Buat adik2 yang baru graduate dan asyik gagal jeee temuduga. Nie abang nak kongsi strategi lulus interview dari pengalaman. Abang pernah kerja di 7 buah syarikat di bidang perakaunan sebelum sambung belajar memasak. So ada laa beberapa strategi yang abang guna. Ia terover berkesan tawww. Sebelum tu jom tengok akak nie jual roti berkotak-kotak. Dah macam supplier roti. heee
Adik yang menganggur tu boleh buat bisnes roti macam akak tu. Untung gilerrrr. Senang belajar dengan video ajee di rumah. Nak belajar kat mana??? NIe laman web belajarnya di kelas bun pau pizza di rumah <<< Klik Situ laa
Cara Lulus Interview Temuduga Dari Pengalaman.
Cerita nie sebelum abang tukar kerja memasak di hotel. Di bawah nie cara lulus temuduga dengan berkesan untuk siswazah atau graduan yang beru graduate.
Lulus Temuduga Tips 1. Cipta Kelebihan Pada Diri Adik
Nak bersaing dengan ribuan graduan, kenalah cipta kelebihan pada diri yang berkaitan dengan kerja.. Macam abang. Abang ambil lagi sijil I.T. Technician untuk repair komputer. Jadi abang ada degree accountancy plus IT Technian. Abang rasa nie laa sebab abang senang lulus temuduga. Bos mana tak mau jika staff boleh repair komputer. Boleh cut kos penyelengaraan komputer mereka. Dapat free advice pasal komputer lagi. Memang sangat membantu lulus interview.
Lulus Interview Cara 2. Kena Fasihkan Bahasa English
Kalau tak fasih english, awal2 lagi kena reject interview. Abang pun bukan pandai sangat bahasa english. Abang start balajar form 4. Sebelum tu asyik main dan merayau dgn kawan2. Result english form 3 pun dapat D. Start belajar pula form 4. So subjek english tak sempat nak catch up. Tapi alhamdulillah, 2 tahun study untuk spm, dapat juga merasa masuk universiti. Dapat juga merasa naik pentas terima sijil pelajar cemerlang spm. Ramai yang terima.
Nie tipsnya. Tips fasih english nie, abang dapat semasa kaji macam mana kita fasih bahasa melayu. Masa kecik kan kita belajar bercakap dengan mendengar dan mengulang. So itulah cara yang betul untuk belajar bercakap. So 3 hari sebelum temuduga, abang dengar banyak berita atau rancangan english. Abang dengar, abang terus ulang atau cakap. Dengar dan terus ulang dan cakap. Hasilnya masa interview, abang sendiri terperanjat boleh cakap english macam orang putih leeerrrrr.Yup bercakap nie kena praktis jee. Sama macam bahasa melayu. Kalau adik sangat fasih berbahasa melayu. Cuba… dalam sebulan adik langsung tak bercakap. Duduk rumah sorang-sorang dan tak bercakap. Confirm lepas sebulan, adik pun akan susah nak bercakap dalam bahasa melayu. Sebabnya otak dan mulut adik dah jadi tak serasi dan berserabut bila nak bercakap.
Nak kena hari-hari praktis cakap bahasa english jee. Kalau hari-hari belajar grammar, confirm laa tak reti2 speaking. Orang putih pun tak peduli sangat grammar. Orang kita jee yang lebih2. Sama juga kalau orang putih belajar bahasa melayu, Mereka pun jadi lebih2 pasal tatabahasa. Sedangkan orang melayu sendiri tak peduli sangat pasal tatabahasa.
Kalau orang putih dari lahir belajar grammar, confirm laa diaorang pun tak reti cakap bahasa english ibunda mereka. Sebab grammar nie buat otak kita bercelaru. Sepatutnya bila bercakap kita fokus pada apa yang nak dicakapkan. Ini tidak. Nak kena check dulu nama-nama grammar yang pelik-pelik tu. Mana tak berserabut kepala. Sepatutnya dah boleh bercakap, baru belajar grammar. Macam orang melayu belajar tatabahasa.
Lulus Interview Cara 3. Tambah Kemahiran Di Bidang Berkaitan.
Macam bidang akaun nie, banyak guna software akaun. So lepas graduate, abang ambil sijil belajar software akaun. Abang juga dapatkan software-software akaun lain yang trial version. Saje tengok dalamnya. So bila ada sijil2 nie, boss pun lebih yakin kita boleh belajar software akaun dia dengan lebih cepat. Sebab semua software akaun, konsepnya lebih kurang sama sahaja.
Teringat masa mula-mula kerja costing. Senior siap tanya “Macam mana you boleh cepat paham semua software dgn cepat.” Mungkin sebabnya, bermacam2 software abang dah study. Dan sebab kedua, abang dapat sijil pelajar terbaik costing di seluruh matrikulasi ukm. Sijil tu pun rasanya membantu juga abang lulus interview kerja. Cara abang belajar costing dengan kaji kenapa tambah, kenapa tolak, kenapa bahagi. Sebab kalau baca text penerangan englishnya, asyik nak kena buka kamus jeee. Lepas tu, pening kepala. Entah betul ke tidak apa yang diterjemahkannya. Baik tengok nombor jeee. heee
Lulus temuduga Cara 4: Result Jangan Laa Teruk Sangat.
Kalau result teruk sangat, majikan pun akan fikir “Kang teruk pulak nak ajar budak nie. Tak paham-paham jee karang. Naya aku ambik budak ni”. So usaha laaa dapat result yang tak teruk sangat. Sebab itulah modal graduan yang tiada pengalaman bekerja. So siswazah kena laa rajin belajar yeee.
Lulus Interview Cara 5: Tempat Cari Kerja Mestilah betul.
Kebanyakkan interview yang abang dapat dari agensi pekerjaan. Syarikat sekarang lebih suka guna agensi pekerjaan. Sebab agensi pekerjaan akan tolong tapis candidate. Kalau company letak sendiri iklan, mau beribu surat permohonan sampai. Siap boleh jual kat surat khabar lama lagi surat2 tu. heee
Boleh cari agensi pekerjaan melalui map.google.com. Taip agensi pekerjaan jeee. Tapi call dulu sebelum datang. Sebab ada agensi pekerjaan untuk warga asing. Tanya juga apa dokumen yang perlu dibawa. Datang smart2 taw sebab nak di temuduga oleh agensi pekerjaan dulu.
Sepanjang abang daftar banyak agensi pekerjaan, semuanya percuma kecuali satu nak wang pendaftaran rm10. Lepas dapat kerja, company akan bayar one time fees pada agensi pekerjaan. Dari pengalaman abang, company yang bayar. Tapi kalau company nak charge pada pekerja melalui tolak gaji. Itu hak company. Dapat company yang kedekut, teruk sikit laa bulan pertama gaji.
Kenapa Sampai 7 tempat kerja???
Banyak tu abang lulus interview. Bermakna banyak laa abg resign. heee. Antara sebab abang resign kerana ada yang bukan bidang abang. Ada yang tempat kerja jauh dari rumah. Ada yang nak kena balik malam hari-hari. Ada juga sebab nak tambah modal sebelum start bisnes. Masa nak resign banyak juga yang offer gaji lebih tinggi untuk abang stay. Dan ada yang siap tanya berapa gaji yang abang mahu untuk stay. Kalau kita buat kerja lebih baik dari yang dimahukan, inshaAllah majikan akan sayang kita.
Kalau Tak Berjaya Juga Lulus Interview Macam Mana?
Kalau tak berjaya lulus interview juga, jangan laa bersedih. Ramai orang yang berjaya tanpa guna degree mereka. Dan ramai yang berjaya walaupun spm jee. Dan ramai yang berjaya walaupun tak de spm. Cubalah bidang lain seperti bidang masakan. Banyak untung dik oiiii. Hari2 orang order dik oii. Boleh kayo jugak dik ooiiii. Macam akak di gambar yang pertama tu. Kayo tu kalau jual beratus2 roti setiap hari.
Psst: kat bawah ada banyak link bisnes makanan yang best2 taw.. Semoga berjaya lulus temuduga.
anies says
hadiri interview juga dpt ‘membentuk pengalaman’… sy x igt berapa byk interview sy hadiri dan setiap sesi berlainan… mmg seronok…
Hairul Hissam says
jika interview tak berjaya, angap ia satu pengalaman yg berharga. dan perbaiki mana yg patut. yg penting happy.. heee
mrhanafi says
tuan jenis genius boleh la cakap gitu hahahaha..
gurau je tuan..
sepanjang saya apply keja pun selalu juga kena reject tetapi bila masa nak temuduga tu..datang la seawal yang mungkin kerana peluang tinggi untuk dapat sebab penemuduga masih dalam good mood sebelum mereka tengok candidate yang lain
Hairul Hissam says
bagus tips tu, datang awal.. Diri sendiri pun akan lebih tenang dan kurang kelam kabut.
psst: org genius nie sebab mereka fikir sepulah kali ganda dari kita jee… kalau kita fikir sepuluh kali ganda dari mereka.. Kita akan jadi lebih genius heee
Azlan Bin A Raof says
Menarik tips abang ni hehe. Prekstis nak jawab soalan pun kena ada. Nanti takdelah gugup. Saya dulu soalan senang pun tak leh jawab, terus gabra tak leh nak jawab apa dah. Haha.
kenangan betul
Hairul Hissam says
Ha.ha.ha.Mcm masuk kandang harimau. Sekali interviewer mengaum, boleh pengsan. Heeee
Nurhidaya says
Terima kasih kongsi tips lulus temuduga ni. mudah mudahan ramai yg lulus..
Hairul Hissam says
tq juga kerna sudi membaca…
Nurhidaya says
Terima kasih…
Hairul Hissam says
sama2