Alhamdulillah. Berjaya juga pasang sendiri kipas, lampu dan 2 wiring baru di rumah saya.
Asalnya nak upah orang jee. Tapi harga upahnya, mak aiii lebih rm400 untuk semua tu. Harga upah pasang, dah boleh beli kipas atau lampu baru. Tu yang saya pasang sendiri ajee. Banyak jimat oiiii.
Tapi sebelum tu, jom tengok dulu testimonial putu mayam
Alhamdulillah di saat ekonomi slow, jualan putu mayam tetap mendapat sambutan ramai. Kalau korang nak belajar bisnes putu mayam ada di ajar di www.rahsiaputu.com
Cara Pasang Lampu & Wiring Di Tempat Baru.
Lepas saya siap pasang baru terfikir nak buat panduan nie. So tak dapatlah tunjuk gambar sebenar pemasangannya.
Jom kenal dulu 3 jenis wire/wayar yang digunakan.
- Wire Life (hidup): wire nie membawa elektrik dari kotak db bekalan elektrik ke lampu. Biasa warnanya merah atau kuning.
- Wire Neutral: wire ni mambawa keluar elektrik dari lampu ke kotak db bekalan elektrik. Biasa warnanya hitam atau biru
- Wire Bumi (Earth): wire ini membuang lebihan elektrik akibat litar pintas atau petir ke kotak db bekalan elektrik. Biasa warnanya hijau.
Kita guna wire jenis single wire yang tebalnya 1.5mm atau 2.5mm. Nak lebih tahan guna tebal 2.5mm
Boleh ke tiada wire bumi?
Untuk wiring lampu, kalau nak guna wire life dan wire neutral jee pun boleh. Tanpa wire bumi.
Tapi nak selamat kena buat laa wire bumi. Salah satu tujuannya untuk elak mentol terbakar jika berlaku petir atau lintas pintas. Sebab itu wire bumi diikat pada dinding besi lampu.
Beli dulu switch 2 gang 1 way.
Tak susah pasang, sebab anda hanya tukar switch di rumah anda yang 1 button kepada 2 button. Button kedua untuk lampu baru.
So korang kena beli switch 2 button. Namanya: 2 gang 1 way switch. Beli yang 1 way taw.
Diagram Wiring Lampu
Hanya 3 wire sahaja perlu ditambah untuk lampu baru iaitu:
- Wire merah (life) dari switch ke lampu baru.
- Wire hitam (neutral) dari lampu baru ke lampu sedia ada.
- Wire hijau (bumi) dari lampu baru ke lampu sedia ada.
So kena beli 3 warna, single wire yg tebal 1.5mm. So korang ukurkan panjang wire seperti dalam gambar diagram tu. Boleh beli di kedai hardware berdekatan.
Boleh guna wire tebal 1.5mm atau 2.5mm. Nak lagi tahan guna 2.5mm
Jom Mula Pasang Lampu & Wiring Baru
Secara ringkas, anda hanya perlu tukar switch, buat wiring dan pasang lampu di siling. Siap.
Ikut jee step mudah di bawah ini.
Step 1: Buka switch lama dulu
Kita buka dulu switch lama di dinding rumah anda.
Kalau switch jenis biasa, senang buka. Buka jee screw di kiri dan kanan switch.
Tapi kalau switch jenis ada cover, kena buka cover switch dulu. Caranya cari lubang kecil di bawah atau atas switch. Dan cungkil lubang tu dengan test pen untuk buka covernya. Lepas buka cover, baru nampak lubang screw kiri dan kanan.
Step 2: Buka wire di switch lama.
Seterusnya buka wire di switch lama anda.
Ada dua jenis wire sahaja di switch.
- Wire life dari kotak db bekalan elektrik
- Wire life ke lampu.
Tapi kalau dalam satu lubang switch, ada dua wire. Wire satu lagi ialah wire life dari switch lain di rumah anda.
Warning: Sebelum buat step ini, matikan elektrik rumah anda di kotak db bekalan elektrik. Biasanya kotak ni di depan ruang tamu rumah anda.
Nak kenal wire life dari db bekalan elektrik ialah sentuh wire/screw tu dengan test pen. Kalau lampu test pen bernyala, maka ia wire life.
Tapi kena hidupkan semula dulu sumber elektrik di kotak db bekalan elektrik di rumah anda dan offkan suiz/button lampu.
Step 3: Masukkan wire lama ke dalam switch baru.
Sekarang pasang semula wire tu ke switch baru anda.
Ini belakang switch baru 2 gang 1 way. Memang ada label nama pada atas lubang wire iaitu L, L1, L2.
Lubang ‘L1’ & ‘L2’ untuk sambung wire ke lampu. So lubang ‘L1’ untuk sambungan wire ke lampu sedia ada. Manakala ‘L2’ untuk sambungan wire ke lampu baru.
Manakala lubang yang tidak bernombor ‘L’ ialah untuk wire life ke kotak db bekalan elektrik.
Ini contoh switch 3 gang 1 way yang saya pasang di rumah saya. Lubang ‘L1’ untuk wire ke lampu sedia ada. ‘L2’, wire ke kipas baru dan ‘L3’ wire ke lampu baru.
Switch ni ada dua lubang ‘L’. So kena buat sambungan wire antara dua lubang ‘L’. Dan satu lubang ‘L’ perlu dimasukkan wire life dari kotak db bekalan elektrik.
Step 4: Buat wiring ke tempat lampu baru.
Di bahagian atas siling, kita buat sambungan 3 wire sahaja. So kena panjat atas siling.
Pertama sambungkan wire life merah dari switch ke tempat lampu baru.
Kedua, sambung wire neutral lampu baru ke wire neutral lampu sedia ada di rumah anda. Wire bumi pun sama. (Nak sambung wire neutral lampu baru ke wire neutral kipas sedia ada pun boleh)
Kalau nak buat lubang di siling cronice untuk masukkan wire, boleh tebuk dengan screwdriver atau test pen.
Step 5: Pasang Lampu di Siling.
Langkah terakhir kita pasang lampu di siling dan sambung wire ke lampu.
Kalau siling rumah jenis ada kayu, senang sikit. Hanya screw besi bar lampu pada kayu siling.
Tapi kalau siling rumah jenis cronice, kena letak zinc bar atau kayu panjang di bahagian atas cronice. So kena screw besi bar lampu ke cronice dan ke zinc bar/kayu di bahagian atas cronice. Kalau lampu berat elok guna kayu beluti.
Mudah sahaja. Pasang besi bar di siling. Kemudian buat sambungan wire guna cable connector. Akhir sekali tutup dengan besi penutup dan kunci dengan screw.
Nak lebih jelas, masa panjat atas siling tu, tengok laa contoh pemasangan lampu sedia ada di rumah anda. Dan cubalah buka penutup besi lampu sedia ada di rumah untuk lihat sambungan wire. (Masa buka penutup besi tu, pegang rantai lampu agar tidak terjatuh).
Alhamdulillah siap dan boleh hidupkan sumber elektrik di kotak db bekalan elektrik dan on kan lampunya.
Danger: Peringatan Penting
Pastikan tiada wire cooper terkeluar semasa masukkan wire ke dalam lubang switch dan cable connector. Kalau wire cooper terkeluar dan terkena wire lain, memang meletup kecil laaa di kawasan wire tu.
Warning. Ingat ya, sebelum buat wiring, matikan sumber elektrik utama di kotak db bekalan elektrik. Ini paling penting untuk menjaga keselamatan anda.
Nak lagi selamat pakai sarung tangan keselamatan kalis elektrik untuk wiring. Boleh beli di kedai hardware.
Alat Lain Yang Digunakan Pasang Lampu
Untuk sambungan wire lampu, kita guna cable connector seperti gambar di atas. Boleh guna size 10a atau 20a. Boleh beli di kedai hardware.
Anda kena cover single wire di atas siling dengan Corrugated PVC Conduit ni. Masa panjat atas siling, anda boleh tengok contoh pada wiring lama. Boleh beli di kedai hardware
Kalau wire di rumah anda di dalam dinding, boleh guna cable puller untuk masukkan single wire ke dalam paip dalam dinding rumah anda.
Ni kipas yang saya pasang sendiri. Wiring kipas sama sahaja seperti wiring lampu. Cuma kipas kena pasang hook untuk gantung kipas. Dan hook perlu di pasang pada kayu beluti di bahagian atas siling.
Susah Ke Pasang Lampu dan Wiring Baru ???
Sebenarnya belajar matematik tingkatan 1, lagi susah dari pasang lampu dan wiring baru. Tapi sebabkan korang takut elektrik, itulah punca tak berani belajar dan takut buat sendiri.
Lagipun pasang lampu di tempat baru, tak perlu buat sambungan wire ke kotak db bekalan elektrik. So lebih mudah dan selamat.
Semoga artikel ini dapat membantu anda memasang lampu baru di tempat baru. Jimat duit pasang sendiri.
akubiomed says
Satu kelebihan jika mempunyai kemahiran elektrik. Boleh pasang secara DIY dan ambil upah pasang.
Hairul Hissam says
Yup. Boleh jana income sampingan yg lumayan..
mrhanafi says
hebat la awak bro…
saya belum reti lagi nak buat.
Hairul Hissam says
boleh belajar, tak susah tuan.
mrhanafi says
hebat la awak bro…
saya belum reti lagi nak buat.
Saya harap boleh juga cuba sikit-skit
Hairul Hissam says
Saya pun asalnya sikit2 cuba. Bila dah paham, rupanya senang