Petua ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Kaum hawa memang suka menjaga kecantikan termasuk mengilatkan kukunya. Ada yang sanggup menghabiskan duit untuk mencantikkan dan mengilatkan kukunya. Sebenarnya banyak petua orang dulu yang berkesan seperti yang dikongsi oleh Cik Tie dibawah:
.
Cara Mengilat Kuku
Lumrah semulajadi setiap orang nak kelihatan cantik dari hujung rambut ke hujung kaki, lebih-lebih lagi kaum hawa. Tak dilupakan juga kecantikan kuku. Walaupun Nampak remeh dan simple, tapi tak ramai yang tahu sebenarnya kuku mencerminkan peribadi seseorang. So, kenalah mula jaga kuku, terutamanya kaum lelaki, kerana biasanya tak ramai kaum lelaki rajin jaga kuku ni. Kat sini Cik Tie nak kongsi tips penjagaan kuku supaya cantik dan berkilat. Tak yah susah-susah beli mengilat kuku, kang tak pasal-pasal takleh bawa sembahyang.
Jom amalkan rendam kuku ke dalam campuran air bersih dan limau nipis beberapa minit, kemudian nak tambah kilat, gosok kuku tu dengan buah belimbing buluh. Kemudian cuci bersih-bersih. Kalau susah nak dapat belimbing buluh, boleh guna kaedah yang satu ni, senang sangat. Cik Tie selalu guna cara mengilat kuku ini dari sejak sekolah menengah lagi, maklumlah memang suka sangat tengok kuku berkilat uhuhuhuhu. Caranya gosok kuku dengan ubat gigi. Gosok sampai berkilat, kadang2 Cik Tie suka gosok sampai bau hangit, tu memang betul-betul kilat. Tentu ramai yang biasa guna kaedah ni kan? Ada yang gantikan ubat gigi dengan serbuk batu, betul tak?.
Bagi yang suka simpan kuku panjang, bolehlah amalkan rendam kuku dalam air cuka. Tujuannya untuk kekalkan ketahanan kuku dan menguatkan kuku. Selain tu boleh juga guna bawang putih, dengan cara cucuk bawang putih pada kuku. Amalkan selalu dan lihatlah perbezaanya. Selamat mencuba (*,*).
Hairul.Com: Terima kasih Cik Tie kerana sudi berkongsi cara mengilatkan kuku. Pasti kaum hawa menyukainya.
UmmiKami says
Salam teramat manis dalam penantian buat Hairul.. 😀
Teringat dulu-dulu masa kecik kak Ummi menggilap kuku dengan batu, kilat tuu… 😀
Hairul Hissam says
wsalam… terlebih manis boleh kena kencing manis kak ummi… heee
First time dengar guna batu.. tak bercalar ke kuku kak ummi… wah.. kena cuba nie utk kaum hawa…:D
akubiomed says
Salah satu cara mengilat kuku dengan mengilap dengan batu.
Hairul Hissam says
Saya baru tahu.. tentu berkesan 😀
TehR says
gosok jangan tak gosok
gosok sampai berkilat
pastikan juga kuku sentiasa pendek dan bersih
Hairul Hissam says
Kalau tak kilat, gosok lagi.. hee .. yg penting kuku mesti mau pendek spt kata bro tehr 😀
puteri kasih says
kadang-kadang rimas juga kalau kuku panjang…
yang penting kena pastikan kuku sentiasa bersih. nanti nak try petua ubat gigi tu..hehe
Hairul Hissam says
Kebersihan kuku amat penting spt kata cik puteri… Sbb hari2 kita guna utk makan.. walaupun pakai sudu tapi kumannya tetap boleh jatuh ke dalam makanan…
Juan says
dulu saya pernah guna sebuk serpihan mozek lantai, kenudian digosok seketika kepada kuku hingga menjadi kilat
Hairul Hissam says
Saya belum pernah try lagi bro juan…. teringin pula nak try. heee 😀
Anissa Alis says
Dulu saya suka kilat kuku pakai batu..
berkilat la jugak ..
Hairul Hissam says
Mmg bagus cara nie kan.. 😀
dinar says
Saya nk try lh cam senang jer
Hairul Hissam says
semoga berjaya kilatkan kuku..
aisyah says
gune ubat gigi tu, nak kena basahkan tangan dulu sblom pakai eh?atau terus letak?
Hairul Hissam says
Mana2 boleh.. selamat mengilat kuku..