Nak share sikit cara pilih bengkel gate atau pagar rumah. Sebab kalau tersilap pilih, memang sakit jiwa dibuatnya.
Tapi sebelum tu, jom tengok dulu kek red valvet super red, super moist dan super sedap.
Kalau buat kek butter teknik saya, tak perlu nak ayak bagai2. Tekniknya pun lebih mudah dan pantas. Memang sesuai untuk bisnes dan jual pada kuantiti banyak.
Anda boleh belajar di www.bisneskek.com
Cara Pilih Seller Bengkel Gate Pagar Rumah.
Dibawah ini 7 step yang perlu korang buat.
Step 1: Korang kena pergi ke bengkel seller gate tersebut.
Step 2: Di bengkel tanya pekerja yang incharge buat gate jika owner bengkel tiada. Tanya umur dan berapa lama dia bekerja. Biasanya owner tak selalu ada di bengkel sebab jumpa customer.
Step 3: Di bengkel, tengok gate-gate yang sedang dibuat. Tengok sambungan besi-besi dan hasil kerja mereka.
Tak boleh hanya tengok pada gambar kerana tak akan nampak detail.
Step 4: Elok pergi juga ke 2-3 bengkel lain dan buat perbandingan.
Step 5: Jangan pilih bengkel kerana harga lebih murah. Nanti korang menyesal. Tak semua bengkel bagus.
Step 6: Kalau korang puas hati, keesokkan hari baru bayar deposit.
Step 7: Jangan lupa berdoa agar Allah membantu anda mendapat bengkel yang bagus. Doa, usaha, tawakal dan redha atas ketentuanNya.
Bonus: Nak lagi selamat, lepas order, seminggu sekali, datang tengok progress gate anda di bengkel tu. Barulah diaorang tak buat sambil lewa.
Memang tak boleh tergesa-gesa pilih bengkel.
Kisah Sendiri Tukar Gate…
Baru-baru nie saya ada tukar gate rumah. Order sebelum raya. Tapi dapat, selepas raya.
Nasib tak baik, tak lama lepas order, owner gate jatuh sakit. Lepas owner sakit, semua pekerjanya cabut, masuk kerja singapore.
Bila owner pulih, tak boleh buat kerja berat sangat katanya. So dia buat dengan pekerja baru dia. So saya rasa gate saya tu, jadi tempat training pekerja baru dia, yang kurang pengalaman.
Lepas siap, sekali pandang memang lawa. Tapi bila tengok dengan teliti, memang geram juga pada mulanya. Lama-lama tengok, tak de laa teruk sangat. Sebab tak nampak sangat bahagian yang kurang lawa.
Gate Lama Lepas Cat Lagi Lawa
Asalnya nak tukar bumbung/awning depan rumah ajee. Tapi bila tengok gate lama yang berkarat. Tu yang terfikir. Alang-alang tukar awning, baik tukar sekali gate depan.
Gate lama ni saya beli 10 tahun lepas. Pernah cat semula 5 tahun lepas.
Bila cat semula gate lama dan gosok papannya, Aduhai masih lawa lagi gate lama tu. Kalau haritu cat dulu, rasanya tak order gate baru tu.
Redha ajee laa. Kita berusaha, Allah jua yang menentukan.
Nak sedapkan hati. Nanti dah bosan dengan gate baru stainless steel tu, boleh tukar balik gate wrought iron nie. Ha.ha.ha
Cuma masalah gate besi ni, lepas beberapa tahun, ia akan berkarat dan perlu dicat semula. Kalau gate stainless steel tak perlu.
Saya suka letak gambar di blog saya sebagai kenangan.
akubiomed says
Simpati musibah yang berlaku.Beza orang berpengalaman dan yang baru bekerja. Dalam kes ini pemilik bengkel perlu pastikan kualiti kerja terpelihara.
Hairul Hissam says
Tu laa.. kalau seller tak jaga kualiti kerja, takde sapa nak order dengan dia lagi.
mrhanafi says
tak sangka bro teliti juga orangnya,,
tentang tips tersebut..memang boleh pakai..terbaik
sebab amat praktikal
Hairul Hissam says
Tapi sayang dpt gate kurang berkualiti. Redha je laa kan.