Petua ini kiriman pembaca blog ini iaitu Puan Hajijah. Uissshhh.. Memang seksa kalau kena cirit birit nie. Badan akan menjadi lemah dan asyik nak ke tandas je. Memang seriklah kalau kena cirit birit nie. Biasanya berpunca dari makanan yang tercemar. Memang bagus ada petua merawat cirit birit seperti ini bagi membantu anda jika terkena nanti.
.
Petua Merawat Ciri Birit Warisan Keluarga
Petua ini akak amalkan daripada dahulu hingga sekarang. Alhamdulillah nampak keberkesanannya. Jika anak-anak akak mengalami masalah cirit birit, akak akan gunakan petua ini. InsyaAllah berkesan dengan izinNya. Petuanya pun mudah dan menggunakan bahan-bahan yang biasanya ada di dapur.
Bahan bahanya:
Satu Uncang Teh
Air panas 1 cawan atau pun 250ml
satu biji limau nipis/kasturi
Cara petua merawat cirit birit:
Sediakan air panas kira kira satu cawan ataupun 250ml. Masukkan satu uncang teh kedalam air panas tersebut. Kemudian perah kan limau ke dalam teh tersebut. Jangan di taruh gula. Bila pekat keluarkan uncang teh tersebut dan boleh lah di minum. Pastikan air teh tersebut tidak terlalu panas smeasa diminum nanti melecur pula mulut. InsyaAllah berkesan.
Hairul.Com: Terima kasih Puan Hajijah kerana sudi mengirimkan petua merawat cirit birit ini. Anda juga boleh membaca banyak lagi ubat cirit birit dari saya dan komen pembaca blog di artikel ubat cirit birit duggan masuk rumah baru.
mohdridzwan says
Uarghh…mmg betul kalau cirit birit sgt2 la menyedihkan…sebabnya aku sndr penah rs tekanan sgt2…bak kata pepatah laksana telur di hujung tanduk…huhuhu. Thanks atas tips ni. Insya Allah ia akan berguna time dtgnya issue ni…:)
Hairul Hissam says
Saya pun pernah kena juga.. mmg tak larat nak kena sekali lagi.. seksa.. Semoga petua ini membantu kita bersama…. 😀
puteri kasih says
baru kena food poisoning bulan lepas..memang seksa sangat. Harap tak kena lagi, tapi mujurlah ada petua camni 🙂
Hairul Hissam says
Lepas nie kalau kena lagi, jgn lupa petua kak hajijah tu.. insyaAllah berkesan.. 😀
puteri kasih says
kalau boleh….memang tak nak kena lagi. sangat menyeksakan..hehe
Hairul Hissam says
saya pun sama. heee
donnyien says
Petua yang bermanfaat bro, syukurlah kesihatan sentiasa terjaga terutama dalam pemakanan.
Hairul Hissam says
Perlu jaga kesihatan untuk hari tua nanti.. 😀
akubiomed says
Ada petua orang dahulu kunyah pucuk daun pokok jambu.
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas tips tu bro.. kalau rumah ada pokok jambu.. mmg elok diamalkan… 😀