Rindu pulak nak menulis artikel. Makan tak kenyang mandi tak basah dibuatnyeeee. 😛 . Kebetulan ramai pula berkongsi pengalaman kena tipu ribuan ringgit di online. Kesian pula saya tengok yang kena tipu dengan penipu online nie. Tapi sebelum saya share kisah mereka, apa kata kita tengok dulu email yang saya terima dari pembeli www.rahsiabun.com. Seorang cikgu yang menjual bun di kantin sekolahnya secara senyap2.
Saya percaya ramai yang rasa malu nak jual makanan. Malu kalau orang lain tak suka. Malu kena kutuk kat pejabat. Malu kena sindir dengan anak murid. So jika anda ada rasa malu seperti ini, elok sangat guna cara cikgu nazatul. Jual senyap-senyap dulu. Bila dah popular, baru pekenalkan diri. Tapi jangan lupa letak brand pada jualan tu.
Cara Penipu Online Menipu Wang di Internet
Macam-macam cara mereka menipu di online. Cara paling popular ialah melalui pemberian hadiah kepada mangsa melalui facebook. Cara mereka memang licik. Pada mulanya penipu online ini berkenalan dengan mangsa melalui facebook sambil menunjukkan kekayaan mereka. Kemudian menipu memberi pelbagai hadiah dan wang ringgit yang diposkan ke rumah. Selepas barang kononnya diposkan, mereka akan menyamar menjadi pegawai kastam meminta ribuan ringgit untuk barang dilepaskan. Jom baca kisah yang dikongsi pembaca di bawah:
Banyak lagi cara lain penipuan online yang dikongsi pembaca. Ada mereka share dalam komen biasa dan komen fb di artikel Penipuan Internet Dan Kisah Ditipu Hampir RM12Ribu. Sebelum ke artikel tu, apa kata klik Like atau share untuk artikel ini supaya kawan-kawan anda berwaspada dan tidak tertipu.
Ummi Hanie says
berurusniaga dlm dunia internet ni kena berhati2 lebih…
kalau dah biasa dgn seseorg seller atau buyer tu, senang keje
Hairul Hissam says
Betul tu kak ummi. Kena berhati-hati dan ada ilmu juga…
semoga kita semua dijauhi dari penipuan internet nie.. amin..
muhammad hizwan says
Dah biasa sangat kes-kes macam nie. orang zaman sekarang nie mmg sanggup buat apa sahaja untuk survive. Malangnya dorang sanggup menipu.
Hairul Hissam says
Memang benar tu… Kerana duit sanggup mengadaikan apa sahaja termasuk pegangan agama dan nilai murni 😀
akubiomed says
Penjenayah siber ini sangat licik ada sahaja akal untuk memperdayakan mangsanya.
Hairul Hissam says
Siang malam mereka berfikit bagaiamana mempedayakan wang mangsa. strategi penipu online nie mmg licik 😀
ema says
cara menipu mereka sangat lici hingga ramai terpedaya dan mudah percaya sebab apa..sebab senang nak dapatkan duit.
Hairul Hissam says
betul tu.. Satu lagi sebab ialah rakyat malaysia nie banyak duit.. 😀
Hafizul says
Emm malu..tu lah punca sebenar saya susah nak meniaga..hehe..terbaik la..seronok pulak baca emel cikgu tu…emmm boleh start dah tu letak kat kedai makan pulak..hehe
Hairul Hissam says
Mmg ramai rasa malu jual makanan nie. Lebih2 lagi ditepi jalan.. Tapi ia merupakan income yg agak lumayan jika kena dengan tempat dan makanan yang mergin untung tinggi. Kalau rasa malu nak jual sendiri boleh lah letak je kat kedai spt kata bro hafizul heeee.. 😀
puteri kasih says
memang macam-macam kes jenayah cyber..kena sentiasa berhati-hati. Dalam bab menjual makanan tu rasanya tak perlu nak malu kan, sepatutnya kita bangga dengan bakat yang kita ada. Bukan semua orang ada bakat contohnya buat kek atau buat bun ke kan. Jadi kalau dah terer buat tu, tak perlu malu. 🙂
Hairul Hissam says
Eh tak perasan pula comment puteri.BIasanya rasa malu nie utk permulaan jeee puteri… bila dah start jual.. insyaAllah hilang rasa malu tu…. Dan pada saya bisnes kek dan roti nie tak perlu bakat tapi cuma perlu praktis terutamanya dlm decorasi kek. Practise make perfect.. 😀
Saiful Haziq says
Salam encik Hairul,
Saya Saiful. Saya rasakan tuan punya blog punya pelawat yang ramai dalam kalangan pemilik gerai dan restoran, jadi saya ingin meletak iklan pada blog tuan untuk website saya yang menjual LED sigboard. Boleh bincangkan urusniaga?
Hairul Hissam says
wsalam dan terima kasih…. saya ada tulis satu artikel khas utk iklan di blog saya.. Artikelnya ada dibawah:
https://hairul.com/blog/boleh-tak-beriklan-di-blog-hairul-dan-statistik-blog-hairul/
myrujukan says
best dengar kisah jual bun pau tuh, mula mula biasa la memang macam tu, nanti dah ramai beli jadi bangga plak, hehe
Hairul Hissam says
Betul gak tu bro. kalau dah laku, siap tayang lagi diri sendiri. heee gurau jee 😀
Azie says
ramai kena tipu..sebab salah kita jugak sebelum apa-apa dah cepat sangat percaya dan bankin duit…last-last barang tak dapat
sebelum membeli ke melabur ke siasat dulu..
Hairul Hissam says
Sifat mudah percaya tu yg memakan diri. tqvm..