Pernah mengalami masalah susah tidur. Masuk tidur pukul 11.00 malam. Namun sampai pukul 3 pagi, masih belum dapat melelapkan mata. Memang menyiksakan. Lebih malang lagi jika keesokkan harinya, waktu bekerja. Dah masuk pejabat dengan muka letih lesu. Mulalah terlelap di pejabat. Silap haribulan dapat warning letter dari majikan. hu.hu.hu.
Sebenarnya masalah sukar tidur banyak berpunca dari kecelaruan fungsi otak anda. Orang yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lebih lemah. JIka anda menghadapi masalah ini, amat bijak merawatnya dari sekarang. Tapi jangan guna ubat tidur kerana ianya akan menjejaskan kesihatan anda.
Cara Berkesan Mengatasi Masalah Susah Tidur
1. Salah satu punca susah tidur ialah pada waktu siang kita asyik berfikir dan berfikir. Inilah menyebabkan otak kita terus menerus berfikir diluar kawalan tanpa disedari. So cara terbaik ialah kurangkan berfikir di siang hari. Caranya ialah dengan banyak mendengar radio (bukan menonton tv). Ini dapat mengalihkan minda kita dari asyik berfikir kepada mendengar radio. Dan elok dengar radio IKIM FM kerana ia dalam menenangkan minda, emosi dan rohani kita dengan cara lebih baik melalui terapi Islam. Memang lebih berkesan mendengar radio IKIM si sepanjang siang hari. InsyaAllah malam akan mudah untuk tidur.
Tips tambahan mengatasi masalah susah tidur.
2. Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Samada siang atau malam, elakkan dari berfikir ketika baring. Kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan dibawa ke bilik tidur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir.
3. Jadikan malam anda, waktu beristirehat. Jangan membuat kerja pejabat diwaktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda berfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga pada waktu malam.
.
5. Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magrib. Sebenarnya pada waktu ini, tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan dibawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.
6. Aktifkan diri anda dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.
7. Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga anda juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam.
8. Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum maghrib. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.
9. Berzikir juga amat bagus mengelakkan anda dari terus berfikir tanpa henti. Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk ke bilik tidur. Dan jangan lupa membaca ayat alquran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat kursi. InsyaAllah ia sangat membantu.
10. Cara ini saya dapat dari cerita drama Mentalist di kaca TV. Memang mudah dan sangat berkesan mengatasi masalah susah tidur. Semasa mula baring di katil, tarik nafas panjang dan kira satu. Kemudian hembus nafas panjang dan kira dua. Seterusnya tarik nafas panjang dan kira 3 dan kemudian hembus nafas panjang dan kira 4. Buat berterusan dan fokus pada pengiraan sampai anda tertidur. Memang sangat membantu saya sendiri untuk tidur nyenyak dan mengatasi masalah susah tidur.
Tips Terbaik Atasi Masalah Susah Dari Komen Pembaca
Semoga tips ini membantu. D
Ustaz Zul says
perkongsian tip yang menarik, mungkin boleh tambah satu lagi kot 😀 jangan lupa baca doa
Hairul Hissam says
tima kasih bebanyak Ustaz Zul atas cara mengatasi susah tidur tu. Baru je masukkan. tq ya 😀
mekar says
Semua tips ini bagus utk dikongsikan kpd sesiapa yg ada masalah tidur.
Saya kalau susah nak tidur, mesti buat-buat baca buku/majalah, atau tgk pamplet cosway, avon, tuppawear, ikea. Sure boleh tido lps tu. Satu lagi, kalu tertidur masa ptg..alamat susahla nk lelap masa malam. oleh itu, elakkan dr tidur siang.
Hairul Hissam says
memang benar tu cik mekar, kalo tertido waktu petang.. memang susah la nak tidur..
tima kasih juga atas tips tambahan membaca akhbar tu.. memang praktikal.. 😀
MDHAFiZ.NET says
saya memang selalu mengalami masalah ini. Mungkin tips no 1 itu berkesan. Saya sudaj praktikkannya. Sbb sebelum tidur biasanya saya akan berfikir tentang hal pagi td…dan esok hari… 🙂
Hairul Hissam says
Mmg ramai diantara kita suka berfikir masa baring En. Hafiz.
Itulah salah satu punca susah tidur. semoga tips ini membantu 😀
ultrafulus says
jgn2 main2 kurang tidur ni..sbb ada terbaca leh sebabkan kanser..tak tahu sejauh mana kebenarannya….tapi kalau ada sesiapa hadapi masalah ni..cubalah pegi berubat..
Hairul Hissam says
tq en. Ultrafulus atas info tu :D. Ada juga kemungkinan tu. Kanser ini berpunca dari sel abnormal dalam tubuh kita sendiri. Biasanya kelenjar dalam tubuh kita akan menhasilkan T cell untuk membunuh sel abnormal nie.. Tapi apabila ia rosak atau bermasalah. Itulah sebenarnya mendatangkan kanser kerna sel abnormal tidak dihapuskan dan bertukar menjadi kanser. Kurang tidur, pemakanan tidak sihat, tekanan semuanya boleh menjejaskan dan merosakkan organ dan kelenjar dalam tubuh kita.
hazizah says
entah lah sy salah seorang yg mmg payah dan susah tidur malam kalau tsak benar sakit…payahnya..terguling2 tak tidur gak last2 jam 3 pagi pun bangun buat kerja rumah…mmg kdg2 susah betul nak tidur tersiksa rasanya..sampai bawah mata dah naik gelap……
Hairul Hissam says
teruk jugak tu cik hazizah. Cuba try tips2 dan cara mengatasi susah tidur diatas.
JIka susah tidur juga, cuba setiap hari dengar atau baca surah al – baqarah dari awal hingga akhir berulang2.. ada kemungkinan juga gangguan makhlus halus….. semoga ia membantu.
mekar says
ish..tension juga kan kalu payah nak lelap ni.
Hairul- tak pun kita buat solat tahjut tgh2 malam tu. untung2 boleh dpt ganjaran dr Allah swt
Hairul Hissam says
mmg tension cik mekar.. lagi2 kalo esok ada hal nak kena bangun awal..mau nervous dibuatnya..
bagus gak idea solat tahjud tu.. dapat gak pahala daripada terbaring je di atas katil..tapi setahu saya solat tahajud kena tidur sebentar..tak dapat solat tahajud, solat sunat pun ok. itupun satu cara bagus mengatasi masalah susah tidur. 😀
saba says
sy pulak xboleh tidur memang sebab gangguan makhluk halus. Teruk jgk.. surah al-baqarah memang bukak tiap malam dekat sebelah telinga sebelum tidur..tak jalan jgak. berdebar2 makin kuat adelah.. tp lepas amalkan tips baca al-fatihah lepas isyak sampai ke waktu tido, alhamdulillah..nampak jgk kesannya. syukur sgt.
Hairul Hissam says
Mmg banyak manfaat surah Al Fatiha nie. Sebab itu kita baca dalam solat berulang kali… 😀
sayacomel says
em..patutla memanjang susah tidur malam..
Hairul Hissam says
lepas nie.. bleh la tido memanjang ye 😀
anna zam says
Assalam..sejak brbelas tahun sy mmg sukar nk tidur ..masuk tidur jm 4am – 430am..jam 6am sdh trjaga..
Stiap hari rutin yg sama..
Siang pn xtido..
Kdg2 2 @ 3hari sy boleh xtido..
Naseb x mengalami sakit kepala @ sbgainyer..
Hairul Hissam says
Teruk juga tu Cik anna sampai 2-3 hari susah tidur ….
semoga masalah cik anna dapat diatasi segera.. amin… 😀
liz says
good tips
Hairul Hissam says
tq liz…
ciksembang says
sy pernah rasa tak boleh tidur. amat siksa. sehingga bila dah baik pun, saya masih rasa trauma nya. Itulah nikmat Allah yang baru ditarik sedikit
Hairul Hissam says
Benar tu cik sembang.. terlalu banyak nikmat yg Allah berikan pada kita…
marilah kita bersyukur kepadaNya :D..
belognisa says
dulu masa sekolah bila buka buku sejarah mesti rasa mngantok.huhu. jadi kawan saya praktikkan kalau susah nak tido, ambik buku sejarah adik baca masa baring..tak sampai 5 minit dah lena..huhuhu
Hairul Hissam says
Tima kasih cik nisa atas tips tersebut. Mmg boleh dicuba bagi mereka yg sukar tidur 😀
watie says
Alhamdulillah, sejak lebih 2 thn sy amalkan tips no.9 ni, dah takde lagi masalah susah tidur, bkn setakat boleh menambah pahala malah memudahkan kita terlelap, insyaAllah 🙂
kpd encik hairul, terima kasih kerana sudi berkongsi tips2 dan resepi2 yg bermanfaat utk semua 🙂
Hairul Hissam says
Syukurlah cik watie dah dapat tidur malam.. Kebanyakan masalah susah tidur disebabkan kita byk memikir… kalo siang terlalu byk memikir., memberi kesan juga pada waktu malam juga dan akhirnya susah tidur. Memang bagus di amalkan berzikir disamping menambah pahala, membantu kita kurang berfikir dan meningkatkan tumpuan… tq 😀
jadin anak gintak says
Semua tips tu bagus2 belaka tapi yg mengenai zikir tu yg susah..saya yang kafir ni bagaimana nak berzikir?
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali kerana sudi membaca….
oh.. untuk tips 9 tu untuk org islam je…
kalo bukan islam.. cubalah tips no 8.. semoga bermanfaat.. 😀
MB says
hurm sume neh dh cube,,tpi x bole jgk ler >..<
adeh:(
de care laen?plizz
Hairul Hissam says
Kesiannyeee MB 😀 .. yg penting kena buat dgn betul dan konsisten…
berbulan2 kita susah tidur.. takkan semalam buat terus baik kot.. 😛
Tips no 9 tu .. ramai yg telah berjaya dengannya.. so cuba amalkan ya… tq..
maz says
aslm hairul.tq dgn tip td.akak amalkn poin 8 n 9 tu.kalau bleh niat atau doa utk esok agar bangun dlm keadaan sht,positif dn di mudahkn segala urusan sepanjang hari.bayangkn hanya yg baik2 aje kita dpt capai.ameen…
Hairul Hissam says
Alhamdulillah, baguslah ia membantu akak Maz tidur dgn lena… InsyaAllah teknik tu menjadikan tidur kita lebih berkualiti. 😀
Pinky Yell says
Assalamualaikum,
Bereskan semua pada waktu siang. Bilamata mengantuk, segeralah masuk tidur iut pun sebaiknya setelah selesai melakukan solat Isyak. InsyaAllah cepat terlena…Kalau ditahan=-tahan itu yang menyebabkan susah nak tidur…..pengalaman saya sendiri
Hairul Hissam says
Satu tips yang baik dari ajaran Islam. Jangan melengah2kan solat Insyak dan solat dgn khusyuk. InsyaAllah ia sangat membantu kita tidur dgn nyenyak. 😀
Heriyandi says
Knpa aq susah bnget tidur,klo mao tidur siang susah,pdhal bdan udah cape,truz klo mlam sya bsa tidur jam 3 shubuh/pagi,sdangkan bngun lbih awal jam 6 pagi,,apkh sya trkna insomnia,
Hairul Hissam says
badan kita letih tetapi otak kita masih ligat dan aktif.. itu punca mslh susah tido..
antara solusinya, pada waktu siang kurangkan berfikir…… minda perlu direhatkan dari siang lagi.. 😀
fatinsyaz says
Salam. Terima kasih dengan perkongsian ni. Saya tengah terjaga sekarang sebab tak boleh tidur. Tadi jam 2 pagi dan sekarang sudah 4 pagi. ^^
Hairul Hissam says
Wsalam… mmg susah juga nak tidur semula bila dah terjaga..
cuma pandangan saya, bila terjaga.. kurangkan berfikir itu dan ini… 😀
ahmad says
Penyakit ensominia ni boleh sembuh ke x?
Hairul Hissam says
Sudah tentu boleh… 😀
Muhammad zaid says
Saya dah hampir 6 bulan xboleh tdo.. Smpi dpt darah tinggi dan sakit kple yg teruk.. Mcm mne nak atasi ade ke group yg blh refer
Hairul Hissam says
Cuba buka radio ayat Al Quran dan sambil barang sambang sama2 mengikut bacaannya dalam hati. InsyaAllah akan membantu..
ahmad says
Macam mana nk mengatasi masalah tidur siang….masa siang tu jadi mengantuk sangat pastu mlmnyer x tido….?
Hairul Hissam says
Cuba cari aktiviti di luar rumah yang menyeronokkan untuk mengelak tidur siang.. semoga berjaya ya… 😀
ahmad says
Ok….thanks
pauline says
informasi yg bernas dan sesuai utk sya buat karangan pengajian am 2. trma kasih..
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat ya cik pauline… 😀
ahmad says
Waktu siang blh tidur braper jam….?
Hairul Hissam says
Itu kena tanya ngan doktor En Ahmad. 😀
tapi ikut sunnah nabi sebelum zuhur, tidurlah sekejap.. berapa lama.. tak tahu pula 😀
ahmad says
Nk tanyer encik ahmad tu macam mana?
Hairul Hissam says
No news 😀
Suzianasaidun says
Sy og,sya seorg suri rmai,sy ni susah sngt nk tidur,siang 2 wat kje umh n main dgn ank2,bla dh pnat sy nk tdo la siang 2,tp x bleh tdo smpi la ke mlm pn sme jgk x bleh tdo,kdng 2 1 hr tdo dlm 2 @ 3 jam je,sy nk tau knp bleh jdi mcm 2?
Hairul Hissam says
Saya pun tak pasti puan 😀 ….
Mungkin boleh perbanyakkan mendengar surah-surah Alquran secara berterusan. Cubalah 😀
FIEE says
SETIAP MALAM SAYA MENBACA AYAT KURSI SELAWAT SURAH QUL NAMUN KEAADAAN SAYA TETAP SAMA SAYA TETAP MENGHADAPI MASALAH TIDUR KADANG2 SAYA BERASA KECEWA TAPI SAYA KUATKAN DIRI UNTUK BEKERJA BAGI MENAMPUNG KOS KEHIDUPAN NAMUN APA YANG BOLEH KATAKAN MASALAH INI MENGANGGU KEHIDUPAN HARIAN SAYA SEHINNGAKAN SAYA BERASA AMAT BERPUTUS ASA DALAM MENGATASI DAN MENGHADAPI KEHIDUPAN HARIAN SAYA DAN SAYA BERHARAP SUATU MASA SAYA DAPAT MENGATASI MASALAH INI DAN JUGAK SAYA INGIN KEHIDUPAN NORMAL SEPERTI DULU
Hairul Hissam says
Ada satu cara yg lebih baik. Selepas insyak baca ayat Al Fatihah berulang2 sehingga ke bilik tidur. Baca ulang2 byk kali. InsyaAllah sgt membantu.. 😀
FIEE says
alhamdullillah masalah tidur saya beransur sembuh,,,,,saya sangat bersyukur kepada allah…dan terima kasih kepada en.hairul hisham diatas petua2 yg diberikan…kepada teman2 yg menghadapi masalah tido jangan putus asa kerana ALLAH maha mendengar sesungguh mintalaaa berdoalah kpada allah sesungguhnya allah maha mendengar……amin
Hairul Hissam says
Baguslah masalah tidur cik fiee beransur sembuh. Mmg bagus membaca al-fatihah berulang kali. Betul tu, apa jua masalah banyak berdoa dan jangan perutus asa dalam berusaha. InsyaAllah ,Allah akan membantu kita 😀
Deezull says
Terseksanya rasa bila x boleh tido pd waktu mlm ni.. In shaa Allah sy akn cuba guna cara ni..
Hairul Hissam says
Di waktu siang kena elakkan baring atau tidur selepas asar. dan kena ceria dan kurang berfikir di waktu siang. insyaAllah malam lebih mudah tidur..
Ranti says
saya tak boleh tido 2 tahun agak2 apa boleh saya lakukan?
Hairul Hissam says
ada saya terangkan dalam artikel… 😀
hamba allah says
ibu saya selalu susah nak tidur malam dan setiap kali nak tidur dia mesti rasa pendek nafas(sesak nafas). kadang2 semasa tidur tetiba tersedak. ibu saya akan meninggikan bantal.
Hairul Hissam says
Saya doakan ibu saudara sembuh ya 😀
riza says
Pertama sekali nak komen, comelnya baby tidur tu…gebu..senang hati tengok dia.. nak print tak boleh…Apa yang Hairul kata 9 tips tu memang telah terbukti betul.. Kak Riza dah mengalami dan guna kesemua tips tu. Tuhan jadikan malam ni memang untuk beristirehat, jadi kita kena ‘set mental’ kita, hal kerja jangan terbawa-bawa ke rumah. Suami pun pernah sebut, nak telefon kawan hal kerja, jangan waktu malam. Sekarang kerja-kerja sekolah kak Riza tak bawa balik rumah lagi, ‘strictly no school work at home, especially at night’…tapi kalau dah terpaksa, sekali-sekala tak pa. Kak Riza nak tambah satu tip lagi, keadaan bilik tidur kena ‘conducive’ iaitu sesuai untuk tidur..tutup lampu, senyap, suhu tak panas dan tak sejuk sangat, lepas tu amalkan tip ke-9 tu, dan dalam hati kita maafkan semua orang yang telah berinteraksi dengan kita pada siang hari, InsyaAllah boleh tidur…
Hairul Hissam says
Kalau kak riza nak print, tekan kat keyboard, Ctrl dan P serentak.. Nanti menu print akan keluar.
Tepat sekali kata kak riza pasal memaafkan org lain. Dgn memaafkan org lain, hati kita akan lebih tenang dan minda kita akan lebih relax. Barulah dapat tidur yg berkualiti. 😀
riza says
TQ Hairul. Kak Riza dah dapat print baby comel lote ni. Sejuk mata memandang…sleep tight!
Hairul Hissam says
Oh baguslah 😀
Zul Hilmie b Jamaludin says
assalammulaikum,
saya ni dari dulu memang payah dan susah tidur tapi bila besar lagi payah tido.sebabnya bila nk lelap dah jumpa mimpi mesti dalam 2 @ 3 saat terjaga balik dan saya pejam balik tapi masih berulang balik.walaupun saya dah amalkan ketika rasulullah saw ketika tidur iaitu baca tiga qul lepas tu doa dan terus sapu ke seluruh badan tpi dan kadangx2 saya juga ada amalkan doa sebelum tido,doa gangguan syaitan dan doa mengharap sesuatu yang baik pada allah dalam buku doa harian.tapi sama tak boleh tido.lastx2 hanya boleh bantu dengan minum ubat batuk baru lena.
Hairul Hissam says
Bahaya amalkan ubat batuk tu.. sebab ia hanya akan melematkan saraf dan organ dalam badan yg boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit nanti. cuba baca al fatiha berulang2 1 jam sebelum tidur dan byk berdoa kpd Ilahi.. 😀
Zul Hilmie B Jamaludin says
lagi satu saya nak tahu nape ye bila saya nk lelap je mesti sekejap skadar 2 @ 3 saat msti terjaga dan benda tu msti berulang smpai 5 @ 6 kali bru bleh lelap….adakah itu tandanya alat lelap saya rosak….??
Hairul Hissam says
Elok tanya ngan doktor en zul. saya pun tak pasti… 😀
Zul Hilmie B Jamaludin says
Papun trima kasih ye en.hairul kerana membri informasi terhadap msalah saya ini…
Hairul Hissam says
Semoga membantu mengurangkan masalah yg dihadapi en Zul 😀
afiq says
assalamualaikum…
bagaimana saya selaku student u? selesai 1 sem… saya bertahan habis….
cara akhir ?
saya kdg2 hilang fokus…
Hairul Hissam says
wsalam.. banyakkan berdoa kpd Allah en afiq 😀
blog amir says
terima kasih kerana sudi berkongsi 🙂
Hairul Hissam says
terima kasih kembali…
Yazid says
Sebelum ni saya memang dapat tidur dengan nyenyaknya . Hanya kebelakangan ini saya dapati agak sukar untuk tidur sehinggalah jam 4 atau 5 pagi. Apa yang bolih saya katakan disini ialah Allah sudah menarik salah satu nikmat, yakni nikmat tidur. Saya sudah amalkan baca Fatiha ,3 Qul dan berwirid , namun gagal juga untuk tidur.
Hairul Hissam says
Diatas katil, cuba baca alfatihah berulang2 sebanyak mungkin sehingga tertido…Mmg berkesan.. 😀
supergurlz says
sy klau tidur pkul 10, sejam dua lpas 2 mesti trjaga balik .. tak tau knp.. lpaz 2,, ble da trjaga susah sgt nk tidur balik .. mesti dgr mcm2 bunyi ..
Hairul Hissam says
Semoga masalah cik cepat sembuh.. 😀
dinsblog says
Mungkin ada masalah gangguan makhluk halus…saya pernah menghadapi masalah mcm nie…baru je tido sejam dua dah jaga..tengok jam baru pukul 1 mlm…cuba berjumpa dengan ustaz.
Hairul Hissam says
Mungkin juga tu.. 😀
adibah says
Macam mana nak berhenti berfikir?? Kalo saya tido pun.. Saya masih lg berfikir..
Hairul Hissam says
Ia kena diusahakan bermula semasa siang lagi. Bykkan bertasbih utk mengelakkan otak terus berfikir.. 😀
Foto Lucu says
Saya sering sekali susah tidur,, kadang butuh waktu 1-3 jam untuk terlelap,,, terimakasih tipsnya ya,, saya akan coba praktekkan,,
Hairul Hissam says
Semoga berjaya dan dapat tidur …..
rozila mohamad says
Info yang saya perolehi,saja nak kongsi dengan kawan2.
Tidur di siang hari merendahkan metabolisme
Pembakaran lemak adalah lebih tinggi jika kadar metabolisme tinggi. Pengambilan makanan dikurangkan semasa berpuasa, lalu menurunkan metabolisme. Ini berfaedah bagi yang mengalami tekanan darah tinggi.
Walaupun boleh tidur di siang hari, janganlah melebihi 20 minit. Tidur yang keterlaluan di kala badan kekurangan makanan akan disalahtafsirkan oleh otak sebagai darurat. Otak mentafsir badan sedang berusaha menyimpan tenaga lalu ia akan cuba mengelak dari pembakaran lemak dengan cara merendahkan metabolisme tubuh.
Mereka yang tidur berlebihan akan merasa tidak segar dan “mandom” kerana badan diprogram untuk betul-betul menjimatkan tenaga.
Jangan takut, badan kita penuh dengan tenaga!
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi berkongsi info yg berguna nie.. semoga memberi manfaat kpd pembaca blog ini ..tqvm
ani says
Sya da 3 tahun susah tido…tido jam 10 @ 11 .mesti terjaga jam 2 pagi.lpas tu mkn apa2 ubat samada melatonin, passion flower @ pil tidur baru bole tido..tu pun kadang x jln ubat tu…sy sangat sedih nikmat tido da maha esa tarik balik..mudahan sembuh tpi sy sangat risau akan ada penyakit lain jika berterusan begini..mesti nak mkn kalsium ka baru bole tido.klu x sampai pagi x ngantuk…..tolonggg sya..ini menambahkan tekanan dan penyakit sya yg telah sedia ada….ini berlaku secara tiba2 3 tahun lalu. Sy sangat sedih dan risau…..sesiapa ada pengalaman bole kongsi please…??
Hari2 sakit kepala,akibat susah tido.. siksanya Allah saja tahu.. suda 3 tahun, hari2 x bole tido..MasyaAllah…????????
Hairul Hissam says
Tak elok juga bergantung pada ubat2 tu kerana takut ada kesan sampingan pada organ kita. Byk berdoa pada Allah s.w.t. agar ditunjukkan jalan. Dah bertahun2 kena, sudah tentu memerlukan masa utk dirawat atau diperbetulkan. Salah satu perkara yg perlu diperbetulkan ialah cara kita berfikir di waktu siang. Kerana salah satu punca tak boleh tidurialah otak masih berfikir tanpa disedari ketika waktu tidur. Dah bertahun2 kita medidik cara otak kita berfikir yg kurang betul, sudah tentu ia memakan masa utk diperbetulkan. So dari siang lagi kita kena didik otak kita supaya kurangkan berfikir, kurangkan berfikir dan kurangkan berfikir dan relak.Walaubagaimananapun jalan penyelesaian tetap ani kena fikirkan dan bukannya saya. semoga cepat sembuh yeee….
ani says
Hari2 sakit kepala,akibat susah tido.. siksanya Allah saja tahu.. suda 3 tahun, hari2 x bole tido..MasyaAllah…????????
Hairul Hissam says
Mungkin kena banyak rilekkan badan dan kurangkan berfikir di siang hari krn ia memberi kesan pada malam hari…
Lat says
Sy dah 5 bulan susah nak tido.. siang susah.. mlm pun susah. . Kdg2 mlm tu senang je tido. . Nti jadi blek susah tido nya.. x tau la smpai bila nk jdi mcm ni. .kepala pn dh berat je
Hairul Hissam says
cuba guna ayat Al Quran mcm artikel satu lagi di https://hairul.com/blog/ubat-tidur-islamic-terbaik-dari-pengalaman/
teguh wilujeng says
mksh ats infonya
ijin share ya gan
Hairul Hissam says
terima kasih kembali.. boleh share dgn klik butoon dibawah artikel.. tqvm.
cik bombom says
emmm boleh cuba lepas ni..terima kasih ye .
Hairul Hissam says
semoga dapat membantu cik tidur dgn lena..
suhailey says
berkhayal sebelum tidur best tau.nasib baik ada tips lain untuk mudah tidur
Hairul Hissam says
Itulah salah satu punca utama yg menyebabkan masalah susah tidur…
Aflah jameela says
Terima kasih kt abg hairul bg petua ni..dh bertahun2 sy mmgalami gganguan tdur ni..mmg mnderita..esk kne ke kuliah..aktiviti siang hri sy sngt pdt..dtmbh pula sy bniaga online 24/7 msa sy bkn milik sy.trpksa lyn customers yg pelbagai karenah..pkir bisnes n blja..mmg la org nmpk mcm brjya..dlm blja pn buat duit.pdahal sy xhdup normal mcm remaja yg len.dhrp lps mngmalkn tip2 dri abg hairul ni..sy dpt smula msa tdur sy.
Hairul Hissam says
Lepas raya nanti saya buat artikel punca sebenar masalah susah tidak dan cara atasi dari pengalaman.. tunggu yeee..
budi says
waaah mantep nih tipps agar bisa tidurnya, ternyata caranya seperti itu ya, makasih ilmunya
Hairul Hissam says
semoga begitulah…
Muhammad Akbar bin Abdullah says
Artikel yang menarik mengenai cara mengatasi masalah insomnia.
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..
Samsul usrah says
Assalam…sy pn ada masalah tak blh tidur. Bermula 20/3/15 sampai skrng ni. Pada mula tu xde sakit2 badan. Skrg ni mcm2 ada sakit. Mata jd kabur. Dh mcm2 vitamin mkn. Ni baru beli pelapik tilam BVSM. Masa tido otak duk mikir je. Yaa Allah…bg lah jalan untuk sembuhkan masalah tidur ku ini.
Hairul Hissam says
wslm, mungkin sebab utamanya kita dah didik diri kita utk mula berfikir ketika baring dan ia menjadi habit. so kita kena didik semula diri kita utk tidak berfikir atau rehatkan otak ketika baring…
FatimahNurAin says
Info yg baik En.Hairul. Saya pun jenis susah tidur. 4pg pun belum tentu tidur. Kalau la boleh.. rasa nk cabut je otak letak tepi. Esok pagi pasang balik tp mustahil. Bagusnya.. dlm pada rimas xboleh tidur.. kita ada masa utk tahajud. Mungkin itu cara allah nk kita dekat dgn DIA. #positif
Hairul Hissam says
Cubalah amalkan tips yg diberi…. semoga dapat membantu masalah susah tidur tu..
zainon says
assalam.
ini masalah mak saya. usianya da 85th. Dia tak tidor bukan setakat malam malah da beberapa hari tak tidor walau sedetik masa (siang & malam)
Puas disuruh tidor tapi tak tidor2 sampai saya yang pening kepala sebab asyik terjaga disebabkan omelannya..
selepas 3-4 hari baru dia akan tidor sampai tak bolih nak buka mata.
apa yang bolih saya lakukan?
Hairul Hissam says
saya pun tak pasti.. elok dptkan nasihat doktor utk masalah susah tidur emak puan..
Aiman Farihin says
Aku susah nak tidur, tapi nasib baik ada tips ni. Berguna siot.
Hairul Hissam says
semoga dapat membantu mengatasi susah tidur….
Wawa says
Hmm.. Syaa pon susah sangat nak tidor… Kadang ii kul 9 daa ngntokk… Tapi bile kul 9 tu tidor.. Terjage balik.. Pastu teruss takleh tidor daa.. Macam mne tu eaa?
Hairul Hissam says
Cuba masa baring tu, buka radio/mp3 bacaan AlQuran.. sambil barang sambil dengar bacaan Al Quran.. insyaAllah senang tidur dgn lenaaa… Ini dari pengalaman saya sendiri…
erina says
Macam mana kalau dah mengantuk tapi tak dapat nak tidor . Menguap dah banyak kali tapi tak dapat tidor . Susah nak terlelap walaupon mata dah kuyu tahan ngantuk
Hairul Hissam says
cuba baca artikel terbaru saya tentang ubat islamic utk cepat tidur dgn dengar Al Quran..
ada di https://hairul.com/blog/ubat-tidur-islamic-terbaik-dari-pengalaman/