.
Teringat lagi masa kecil, arwah ayah saya melabur dalam skim pak man telo. Habis hangus RM2 ribu nya. Seterusnya masa di universiti, kawan-kawan saya pula terpedaya dengan skim piramid. Dan semasa bekerja dulu di pejabat, perkara yang sama berlaku. Bukan sahaja duit sendiri habis, malah duit saudara mara yang dijemputnya hangus. Dah bergaduh dan menanggung malu dengan saudara mara. Puas juga saya menasihat mereka-mereka ini. Tapi bila sudah terhantuk, barulah hendak tengadah.
Lebih malang lagi, ada yang membuat pinjaman bank untuk menyertai skim cepat kaya ini. Bukan sahaja wang pinjaman hangus, malah setiap bulan perlu membayar kepada pihak bank dengan faedah. Dan baru-baru ini tersiar di akhbar metro. seorang surirumah meminjam duit along untuk menyertai skim cepat kaya ini. Duit hangus, hidup pula merana dikejar along. Sebab itu tergerak hati saya untuk menceritakan serba sedikit strategi skim cepat kaya ini menjerat mangsa. Sekadar untuk peringatan buat kita bersama.
Apa itu skim cepat kaya?. Secara ringkas skim cepat kaya memerlukan anda melabur sejumlah wang kepada pihak penganjur. Dan pihak penganjur menjanjikan pulangan wang jauh lebih tinggi dari wang yang anda laburkan. Ada yang memerlukan anda mencari ahli baru dan ada juga yang memerlukan anda duduk diam goyang kaki sahaja. Caranya begini, anda bagi RM100 kepada penganjur, anda akan dapat RM1000 dalam tiga bulan atau lebih. Bagi RM1,000, anda dapat RM10,000.
Strategi utama digunakan ialah menyakinkan orang ramai. Bermula menunjukkan kekayaan dan kemewahan mereka. Menayangkan sijil-sijil yang boleh dicetak dengan mudah. Gambar sokongan dari menteri dan pegawai tertinggi. Dan banyak lagi. Namun mereka sedar strategi ini belum cukup kuat membuatkan orang ramai terpedaya. Namun ia cukup membuatkan orang ramai bercerita, berfikir dua tiga kali. Tambahan lagi sikap manusia ini suka mengkritik dan mengumpat membuatkan ia lebih tersebar.
Dan apabila tiba masanya, mereka akan melepas atau memberi pulangan yang dijanjikan pada group pertama. Bila group pertama dapat duit. Riuh la sekampung. “Nie duit aku dapat RM10,000.00 dari skim ini. Aku dah kata awal-awal skim ini betul”. Lepas tu beratus-ratus orang mula menyertai. Yang nak kaya cepat, masuk lah berlot-lot atau berpuluh-puluh ribu dan beratus-ratus ribu.
Biasanya untuk group pertama, mereka membayar menggunakan modal sendiri. Biasanya group pertama tidak ramai, kerana orang ramai masih was-was. Manakala untuk pembayaran pulangan group kedua dan seterusnya mereka akan menggunakan wang pelaburan ahli baru. Pada saat ini, bertambah ramai dan bertambah ramai ahli baru yang menyertai. Sehingga pada satu saat tepu dimana kemasukkan ahli baru berkurangan dan tidak dapat lagi menampung bayaran pulangan kepada ramai ahli. Mereka akan cabut lari dengan duit berjuta-juta.
Habis duit orang ramai dilarikannya. Kemudian beberapa tahun berlalu. Datang lagi skim cepat kaya versi baru. Pada ketika ini orang ramai dah mula sedar dan mempersoalkan. “Mana datang duit pulangan skim itu? Masuk RM500 dapat RM5,000. Mana datang pulangan RM4,500 tu?”. Tapi mereka sudah ready dengan jawapan dan strategi baru. Sebab hari-hari mereka memikirkan bagaimana membuatkan orang ramai percaya.
Ada yang menggunakan ebook. ada yang menggunakan geran dan ada yang menggunakan perniagaan. Pelbagai strategi digunakan untuk membuatkan orang ramai percaya. Lepas tu bila group pertama dapat pulangan, riuh lah lagi. “Aku dah kata, ini bukan skim yang macam tahun lepas. Skim ini ada geran… itu ada.. ini ada.” Dan berulanglah lagi sehingga skim tersebut tumbang. Tidak hairanlah setiap kali skim cepat kaya muncul, pasti ada yang tertipu. Kebiasaan skim cepat kaya bertahan agak lama kerana ahli yang mendapat pulangan akan memasukkan semula wang tersebut. Untuk mendapat pulangan lebih tinggi.
Skim cepat kaya akan terus berubah dengan pelbagai strategi untuk membuatkan orang ramai percaya. Siang malam mereka berfikir untuk menipu. Tidak hairanlah strategi mereka sangat advance. Namun asas yang mereka gunakan tetap sama. Iaitu memerlukan anda membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dengan cara mudah. Mereka mempergunakan keinginan anda untuk kaya cepat.
Nasihat saya berhati-hatilah dengan perkara yang melibatkan wang. Mengapa perlu mengambil risiko sedangkan ramai pernah tertipu. Mengapa perlu mengadaikan wang simpanan anda untuk pulangan yang tiada kepastian. Biarlah hidup sederhana asalkan hati aman bahagia. Kalau ada orang ajak anda, kata je “Kau nak kaya, kayalah. Biarlah aku hidup sederhana tapi hati aman bahagia” Tapi nasihatkan dululah mereka-mereka ini.
Namun jika anda kaji, strategi perniagaan yang digunakan amat menarik. Mereka membuat tawaran yang tidak masuk akal dengan pulangan yang sukar dipercayai. Membuatkan orang ramai bercerita, mempersoalkan, mengkritik dan sebagainya. Dan ia tersebar lebih luas. Bila sampai saatnya, mereka fixed atau perbetulkan atau buktikan. Dan kini orang ramai bercerita pula tentang kebenarannya. Ini menghasilkan pulangan yang jauh lebih lumayan.
Semoga artikel ini bermanfaat….
Ramlee inlone says
satu infomasi yang baik, pada masa ini banyak sangat skim-skim yang terdapat di laman wab. Sesetangahnya berasaskan prodak jualan yang sah. Namun system yang di gunakan tetap sama. Ada juga yang meminta geran tanah, kononya jutawan malaysia hendak memindahkan wang dari china yang di bekukan di sana. Namun semua cerita tersebut hanyalah bohong, silap-silap geran tanah yang hangus berpindah ke tangan c penipu. Yang kesihan ialah mangsa penipuan ,menangislah mereka sehingga tak ber air mata.
Hairul Hissam says
Memang benar tu en. Ramlee.. terlampau banyak tipu muslihat yg digunakan untuk menipu wang kita. Semoga nasihat en. Ramlee membuatkan kita lebih berwaspada.. tq ya 😀
syed says
skim cepat kaya ni xda yg betul. skang ni ada skim cepat kaya yg berselindung di sebalik perniagaan MLM. thnx en hairul…alwiz support u!!
Hairul Hissam says
tq kembali en. Syed.. mmg benar tu… salah satu strategi diaorg.. mengunakan sistem yg berlevel2 nie utk memperdayakan mangsa… walaupun tak semua MLM nie skim cepat kaya, namun perlu lebih berhati2.. tq ya 😀
Ahmad Tarmizi says
Satu perkongsian yang bagus.Disebabkan skim cepat kaya ini ada sesetengan orang
tidak percaya bahawa dengan menggunakan medium internet kita dapat menjana pendapatan
daripadanya. Kaji dari mana wang tersebut diperolehi dan saya percaya skim cepat kaya
ini akan lebih advance daripada sebelumnya dengan kelahiran pelbagai teknologi terutamanya teknologi sosial marketing seperti facebook skrg.
Harap tidak terpengaruh dengan skim ini.
Terima kasih di atas perkongsian.
Hairul Hissam says
Memang benar tu en Tarmizi.
dengan kehadiran internet ini membuatkan skim ini tersebar lebih luas..
lebih advance dan lebih ramai yg terpedaya….
Semoga artikel ini memberi peringatan buat kita bersama.. tq ya 😀
Koberkat says
Bestlah blog anda ni , tak jemua membacanya.Semuga blog ini berpanjangan..terima kasih
Hairul Hissam says
tima kasih en. koberkat… insyaAllah selagi Hairul Hissam masih ada, selagi itulah blog ini masih ada… tq ya 😀
mekar says
hi hairul, setakat hari ni tak pernah lagi terjebak dgn skim cepat kaya (SCK)ni.
Mungkin diaorg ni terdesak nak guna duit. itu sebab tak pikir panjang terus melabur.
Semoga artikel ni dpt membuka minda pembaca2 yg sedang berangan2 mahu myertai SCK
Hairul Hissam says
Hi cik mekar…
memang ramai yg terdesak dan buat pinjaman sertai skim cepat kaya nie..
tu yg malangnya.. dah terdesak.. akhirnya makin terdesak..
semoga kita lebih berwaspada selepas ini.. tq 😀
badar says
ade gak skim yg betul2 nk tolong tpi masalahnya kita pun kne kuar bujet mcm upline
gak. 4k-5k gak kne kuar. ble kte dh kuar bujet sunyum la upline kte, bonus n ape2 th
lg banefit die dpt. pas tu kte cari mangse strusny yg bleh kuar bajet mcm kite gak.
bukn senang nk tarik duit dr poket org. kalu dpt snyum mnjang upline kite asik
blanje mkn je n kalu tk dpt stakat tu je hayat kite n jgn harap upline akn jwp call
kite.padahnya nk angkt muka dpn bini pun takut. aku dh kena. nasihat aku udah2 ler
ade epf labur sikit kt mane2 saham amanah,bli ssp sikit,bli emas sikit, jual kad
pripit kt kwn2 tmpt keja. ok gak lh n jgn lupa byr zakat. tk kaya pun tk ape asal
ble sedekah sikit, bwk ank2 becuti. adat keja mkn gaji mcm tu la. nak kaya kena
beniaga.
Hairul Hissam says
Banyak tu en badar sampai 4k atau 5k kena keluar… tanpa kita sedari kita hanya mengkayakan penganjur skim sahaja. Dari pada kita spent duit disana, lebih baik kita sedekat sikit, bwk ank bercuti cikit dan belanja anak bini spt yg En. Badar kata…. tq en. badar 😀
yas says
sepatutnya kita boleh baca skim tu dr awal lagi…tp dek kerna dimomokkan dgn wang yg banyak kita jadi lalai…waspada dan beringat selalu adalah pilihan yg baik sblm kita menceburinya….
Hairul Hissam says
sorry baru perasan komen nie tak direply..
bagus nasihat bro yas.. semoga menjadi pengajaran buat kita bersama..
captain wau says
salam 1 malaysia saya pernah jadi mangsa skim macam ni dan sudah insaf weiii…tetapi bersyukur sbb ada org yang tampil membantu mendapatkan kembali duit dari saya kembali dengan cara yang betul mengikut lunas-lunas undang2.
Hairul Hissam says
Semoga menjadi iktibar buat kita semula.. salam 1 Malaysia 😀
azman says
baguslah ada cara untuk dapatkan balik duit tu, apa kata anda ajarkan yang lain camne nak dapatkan balik duit tu, kengkadang orang kita ni, dorang dah kene tipu, dorang biarkan aje. tak reti lawan balik.
Hairul Hissam says
Benar tu en azman…Kena belajar juga tu cara utk dptkan balik kalo dah terkena…. 😀 ..
Yg belum terkena.. elakkan 😀
liza says
salam..en.hairul.thanks sbb wujudkan blog ni.saya juga pernah diajak untuk menyertai upline..iaitu melaburkan sedikit wang untuk mendapat pulangan yang lebih..xperlu kerja,cuma goyang kaki dan tunggu sms duit masuk..soalan saya,itu dikira skim cepat kaya jugak ker?
Hairul Hissam says
Kebiasaanya kalau kena keluar sedikit duit utk pulangan yg tinggi tanpa buat apa2.. Kebiasaannya skim cepat kaya la tu. Berhati-hatilah ya cik liza…
muhamad ashri ahmad says
Baik, carilah produk yang memang kita perlu guanakan dan dgn kos yang mampu tidak mebebankan kita..maksudnya memang kita gunakan dan bebaloi..apa guna beli produk mahal laktu dan kita takgunakan semata utk dpt untung yg besar kononnya..besar untung atau rugi besar..olehtu kita semua IM perlu berhati2 kadang2 ada udang disebalik mee..wang punya pasal mcm2 blh jadi..
Hairul Hissam says
tima kasih diatas nasihat tu 😀
eida azaluddin says
thanks en.hairul atas perkongsian ilmu yg sgt berguna..
Hairul Hissam says
Semoga kita lebih berhati2 skim spt ini.. Ia akan berubah2 dari semasa ke semasa. tapi konsepnya tetap sama 😀
hairi says
..En. Hairul yang terbaru Worldshopperslink, seperti yang lain mereka yang terlibat akan mempertahankan konon sebuah syarikat. seperti yang mereka nyatakan Ibu pejabat Worldshopperslink ni terletak di USA. Yang meragukan ( melalui carian di Hypestat .com ) lebih 70% pengunjung web ini adalah dari Malaysia ,dari USA tak sampai 2% pon.Seolah-olah web ini beroperasi dan dikendalikan di Malaysia. Katanya World tak nampak pengunjung dari timur seperti Jepon , Korea bahkan dari negara2 afrika .Apa pendapat En. Hairul yang pernah terlibat dengan skim cepat kaya. Adakah Worldshopperslink ini juga sebuah Skim Cepat kaya yang baru lahir.
Hairul Hissam says
Oh saya tak pernah terlibat atau terkena dalam skim cepat kaya ini… Apa2 jua skim yang menjanjikan keuntungkan lumayan, Biasanya saya tidak akan kaji.. saya akan ignore sahaja dan tak ambil peduli… rasenya lebih selamat 😀
suffi says
sekiranya kita mengeluarkan wang namun pulangan nya tidak terlalu tinggi, apa kah itu sck jugak?
Hairul Hissam says
Skim cepat kaya macam yg saya terangkan kat artikel di atas nie.. semoga bermanfaat..
Nur Azmanie says
salam, kalau jualan-jualan langsung tu sama ka jgk? ustaz saya kata “jualan2 langsung tu sume penipu! jgn jadi kuda org! jgn jd bodoh!! ” huu..nasib xjd msuk..
Hairul Hissam says
Tak… tak semua jualan langsung tu penipu 😀 …
Nur Azmanie says
org melayu mmg suka pd 3prkara..suka nak menang,nak sng, dan nak knyang! setuju?
sama ada stuju atau tdk,mmg ada realitinya.kbanyakan kta mmg;
suka mmbuat krja yg sng brbnding yg susah, suka mng brbnding kalah, suka knyang brbnding lapar, sbb itu ramai org mlayu yg berangan2 mahu jd jutawan akhirnya jd tdk ketahuan. siapa yg paling ramai trjebak dlm skim cpt kaya? melayu!
Hairul Hissam says
Mmg ramai org melayu terjebak dgn skim cepat kaya nie.. semoga menjadi pengajaran buat kita bersama.. 😀
Lee says
Apakah cara jika seseorang itu telah mendaftar dan tidak mahu meneruskan?
Adakah pihak syarikat akan mencari kita atau apa pula proses seterusnya syarikat2 MLM ini terhadap kita yang mengisi borang2 yang diberi.. bagaimana?
Hairul Hissam says
Rasanya ramai yg daftar dan tak teruskan atas sebab tertentu. Tapi dari segi undang2, saya tak tahu pula tindakan pada pendaftar….
FARID says
Salam tuan,
Sy ingin bertanyakan tuan mengenai syarikat CWC, iaitu syarikat MLM yg memberi hibah bulanan atas barang yg kita beli dgn & syarikat tolong jualkan.cmne tu yerk tuan?
Hairul Hissam says
Maaf en farid, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Artikel skim cepat kaya saya nie berkaitan dgn skim yang tidak memiliki produk atau memperalatkan produk semata2 shj. tqvm..
syahrul says
Melayu memang malas..tak tahu la kenapa..nak duit jalan mudah..usaha tak nak..cina bina company 25 tahun..kadang2 sampai anak sambung usaha ayah dia..melayu duk sibuk dengan skim mcm ni..apa nak jadi dengan bangsa melayu.Kalau nak melabur pun.melabur la dengan pelaburan yang sah..seperti pembelian saham..dinar emas kat bank..etc..bukan benda2 mcm ni..TOLONG LA MELAYU..PENAT NAK BERCAKAP.TENGOK PEGANGAN EQUITY ORANG MELAYU…BERAPA PERCENT JE..
Hairul Hissam says
Mungkin sbb didikan dari kecil kot. Masa kecil.. bangun tidur, semuanya dah siap. tingal basuh tangan makan sahaja….
tapi kalau kita lihat penduduk asal di negara lain spt negara cina dan lain2 pun sama juga…
Yg rajin biasanya pendatang.. dan budaya bekerja keras terus mereka terapkan kpd anak2 mereka..
so kita kena terapkan budaya kerja keras pada anak2 kita semenjak kecil lagi jika kita mahu melayu lebih rajin dan bekerja keras..