani pasang. Rupanya taklah susah sangat. Cuma perlu tebuk lubang pada fairing sebab ada beberapa tempat srewnya sikit beza.
Yang nie pula yamaha r15 version 2 di pasang pada fz150i. Versi 2 lagi cantik beb. Kalau awal-awal saya nampak gambar nie, confirm dah sambar yang nie. Tapi tak pe la. Manalah tahu ada version 3 akan datang. Boleh la terus sambar yang yamaha r15 versi 3. heee. Semua fairing nie adalah keluaran yamaha India dan boleh dimuatkan di fz150i
Cara Nak Convert Yamaha FZ150i ke R15
Kalau nak convert motor yamaha fz150i jadi macam saya tu, ada 4 part kena beli. 1. complete Fairing (Untuk bahagian depan) 2. Rear Set (untuk bahagian belakang). 3. Handle 4. Meter digital. Kalau nak jimat,ambik complete fairing dan handle sahaja. Manakala meter dan rear set boleh guna yang yamaha fz150i punya. Dan kalau anda beli meter digital pastikan dapat sekali atau beli wiring meter.
Nie gambar fairing yamaha r15 versi 1 sebelum dipasang. Mamat yang ensem tu ialah Fazrul Naem. Lebih setahun gak dia buat bisnes fairing untuk yamaha fz150i nie. Kalau korang tinggal kat perlis, bolehlah pergi rumah dia dan upah dia pasangkan sekali. Kalau yang jauh tu, boleh order secara online. Dia akan poskan guna pos laju atau gdex. Semua fairing adalah original dibeli dari yamaha India
Kalau nak survey harga dan jenis warna yamaha r15, boleh tengok kat fanpagesnya di https://www.facebook.com/FazBikersShop Kalau korang serius nak beli, boleh hubungi Fazrul. NIe no handphonenya: 0142561446. Dia kata, boleh contact dari 10 pagi hingga 10malam sahaja. Boleh juga mesej dia di facebook beliau di https://www.facebook.com/fazrulja
Seorang lagi penjual fz150i convert kepada r15 ialah Ammar Azizi. Student kita, ambik medic kat India. Dia buat bisnes nie secara part time sambil belajar. So kalau korang berminat, dia boleh ambik direct dari yamaha India dan pos ke rumah anda dari India. Untuk detail harga dan barang, Boleh hubungi Ammar Azizi melalui facebook beliau di https://www.facebook.com/ammar.azizi
Saya kenal penjual fairing fz150i atau r15 nie dari group fb fz150i Crew di https://www.facebook.com/groups/FZ150iCrew/ Ramai lagi penjual fairing nie dalam group fz150i Crew seperti Syahrul Hadi Ibrahim. Kalau kenal atau beli melalui group fb, lebih selamat sikit. Sebab kalau ada yang cuba menipu, confirm dah kena balun dulu dengan member group. Ok..kalau anda ada motor fz150i, dah bolehlah convert to r15. Barulah mengancam beb. heee
akubiomed says
Saya juga pemilik FZ warna hitam. Berhajat juga hendak pasang full fairing.
Hairul Hissam says
Apa ditunggu lagi bro.. sambar laa satuuu… confirm semua mata memandang bila bro naik ngan bini bro. heee 😀
Malek says
Nak fairing cam ne bro
Hairul Hissam says
rasanya ramai dah tak jual…
UmmiKami says
Assalamu’alaikum Hairul…dah makan ke belum…..^^
Besar n sophisticatednya motor tu…kak Ummi tunggang Honda Future ja… ^^
Hairul Hissam says
Wsalam. Asyik tengok moto tu sampai lupa nak makan kak ummi. he.he.he..
Jom la naik moto tu ngan saya.. bila lagi nak rasa naik moto tu. heee.. gurau jee 😀
onlajer says
hehe aku cuma ada yamaha lagenda la , jadi tak boleh la nak convert jadi macam ini haha
Hairul Hissam says
Mana tahu. yamaha India buat fairing utk lagenda pulak nanti.. boleh kita sama2 pasang kat moto yahama lagenda.. heee
Mizz Aiza says
nampak cantik selepas dipasang fairing tu.. aiza lesen motosikal pun takde.. hehe..
Hairul Hissam says
Ramai juga kata cantik moto nie mizz aiza. siap tanya saya beli kat mana
kalau teringin ambik lesen moto nanti.. bolehlah sambar moto fz nie. heee
Mizz Aiza says
insya-Allah.. hehe..
Hairul Hissam says
aminn.. heee
Index Apk says
weh, best moto two ni..
Hairul Hissam says
best dan mengancam. heee
Roslan says
Salam My X housemate (Sg Tangkas),
Hebat la ko sekarang Rul… 🙂 Dah jadi peminat motor besar sekarang… Suzuki Best ada lagi?
Hairul Hissam says
Wsalam Roslah Shah… lama tak jumpa.. semoga bahagia dgn isteri tersayang
oh tak lah..kalau betul2 peminat.. dah beli yg lagi beso cc.. heee..
Moto fz tu lebih kpd utk jalan jauh shj 😀 lagi jimat minyak dari moto lagenda aku.
Suzuki best tu dah tolak kedai la… tapi lepas grad..lama juga aku pakai moto suzuki best yg berasap2 tu. heee
AR says
kunjungan perdana, salam blogger
Hairul Hissam says
Terima kasih atas kunjungan…
puteri kasih says
wahhh nampak semakin mengancam..pinjam jap..puteri nak gi race..hahaha. gurau je 🙂
Hairul Hissam says
Oh. baru taw. minah rempit rupanya puteri niee. heeee….
puteri kasih says
minah rempit apanya…bawa motor pun tak reti..hahaha.
Hairul Hissam says
oh.. minah rempit duduk seat belakang la puteri nie… heee
puteri kasih says
rempit ngan basikal bolehlah kot…hahaha
Hairul Hissam says
teringat pula merempit ngan basikal masa kecik..
sebab nak try skill baru, abis luka siku dan lutut2. sampai skrg ada parutnya :D..
cik tom says
fuyoo mmg makin cun la lepas convert R15…
pasni ptg2 asyik rempit la ek..hehee
Hairul Hissam says
mmg syokkk cik tom… merempit sambil hon2 awek tepi jalan .. heeee.
tak de la.. biasanya saya bawa moto lagenda jee utk yg dekat2..
Juan says
Adoii Hairul, ni yg buat aku jeles nih, waaa nak motor FZ gakkkk
Hairul Hissam says
Dipersilakan jelousse sepuas-puasnya juan. heee
kalau nak .. boleh .. ambik jee kat kedai moto. heee
Juan says
ni beli fairing semua lengkap termasuk upah pasang kena berapa bro
Hairul Hissam says
Saya ada letak link fanpages utk bro survey harga fairing dan no contact penjual.. Dalam RM3 ribu dah boleh dapat termasuk pemasangan. 😀
Adam says
Mengancam! Tak berat ke kalau pakai fairing ni? Hehe.
Hairul Hissam says
Kalau fairing tu dari besi, tu mungkin berat. hee
Myra Jay says
Kalau dah minat sanggup aje… 🙂
Nasib asben tak minat gini2..heheee
Hairul Hissam says
Kalau husband minat gini2.. hari2 boleh round taman ngan moto gini2.. heee
Myra Jay says
Hheheee, biarlah moto gitu2 je. tak sanggup mak moto gini2..hehee
Hairul Hissam says
heee… tapi kalau ada depan mata.. confirm nak naik juga tu. .heee
ema says
terus nampak hebat motor ni.
Hairul Hissam says
bila bawa pun terasa lebih hebat dari sebelumnya.. hee
titan says
pehh..pinjam seminggu, leh? hehe..
Hairul Hissam says
dah rantai la bro.. heeee
hanif says
Assalaamualaikum bang.. apa kabar? nak tumpang tanyela.. utk fairing r15 v2 tu dekat area JB ada x? dari dulu nak fairing.. survey2 area JB susahla.. jumpa2 kat tajmotoshop(kedah) jauh plk klu nk ke sana.. blh bg pendapat x? atau dekat2 dgn negeri johor? mmg berkenan. lame nak fairing cuma x tahu port je. klu nak post2 barang ni risau plk, x berapa yakin klu blh nk pergi tempat yg jual fairing tu n pasang terus..
Hairul Hissam says
wsalam.. Kat Jb. saya tak pasti pula.. sebab saya ada try tanya kedai moto kat johor.. mereka tak taw… 😀
hanif says
ok takpe terima kasih. Nampaknye mmg kene jauh merantaula ke utagha nk fairing punye pasai he2.. abg tahu x tajul(tajmoto shop) dgn kedai kat perlis tu ok mane ye? dulu abg post eh.. blh bg pendapat x?
Hairul Hissam says
Oh tak perlu.. order online jee spt saya buat..
Elok baca artikel saya dgn teliti, ada saya letak penjual fairing yg boleh dipercayai…
selain dari senarai tu, saya tak tahu pula.. 😀
azwan says
memang nampak berbeza daripada yang asal
kenapa yamaha malaysia tak bawak masuk model/cover set macam tu kat malaysia?
Hairul Hissam says
Saya pun tertanya gak.. Sepatutnya diaorg jual lah motor yamaha r15 kat malaysia 😀
ohcikgu says
fuhhh..leh main convert-convert ekk
Hairul Hissam says
teringin pula convert keta saya jadi keta sport ferrary.. heeee
faizal says
baguslah anak muda sekarang ini..pandai buat bisnes walaupun sambil belajar. bisnes besar pulak tu
Hairul Hissam says
saya pun puji mereka buat bisnes semabil belajar.
satu pendedahan awal yg sangat bagus.. 😀
Hafizul says
Wahhhh memang cun dah ni…emm nampak macam superbike yang hebat gitu…haha
Hairul Hissam says
Yg bawa pun terasa perasan hebat mcm racing kat litar sepang. heee
Hafizul says
Wahhhhh tak ada lagi hebat dari ni..hahahaha
Hairul Hissam says
dan tak jemu mata memandang. heee
hafizmd says
itu penting…mata tak jemu…hehe
Hairul Hissam says
beru bersemangat.. heeee
hafizmd says
perghhhhhhhh! mmg cunlah bro…
beza tu sebelum selepas…mmg terbaiklah…
tp yg versi 2, mmg lagi cun…mengancam betullah!
Hairul Hissam says
Cuma satu jee bro.. handle dia rendah sikit la bro…. bila jalan jauh rasa kebas pula. mungkin sebab design motor tu utk handle tinggi kot…. so nak kena beli fox yg lebih tinggi pula 😀
Safwan Haziq says
Berape cost semua sekali???nak pkai jgak fairing r15…gmpak
Hairul Hissam says
Saya ada sediakan link penjual fairing. Elok masuk linknya dan bertanya dgn penjualnya. Sebab biasanya harga barang nie ada turun naik.. 😀
muhammad hizwan says
Cun jugak. Tapi kalo utk oversize cam aku nie macam x berapa kena jer kalo tunggang. Lol.
Hairul Hissam says
Tgk juga macam mana oversize nyeee…. rasa ok lagi bawa fz dari kapcai… 😀
hareez says
bro seat double tu x jual ke bro ?
Hairul Hissam says
eh.. seat double tu saya guna lagi..
tapi kalau bro nak beli fairing lama fz, adalah.. 😀
AA says
bro bajet nak convert ke R15 tu berapa bro ? ada orang kata sampai 4-6 ribu
Hairul Hissam says
Mungkin diaorg ambik untung byk tu kot..
Kalau mcm saya tu dalam 3ribu jee spt link penjual yg saya bagi..
kalau nak tukar tank, fox dan accessories lain, tu mmmg lebih lagi.. 😀
awe says
salam bro.. cntik moto, xsgka plak fz bleh mod cntik cmni.. kt klate ni ntah ada x kdai yg bleh psg cmni. lg satu bro, fz model br bleh msuk ke fairing cmni?
Hairul Hissam says
wslm, Saya tak pasti pula utk fz model baru. elok tanya dgn penjual fairing yg saya letakkan linknya dalam artikel ini..tqvm 😀
kasrul says
hi…bro
sy ada fz150i yg igin sy convert R15 …brpa kos semua sekli tidak termasuk metr r15 sbb mter sy guna yg ori la ..
Hairul Hissam says
Dalam artikel diatas ada link penjual fairing. elok bro masu pages mereka dan bertanyakan pada mereka utk harga terbaru… 😀
aidil says
Salam bro…..brape hrge moto fz150i nie ea…..trus brminat lpas tngok moto bro nie….
Hairul Hissam says
saya baru tgk kat laman web tbsmotor.com.my , harga dah turunlah ke 7500 ….masa saya beli rasanya dalam 9k…
syah says
Bng,dekt area kl ad x nk buat fairing yamaha r15? Klaw boleh bgi lokasi x
Hairul Hissam says
maaflah.. saya tak tahu..
kamarul says
klu trus antaq rumah,spe nk memasangnye?sy x tau psang…huhu…
Hairul Hissam says
Cuba baca artikel tu dgn teliti. Ada saya ceritakan…
East Dust says
Terbaik bro! baru la rasa nak bli FZ150i ni makin mendalam haha..kalo tak hati ni nak ke Honda je 🙂
btw..awk xde wat tutorial vdeo ke..photo ke cara2 pasang sendiri?
Hairul Hissam says
Saya dah jual dah motor tu bro.. sekarang guna kawasaki ninja 250r se.. lagi bestttt…
Farid Haikal says
Salam bro. Boleh bg tau berapa kos setiap 4 set tu and kos utk upah pasang tu?
Hairul Hissam says
Saya sendiri dah tukar motor kawasaki ninja 250 se.. lagi syokkkkk..