.
Berita baik untuk semua pembaca blog hairul.com. InsyaAllah blog ini akan diupdate dengan lebih kerap. Tapi artikel yang kerap di update ialah dari kategori resepi, kategori petua dan kategori ulasan akhbar. Anda boleh lihat kategori ini di main menu – Home .
.
Cara Mengatasi Stress Kemurungan Dengan Makanan
Kembali kepada tajuk artikel ini, cara mengatasi stress kemurungan dengan makanan. Bunyinya macam pelik dan ajaib kan. Yelah, betul ke makanan boleh membantu mengurangkan stress kemurungan?. Tak kan kot makanan boleh menyelesaikan masalah kehidupan kita kot. 😛
Disini saya nak berkongsi satu info menarik dari Utusan Pengguna Pulau Pinang Nov-Dis 2012. Tentu ramai tidak tahu, bahagian dalam otak diperbuat daripada asid amino yang boleh didapati dalam protein makanan kita. Dengan kata lain, makanan dapat merangsangkan otak agar berfungsi dengan lebih baik. Inilah salah satu cara terbaik mengatasi stress kemurungan.
.
Jenis Makanan Utk Cara Mengatasi Stress Kemurungan
Memang menarik, cara mengatasi stress kemurungan dengan makanan ini. Namun anda perlu tahu jenis makanan yang mengandungi asid amino yang tinggi.Untuk ia membantu tubuh dan otak berfungsi dengan lebih baik. Barulah dapat membantu anda mengatasi stress kemurungan. Di bawah ini antara makanannya:
1. Minum Teh Hijau. Teh Hijau mengandugi asid amino theanine. Ia memberi kesan cukup baik dalam merangsangkan pengeluaran gelombang otak alpha dan menghasilkan kesan relaks pada otak. Ini cara terbaik mengatasi stress kemurungan anda.
2. Makan kekacang. Kekacang mengandungi asid amino tryptophan yang membantu menenangkan mood anda. Ia juga membantu anda tidur dengan lebih baik. Mudah kan cara mengatasi stress kemurungan dengan makanan.
3. Menarik juga bagaimana CILI membantu anda mengatasi stress kemurungan. Bila mulut anda kepedasan, kelenjar tubuh akan menghasilkan lebih banyak endorfin. Endorfin akan membantu meningkatkan mood dan keceriaan anda.
Lepas nie kalau anda stress atau kemurungan, cubalah makan sambal nasi lemak extra pedas. Biar mulut berapi asalkan mood ceria he.he.he. Sebenarnya banyak lagi makanan yang membantu mengatasi stress seperti pisang, cendawan dan banyak lagi. Elok anda baca sendiri majalah Utusan Pengguna Pulau Pinang. Boleh dibeli di Bookstore BADAN, Angsana JB. Jom share artikel ini dgn klik button share. Dapat juga membantu rakan anda yang stress.
TehR says
memang boleh hilangkan stress bila makan
tambah lagi makanan yang kita suka
hehe
Hairul Hissam says
Kira mcm kanak2 yg diberi makanan kesukaannya.. tentu hilang stressnya.. heee.
Tapi kalau dapat makanan yg kadar asid amino tinggi, tubuh dan otak akan lebih relax. 😀
sweetkurma says
info yang sangat2 menarik dan boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan
Hairul Hissam says
Betul tu Kak SweetKurma… Disamping memberi kesan relak pada tubuh dan otak kita.. ia juga sgt baik utk kesihatan kita..
donnyien says
Hai bro,
artikel yang bermanfaat. tidak di nafikan pengambilan sesuatu makanan tertentu dapat mengurangkan stress dan kemurungan. Apa yang paling penting adalah cara kita menangani setiap stress yang di hadapi.
Hairul Hissam says
Sebenarnya bro, makanan tersebut lebih memberi kesan relaks pada otak dan tubuh untuk memudahkan kita berfikir dgn lebih baik. Kalau otak kusut, bertambah stressnya. Namun cara penyelesaiannya amat penting spt kata bro.. heee 😀
riza says
Orang putih kata ‘You are what you eat’. Mereka seolah-olah dah tau, ada kaitan antara makanan dan kesan pada seseorang. Kat sini Hairul menyerlahkan kaitan antara ‘food’ and ‘mood’. Pada kak riza, tak rugi kalau kita mencuba makanan ni, dan tengok kesannya. Pemilihan makanan adalah satu ibadat. Ibadat yang dilakukan dengan ilmu, adalah tinggi nilainya berbanding ibadat tanpa ilmu. Teruskan Hairul…mengingatkan kita semua tentang kepentingan ilmu dalam apa jua yang kita lakukan…
Hairul Hissam says
Segala niat kerana Allah adalah satu ibadat termasuk mencari makanan yg halal dan bermanfaat. Dari kata mat saleh tu, makanan mampu membentuk sikap kita kerana hubungannya yg rapat dengan bahagian otak kita. Terima kasih atas pandangan tu kak riza…. 😀
eiela says
selalunya bila stress saya suka minum air kosong dan buah especially pisang byk2. bila minum air dan buah byk kita jadi relax.
Hairul Hissam says
Mmg bagus cara yg cik eiela amalkan. Skrg nie saya amalkan makan buah pd waktu malam.. Kesannya saya lebih ceria.. Tima kasih cik eiela atas perkongsian tu. 😀
Kak Long says
Info yang sangat menarik.. terima kasih
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga bermanfaat 😀
Hazmin Hamudin says
Lepas ni kena standby kacang la kan. Kalau tension je terus makan kacang.. Hehe
Hairul Hissam says
teringat masa zaman kecik2.. siap baling kacang keatas dan masuk dalam mulut .. salah satu cara hilangkan stress .he.he.he
kozumi_ro says
Stress mmg biasa koz hadapi, tpi cara nak atasinya mudah sahaja dengan cara membasuh muka dan minum teh tarik^^
Hairul Hissam says
Bagus juga kalau dapat berwuduk ketika stress. Tentu dapat menyejukkan dan menenangkan badan kita 😀
suri says
klu hujung mmg suka belek pokok bunga hee rasa tu lbih best dn buat sy leka dg mlsh2 lain
sy suka mkn cklt tpi suka bt minuman milo hee…
Hairul Hissam says
Org pompuan mmg suka belek2 pokok.. mcm saya, simbah air je kat pokok… tak reti nak tgk lama2 😀
fiezaradzi says
okay jugaklah, kami tanah secoet je kat depan, de pokok halia je nak tgk.. yg lain.. huhu.. tgk tar..
Hairul Hissam says
Nie mesti suka minum teh halia.. he.he.he..
suri says
uh tgok teh kt atas nmpks edap tpi sy ragu2 nak minum sb tahu badan angin jer ..bunyi hek….shja huhu..lain klu terinrin tu belasah gak bt air teh tarik ombak rindu he..
pstt.. bro sht ker?
Hairul Hissam says
Saya pun kalau teringin belasah je. lagipun bukan selalu. heee … oh saya sihat setakat ini. 😀
fiezaradzi says
cara baik tenangkan fikiran, makan. tapi tips hairul ni bukan setakat bantu stress, tapi bantu badan juga ni.. hehee
Hairul Hissam says
Eh.. bukan bantu stress dan badan je cik fieza.. tapi bantu maintain cun/awet muda agar sentiasa disayangi suami. Kena amalkan tu cik fieza he.he.he
keyme says
orang cakap makan coklat juga baik untuk hilangkan stress 🙂
Hairul Hissam says
Kalau dapat coklat yg diperbuat dari koko asli.. lagi byk manfaatnya.. 😀
Faris Al-Muhandisu says
Best ni. Yang biasa saya buat ialah minum teh hijau tu ataupun makan buah. Tak sangka pulak makan makanan pedas macam cili pun boleh. Huhu. Kena try ni! Thanks for the tips!
cik tom says
cik tom kalau stress suka makan kacang n aiskrim..hehe
Hairul Hissam says
Semalam baru je makan askrim yg dalam ada kacang.. Bagus juga tu .. 2 in one. heee
mekar says
Makan coklat memang best !
Hairul Hissam says
Kalau dapat yg ori dari koko, byk khasiatnya.. 😀
sazuwi says
kira betullah cara saya kalau stress mesti kener makan..hehe.. nice info..
Hairul Hissam says
Dah betul la tu bro.. cuma jgn makan orang sudah la.. heee 😀